Isnin, Mei 26, 2008

Masa dalam kereta tadi mr husband topok topok perut
Pastu cakap
Baby ni baby boy ke baby girl?
Kalau baby boy daddy ada satu rahsia nak cakap
Lantas aku Tanya, rahsia apa?
Mr Husband cakap rahsia dia dengan baby
Dan dia tanak bitau si mommy
Apa ni.. baby belum lahir lagi
Daddy dah ada komplot dengan baby
_____________________________________________

Mr Husband : ( ada cakap something )
Me : Tanak
Mr Husband : Saya nak bagi awak hepi
Me : Dah hepi dah. Inaz memang hepi awak ada kat sini
Mr Husband : Memang betul betul hepi ke?
Me : A’ah. Dah jarang marah marah dah sekarang
Mr Husband : Ada semangat nak balik rumah?
Me : Hmmm… Tiap tiap petang seronok nak tunggu awak sampai rumah
Mr Husband : Nasib baik saya tade girlfriend
Me : Kenapa?
Mr Husband : Ye laaa…. Kalau tak awak tunggu tunggu saya kat rumah, saya tengah keluar dengan girlfriend.
___________________________________________________
Ceh. Ada hati nak ada girlfriend. Mentang mentang la masa kursus dulu ada budak pompuan suka mengendeng ngendeng kat dia. Lantas dia panggil budak tu girlfren. Mr Husband tak habis habis cakap rupa si girlfren tu macam rupa aku.

Tapi mr husband patut tau yang dengan adanya dia kat sini, life jadi bewarna warni. Dah tak miserable. Tak kisah la kalau dia nak konker tempat tidur, tak kisah jugak kalau dia nak berselimutkan toto dan aku Cuma pakai selimut biasa, tak kisah kalau mr husband tanak tutup ekon sampai pagi walaupun aku sejuk sampai kena selubung selimut macam mayat, tapi kisah kalau tengah tidur mr husband kentut. Busuk betul sampai terjaga dari tido. Ahahhahahaha. Kadang kadang rasa nak beli katil lain je supaya tido jauh jauh. Tapi misti tak bes. Sekarang kalau tidur boleh dengar nafas mr husband. Boleh rasa mr husband ada kat sebelah. Itu pun dah cukup membuatkan rasa happy.

Eh. Dah pukul 7 malam. Nak tengok shin chan. Baby pun nak ikut mommy tengok shin chan. Mr Husband tengah syok tido. Dari pukul lima tadi tido. Dia ingat ni malam ke?? Takpe laaa…. Kang dah maghrib kalau tak reti reti jugak nak bangun, nak simbah dia dengan air. heheheheh

Tiada ulasan: