Macam ayat yang aku cakap masa telepon nizam.
Dari semalam, habis dah zaman gelap. ( semalam = rabu)
Zaman gelap = benda-benda yang menyesakkan kepala. Benda-bendanya ialah :
1 . Kahwin
2 . Kereta
3 . Kerja
3K yang menyebabkan hidup aku agak kucar kacir untuk few days.
Tapi since zaman gelap dah berakhir. Aku dan nizam ambik keputusan untuk :
1 . Tanak ikat perut. Come on, we work hard to earn the money. We deserve to be pampered, we deserve to spend our money as we like. Aku dan nizam tade masalah untuk hidup berdua, kitorang lebih dari mampu. Tapi untuk majlis yang satu hari tu je problemnya. Lantas, kitorang ambik keputusan untuk biar ibu bapa yang sponsor. Tambah plak parents nizam dah setuju untuk sponsor. Tapi kena tunggu hujung tahun depan. Okay. It’s no big deal for us. As long as we don’t have to be burden by the ceremony that we don’t even want. Itu adalah seperti membakar duit. For nothing.
Aku dan nizam punya hobi baru iaitu melancong. Ada orang tanya, kenapa kami suka melancong. Jawapan nizam senang. We work hard. Duit akan tetap habis. Jadi, spend la duit tu dengan benda yang nampak. Macam pergi melancong. Dapat rasa seronok. Dapat pengalaman baru. Oohhh…. So nice.
Last week nizam and I went to Melaka. Atas urusan kerja. We stayed at Naza hotel. Banyak benda yang berlaku, tapi dah basi. We enjoyed ourselves. It’s a business and pleasure. I’m happy so is nizam, I guess. Bila lagi kompeni nak hantar aku ngan nizam pegi business cum melancong nih. Kalau pergi jauh2 macam pegi penang haritu bes gak, bleh naik kapal terbang.
2 . Kereta. Nizam dah tanya, “nanti dapat Waja, nak test drive pegi mana?” hohohoho… Eksaited la tu. Aku mencadangkan pegi Desaru ke, club med ke. Nizam kata ni baru nak test drive. Nanti taya tecabut tengah jalan ke. Lantas aku cadangkan pegi genting. Kalo genting tu tinggi sangat, pegi Port Klang pun takpe. Harap-harap lepas ni urusan pembelian kereta dah tade masalah. Aku pun dah tak sabar nak pakai Si Waja ni.
3 . Kerja. Semalam tiba-tiba bos ajak join dia kat PWTC. Ada women entrepreneur. Bos macam bagi hint nak bagi aku jadi project developer. Bos siap soh aku carikkan orang untuk gantikan kerja aku sekarang. Oohhh puan bos, I don’t have anyone in mind. Tatau sapa yang boleh buat apa yang aku buat sekarang. Nampak mudah, tapi sebenarnya aku yang jaga satu branch ni. Selain daripada tu, aku juga menguruskan perkara dengan Reach, PSMB, jobcamp, dan banyak lagi.
I’ve been working for 12 straight days. Non-stop and I’m so tired. Ajak nizam pegi massage hari sabtu dia tanak. Tadi before lunch tiba-tiba dia hantar message cakap nak ikut pegi massage on Saturday with me. Hoyehh… Haaaa…. Tu la. Orang ajak jual mahal. Lepas massage bleh la pegi manicure plak. Nak kasik jari cantik-cantik nak pakai cincin karang ni.
Ooooooopssss… pukul 2.41 petang n I just remembered that malam ni ada nizam’s friend wedding. Haiihh… asyik kawan-kawan nizam je wedding. Kawan-kawan aku bila plak nak berwedding???
Malam smalam aku cakap kat nizam, nak beli evening dress untuk wedding tu. Kalo tak, takmo pegi. Takkan nak pakai baju kurung untuk wedding malam. Alamaaaaaak… what should I wear? Saya gemok dan pendek, juga berbuntut besar.. Oh, aku ada satu gaun, tapi baju luarnya pulak tiada. Dan ya, gaun putih itu agak ketat di buntut memandangkan buntut saya besar macam buntut badak. Harus memakai baju luar itu kerana kalau tidak ia akan menonjolkan perut yang sedikit buncit itu. Haiihh. Sempat ke pun kalau nak beli dress petang-petang ni? Nak menjenguk Sogo atau ke Alpha Angle je.
Hadoila.
Mingu ni bercuti panjang. Saturday, Sunday Monday, Tuesday. Gara-gara bekerja 12 jari non stop.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan