+ buat apa?
- picit jerawat
+ uiihhh…. Bizinyeee
- memang laaaaaa
+ tadi saya pegi Kampar, ni kena patah balik ke Kampar
Well, suami saya memang sangat bizi. Saya selalunya Cuma berpura pura bizi je. Ahahhahaha. Tu yang ada masa nak picit jerawat dan melakukan segala mak nenek benda benda merepek.
Petang semalam tengok Syatirah’s newborn baby. Comel betul dan sangat besar. Macam dah sebulan, dua bulan. Pandai senyum plak baby tu. Padahal seminggu pun belum. Pakai skirt plak tu. Ubun2 pun dah keras macam kepala, tak lembik.Padan la dengan berat dia masa lahir yang 3.9 kg.
Haritu cek dokter, macam biasa darah tak cukup. Heartbeat baby laju 149/min. Nurse kata aktif. Mr husband tak habis habis kata baby adalah babygirl. Tapi my baby is a good baby. Dah dua malam berturut turut sebelum tido, saya berpesan pada baby supaya tidak menekan pundi kencing saya kerana saya sudah tidak larat untuk bangun every now and then untuk ke tandas. Sakit pinggang tau. Dan anak baby saya yang baik dan sangat considerate ni akan tidur lena lena dan Cuma akan bergerak waktu azan subuh. Waktu itulah saya akan bangun pagi dan baru waktu itu terasa untuk membuang air kecil.
Baby memang baik.
Malam semalam mr husband ajak pegi shopping. Kitorang berkira kira nak pegi mana. Jusco ke, Giant ke, Tesco ke, Billion ke. Mr husband kata dia dah tak suka pegi hypermarket sebab dari satu tempat ke satu tempat adalah sangat jauh. Padahal nak beli satu dua item je. Nak pegi tesco sangat jauh. ( tesco termasuk dalam pilihan kerana tesco tutup pukul 12 malam) Jam sudah menunjukkan jam 9 malam lebih sket. Kitorang baru keluar rumah. Ingat nak pergi cold storage. Tapi tak jadi lantas pegi billion je.
Mr husband pun dah suka pergi cold storage. Tak sesak. Very convenient. Dan ada banyak barang barang bes.
Oh, weekend haritu ikut mr husband pegi taiping. Mr husband ni la bangun bangun pagi terus ajak ikut dia. Telekom ada buat majlis tilawah. Mr husband yang tahapa hapa tu degil tanak pakai baju melayu. Siap boleh suruh isteri dia ni pakai seluar plak tu. Nasib baik isteri dia berfikiran waras dan pakai baju kurung. Mr husband kalau tak, nak pakai baju kerja, tapi nasib baik denagr jugak cakap pakai baju kemeja biasa. Jadi macam semi formal la.
Sepanjang tilawah, baby asyik bergerak gerak je. Seronok dengar orang mengaji kot. Tengah hari tu, kitrang ke kuala sepetang nak carik mee udang. Peerrrghhh memang marveles. Udang yang super besar ada dalam 7 , 8 ekor. Harga RM12.50. Ok la sebab the day before that, masa jalan jalan kat jusco, tengok udang tu yang dah siap packed, satu pack tu dalam rm10. Memang puas hati.
Hari jumaat lepas, akhirnya dapat jugak belikan mr husband socks yang ada label Monday-Sunday tu. Nanti kalau ada masa dan rajin boleh la letak gambar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan