Jumaat, Ogos 04, 2006

. b . a . n . y . a . k .

“Ini
Perjalanan aku
Buat Sementara
Mengejar mimpi”

-Spider – telinga ke tulang

Aku suka ayat ini. Walau dah jumpa mp3-nya, tapi masih belum jumpa lirik. Tak dapat nak cam beberapa ayat yang dinyanyikannya.

Aku dah bagi resign letter. Nekad. Ini apa yang aku nak. Bila dah dapat takkan nak lepaskan. Lagipun pagi tadi aku dah sign agreement. Aku dah bersetuju.

Terlalu banyak benda yang berlaku dan akan berlaku pada bulan 8 ni.

1 . Nik Nur Alia Batrisyia binti Nik Zulkifli lahir pada Selasa, 1 Ogos, 2006. Anak sedara yang pertama. Cucu pertama untuk kedua-dua belah pihak. Yang makin dipandang rasa makin sayang. Sayang bebi.

2 . Agak nervous menantikan 13 Ogos. Tapi ada masanya aku rasa macam nizam tak faham. Dia macam tak percaya yang aku dah lama bagi komitmen sepenuhnya dalam perhubungan aku dan dia. Tapi apa yang dia cakap pada aku malam semalam, memang membuatkan aku betul-betul kecewa. Macam takde maknanya untuk buat semua ni. Buat apa?

3 . Aku akan officially berhenti kerja pada 19 Ogos.

4 . 21 Ogos, aku akan start buat benda itu. Ini adalah benda yang bakal mencabar aku. Tapi aku kena fight untuk menjayakan benda ni. Aku bersyukur sebab setakat ni nampaknya semua orang memberi sokongan. Even abah yang mula-mula macam tak suka sekarang dah memberi sepenuh galakan kepada aku.

5 . Mak convo pada 25 Ogos di Putrajaya. Akhirnya mak berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang. Seronok la mak kerana bakal mendapat degree.

Keseluruhannya aku sangat penat. Dalam minggu ni aku asyik sibuk menguruskan dan menggembirakan hati orang lain sampai aku tade masa untuk diri sendiri. Penat betul.

Tiada ulasan: