Had lunch with reza
Lepak lepak
Sembang sembang
Bawak reza melawat kindergarten yang sunyi sepi
Thanks for being my guest, reza.
Lain kali datang la lagi ipoh
Tapayah la tunggu ada wedding baru nak turun ipoh
Bercakap mengenai wedding,
Next week mr husband ada jemputan wedding
Officemate dia kahwinkan anak
Ya
Bukan officemate dia yang kawen
Officemate dia punya anak
Well, officemate husband saya sudah tua tua belaka
Husband saya antara orang termuda di ofisnya
Dan sian mr husband
Sebab orang bawahnya juga lebih tua daripadanya sampai macam boleh jadi pangkat bapak
Bercakap mengenai orang yang lebih tua,
Pekerja saya juga lebih tua dari saya yang perasan muda belia
Dan saya tidak mahu menjadi lady boss yang kerek
Saya tanak jadi snobbish
Saya sedaya upaya tidak member arahan yang melampau
Walaupun pekerja saya berulang ulang kati mengatakan bahawa
Jika dia ada salah tegur je
Dan beritahu saja apa yang perlu dibuat
Kadang kadang kalau saya mahu beliau melakukan sesuatu, saya yang akan memulakan kerja tersebut dan nasib baik pekerja saya memahami, lantas beliau akan menyambung akan membantu apa yang saya lakukan.
Mungkin ini dikatakan nasib baik
Kerana pekerja saya boleh faham
Mungkin juga kalau nasib saya tidak baik
Dapat pekerja yang ignorance
Saya bersyukur kerana kedua dua pekerja saya boleh diharap
Pekerja saya juga seorang yang sangat prihatin
Tak habis habis member pesanan kepada saya
Seperti seorang kakak kepada adiknya
Suruh saya banyak berehat
Suruh saya rajin makan madu dan kurma untuk baby
Suruh saya dengar muzik dan letak earphone pada perut untuk baby
Bercakap mengenai baby,
I miss my baby
Kalau boleh hari hari rasa macam nak scan so that i can see my baby
Bila la boleh start rasa baby kicking
At least ada interaksi dengan baby
Tade la one way communication je
Hari hari saya akan cuba bercakap dengan baby
Supaya baby kenal suara mommy dia
Kadang kadang saya akan marah bila mr husband tak tegur baby
Hari hari mr husband kena paksa cakap dengan baby
Supaya baby cam suara daddy
Supaya baby tau, ada dua orang yang tak sabar nak tunggu baby keluar
Supaya baby tau ada dua orang yang sangat sangat sayangkan baby
Iaitu mommy dan daddy
Bercakap mengenai daddy,
Kadang kadang saya terfikir bagaimana agaknya mr husband saya nanti bila ada baby
Kalau makan di luar,
Macamana pun misti baju mr husband akan kotor
Kerana macamana pun, misti mr husband akan makan tumpah
Pernah saya Tanya
Dan mr husband cakap,
Nanti ada baby dah tak makan tumpah dah
Lantas saya kata, nanti bagi baby pakai bib
Bagi daddy baby pakai bib jugak
Sebab daddy macam baby
Bercakap mengenai daddy lagi
Mr husband saya suka main ps2
Macamana la nanti bila ada baby
Mr husband masih gila main ps2 ke?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan