Khamis, Mei 29, 2008

Saya cuba sedaya upaya untuk jadi isteri yang baik
Saya cuba untuk tak jadi seorang yang sangat dependent
Saya cuba untuk jadi seorang isteri yang tak menyusahkan suami
Saya cuba menjadi nurul shahinaz yang khairul nizam suka

Saya tak tahu apa yang mr husband rasa
Kadang kadang saya nak korek hati dia masuk dan Tanya pada hati dia apa kata dia mengenai nurul shahinaz ini
Tapi sudah semestinya. Mr husband adalah seorang yang sangat cold
Mungkin dia sebenarnya adalah sepsis mamalia yang berdarah sejuk (make sense?)

Saya tau mr husband pun cuba untuk menjadi suami yang baik
Memang pada saya, mr husband adalah suami yang paling baik
Dia bukan sekadar suami yang baik, dia adalah roommate, partner dan kawan baik saya

Haritu saya Tanya,

Me : Ni, sape besfren awak?
Mr husband : awak
Me : BFF!

Adik saya kat bawah yang dengar saya cakap dengan mr husband kat atas dah gelak guling guling dah. Kelakar ke dengar kakak dan abang ipar dia bercakap benda benda begini?

Kenapa tiba tiba nak blog macam ni? Pasal ni?
Sebab tengok cerita bicara cinta
Tengok perempuan yang mengada ngada
Macam perlu ke merajuk Sangat sangat kalau bofren tak call
Perlu ke macam nak perhatian sepanjang masa

Well, memang la semua orang pun nak kan perhatian
Specially girls
Tapi berpijak la di bumi yang nyata
Selain berchenta
Semua orang ada komitmen
Samada belajar, bekerja
Even suri rumah or mother pun adalah satu pekerjaan tau
Its not easy being a housewife and its even harder to be a mother
Jadi, takkan sepanjang masa pun nak perhatian dari bofren / suami

Saya memang seronok kalau tiba tiba mr husband call
Mr husband bukan orang yang suka bertelefon
Sekarang ni, even dapat sms dari mr husband pun dah cukup membuatkan saya hepi.
Setiap hari, dari pukul 7 sampai pukul 8 malam saya akan rasa teruja
Sebab dalam waktu tu mr husband akan pulang ke rumah

Kesimpulannya di sini ialah
Saya sayangkan mr husband saya
Tiap tiap hari pun saya akan rindukan mr husband

Untuk mr husband
Terima kasih kerana meng-comfortkan saya semalam
Terima kasih kerana menemani saya bersembang semalam

I love u !

Rabu, Mei 28, 2008

Baru lepas baca satu blog pasal mommy and baby
And the saddest part was when the baby was born stillbirth
Menitik air mata ni tau
Oh
Memang sekarang ni suka sangat nak menangis
Benda sikit pun nak menangis
Mr husband cakap kasar sket pun nak menangis

Harap harap baby healthy
Risau betul kalau apa apa berlaku pada baby
I really want to see my baby
I thought I’m the only mommy-to-be yang freak out dengan baby’s condition, baby’s health, but when I read my pregnancy book, it says that it’s just normal especially for the first timer mommy to have that feeling.

Rasanya baby ni banyak ikut daddy dia kot
Sejak sejak pregnant ni selera makan dah berubah
Banyak suka makan makanan favourite mr husband
Padahal selama ni memang tak suka makanan yang mr husband suka
Macam watermelon
Sampai mr husband pun heran. Padahal sebelum ni tanak sentuh pun.
Sekarang, kalau nampak misti air liur nak meleleh
I used to love green vege.
Tapi sekarang tak suka.
Ni semua sebab mr husband yang tak suka makan vege
Dulu suka betul makan prawns.
Sekarang memang kalau makan rasa macam nak termuntah
Udang yang kecik kecik cam udang geragau je boleh makan
Banyak lagi la tapi takkan nak sebut semua

Memang anak daddy la baby ni.

Sekarang ni sentiasa ada benda benda kudapan dalam poket
Mr husband pun sama je macam orang pregnant
Tiap tiap hari dia makan satu paket nips
Kelmarin goreng keropok cap panda untuk mr husband
letak dalam bekas
pagi tadi masa nak masukkan beg mr husband dalam kereta,
nampak bekas kopok cap panda
rupanya mr husband nak bawak pegi ofis
nak makan kopok kat ofis

Pastu pagi ni mr husband lupa bawak handphone pegi keje
nak hantarkan pun tak boleh
sebab pagi tadi abah cakap nak pakai sang kancil

Pagi tadi masa baru bangun tido mak kata yong call banyak kali semalam
mulut ca pecah
Kena grill
Alaaaaaaa siannya ca
Rasa macam nak pegi kl, ambik ca bawak balik ipoh
Rindu betul la pada si ca

eh. dah habis pun citer akeelah and the bee nih
dah la. nak turun bawah tengok opah plak

Isnin, Mei 26, 2008

Had lunch with reza
Lepak lepak
Sembang sembang
Bawak reza melawat kindergarten yang sunyi sepi
Thanks for being my guest, reza.
Lain kali datang la lagi ipoh
Tapayah la tunggu ada wedding baru nak turun ipoh

Bercakap mengenai wedding,
Next week mr husband ada jemputan wedding
Officemate dia kahwinkan anak
Ya
Bukan officemate dia yang kawen
Officemate dia punya anak
Well, officemate husband saya sudah tua tua belaka
Husband saya antara orang termuda di ofisnya
Dan sian mr husband
Sebab orang bawahnya juga lebih tua daripadanya sampai macam boleh jadi pangkat bapak

Bercakap mengenai orang yang lebih tua,
Pekerja saya juga lebih tua dari saya yang perasan muda belia
Dan saya tidak mahu menjadi lady boss yang kerek
Saya tanak jadi snobbish
Saya sedaya upaya tidak member arahan yang melampau
Walaupun pekerja saya berulang ulang kati mengatakan bahawa
Jika dia ada salah tegur je
Dan beritahu saja apa yang perlu dibuat
Kadang kadang kalau saya mahu beliau melakukan sesuatu, saya yang akan memulakan kerja tersebut dan nasib baik pekerja saya memahami, lantas beliau akan menyambung akan membantu apa yang saya lakukan.
Mungkin ini dikatakan nasib baik
Kerana pekerja saya boleh faham
Mungkin juga kalau nasib saya tidak baik
Dapat pekerja yang ignorance
Saya bersyukur kerana kedua dua pekerja saya boleh diharap
Pekerja saya juga seorang yang sangat prihatin
Tak habis habis member pesanan kepada saya
Seperti seorang kakak kepada adiknya
Suruh saya banyak berehat
Suruh saya rajin makan madu dan kurma untuk baby
Suruh saya dengar muzik dan letak earphone pada perut untuk baby

Bercakap mengenai baby,
I miss my baby
Kalau boleh hari hari rasa macam nak scan so that i can see my baby
Bila la boleh start rasa baby kicking
At least ada interaksi dengan baby
Tade la one way communication je
Hari hari saya akan cuba bercakap dengan baby
Supaya baby kenal suara mommy dia
Kadang kadang saya akan marah bila mr husband tak tegur baby
Hari hari mr husband kena paksa cakap dengan baby
Supaya baby cam suara daddy
Supaya baby tau, ada dua orang yang tak sabar nak tunggu baby keluar
Supaya baby tau ada dua orang yang sangat sangat sayangkan baby
Iaitu mommy dan daddy

Bercakap mengenai daddy,
Kadang kadang saya terfikir bagaimana agaknya mr husband saya nanti bila ada baby
Kalau makan di luar,
Macamana pun misti baju mr husband akan kotor
Kerana macamana pun, misti mr husband akan makan tumpah
Pernah saya Tanya
Dan mr husband cakap,
Nanti ada baby dah tak makan tumpah dah
Lantas saya kata, nanti bagi baby pakai bib
Bagi daddy baby pakai bib jugak
Sebab daddy macam baby

Bercakap mengenai daddy lagi
Mr husband saya suka main ps2
Macamana la nanti bila ada baby
Mr husband masih gila main ps2 ke?
Masa dalam kereta tadi mr husband topok topok perut
Pastu cakap
Baby ni baby boy ke baby girl?
Kalau baby boy daddy ada satu rahsia nak cakap
Lantas aku Tanya, rahsia apa?
Mr Husband cakap rahsia dia dengan baby
Dan dia tanak bitau si mommy
Apa ni.. baby belum lahir lagi
Daddy dah ada komplot dengan baby
_____________________________________________

Mr Husband : ( ada cakap something )
Me : Tanak
Mr Husband : Saya nak bagi awak hepi
Me : Dah hepi dah. Inaz memang hepi awak ada kat sini
Mr Husband : Memang betul betul hepi ke?
Me : A’ah. Dah jarang marah marah dah sekarang
Mr Husband : Ada semangat nak balik rumah?
Me : Hmmm… Tiap tiap petang seronok nak tunggu awak sampai rumah
Mr Husband : Nasib baik saya tade girlfriend
Me : Kenapa?
Mr Husband : Ye laaa…. Kalau tak awak tunggu tunggu saya kat rumah, saya tengah keluar dengan girlfriend.
___________________________________________________
Ceh. Ada hati nak ada girlfriend. Mentang mentang la masa kursus dulu ada budak pompuan suka mengendeng ngendeng kat dia. Lantas dia panggil budak tu girlfren. Mr Husband tak habis habis cakap rupa si girlfren tu macam rupa aku.

Tapi mr husband patut tau yang dengan adanya dia kat sini, life jadi bewarna warni. Dah tak miserable. Tak kisah la kalau dia nak konker tempat tidur, tak kisah jugak kalau dia nak berselimutkan toto dan aku Cuma pakai selimut biasa, tak kisah kalau mr husband tanak tutup ekon sampai pagi walaupun aku sejuk sampai kena selubung selimut macam mayat, tapi kisah kalau tengah tidur mr husband kentut. Busuk betul sampai terjaga dari tido. Ahahhahahaha. Kadang kadang rasa nak beli katil lain je supaya tido jauh jauh. Tapi misti tak bes. Sekarang kalau tidur boleh dengar nafas mr husband. Boleh rasa mr husband ada kat sebelah. Itu pun dah cukup membuatkan rasa happy.

Eh. Dah pukul 7 malam. Nak tengok shin chan. Baby pun nak ikut mommy tengok shin chan. Mr Husband tengah syok tido. Dari pukul lima tadi tido. Dia ingat ni malam ke?? Takpe laaa…. Kang dah maghrib kalau tak reti reti jugak nak bangun, nak simbah dia dengan air. heheheheh

Isnin, Mei 19, 2008

Baru sampai dari kampung.
Esok kerja
Nasib baik Cuma kerja 4 hari dan sekolah pun cuti
Seronok
Dua hari esok pun exam
Harap harap budak budak tu boleh menjawab soalan exam dengan baik
They are my product

Seronok cuti sekolah
Boleh berehat
Dan melakukan perkara perkara yang disukai
Benda benda yang tertangguh

Boleh iron baju mr husband hari hari
Boleh kemas bilik hari hari
Boleh lambai lambai kat mr husband hari hari b4 mr husband pegi keje
Selalunya waktu nak pegi keje, mr husband masih dalam bilik air
Boleh sediakan brekfes untuk mr husband

Nasib baik la sekarang dah tak kerja pejabat
Kalau tau macam leceh nak menjaga mr husband yang suka nak perhatian ni
Kalau tak keluar pagi, balik petang
Sama je macam mr husband

Sekarang
Keluar pagi
Tengah hari pukul 12 balik rumah sampai pukul dua
Pastu pukul 4 balik lagi sampai pukul 5.45
Las skali biasanya pukul 6 sengah balik rumah
Ada banyak masa duduk kat rumah
Badan pun jadi semakin gemok

Haritu checkup
Doktor kata badan naik mendadak secara abnormal
Patutnya Cuma naik 0.5kg/month
Tapi kali ni naik 1.6kg
Dah la doktor yang cek tu my neighbour
Bukan setakat my neighbour
My senior masa junior school plak tu
She’s a year older than me

Doktor pun Tanya
“tengah hari balik rumah ke?”
Aku pun jawap, balik
Pastu bitau cik doktor tu yang memang wajar la badan naik sebab sebelum ni makan pagi ngan malam je
Sekarang lunch pun ambik
Kalau tak lapar sangat
Sampai mendatangkan pening

Doktor kasik ubat ubat
Dan doktor soh stop makan obimin
Makan ubat yang dia bagi je dulu

Pastu scan jantung baby
Hearbeat baby is 132/min

Haritu masa scan baby
Baby tengah main main tangan dia
Dia genggam dua dua tangan dia
Bagi gerak gerak
Masa scan kaki plak
Terus baby kicking
Sampai terangkat angkat badan dia
Seronok btul tengok baby
Sangat tak sabar nak jumpa baby

Semalam masa jalan jalan dengan mr husband
Tengok baju baju baby yang sangat cute
Baju calvin klein, nike, timberland, osh kosh
Sangat sweet
Baju timberland tu memang sangat sweet
Tapi warna brown
Dan tak beli pun sebab tatau baby girl ke baby boy
Akhirnya beli baju biasa je
Tapi super sweet sebab kat baju tu ada sulam I love mummy
Satu lagi baju ada I love daddy
Misti baby girl ke baby boy pu boleh pakai sebab baju warna putih

Pasni lambat lagi la baru bleh scan baby
Sebab doktor kata tunggu 28 weeks baru scan lagi

Dah malas dah nak taip
Mr husband ni plak dari sampai rumah sampai sekarang tak berenti main ps2
Si Mr husband yang dah tua tapi gila nak main game
Ape yang bes pun tatau
Pastu dok main bola je
Bosan btol

Jumaat, Mei 09, 2008

Saya suka bila mr husband ada di sini. Saya suka bila hari2 ironkan baju n seluar mr husband, pagi2 sediakan stoken utk mr husband dan bila petang, tunggu mr husband balik rumah.

Nasib baik kerja tak terikat dengan masa. Ada banyak masa berehat, berkemas dan buat benda2 lain. Bila mr husband balik, boleh bermain main sepanjang masa dengan mr husband.

Isnin, Mei 05, 2008

Its so nice having mr husband around. After few hectic days, now its seems like the rain has gone and the sun shine beautifully.

Thank you mr husband for all your effort, for all that you have done.

Mr husband sekarang sudah kerja di ipoh. Haritu masa dia lapor diri, ada ke mereka nak hanta dia ke teluk intan. Punya la jauh. Harap2 mr husband akan selesa di sini.