Rabu, Ogos 16, 2006

Harini, esok dan lusa. Lagi beberapa hari je. Tapi agak cuak jugak sebabnya aku dah mula ada doubt. Tapi sentiasa meyakinkan diri bahawa segalanya akan jadi okay. Ada sedikit rasa gusar tapi tolak tepi la semua rasa tu. Malas nak simpan dalam poket baju ni. Kang koyak plak poket aku ni, Penuh sangat rasa tu.

Pertama-tamanya sekali, lokasi belum confirm. Memang la aku ngan nizam tak banyak buat homework. Pegang pada satu broker je. Susah kan. Rasanya nanti aku kena la jugak carik broker lain.

Agaknya ini la orang lain rasa bila nak memulakan satu satu perkara tu. Aku dah start tak boleh nak tidur lena. Tidur pun dah tak dihiasi mimpi-mimpi indah.

Kondisi kesihatan yang sangat teruk menyebabkan aku tade mood nak buat apa apa pun. Nak makan pun tak berselera sangat. Makcik cleaner kat ofis ni yang sangat prihatin beria-ia soh pegi klinik. Makan antibiotik. Makcik cleaner kata, makan panadol je tak cukup. Tau ke makcik cleaner bahawa saya telah jatuh mesken? Kalau saya ke klenek macamana saya nak makan?? Nasib baikla tiap-tiap hari ada orang belanja saya makan.

Nak menulis mengenai perkara yang berlaku pada hari ahad lepas.

Pukul 6 setengah dah bangun. Tengok baby. Pewgi dapur. Tengok mak ngan abah dah bz di dapur. Aku pn tak ingat sangat apa yang aku buat tapi yang pastinya hari ahad pagi tu aku dah hilang suara.

Siap itu ini dan pukul 10.30 pagi baru la terhegeh-hegeh pegi kedai nak beli baju. Padahal nizam cakap family dia sampai pukul 12.00 tengah hari. Tu la hari sabtu tanak beli baju. Belagak. Hari ahad baru la sedar yang tade baju cantik.

Kat kedai cuba banyak baju. Nak cari yang sesuai. Susah betul. Sebabnya. Saya gemuk, pendek, dan berbuntut besar.

Las-las ambik sepasang baju kurung berlace. Kain dasar baju tu pink tapi lace depannya bewarna greenish purple, jadi baju tu nampak sweet. Tak over sangat la. Sampai je rumah sama waktu dengan keteibaan rombongan nizam. Hohohoh… kan dah malu. Lari naik atas, mandi, pakai baju, turun. Heheheheh…. Tak salam pun dengan tetamu.

Diorang cakap ringkas je. Abah pun terus straight to the point. Cakap tarikh untuk bertunang, untuk kawen. Oohhh. Fani. Aku tade perasaan pun waktu tu. Pastu mak panggil sebab mak nizam nak pakaikan cincin. Paki cincin dah taraaa…. Sudah la. Derang pun pegi makan.



Aku dengan pakai baju lawa, dengan pakai cincin, basuh pinggan. Tapi tu la, nak harapkan sapa lagi. Orang datang untuk makan je. Bukan untk tolong basuh pinggan. Nasib baik la mak sedara aku yang sorang ni bawak pembantu rumah. Dia yang basuh pinggan sebenarnya. Aku tolong sket-sket je. Pastu aku soh timah ( pembantu rumah mak sedara aku tuh ) makan sementara aku ngan tiwit menyelesaikan pinggan mangkuk tu.

First time aku tengok si tiwit basuh pinggan. Hohohoho. Dah besar adik baby aku tu rupanya.

Sampai harini, jari aku masih berkilat disebabkan manicure haritu. First time buat professional manicure. Biasanya buat sendiri je. Sedap betul masa dia urut-urut tangan aku neh. Rendam ngan air aroma suam-suam. Oohhh… nyaman. Tak terasa pun masa dia potongkan kuku ni. Rasa macam nak buat tiap-tiap bulan.

Tiada ulasan: