Semalam pegi kl.
Tak sampai 24 hrs, dah kena balik ipoh
Yang TAK besnya, kena balik sorang sorang
Mr husband stay kat kl sebab ada kursus kat mmc sampai Thursday
Mak plak maybe esok baru balik ipoh
Tak bes
Semalam samapi je kl dalam pukul 6 terus ke ampang puteri
Tengok Daniel, tengok ca
Dalam pukul 8 sengah baru balik
Sampai rumah, mak nizam gorengkan sotong
Well, dia tau menantu gumok dia ni suka makan sotong
Sebab dah tengok sotong, hati pun sangat gumbira makan sampai licin tak ingat orang
Tatau plak mak nizam nak makan lepas kitorang makan
Malu i tau
Makan tak ingat orang
Pagi ahad pergi putrajaya tengok baby yang baru lahir
Comel baby
Tapi kitorang bawak prezen untuk abang baby yang banyak
Abang baby dapat 4 helai baju
Baby dapat 2 helai baju je
Tapi memang cute betul la baju baju tu
Kalau dah tau gender baby dalam perut ni
Komfem dah borong banyak banyak baju
Sepanjang minggu lepas asyik membeli baju baby je
Baby orang la
Bukan baby sendirik
Boleh je scan tapi tatau kenapa cam hesitate nak scan
Takut kecewa kalau baby nyorok nyorok
Mr husband soh pegi scan yang 4d tu
Tapi cam takut pun ada
Nak scan yang 3d je la kot
Tapi nak tunggu mr husband balik baru nak pegi scan
Kalau dah tau gender baby
Seronok la nak beli baju
Mr husband yakin sangat dengan mimpi dia
Dia konfiden je dapat baby girl
Tapi ada few people yang cakap perut ni macam mengandungkan baby boy
Tapi both me and mr husband tak kisah
Girl or boy
As long as baby yang dilahirkan nanti sihat kitorang dah sangat happy
Bila cakap dah 6 months orang pun tak percaya
Sebab tak Nampak besar sangat
Orang kata dari belakang langsung tak nampak macam pregnant
Orang orang kata kalau perut muncung ke depan camnih memang komfem baby boy
Pandai la derang ni jadik dokter
Tak pun mata derang ada laser so boleh Nampak baby dalam perut ni
Nampaknya 4 hari la im going to miss my mr husband
Misti tak seronok
Misti hari hari pun tak sabar nak sampai ke khamis malam
Memang tak seronok bila mr husband tade kat sini
Kalau mr husband ada, misti hari hari pun eager nak tunggu waktu dia balik kerja
Nanti boleh sembang sembang dengan mr husband
Boleh baring baring dengan mr husband
Boleh tengok mr husband tido
Boleh sikatkan kelemumur mr husband
Boleh bising bising kalau mr husband tido tak tutup lampu
4 malam ni mr husband tade
Sape nak tutup aircond bila aku cakap tejuk tejuk
Tak seronok
Tadi sebelum naik bas
Mr husband bagi duit belanja untuk minggu ni
Mr husband kata jangan simpan dalam handbag
Mr husband soh simpan dalam poket doremon
Handphone pun mr husband soh simpan dalam poket doremon
Mentang mentang aku pakai overall dress
Ada poket besar kat depan
Semuanya dia soh simpan dalam poket
Lagipun sebenarnya dia tak suka my new handbag
Tak baru sangat la sebenarnya
Beli masa belum kawen dulu
Masa beli barang barang kawen kat Kelantan
Beli skali handbag ni
Baru sekarang keluarkan dan pakai
Mr husband kata buruk
Tadi mr husband Tanya berapa harga beg tu
Bila cakap rm15 je, terus mr husband buat muka
Ceeehhhhh….. biar la murah pun
Sebab pakai duit sendiri kan
Nanti bila mr husband nak belikan, baru la beli yang mahal mahal
Well, sebenarnya haritu mr husband nak belikan leather handbag hush puppies
Memang sangat soft leather dia
Besar dan memang agak menepati kehendak
Tapi aku yang rasa tak sampai hati bila tengok harga handbag tu 300 over
Macam banyak lagi benda lain boleh beli dengan 300 tu
Boleh dapat berjenis jenis barang instead of satu beg
Kononnya nak berjimat cermat la
Sebab haritu tengok tengok harga hospital untuk bersalin agak mengerikan la jugak
Nak bersalin kat GH ipoh dalam RM800
Tengok Al-Ridhwan pun antara RM799-RM999, tu belum campur kalau kena operate
Ipoh specialist pun dalam thousand plus. Kalau nak induce kena tambah lagi thousand
Maybe nanti bersalin kat GH je kot
Abah pun kata soh pegi sana je
Tapayah pegi tempat lain
Tapi tu la, mahal jugak
Nasib baik mr husband kata tak kisah
Mr husband kata bersalin je la kat mana mana yang nak
Sebab tu la saya sangat sayangkan mr husband
Mr husband takkan berkira dengan saya
Ehehehhehehehe
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan