Khamis, Julai 13, 2006

. h . e . c . t . i . c .

Dalam masa sebulan dua kali pegi Penang. Sekali pegi dengan nizam. Skali lagi pegi dengan Puan boss. Dengan puan boss, waktu balik dari Penang dapat naik business class MAS. Whooaahhhh….. rasa yang sangat hebat. Aku yang ala-ala jakun ( memang sangat jakun) rasa bangga plak bila setiap kali dia nak Tanya dia akan sebut nama, “miss nurul shahinaz, bla… bla…bla…”

Ya, saya teruja + jakun sket !

Last Sunday pegi Bangi. Aku sebenarnya memang merancang nak ke rumah Jurina. Tapi apakan daya, kena bekerja yang sengal itu. Sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Bangi tu aku membebel pada si Emile bahawa aku mempersia-siakan hari ahad. I hate it when I have to work on Sunday. Walaupun boleh cuti pada hari lain, tapi tade hari yang macam Sunday.

Macamana pun, this week aku kena jugak balik Ipoh. Abah mintak tolong tengokkan laptopnya. Ada benda yang nak dibincangkan sket dengan abah jugak.

Oh, mak abah nizam akan datang ke Ipoh pada 18 Ogos. Aku harap semuanya akan berjalan lancar. Mak nizam insist untuk bawak cincin. Aku pk waktu merisik ni tapayah bawak cincin. Aku ingatkan masa tunang ngan kawen je kena ada cincin. Aku pk waktu merisik ni boleh datang berlenggang je.

Rupanya mak nizam ada rancangan sendiri. 1 cincin untuk merisik. 1 cincin untuk bertunang dan rantai atau gelang tangan untuk kawen. Hooooo…. Macamtu rupanya.

Nizam yang tahape-hape tu bleh plak pk yang mak dia nak datang pada ogos ni untuk bertunang. Semua orang tau mak dia akan datang untuk hantar tanda. Dia pandai2 kata tunang.

Dan aku yang super bz ni sangat-sangat berharap agar aku tak perlu bekerja pada 18 Ogos nanti. Nanti macamana nak pakai cincin kalau tuan punya badan tade di lokasi kejadian? Tapi memang, macamana pun, apa pun yang berlaku, kalau diorang suruh jugak aku kerja pada 18 Ogos tu, aku akan mengamuk . Aku lagi suka kawen dari bekerja. (!)

Menceritakan perihal busy ini, aku kena ke Melaka pada 22 dan 23 Julai ini. Bersama-sama puan Boss. Puan boss kata hari Jumaat dah nak berada di Melaka. Haiihhh…. Puan boss kata nak makan durian, nak shopping. Ahhahahha… masih ada hati nak bershopping tu. Masa kat Penang tu pun aku asyik stopkan dia dari bershopping. Dalam aku kontrol2 pun, dia tetap berbelanja sebanyak RM1500++ pada hari tu.

Puan Boss beli produk kecantikan kulit Estee Lauder. Hahahhaha… Dan puan boss cakap, dia selalu selang seli dalam menggunakan produk. Kalau sekarang ni dia pakai yang mahal, bila yang mahal ni habis, dia akan pakai pulak produk yang murah2 macam BODY SHOP. Sebab kalau sentiasa pakai yang sama, nanti kulit dia immune lantas tidak akan berkesan.

Dalam hati aku berpk, alahai puan boss. Aku pun tak beli BODY SHOP tu sebab pada aku it’s quite expensive. In fact aku tade langsung produk kecantikan kulit. Aku tak cuci muka pun. Even alat mekap pun produk bercampur-campur. Ikut mana yang aku suka. Aku tak stick pada satu-satu jenis alat mekap sebab aku suka mascara maybelline, bedak silky girl, eye shadow wet n wild, lipstic Revlon.

Berbalik pada kerja pada 22 dan 23 July. Susah la macam ni kerana aku tidak dapat berjumpa dengan incik nizam selama 3 hari. Hoohhh…. Lamanya. Saya tidak suka

Ya, saya suka berncinta dan saya obsess pada incik Nizam !

Oohhhh…. Aku dan nizam sudah mula membeli barang untuk persiapan the big day itu. Kitorang dah beli tuala Hush Puppies. Oohhh… Sukanya! Aku beli warna purple dan nizam beli warna biru. Nizam nak warna koko, tapi tade. Ingat nak beli hand towel jugak, tapi tak sempat. Lain kali la. Dan aku berpesan pada incik Nizam, aku nak theme color warna lovely lace. Crème and maroon.

Aku kata, orang sekarang dah tak pakai dah satu theme color. Nizam Tanya kenapa. Aku kata sebab orang sekarang suka membazir. Membeli dua warna riben. Dua warna bunga dan dua warna untuk setiap hiasan. Make sense right? Membazir. Tapi dari masa yong kawen lagi aku dah cakap aku nak 2 warna.

Ya, saya berpandangan jauh!

Nizam belum decide warna apa yang mahu digunakan. Aku sudah berpesan, aku tidak mahu kotak-kotak plastik sebagai hantaran. Kerana orang sekarang sudah menggunakan kotak buluh. Kotak yang berkayu, kotak-kotak cantik. Tiada lagi kotak plastik dan letak renda di kelilingnya macam skirt. beropol.

Ya, saya demand!

Saya demand pada benda yang saya tahu kami mampu. Saya tidak meminta alat solek berjenama estee lauder. Saya tidak meminta kereta Waja sebagai hantaran. ( akan diceritakan perihal waja ini kemudian) Oh, dan saya tidak meminta cincin untuk merisik nanti, tapi dah mak nizam nak bagi, takkan nak tolak. Tak baik menolak pemberian orang.

Saya mahukan kad kahwin berbentuk square. Aku sudah muak dengan kad kahwin berbentuk segi empat panjang. Berbau wangi. Bordernya berukir cantik. Oh. Terlalu cliché.

Saya mahu kad berbentuk square dan nizam cakap nak kad bentuk bulat. Nanti kita tengok ye Nizam. Kalau ada orang yang boleh terima tempahan kad berbentuk bulat, kita tempah. Dan aku tak mahu kad yang ada gambar bride n groom. Aku mahu kad yang simple dan kontemporari.


Ya. Aku suka bercerita perihal kawen ini !


Sudah cukup panjang untuk kali ini.

Tiada ulasan: