Jumaat, Mei 18, 2007

. p . a . g . i . . b . u . t . a .

It's funny when you find yourself
Looking from the outside
I'm standing here but all I want
Is to be over there
Why did I let myself believe
Miracles could happen
Cause now I have to pretend
That I don't really care

I thought you were my fairytale
A dream when I'm not sleeping
A wish upon a star
That's coming true
But everybody else could tell
That I confused my feelings with the truth
When there was me and you

I swore I knew the melody
That I heard you singing
And when you smiled
You made me feel
Like I could sing along
But then you went and changed the words
Now my heart is empty

I'm only left with used-to-be's
And once upon a song

Now I know you're not a fairytale
And dreams were meant for sleeping
And wishes on a star
Just don't come true
Cause now even I can tell
That I confused my feelings with the truth
Because I liked the view
When there was me and you

I can't believe that
I could be so blind
It's like you were floating
While I was falling
And I didn't mind

Cause I liked the view
Thought you felt it too
When there was me and you

when there was me and you - Vanessa Anne Hudgens


Lirik ala ala putus cinta la plak. Tapi I looiikkee this song very the much. Enpon asyik ulang lagu ni je. Misti kalo telepon tu bole cakap, dia akan soh aku tuka lagu lain.

Sekarang pukul 4.52 pagi. Stat keje kol 4 pagi. Gila lama masa berlalu. Nak tunggu sejam punya la lama. Harini sebenarnya hari pertama aku stat keje kol 4 pagi. Tadi aku Tanya colleague aku dia kata rarely la dapat call pagi pagi kecuali kalau ada flight 8M ataupun kes NTL. Seb baik harini tade flight 8M. Dan sebab aku belum pernah dapat kes NTL ni, aku cakap kat dia, kalau aku dapat call NTL ni , aku pass kat dia la. Tengok macamana nak handle.

Kelmarin dah cuti 2 hari. Maknanya sabtu ahad ni kerja. Shift 1 tengah hari sampai kol 10 malam. Dem laa… tak dapat nak tengok final AF. Nampaknya aku kena curi curi tengok tv nanti ni bila ebi dan mila nyanyi.

Hari Rabu malam pegi Mines dengan incik nizam. Aku dah janji nak belikan dia perfume yang dia bole simpan dalam poket. Rugi je aku beli minyak wangi mahal mahal masa bagi hantaran arituh. Elok lagi dalam kotak. Dia jarang pakai. Tatau la sayang ataupun dia tak suka bau tuh.

Nizam ni aneh. Dia suka bau lembut cam bau pompuan. Dia nak beli perfume bodyshop. Ni semua gara gara dia masuk toilet berbayar kat klcc tuh. Ada disediakan minyak wangi bodishop. Terus dia jatuh cinta.

Jadik, aku belikan minyak wangi oceanus. Dia yang nak sangat. Beli yang kecik supaya dia bole bawak kemana pegi. Dia kan asyik jumpa kastemer. Nanti tade la bau peluh. Berbau harum, baru la bes. Lagipun aku saje nak merasmikan kad kredit baru. Kali ni aku betul betul berjanji untuk pakai kad kredit baru ni hanya untuk emergency. Ye laaa… aku masih ada 3 kredit kad lain. Kalau pakai semua, mati la nak bayar bulan bulan. Sekarang ni pun aku pakai 2 kedit kad je. Yang satu lagi tu nak bayar bulan bulan je kasik habis utang. Kalau boleh tanak pakai. Nak jadik pengguna berhemah dan mengurangkan hutang. Ahahhahaha. Poyo je kan. Dan juga nak mengurangkan habit bershopping macam tiap tiap hari ada megasale.

Cakap pasal shopping ni, last week aku pegi klcc. I can’t resist la kalo ada sale kat Elle. Lama btol aku dok dalam kedai elle. Las las tak beli pun. Ingat nak beli jeans. Tapi cam ada saiz s dan l je. Jenis yang aku nak tu tade saiz M. Lantas kecewa. Lantas walaupun nak beli lagi satu seluar dan baju, terus tak jadi.

Masuk isetan beli kasut je. Ingat nak beli henbeg elle jugak. Tapi rasa macam nak henbeg hush puppies plak. Las las tak beli jugak. Tapi sebab tanak bagi kecewa setelah menghabiskan hari dengan berjalan aku amek la sehelai levis ladies. Waaaaaaaaahhh… dari bulan satu mengidam nak levis ladies ni. Sekarang baru beli.

Oooooooh…. Baru pukul 5.09. Dah tatau nak buat apa dah nih.


8M – Flight yang share dengan Myanmar Airline.
NTL – Not To Land. Ni untuk orang-orang yang ada masalah visa ke ape ke. Yang bila dia sampai ke Negara yang dia nak pegi tu, dia kena dihantar balik. Alaaaa…. Macam dalam cite the terminal tuh.

Khamis, Mei 10, 2007

. h . a . l .

Dah pukul 9.22 malam. Aku tercongok lg kat opis nih. Nk kena tunggu abes shift. Hooihhh. Aku lagi prefer shift kol 4 pagi. Kenapa waktu kerja yang aneh?? Sebab dept aku ni shiftnya mula 2 jam sebelum flight pertama berlepas dan tutup 2 jam selepas flight terakhir berlepas.

Cepat la pukul 10. gua nak balik. Sebenarnya tade apa pun kalau balik. Tatau pasal. Sekarang nih rasa macam semuanya hambar je. Kalau kat rumah rasa macam nak pegi ofis cepat cepat. Kalau kat ofis rasa bosan. Tapi macam tak rasa nak balik.

Kalau tido malam tak lena. Bangun pun cepat. Biasanya aku la paling liat nak bangun pagi. Ni sebelum azan subuh aku dah terjaga. Kenapa tatau la. Agaknya tuhan nak suruh aku bangun sembahyang subuh kot.

Hmmmm…. Arinih bila dah malam. Tade banyak keje. Kalo ada pun travel agent je nak divide pnr la. Nak betulkan name spelling la. Jadi aku yang boring ni pun bukak friendster. Dan add segala orang yang aku kenal. Hahahahhaha. Amek kau.

Cakap pasal friendster nih. Masa sekolah rendah aku ada kawan baik. Masa tu aku darjah 1. nama kawan baik aku ni Teoh Li Ying. Dia ni memang pandai. Tiba tiba dalam friendster aku dapat msg. orang ni Tanya samada aku ni nurul shahinaz yang pernah sekoalh kat st anne’s convent kulim. Padahal aku tak tulis pun sekolah tu dalam list sekolah aku.

Well, aku memang teruja. Tak sangka teoh carik aku. Aku pun memang carik dia. Cuma cam tak terpk plak bole jumpa kt friendster. Jadi sekarang rajin la aku nagn dia berbalas msg. Dia dah jadik doctor dah. ( aku boleh belagak pada orang lepas ni sebab aku ada kawan doctor)

Tatau dah nak tulis apa. Balik nanti misti aku penat. Jauh plak tu dr cyberjaya ni ke keramat. Hooiihhh. Kalau ada bofren ambik kan bes!!!!

Tapi, kita tak selalu boleh dapat apa yang kita nak. Sebaiknya bersyukur dengan apa yang tuhan dah bagi.

Ehehehhehe… bertazkirah plak.

Rabu, Mei 02, 2007

. t . e . r . b . a . n . g .

Hoooooohhhh. Lama dah ni tak dapat nak menaip. Kenapa?? Bz dengan keje. Waktu keje memang susah sangat la nak carik masa untuk surf internet.

Sejak sejak bekerja kat tempat baru ni, jarang jugak aku amek lunch. Kalau sampai awal bole la pegi terminal beli makanan untuk lunch. Kalau dah lambat tu jawapnya masa lunch aku melopong je la tengok teevee.

Kerja tempat baru ni memang satu pengalaman baru yang so far aku rasa menarik dan banyak benda yang aku belajar. Well, at least merasa jugak aku kerja dengan syarikat penerbangan. Hehheheheh.. poyo je kan.

Jobscope kerja plak macam buat senarai penumpang sebaik pesawat takeoff. Termasuk la passenger yang no show. Sekarang baru aku paham kenapa selama ni counter check in tutup 40 mins before departure. Ada banyak proses rupanya. Pastu kena update customer punya payment. Macam customer yang bayar tiket kat 7-11 ngan POSB. Ada yang kena update kol 6 pagi, ada yang kena update tengah hari. Selain tu, kalau macam flight cancel ke, department aku la yang kena contact customer nak mewarwarkan pasal cancellation tu. Ada banyak lagi la. Tapi aku masih dala proses pembelajaran. Yang aku dah agak mahir Cuma bahagian reservation n query. Tapi tu laaa…. Kerja kat bhgn reservation ni cam payah gak sebabnya customer macam macam perangai. Belum campur kiasu derang lagik. Hooiihhhh. Tapi nasib baik la aku bukan kerje bahagian reservation ni. Cuma sebab training jadi kena kerja kat reservation for few days. Bahagian aku banyak kepada airport people, ground handler dan jugak travel agent.

Ok. Nuff about work.

Semalam aku tengok satu benda yang sangat cute. Hehehehhehe… Lepas aku dah habis mendonlod lagu besar besaran dan mentransfer lagu ke dalam enpon, aku pegi ke depan. Tengok nizam. Cutenyaaaa…. Sebab apa??? Sebab di hujung kaki nizam ada dua bijik bantal dan nizam masukkan kaki dia dalam sarung bantal tu. Bole bayang tak macamana???? Tapi sangat cute. Jadi, aku ambik stoken, cabutkan bantal dan apkaikan nizam toe sock yang berbelang belang tu. Ehhh… rugi tak ambik gamba. Kalau tak bole letak kat sini.

Pastu aku tutup tv, dan masuk bilik. Dalam bilik aku Nampak bantal peluk. Pastu aku teringat yang nizam suka tido dengan bantal peluk. Jadik aku ambik bantal peluk, bawak ke depan, masukkan bantal tu dalam pelukan nizam. Masa tu dia macam terjaga. Pastu tiba tiba dia cakap satu benda.

Eehhh??? Aku cam tergamam dan tatau nak cakap apa. Jadi aku diam je. Baru petang tu bila aku Tanya nizam dan nizam kata, bole tak kalau aku Tanya soalan tu setaun sekali. Huuuhhh… takde maknanya kalau aku Tanya setaun sekali.

Apa yang nizam cakap???

Nizam cakap I love you.

Dia mana nak caap benda benda macamtu. Hati dia keras. Kaku. Beku. Macam iceberg.

I liiikkeeee.

Dah. Till then.

Sabtu, April 14, 2007

. t . e . l . e . f . o . n .

ada satu benda yang bes. hehehehhe

sempena kematian henpon lama yang ngok ngek itu, sudah berjaya mendapat sebijik henpon baru yang kawaiii.
ehehheheh... i looiikkee.
taraaaaaaaaaa

inilah dia. Nokia N70 music edition.
Terima kasih incik nizam kerana terpaksa menggores kad untuk beli telepon inih.
oooooooooh.... yesterday was my buffday.
did nothing much.
pagi ikut nizam pegi keje.
tengah hari ambik appointment letter.
petang on the way balik terperangkap dalam hujan di bandar kl lantas berenti di sogo.
makan breakfast + lunch + dinner
balik. pegi pasar malam.
tengok baik punya cilok dan tak habis sebab dah ketiduran.
there goes my birthday.
tade ape nak cakap lagi sebab eksaited dan sibuk nak menggodek godek telepon inih.
daa~

Ahad, April 08, 2007

.u . p . d . a . t . e .

ok.Few quick update.

Sudah tidak lagi bekerja di palza sentral itu. really like that place. Tapi nak buat cemane. Jodoh pendek je. Ye laaa... ganti orang bersalin. 3 bulan je la.

Lepas ni mebbe akan jadi warga cyberjaya kembali. Sudah dapat kerja dengan salah satu company di cyberjaya. Waktu kerja yang aneh tapi ok laaa... boleh menggunakan masa yang ada untuk bershopping.

Berjaya memujuk nizam untuk menukar perabot baru dalam bilik dia. (read : aku akan duduk rumah mak mertua lepas kawen. jadi baik bertindak dari sekarng supaya nanti aku selesa )
Sudah menukar jenama deoderen. ahhahahhha.... perlu ke bitau??

mak nizam kata aku orang kampung sebab suka tengok AF. walaupun aku suka, tapi aku tak mengundi. Tapi, tak kisah la.. dilabel sebagai orang kampung pun i don't mind.

minggu lepas menerima sekeping kredit kad baru. wohooooooooooo... i looiikkeee...

sebuah bank menawarkan overdraft facility. hooooo.... makin menjadi la addict pada shopping nanti. tapi od ni interest lebih rendah dari kredit kad.

Itu saja.

Sekian.