Selasa, Oktober 23, 2007

18

18 hari lagi
Baju nikah n sanding baru hantar tailor malam semalam
Harini kalau bole nak carik korset
Kalau tade warna yang padan
Kena tempah
Kena carik tempat la plak nak tempah
Macamana pun kena ada sebab baju sanding tu lace je.
Tadek lining sebab memang nak pakai dengan korset
Supaya nampak kurus sket
Baju lace tu pun mintak tailor buat muat muat
Kalau longgar sangat kang nampak macam guni
Misti kena tahan nafas gila gila punya nanti
Macamana nak ratah seekor ikan nih

Untuk kenduri nanti dah cop seekor ikan yang untuk hidangan pengantin untuk makan sorang
Ehhehehehhe bole tak?
Dasar gemok kan

Oh. Kena carik kasut
Kena carik veil
Tengah berkira kira samada nak beli tiara atau tak
Ataupun tiara tu nak sewa je dari mak andam
Kena beli sampan, tanjak n bengkung untuk nizam juga

Kenapa semuanya nak beli?

Ini jawapannya ye
Sila baca wahai murid murid sekalian

Masa pergi survey baju pengantin kat ipoh
Kedai kedai yang aku pegi tu semuanya letak harga dalam 400-500.
Tu untuk sepasang baju lelaki n perempuan.
Since si bofren itu tade saiz, jadi derang kata, kalau nak buat baju kena tambah lagi 300. Maknanya kena bayar dalam 800 untuk sewa sepasang baju dan accessories
Dah la kena tambah lagi 300. Pastu nanti baju tu kena pulangkan. Sangat la ridiculous kan. Jadi lebih baik aku beli dan buat sendiri
Lebih puas hati
Dan juga, lepas ni bole la pakai.
( macam ada orang nak ajak pegi function je )

Untuk kenduri kat KL ni
Mahal gila oke
Baju perempuan je dan mekap
RM500.
Baju nizam macam biasa la, kena tempah sendiri

Oh I miss si bofren
Masa tempah baju melayu dia haritu
Tailor tu tanya dia
senang tak nak carik baju untuk dia
Sah sah la susah
Sebab si nizam itu besar
Pastu tailor cakap kat Malaysia ni memang susah la nak carik
Sebab ukur lilit tengkuk dia 18.
Orang Malaysia ni biasa 14 je
Pastu tailor kata cantik kalau dia pakai baju
Sebab bahu dia straight macam hanger

Yang menyebabkan nizam susah carik baju adalah sebab bahu dia yang straight
dan dada dia yang besar
biar la dia susah carik baju
tapi i looike
yummy
hahahahhaha

Apa pun
Untuk kenduri kat kl nanti,
Memang aku cam terkilan la
Mahal
Dah la baju tak cantik
Tak cantik di pandangan mata ni la
Tak seronok tau

Tapi takpe
Untuk mengambil hati semua orang
Lagipun dah cukup puas hati dengan baju untuk kenduri kat Ipoh
Jadi takde la kisah sangat
Walaupun terkilan sebab mahal
Kalau carik tempat lain misti boleh dapat lebih murah


Oh
Last Sunday buat openhouse
Punya ramai aku ajak
Yang datang reza n bean je
Tapi bes sebab dapat borak panjang
Bole citer gossip gossip terkini
Bes

Dan yang paling kelakar adalah masa tangkap gambar
First shot memasing nampak gemok
Second shot memasing nak ambik gambar side
Supaya nampak kurus

Tapi boleh terima la kan
Takkan nak maintain kurus macam masa form 5 dulu
Dah 8 tahun berlalu
Tapi bean tetap kurus macam tak cukup makan
Ahahhahaha

Untuk wedding ni jugak,
Las minit kena carik pengapit lain
Agak menggelabah la jugak
Nak carik orang
Pastu nak ajak carik baju

Dah malam malam aku sms Nora
Nora kata ok
Nasib baik
Kalau memang betul betul confirm,
Nak ajak carik baju hujung minggu depan

Habis dah~

Khamis, Oktober 18, 2007

. m . a . r . v . a .



A dear friend of mine passed away last Friday

I received a sms;

Dear All,
I’m writing this short letter to inform you all that our dear mother has returned to her Creator. She passed away on Friday morning and was buried on Saturday afternoon here in Seattle, Washington where she was visiting her son. She was surrounded by her daughters, her eldest son, Naeem, and lots of prayer as died. We cry only because we will miss her; but we do know that she is in a better place now, God-willing. She looked very peaceful and wore a peaceful smile after she died. We are grateful TO God that she is no longer suffering the complications of her cancer and we are grateful for the time he gave us with her. Please remember my mother on your prayer always.
Ahlmahz


Masa dapat sms tu nizam tengah bercakap cakap dengan aku
Bila baca sms tu rasa sangat sebak dan tak boleh nak tunggu nizam habis cakap terus aku potong. “nizam, marva dah meninggal”.

Agaknya nizam pun terkejut dengar berita ni terus ambik handphone dari tangan aku dan baca. Aku dah rasa macam nak menangis. Nizam bole plak tanya, “sedih?” Of course la sedih. Marva adalah orang yang aku suka. Dia sangat baik. Dan dia sangat suka aku dan nizam. Dia panggil nizam “my son”. Pernah sekali aku terserempak dengan marva kat tengah jalan, kitorang terus ke tepi jalan dan berpeluk peluk. Memang aku sayang dengan marva.

Las sekali dengar berita dia pada bulan lima ke bulan tujuh dia hantar sms kata dia mengidap cancer. Jadi dia nak balik states untuk dapatkan treatment kat sana. Dia balik dengan anak lelaki dia. Tak sangka rupanya itu khabar terakhir yang aku dengar dari Marva.

Aku baru berkira kira nak ke rumahnya di Melawati untuk hantar kad jemputan. Marva memang dah cakap dia nak datang masa kenduri aku dan nizam nanti. Rupanya semua tu takkan berlaku.

Aku doakan semoga Marva tenang dan aman di-Sana. Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan rohnya. Dan pengalaman bersama Marva akan aku simpan sampai bila bila.

Amin.

Isnin, Oktober 15, 2007

la

Back to work
( muntah )
Benci

I used to love my job
Sekarang sudah benci
Tiap tiap hari buat benda yang sama
Otak tak berkembang
Sudah bingai juga

Beberapa hari sebelum raya
Bos lama telefon
Ajak join kampeni tu balik
Kena la tolak sebab I have my own plan

Sebelum cuti raya hari rabu haritu
Dapat bad news
Dapat surat yang menyakitkan hati
Isi kandungan surat tu mengatakan
Hari last bekerja adalah pada 9 November 2007
Dan semua annual leave sudah kena beku
I can’t take anymore AL
Dang
Gile ke ape nih
Aku antar surat resign 6 september
( kena bagi 2 mo notice )
Patutnya last date adalah pada 6 / 7 November la
Pastu patutnya boleh tolak annual leave
Aku patut berambus by end of October
Tapi sebab si-gila-tak-sekolah-pemalas
Menyebabkan last date jadi 9 Nov.

Tau tak yang my nikah adalah pada 10 November
Sian hari tu ada majlis khatam Quran
Malam tu nikakenduri
Kalau kena kerja 9 november sampai pukul 10 malam
Bila masa plak nak balik ipoh

Orang yang gila-pemalas-tak-sekolah nih memang
Kalau boleh on my wedding day pun derang soh datang kerja
Seb baik gua sudah bagi surat resign awal awal
At least lepas kawen takkan balik ke ofis ni lagi

Dah la sampai 9 November tu, salary yang akan dapat dalam 600 je . Pastu annual leave dapat la dalam 300 lebih untuk 5 hari. Tak berbaloi langsung. Aku pun tatau la macamana derang kira cara pembahagian gaji tu. Yang aku tau sepatutnya kira gaji ni adalah salary / 26 atau 24 days. Ni dia kira salary / 30 hari. Rules mana tah derang ikut. Kira hari cuti pun dikira sebagai bergaji ke? Grrrr grrrrrr. Sakit hati nih. Dah la allowance untuk bulan November takkan dapat. Benci betul la.

Marah betul la

Tapi memang la, can’t wait to get married
(statement yang sangat gewdix)
sangat tak saba
Walaupun cuma tinggal kurang dari sebulan
Kalau bole esok jugak nak kawen
Why? Because I love nizam la. Of course.

On the way to kl tadi main main sms dengan nizam

I : Tpon nizam ada 3g tak? ( nizam ada enpon baru. Baru je dapat b4 raya. Tak tengok lagi macamana rupanya )
N : Ada. Bole je tuka tpon kalo awak nk
I : Bukan nak tuka just askin
N : Saje je cakap. Saya kan sayang awak
I : Sejak bila pandai cakap sayang2 ni
N : Teruja nak ada isteri. Terurus la sket makan, pakai
I : Sblm ni makan pakai tak terurus ke?
N : Tak terurus la.. Spende koyak, suar buruk, baju buruk , kasut lubang, makan xtentu waktu

Alalallalalala. Kesiannya si bofren. Kehidupan tak terurus. Tapi kan dia dah pandai beli baju sendiri sekarang ni. Macam dia beli baju senyap senyap sebelum raya haritu. Bila aku bising bising, dia kata dia beli baju dua tiga taun sekali. Si inaz ni beli baju bila bila dia suka sampai selalu lupa dia ada baju baru. Ehehehheehhe. Malu la I macam ni dan terpaksa terus diam.

Haritu plak tiba tiba terperasan yang my frenster dah lain. So I called nizam.

I : Ni, awak tuka inaz punya status kat frenster ye?
N : Mana de. Tak tau pun paswed. ( which is sangat tipu la )
I : Misti awak yang tuka.
N : Apa status sekarang?
I : In a relationship.
N : Betul la tu.
I : Alaaaaa…. Inaz suka jadi single. Kalau bukan awak yang tuka. Sape tuka?
N : Tuhan

Tengok la si nizam ni. Suka betul main main. Tapi memang misti konfem dia yang tuka. Misti jeles dengan I yang single mingle nih. Ahahhahaha.

Tak sabanye nak kawen dengan si nizam
Nanti bole jumpa dia hari hari

Saba la si inaz
Lagi sikit hari je

Oh. Esok nak pos invitation card.

Jumaat, Oktober 12, 2007

. h.e.

Beberapa minggu sebelum ni memang mengalami masa masa depresi yang melampau
Menyebabkan banyak calls yang sengaja di ignore
Sms yang diabaikan
Hilang rasa
Rasa nak mengamuk
Rasa nak carik gaduh dengan semua orang
Hilang selera makan yang makan sikit tapi still tak kurus kurus
Depresi yang tak boleh nak mengawal emosi sendiri
Sampaikan tiga hari lepas sakit kepala yang super sakit dan pegi klinik
Doktor kata migraine

beberapa hari ni baru oke sikit
Walaupun banyak benda yang masih membebani kepala otak
tapi lebih banyak benda yang menggembirakan hati

No, bukan sebab wedding
Benda wedding ni la yang membuatkan aku rasa hepi dalam keadaan yang sakit jiwa ni

apapun i would like to thank my parents for their support
Kalau tade mak n abah agaknya dah terlungkup dah diri nih

Dulu aku punya will power kuat
Semakin lama makin menurun
Sekarang ni macam dah hilang langsung
Mebbe kena minum power root

Nasib baik orang orang di sekeliling banyak sapot especially mak n abah
Yang memang terlau banyak banyak sangat tolong
financial dan moral support

Batrisyia yang sentiasa membuatkan aku selalu hepi walaupun selalu bergaduh dengan dia, tapi dia sangat menggembirakan hati ni. Dia sangat playful. Dan sangat nakal.

Nizam jugak. Tapi nizam suruh kayuh pelan pelan. Macamana nak kayuh pelan pelan kalau masa dah suntuk. Tapi beberapa hari ni nizam selalu buat hati ni jadi riang. Thank you nizam.

Semalam dapat rezeki terpijak
Nizam ajak pegi sogo
Katanya nak beli baju raya dia
Tapi bila sampai sogo dia insist untuk cari baju for me
Ahahahha. saya sukakan kejutan
Suka juga dapat baju raya
Ingatkan taun ni memang tade baju raya baru
Tapi walaupun sogo sale tapi baju aku 3 helai pun dah almost 400.
Mahal betul baju sekarang ni
Nizam lagi dahsyat
Rupa rupanya sebelum ni dia dah beli baju raya senyap senyap
Semalam dia beli lagi 2 helai
Beraya besar besaran nizam taun nih

Kitorang pegi sogo naik lrt
lamanya tak naik kenderaan awam dengan nizam
sampai sogo kol lapan lebih
punya la lapar sebab aku berbuka dalam kereta
minum ribena sket je
Bila sampai sogo nak beli roti
bole ke nizam tak bagi
Dia tak bagi makan sebab dah nak kawen
walopon aku gumok, tapi aku nak berbuka
mana cukup minum ribena seteguk je

Aku lapa
Sebab hari sebelumnya, aku berbuka makan cordon bleu yang tak sedap lantas makan separuh je
Pastu tade makan benda lain dah
Dan nizam yang sangat fussy ni, bila sampai kedai roti kat sogo tu, tiba tiba dia rasa was was plak takut tak halal
Pegi pulak deli france, tapi tinggal 2 ketul bun je. Yang tak bes plak tu
Las las pegi je kedai sebelumnya. beli je la seketul bun

Dah habis shopping pukul 12 baru aku makan betul betul
Kali ni memang sangat berselera sebab ada nizam ditambah dengan hati riang dapat jumpa nizam dan hati riang dapat baju baru

Me going back to ipoh today afternoon. Naik tren pukul 3 petang nanti.
Oohhh. kena ambik borang kawen dari nizam
Semalam lupa nak ambik
Seb baik mak telefon pagi tadi tanya borang nizam dah siap ke belum

To all my readers yang dikenali, ataupun tak dikenali, silent readers , friends, I would like to wish Selamat Hari Raya. Berhati hati di jalan raya. Jangan makan banyak sangat raya ni. Nanti sakit perut. Jangan ponteng kerja. Zakat dah bayar ke belum? Myself, abah dah bayarkan awal awal lagi. And lastly, kalau rajin buat la puasa enam. Especially to the ladies, puasa nam ni bole campur dengan puasa ganti. Tade la taun depan dah dekat puasa baru kelam kabut buat marathon puasa .

eerk. countdown tunjuk less than a month. eeeewwww... takut

Ciao~

Isnin, Oktober 01, 2007

cinta

for my darling, my love-heart , si gemok, si suka menyakitkan hati, si suka mengutuk inaz, si pendera perasaan, si kaku-beku-dingin-macam esbox , my mind-reader, and most of all, the one who's always there for me, being with me through thick n thin, my happiness and sorrow, and u are still the same charming person i met more than 7 years ago. and, i love you, still. infinite.



shania twain - from this moment on

(I do swear that I'll always be there. I'd give anything
and everything and I will always care. Through weakness
and strength, happiness and sorrow, for better, for worse,
I will love you with every beat of my heart.)

From this moment life has begun
From this moment you are the one
Right beside you is where I belong
From this moment on

From this moment I have been blessed
I live only for your happiness
And for your love I'd give my last breath
From this moment on

I give my hand to you with all my heart
Can't wait to live my life with you, can't wait to start
You and I will never be apart
My dreams came true because of you

From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn't give
From this moment on

You're the reason I believe in love
And you're the answer to my prayers from up above
All we need is just the two of us
My dreams came true because of you

From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn't give
From this moment
I will love you as long as I live
From this moment on


miss u la nizam.