Rabu, Ogos 09, 2006

. i . n . i .

Mengantuk.
Nak balik
Carik bantal
Carik tilam
Nak tido.

Gara-gara berjumpa kawan-kawan nizam. Dari pukul 11 aku dah cuit-cuit nizam bagi hint nak balik. Las las balik pukul 1 lebih. Sampai rumah pukul 1.45 pagi.

Saya bebi.
Saya kena tido sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
Harini saya dapat tido 5 jam je. Sapa nak ganti balik 3 jam lagi tu?
Harini saya ada kelas tusyen sampai pukul 10. Sah-sah tableh tido awal.
Ni semua salah nizam. Takmo ikut nizam jumpa kawan-kawan dia dah. Takmo. Takmo. Takmo.

Kawan nizam suggest untuk pegi pulau.
Pulau perhentian atau pulau kapas.
Kalau jadi bes jugak.

Saya penat.
Saya perlukan rehat.
Saya dah takde passion
Saya sudah kehilangan rasa
Tapi
Rasa itu akan datang dan akan jadi bermacam-macam rasa kalau ada nizam.
Aura dia ke?

Saya suka bila nizam sudah tidak bekerja di kampeni ini
Nizam punya lebih banyak masa untuk saya
Dan dia cuma perlu bekerja lebih kurang sejam sekarang berbanding terpaksa bekerja ofis hour seharian untuk dapat income yang sama. Kenapa dulu saya memaksa dia bekerja di sini? Kesian nizam.
Sekarang nizam tak perlu tido awal untuk bangun awal-awal untuk travel ke cyberjaya lagi.
Me likey !

Semalam genap setahun saya bekerja di sini.
Ada beberapa hari lagi sebelum officially berhenti.
Can’t wait.

Baru teringat jugak. Semalam baru teringat. Hujung bulan tujuh haritu genap 6 tahun perkenalan aku dengan nizam. Whooaahhh. ( telan air liur jap) Lama jugak tuh. Terikat dan mengikat. Biasanya aku takkan lupa tarikhnya. Tapi last week itu aku terlupa. Sekurang-kurangnya pada tarikh itu, tidak dibazirkan dengan bergaduh.

Lemme recall apa yang kitorang buat pada tarikh itu.

Lupakan waktu sebelum pukul 12 tengah hari.

Keluar pukul 12. Naik moto. Baya hutang. Pegi Jalan TAR. Nizam jumpa boss lama. Repair kompiter. Lama betul. Dekat-dekat pukul 5 pegi Sogo. Makan spageti. Lepas makan, ingat nak balik. Tapi ujan. Masuk sogo, beli eskrem besar, naik fudkot, makan eskrem yang besar gedabak sampai tak larat, beli spageti lagi skali. Kasut putus. Nak beli lain tapi orang sangat ramai. Hujan reda. Balik. Singgah rumah nizam.Pergi Galaxy, nak tengok wayang tapi tade cite bes, lantas pergi berurut. Ooohhh. Saket ne urut tapi bes. Sangat berkesan pada nizam. Nizam hantar balik. Habis. Dan keesokan harinya pergi beli cincin. Hahhahah.

Sangat-sangat terlupa mengenai tarikh itu.
Lain kali saya akan ingat.

Tarikh dua puluh sembilan haribulan tujuh tahun 2000, enam tahun yang lepas..

Belum pukul 7 sudah bangun. Mandi, siap-siap. Pukul 8 sudah menunggu bas. Berjanji untuk berjumpa nizam dia ktm serdang. Masa tu bas dari cyberjaya ke kl adalah setiap dua jam dan perjalan dari cyberjaya ke serdang sahaja sudah mengambil masa satu jam.

Sampai Serdang dalam pukul sembilan lebih. Masa tu memakai telefon Motorola yang besar. Oohhh… bukan semua orang ada telefon bimbit waktu itu. Nizam menelefon mengatakan bahawa dia kena menjaga adiknya kerana ibu bapanya keluar brekfes. Nampak batang hidung nizam pada pukul 11 setengah pagi. Lama menunggu dia. Tapi kerana centah, tade rasa apa langsung.

Berjalan-jalan pusing-pusing mines sampai pukul 10 setengah malam. Bas terakhir ke cyberjaya pada masa itu adalah pada pukul 10 setengah malam. Agaknya kalau ada bas yang lebih lewat, harus balik lebih lambat.

Rasa amat gembira. Bawak balik sehelai t shirt nizam yang dipakainya. Boleh dibuat peneman.

Oh, Sukanya berada dalam keadaan bercinta seperti itu. Waktu tu nizam suka ambik tangan ini, pastu pura-pura kononnya nak kira jari. Halaaa…saje la tu nak pegang tangan. Sekarang ni aku je la yang tergedik-gedik nak pegang dia. Dia dah jadik kaku beku dingin salji stone.

Dah.

Tiada ulasan: