Isnin, Julai 28, 2008

Hari ahad, lepas sekolah pegi jalan jalan
Hantar sms kat mr husband bitau nak berjalan jalan nak mengabiskan duit
Mr husband cakap ok
Seronok
Mula mula pegi hospital ipoh
Nak Tanya harga untuk bersalin
Gile mahal
Kalau kelas 3, paling max RM500. Kalau kelas 2, deposit je RM350. Kelas 1 plak deposit RM800. Tu semua belum campur benda benda lain lagi. Kot kena bedah ke ape ke. Cissssss nak beranak kat hospital ampang la kalo camtu. Berbaloi sket. Hospital baru. Cantik. Facilities baru dan tade la rasa menyesal sangat kalau kena keluar duit banyak banyak. Walaupun mr husband macam biasa akan cakap tak kisah bersalin kat mana mana tapi kena inform dia awal awal supaya dia boleh prepare. Tapi macam kesian plak kalau nak kena bayar banyak banyak tapi tak berbaloi.

Lepas pegi hospital, pegi GM. Ingat nak carik kain kanvas. Tapi tade. Jalan jalan lagi sampai rasa boring. Gila tade benda kat GM. Pastu hantar sms lagi kat mr husband bitau dia kalau nak balik inform sebab aku nak pegi town plak.

Kat town jumpa pun kanvas warna warni. Jalan jalan lagi nak carik net tapi sangat mahal. Dan jalan jalan lagi dan termasuk kat kedai hari jadi. Memborong sakan. Tengah memborong, mr husband call, bitau dia dah nak balik. Ajak balik sekali. Jadinya, kena parking kete kat ofis mr husband la. Nasib baik jalan tak jem sangat. ( apa la sangat jem kat ipoh kan )

Sampai je mr husband terjadi la insiden ta bes sebab 1, pak guard tak kenal mr husband. Sebab bila dia Tanya nak pegi mana. Aku pun jawap la nak tunggu suami. Pastu dia Tanya lagi, nama suami apa. Bila aku cakap nama mr husband, dia kerut kerut dahi, pastu sebut nama orang lain. Aku cakap, bukan dan aku sebut lagi nama mr husband. Pak guard Tanya plak, mr husband keje tingkat mana. AKu dengan konfidennya cakap mr husband keje tingkat lima. Lagi la pak guard konpius sebab mana ada tingkat lima. Bangunan tu sampai tingkat empat je. Kan dah malu.

Sekarang mr husband dah ajar. Dia bekerja dengan company telco tu bukan sebagai perepair telefon. Dia bekerja di bahagian Access Network development dalam unit implementation untuk kawasan perak tengah. Ofis suami saya adalah di Jelapang dan di tingkat empat. Ahahahhahaha….. sekarang saya sudah hafal. Tanya je, misti boleh jawap dengan lancar.

Hari sabtu plak mula mula mr husband kata nak pegi keje. Dan aku kena ikut dia sebab kereta tinggal kat ofis dia kan. Sebelum tu, pegi breakfast dulu. Lepas breakfast, mr husband kata tak jadi pegi keje. Katanya sepanjang minggu dah pegi kursus. Hari jumaat dah pegi keje walaupun itu sepatutnya dia cuti untuk travelling day. Biar la hari sabtu dia bawak aku pegi jalan jalan. Baru je cakap macam tu, orang opis dia telepon. Terus kensel plan. Kena pegi keje.

Cisssssss………………

Bila dah ambik kereta kat ofis mr husband, aku bitau mr husband yang aku nak jalan jalan. Memula pegi jalan kuala kangsar. Nak carik ribbon, net n laces untuk bakul baby. Lepas dari jalan kuala kangsar, pegi jusco. Sale yang macam nak pengsan. Beli sepasang baju WOC dan beberapa pasang baju anakku skali dengan booties n mittens dan barut untuk baby. Tapi of course, beli kaler macam brown, yellow, white dan tak beli blue or pink. Mak suruh beli barut tu biar cukup 10. Nanti la pegi beli lagi.

Tengah jalan jalan, mr husband call cakap dia dah nak balik. Terpaksa la berhenti shopping dan balik jugak. Kang mr husband boring plak dok rumah sorang sorang. Tapi sampai rumah pun cam boring je. Mr husband dok melayan tv, pastu tido. Aku pun tatau apa nak buat tido jugak. Bila bangun tido, mr husband ajak makan. Punya la jauh pegi makan. Padahal kfc ada je kat gunung rapat ni. Tapi mr husband dah banned lantas pegi ke ipoh garden. Lepas makan, jalan jalan dan kat town Nampak satu kedai. Berhenti dan belikan birthday pwezen untuk batrisyia. Hari dah nak maghrib dan kitorag balik.

Lepas maghrib mr husband ajak keluar makan lagi. Wooiiihhh mr husband ni memang tau. Aku sebenarnya kenyang lagi. Tapi dah ajak makan, ikut je la. Biasanya boleh makan 2 pinggan nasik, masa tu aku Cuma makan sepinggan je. Kenyang.

Hari ahad balik kampong sebab opah kenduri. Dah maghrib baru sampai rumah balik. Malamnya mr husband ajak pegi tesco plak. Si gemok aku ni, jadik pemalas duduk je atas troli. Tak larat woooo. Tu pun bila barang dah penuh atas troli, kena berjalan. Sakit perut tau jalan banyak banyak ni.

Harini, macam biasa. Dah kena menjalankan rutin harian balik. Kejap lagi nak basuh cadar sebab mr husband suka meninggalkan stain atas cadar. Pastu tanak mengaku. Bukan je cadar, comforter, toto sume dah kena stain. Geram betul. Semalam dah pesan kat mr husband, takmo kotor kotorkan cadar dah sebab kali ni nak pakai cadar baru. Toto tu nampaknya kena hantar dobi la. Tak muat kot nak masuk mesin.

Dah. Nak pegi mandi. Nak ambik baju2 mr husband kat dobi. Nak hantar toto ni jugak. Nak ambik laces yang hantar kat kedai jahit. Nak pegi tadika. Oh. Nak telepon mr husband nak tau apa dia nak makan malam nih dan nak masak kalau dia nak makan kat rumah.

Baby sejak hari sabtu haritu banyak sangat bergerak. Hari sabtu boleh kata sepanjang hari baby moving. Hari ahad dia penat kot jadi kurang sket bergerak. Harini pun baby gerak banyak banyak. Sepanjang menaip ni, baby pun bergerak jugak. Seronok betul rasanya.

Tiada ulasan: