Rabu, Julai 09, 2008

+ tejuk…… tejuk….

Kalau tengah tengah malam aku cakap macamtu, misti mr husband akan terus bangun carik remote dan tutup aircond. Kalau tak jumpa remote dia akan pegi terus kat main switch untuk tutup aircond. Walaupun tengah tidur lena, misti dia akan terjaga kalau aku cakap tejuk… tejuk….

+ emam…..

Pagi pagi mr husband suka cakap dia emam. Selagi tak rasa dahi, leher, nanti dia akan bising demam. Walaupun dia tak demam, tapi sebab pagi pagi dia suka cakap dia emam... jadi ia-kan je la.

Satu malam. Tiba tiba rasa sakit. Lantas terus merengek rengek. Sakit.... sakit... mr husband terus gosok gosok perut. Hmmmhhh..... malas nak cakap kat dia yang sebenanya kaki tiba tiba cramp. Ni la first time dalam hidup mengalami kekejangan kaki. Tiga empat hari la jugak sakit kaki. Nak jalan sakit. Ditambah dengan sakit belakang jugak.

Minggu ni my little munchikin akan masuk 6 bulan. Makin selalu rasa baby bergerak. Kadang kadang membuatkan rasa senak perut. Baby banyak begerak waktu tengah hari Dalam pukul 1 sampai pukul 3. Pastu kalau malam dari pukul 7 sampai lapan setengah. Tapi baby memang baik sebab dia tak kacau kalau mommy dia tidur.

Cumanya, baby suka cibuk cibuk sebab kalau mommy dia terjaga tengah malam, misti baby pun akan jaga jugak. Terus dia bergerak gerak. Mebbe baby konfius tatau siang ke malam sebab sekarang ni mommy n daddy dia tido tak tutup lampu. Misti akan pasang lampu tido.

Baby jugak suka kalau daddy dia nyanyi nyanyi. Dia akan terus bagi respon dengan bergerak gerak. Haritu mula mula daddy dia nyanyi, dia diam je. Pastu si daddy bukak lagu hush little baby dari handphone dan daddy nyanyi nyanyi sambil pegang perut, terus baby gerak gerak. Bila daddy dah tak pegang, tapi daddy nyanyi lagu pretty ugly lagi la baby gerak banyak banyak. Suka betul baby dengar suara daddy dia.

Haritu buat pertama kalinya dalam sejarah, si mommy ni makan sate. Memang tak penah makan sate tapi haritu tengok mr husband makan , Sangat teringin lalu makan. Ahahhahah…. Ni misti baby yang nak makan sate. Si baby yang suka ikut perangai daddy dia.

Esok ada checkup kat klinik. Harap harap semuanya oke. Harap harap darah cukup. Harap harap baby ok.

Tiada ulasan: