Isnin, Mac 12, 2007
. d . i . a .
Tiba tiba rasa sangat tak bes
Macam yang aku bitau dia,
Sangat tak suka dia pegi mana mana without me
Even kalau dia nak balik kampung pun tak suka jugak
Tapi….
Kalau aku yang pegi bejalan takpe
Kalau aku yang pegi jauh-jauh takpe
Selfish??
Maybe
Tapi nizam dah balik malam tadi.
Pagi tadi dia anta sms cakap dia malas nak pegi keje.
I hate sebab dia bole pilih untuk nak keje atau tak
Dan aku terpaksa bangun pagi tiap tiap hari untuk pegi keje dan terpaksa bekerja untuk 8 jam.
Dia bole balik rumah tengah hari dan tido atau tengok tv atau buat apa-apa yang dia suka.
Ini cakap cakap malam sebelum nizam pegi penang.
+ nanti kalau ada anak, nak pesan supaya cari bofren kaya raya
- bukan semua orang yang kaya tu baik. Bukan senang nak cari lelaki yang baik.
- dulu masa awak belajar, saya kerja keras, pastu setiap kali jumpa awak, bole bagi awak duit
+ alaaaaa… setakat 50 ringgit. tade maknanya
- heeeeeeeeiiii….. ( sambil mengetuk kepala aku ) dulu awak student tau. Lima plot u besar sangat.
+ ( gelak gelak ) eeeh… kan. Lima plo tu banyak. Bole buat makan tiga empat hari
ngeeeeeeee….. lupa plak. Sekarang ni kalau lima plot u cam cepat sangat je habis. Baru je ada sekeping duit kertas lima plo dalam wallet.kejap je tengok tinggal duit kertas biru not seringgit. Buat apa pun tatau.
Bercakap mengenai uwang dan materialistik ni, ada satu lagi cakap cakap dengan nizam.
Scene 1
+ orang ni suka hanta message.
- sape dia?
+ budak jobcamp.
- keje ape skarang?
+ nih, (nama kampeni) call centre.
- huuuuuuhhhhhh…. Tak layaaak
Aku plak yang sentap. Tak layak?
Tak layak sebab orang tu keje angkat telepon jadi tak setanding dia?
Ataupun tak layak sebab orang tu tak boleh memenuhi nafsu materialistik aku?
Scene 2
Lokasi : dalam lif
Bunyi sms masuk kat telepon aku
Nizam yang sebok sebok tengok + baca
- sapa ni?
+ budak jobcamp tu
- apa hal anta sms malam malam macam ni?
+ tatau. Dia memang suka anta sms
- dia keje ape?
+ keje hp. Ape networking technical tah
- alaaaaaa… angkat telepon jugak. (sambil gelak-gelak)
Heran
Kalau orang lelaki yang dia tak kenal anta sms kat aku, misti dia akan tanya keje ape
Kenapa tah
Dia rasa tergugat ke?
Atau dia akan rasa bes kalau orang tu kerja yang kurang bes dari dia
Dia tatau ke sekarang aku dah baik sampai ada bulatan bercahaya kat atas kepala. (konon laa)
Kadang-kadang jawapan aku bila dia tanya apa-apa, aku kata, sebab cinta
Nizam oh nizam…
Bila nak belikan tv n dvd player neh
Sebelum awak pegi penang awak cakap nak belikan lepas balik dari penang.
Malam tadi, bila sampai rumah, terus kemas bilik, supaya bole letak tv n dvd
Tak sabar nak ada tv dalam bilik ni
Lagipun astro sekarang cite tak bes
Kalau ada dvd player, bole la tengok dvd2 yang dah dibeli secara rahsia tanpa pengetahuan awak tu.
Ngeeeeeeee….
Khamis, Mac 08, 2007
. j . o . u . r . n . e . y .
Setelah melihat lihat internet, mereka telah jalan jalan cari makan. Agaknya memang di negeri far far away tu, servisnya lambah. Lihatlah budak lelaki itu sudah kepenatan menunggu ditambah dengan perut yang dah berkeroncong lagu rock kapak.
Dah la lambat, makanan yang dihidangkan pula sangatla tak sedap. Tasteless !! Si budak perempuan itupun makan tak habis. Yuckkk. She don’t like.
Nasik ayam mushroom tapi rasa cam nasik + butter n mushroom yang sebijik potong kecik kecik
Selepas itu, mereka terpaksa meneruskan agenda jalan jalan cari makan. Kali ni barulah berjumpa dengan makanan yang mengenyangkan.
Keesokkan paginya, mereka telah bangun awal semata mata mahu ke pasar tamu di gaya street. Sebelum bershopping, haruslah mereka makan brekfes dahulu. Seperti biasa, budak perempuan itu akan menjadi juara makan yang tambah tak hingat dunia.
konsentret makan nih. Kumpul tenaga nak gi shopping
On the way ke pasat tamu itu, mereka telah menggunakan kesempatan yang ada untuk menangkap gambar di tempat-tempat yang menarik hati mereka.
tatau apa motif ada kerbau balau plak kat tengah pekan ni
kapal pun ada tengah pekan. slambe je laaaa
Sunggu menarik rupa-rupanya pasar tamu itu. Mereka membeli belah tak hingat dunia. Beratus ratus ringgit habis semat-mata untuk membeli souvenir sahaja. Budak lelaki itu end up dengan tidak membeli apa-apa kepada diri sendiri.
borong.... jangan tak borong. Tapi nizam la raja shopping. Skali amek, seplo.
Lebih kurang pukul 1 tengah hari mereka bercadang untuk berjalan jalan di sekitar bendaraya itu pula. Kali ini mereka telah pergi ke Plaza wawasan. Di sana mereka telah menikmati KFC. Lihatlah, KFC di negeri itu menyediakan nasi untuk dimakan dengan ayam 2 ketul.
lihat kfcku.... ada nasik kan!!!!!. nasik raisin.
Pada sebelah petangnya, mereka berdua tergedik-gedik sekali lagi konon-konon nak ambik gambar bersama sunset. Tapi, tak jadi pun. Setelah mengambil gambar dan berposing macam orang gila, mereka pulang ke istana. Tetapi, mereka tidak pulang ke bilik peraduan, mereka singgah di kolam renang.
dia dah siap pakaian renang di dalam
di belakang tu la istana tempat tinggal mereka
Sangatlah besnya kawasan kolam renang itu kerana selaim swimming pool, ada bubble pool, dan ada juga jakuzi, ada steam room, ada hot room. Peeeeeergh… asyik.
bes btol bubble pool ni
besar ni bilik ni. Lazat plak tu
tivi plasma yang besar siap ada dvd player. tapi tak pakai sebab tade dvd
workplace yang ada internet laju gile. Puas hati.
Pesanan penaja kepada orang-orang yang mahu melancong ke situ, silalah menginap di hotel tersebut.
Kami masih perlu 9 stay untuk mendapatkan gold starwood preferred guest. Bole la duduk le royal club plak. Hahahhahahahha. Oohh.. tambang murah air asia kembali. 30 sen ke jakarta. Tempat yang memang aku nak pegi. Tapi incik nizam kata taboleh pegi vacation dah. kena simpan duit. Eeeeeerrkkkk. Lupa plak taun ni kena kawen.
Ahad, Mac 04, 2007
. f . a . i . r . y . . t . a . l . e .
sebab orang airasia kata dia akan jadi orang pertama beli jadi dia pun sangat eksaited
Setelah tiba di far far away kingdom yang bernama land below the wind itu, mereka telah mendaftar masuk di sebuah istana.
sambil tunggu check in, minum minum dulu dekat lounge
Pada sebelah malamnya, mereka berjalan –jalan untuk mencari makan. Dan akhirnya mereka sampai di sebuah kedai di tepi laut. Setelah lama menunggu sehingga budak lelaki itu boring, sampailah makanan dan minumam yang ditunggu-tunggu.
posing ala-ala cover album lagu balada
Mereka kagum kerana gelas yang diberi untuk minuman itu tersangatlah besar.
super besar macam satu jag
Sementara kedua-dua orang itu menikmati makanan, pihak istana telah menyelinap masuk ke dalam bilik mereka lalu telah menyediakan tab mandi yang sangat cantik. Ini menyebabkan budak perempuan itu walaupun telah penat bersantap, dia terpaksa mandi kerana nanti membazir kalau tidak digunakan.
kepingan bunga mawar dan lilin di penjuru tab
Dan menghadiahkan sejambak bunga mawar kepada mereka.
bunga yang diletakkan di atas katil tapi dah diubah kedudukannya atas meja
Keesokkan paginya, mereka terjumpa satu watikah telah diselitkan di bawah pintu bilik peraduan mereka.
surat khabar ni ada 3 bahasa. english, malay, dan bahasa sabah. ( tatau bahasa kaum apa )
Pada sebelah petangnya pula, mereka telah berjalan-jalan dan kemudiannya tanpa segan silu, budak perempuan itu menangkap gambar di mereta-rata tempat. Termasuklah di bulatan jalan raya.
bersusah payah ni melintas jalan nak ke bulatan. amek kau. dapat bergambar dengan ikan todak
malamnya ada pesta ang-pow + ada konsert. tu yang ada patung belon neh
Setelah dipujuk pujuk, barulah si budak lelaki itu yang juga cameraman mahu menangkap gambar.
nizam tahan perut supaya nampak slim
Continued…..
Jumaat, Februari 23, 2007
. s . u . n . s . h . i . n . e .
Dengar lagu favorit
Karena wanita – ada band
Tatau kenapa setiap kali dengar lagu ni rasa sangat syahdu
I just love this song so much
Lekuk indah hadirkan pesonaKemuliaan bagi yang memandangSetiamu simbol keanggunan khas perawanyang... kau milikiAkulah pengagum ragamuTak ingin kumenyakitimuLindungi dari sengat dunia yang mengancam... nodai... sucinya lahirmuChorus:Karena wanita ingin dimengertiLewat tutur lembut dan laku agungKarena wanita ingin dimengertiManjakan dia... dengan kasih sayangIngin kuajak engkau menariBermandi hangat cahaya bulanSebagai tanda kebahagiaanBagi semesta cinta kitaChorusBintang terang itulah dirimuJanganlah redup dan matiAku dibelakangmu memeluk dan menjagamu
Benci la
Semua orang kat opis pegi Singapore
Aku je dok sensorang.
Boring gile
Nak kena carik keje lain ni
Kontrak dah nak abes bulan 4 ni
Lepas ni tak dapat la lagi aku nak menyandang title field engineering assistang neh
Hahahhahaha
Nak carik keje untuk enam bulan paling panjang pun
Ada ke orang nak offer?
Suka keje kat sini
Rilek dan gaji superb
Aku semakin teruja untuk merealisasikan impian aku
Kadang-kadang samapi terbawak-bawak dalam mimpi
Dan dalam mimpi tu aku rasa sangat bahagia
Berada di sekeliling kanak-kanak yang aku sangat suka
Walaupun abah selalu risau yang aku akan back-off
Tapi aku selalu meyakinkan abah
Aku bukan jenis bat keje separuh-separuh
Dan itu yang aku mahu
Aku dah sacrificekan macam-macam untuk itu
Takkan aku nak lepaskan
Dah terlalu banyak pelaburan yang dibuat
Dah terlalu banyak keringat untuk itu
Aku takkan tinggalkan
No
Kelmarin Siva called
Dia tanya perkembangan aku sekarang
Dan aku cakap pada dia yang aku sekarang tengah kerja
Dia tanya bila nak kawen
Jawapan aku senang
I kena bukak Krista dulu, baru bole kawen.
Kadang-kadang memang kita akan silap percaturan.
Kadang-kadang kita rasa sangat down
Kadang-kadang kita rasa sangat happy
Tapi macam tu la life
Kita takkan tau apa yang akan jadi esok.
Kalau tau misti tak bes, kan!
Semalam jumpa wani
Baya hotel dan jugak ambik resit untuk Le Meridien
Melayang RM975
Tapi takpe, sebab kat sana boleh berehat puas-puas
Macam aku cakap pada nizam
- pagi-pagi turun makan brekfes, lepas tu naik tido balik
+ pagi-pagi inas makan brekfes, lepas tu baru saya turun. Pastu saya naik bilik inas sambung makan lagi
- ………… (speechless)
misti dia teringat pengalaman masa kitorang stay kat cititel penang tu
dia dah berenti makan tapi aku makan lagi.
Masa kat Naza hotel melaka plak, mebbe sebab dia dah belajar mengenai tabiat buruk aku,
Masa aku ajak dia turun makan brekfes, dia soh aku turun dulu
Dah lama lepas tu baru dia turun
Makan pun sepinggan jek
Membazir je nizam ni
Dah la nizam cerita kat wani mengenai perangai materialistic aku
Camnih citenye
Lokasi : Pusat membeli belah Penang
Masa : Malam
Tengah jalan-jalan bersama nizam dan kawan2,
Pastu masa nak beli barang, nizam keluarkan duit dari kocek baju dia.
Bila nizam keluarkan je duit, dengan tiba-tiba terus aku peluk lengan nizam
Read : Tindakan refleks, dan bukan sekali-kali sebab menggatal
Sape tak teruja beb
Tengok duit kaler ijau tua berkepuk-kepuk
Lepas tu terus la tak habis kena perli dengan nizam.
Aku memang la materialistik
Tade duit nak bercinta pun tak seronok
Takkan nak window shop je.
Takkan nak telan air liur je bila lalu sebelah restoran di tingkat 4 klcc.
Takkan boleh dengar je bila orang bercerita pasal pengalaman melancong.
Oohhhh bercerita pasal restoran tingkat 4 klcc
Haritu aku ada dinner dengan nizam di satu restoran tingkat 4 tu
Tempat tu memang favorit kitorang
Nizam tak habis-habis dengan nak ikan snapper
Dan aku plak memang suka betul dengan cumi-cumi bakar
Dan masa kitorang order lauk-lauk tu
Skali waiter tu cakap, “banyak sangat ni untuk makan berdua”
Aku cam sentap jap, tapi dengan rileknya jawap, “ takpe, kitorang memang kuat makan”
Tapi sudahnya memang la tak abes.
Aku jugak yang kena abeskan ikan snapper nizam tu
Budak waiter plak, masa datang untuk tuangkan nasik tambah kat aku cakap “makan banyak-banyak kak, abang belanja tu” ciiiisssssssss…. Perli ke??
Pasal nizam
Kadang-kadang dia boleh jadi sangat bes
Read : best. Bukan romantik. Bukan jiwang
Bes yang menjadikan aku rasa sangat di appreciate
Bes yang menjadikan aku rasa sangat happy, bahagia
Bes yang menjadikan aku rasa tanak berenggang langsung dengan dia
Bes yang menjadikan aku rasa sangat bersyukur kerana dia ada untuk aku,
tapi
Ada masa dia bole jadi macam tade perasaan
Jadi sangat cold
Macam ais batu dalam esbox yang ketul besar yang susah sangat nak cair
Tapi aku tau apa pun yang jadi
I need him, sama jugak macam nizam
Dan aku yakin akan hal itu
Biarlah kadang-kadang benda yang dia buat menyebabkan aku sakit hati
Biarlah ada masanya dia buat aku rasa nak menghilangkan diri
Biarlah ada ketikanya dia buat aku rasa macam dah tanak bebofrenkan dia
Tapi akhirnya aku tau, dalam banyak-banyak benda yang aku nak dalam dunia ni,
Benda paling aku nak adalah
Adanya nizam dengan aku
Tak kisah la kat mana pun aku
Tak kisah apa pun yang berlaku pada aku
Tak peduli apa je yang datang
As long as nizam sentiasa dengan aku,
Aku tau aku akan ok
Dulu sorang penah cakap pada aku,
“see.. he’s a keeper”
Yep, Nizam is my keeper.
And I want him to know that,
Kalaupun aku penah kata aku tak kisah kalau dia tade
Kalaupun aku pk aku boleh hidup berdikari tanpa ada dia
Kalaupun aku cakap aku dah takmo ada apa-apa hubungan dengan dia
Semua tu aku tipu
Tapi, sekarang ni aku sangat rindukan anak sedara aku tuh
Batrisyia
Rindu betul dengan batrisyia
Lagi rindu batrisyia dari nizam
( nizam hari-hari pun bole jumpa )
Rindu nak tengok batrisyia yang gelak gelak bila kita gelak
Rindu pada batrisyia yang dah pandai cakap bababbaba dan mamammamama
Rindu nak dukung batrisyia
Rindu nak cium pipi batrisyia yang gebu tu
Rindu nak tengok batrisyia yang dah boleh ikat pokok kepala
Rabu, Februari 21, 2007
.e . x . c . i . t . e . d .
Lebih kurang seminggu lagi untuk pergi bercuti
Tiket flight dah ada
Hotel dah book
Yang menariknya,
We are going to stay at Le Meridien.
Wooaaaaaaaah… Untuk 3 malam.
Nizam la nak sangat duduk le Meridien.
Aku kalau bole nak dok sutera harbor.
Tapi le meridian lebih dekat dengan town.
Tak sabarnya nak tunggu jumaat minggu depan.
Nak membeli belah besar-besaran.
Eksaitednya nak pegi bercuti ni.
Haritu dah beli luggage.
Supaya senang lain kali kalau nak berjalan.
Inila first time yang kitorang nak pegi melancong jauh-jauh.
Dulu paling jauh pun pegi penang,
Tu pun sebab kerja dan semuanya ditanggung oleh company.
Eksaited tapi tak bes sangat sebab Saturday Sunday kena kerja.
Masa pegi melaka pun sama.
Kali ni memang trip yang kitorang sendiri pilih.
Ooooooooooo I liiiikeeeeeee
Can’t wait !
