Jumaat, Julai 28, 2006

3 . k .

Macam ayat yang aku cakap masa telepon nizam.

Dari semalam, habis dah zaman gelap. ( semalam = rabu)

Zaman gelap = benda-benda yang menyesakkan kepala. Benda-bendanya ialah :

1 . Kahwin
2 . Kereta
3 . Kerja

3K yang menyebabkan hidup aku agak kucar kacir untuk few days.

Tapi since zaman gelap dah berakhir. Aku dan nizam ambik keputusan untuk :

1 . Tanak ikat perut. Come on, we work hard to earn the money. We deserve to be pampered, we deserve to spend our money as we like. Aku dan nizam tade masalah untuk hidup berdua, kitorang lebih dari mampu. Tapi untuk majlis yang satu hari tu je problemnya. Lantas, kitorang ambik keputusan untuk biar ibu bapa yang sponsor. Tambah plak parents nizam dah setuju untuk sponsor. Tapi kena tunggu hujung tahun depan. Okay. It’s no big deal for us. As long as we don’t have to be burden by the ceremony that we don’t even want. Itu adalah seperti membakar duit. For nothing.

Aku dan nizam punya hobi baru iaitu melancong. Ada orang tanya, kenapa kami suka melancong. Jawapan nizam senang. We work hard. Duit akan tetap habis. Jadi, spend la duit tu dengan benda yang nampak. Macam pergi melancong. Dapat rasa seronok. Dapat pengalaman baru. Oohhh…. So nice.

Last week nizam and I went to Melaka. Atas urusan kerja. We stayed at Naza hotel. Banyak benda yang berlaku, tapi dah basi. We enjoyed ourselves. It’s a business and pleasure. I’m happy so is nizam, I guess. Bila lagi kompeni nak hantar aku ngan nizam pegi business cum melancong nih. Kalau pergi jauh2 macam pegi penang haritu bes gak, bleh naik kapal terbang.

2 . Kereta. Nizam dah tanya, “nanti dapat Waja, nak test drive pegi mana?” hohohoho… Eksaited la tu. Aku mencadangkan pegi Desaru ke, club med ke. Nizam kata ni baru nak test drive. Nanti taya tecabut tengah jalan ke. Lantas aku cadangkan pegi genting. Kalo genting tu tinggi sangat, pegi Port Klang pun takpe. Harap-harap lepas ni urusan pembelian kereta dah tade masalah. Aku pun dah tak sabar nak pakai Si Waja ni.

3 . Kerja. Semalam tiba-tiba bos ajak join dia kat PWTC. Ada women entrepreneur. Bos macam bagi hint nak bagi aku jadi project developer. Bos siap soh aku carikkan orang untuk gantikan kerja aku sekarang. Oohhh puan bos, I don’t have anyone in mind. Tatau sapa yang boleh buat apa yang aku buat sekarang. Nampak mudah, tapi sebenarnya aku yang jaga satu branch ni. Selain daripada tu, aku juga menguruskan perkara dengan Reach, PSMB, jobcamp, dan banyak lagi.

I’ve been working for 12 straight days. Non-stop and I’m so tired. Ajak nizam pegi massage hari sabtu dia tanak. Tadi before lunch tiba-tiba dia hantar message cakap nak ikut pegi massage on Saturday with me. Hoyehh… Haaaa…. Tu la. Orang ajak jual mahal. Lepas massage bleh la pegi manicure plak. Nak kasik jari cantik-cantik nak pakai cincin karang ni.

Ooooooopssss… pukul 2.41 petang n I just remembered that malam ni ada nizam’s friend wedding. Haiihh… asyik kawan-kawan nizam je wedding. Kawan-kawan aku bila plak nak berwedding???

Malam smalam aku cakap kat nizam, nak beli evening dress untuk wedding tu. Kalo tak, takmo pegi. Takkan nak pakai baju kurung untuk wedding malam. Alamaaaaaak… what should I wear? Saya gemok dan pendek, juga berbuntut besar.. Oh, aku ada satu gaun, tapi baju luarnya pulak tiada. Dan ya, gaun putih itu agak ketat di buntut memandangkan buntut saya besar macam buntut badak. Harus memakai baju luar itu kerana kalau tidak ia akan menonjolkan perut yang sedikit buncit itu. Haiihh. Sempat ke pun kalau nak beli dress petang-petang ni? Nak menjenguk Sogo atau ke Alpha Angle je.

Hadoila.

Mingu ni bercuti panjang. Saturday, Sunday Monday, Tuesday. Gara-gara bekerja 12 jari non stop.

Rabu, Julai 19, 2006

. w . a . j . a .

Pb : Nurul, you know that I’m going to Pearl International on Thursday and Friday. And I have to go to Malacca on Saturday and Sunday. It’s four days straight. I’m afraid I will be very tired.
Aku : I told you earlier puan, you don’t need to go to Malacca. You will be very tired. We will need to sit at the booth the whole day. It’s very tiring.
Pb : That’s why. Anyway, you can choose any hotel that is near to the place or you can stay at my sister’s place. Mawa (bukan nama sebenar) will follow you to Malacca. Ask NIZAM to follow you. He will help you.


*Pb = Puan Boss.

Oh ! Puan Boss suruh aku pegi dengan nizam. Hohohoho. Ini sudah bagus. Haritu pegi Penang, ni soh pegi Melaka plak. Abes la dedi aku tu susah hati lagik. Dedi dah cakap nanti dia nak telepon nizam dan bagi ceramah panjang. Hohoho. Dedi ini asyik susah hati je kalo aku dan nizam kena out station skali.

Hala halaa…. Kalau waktu ni dah dapat WAJA kan bes, bole la pegi Melaka naik Waja. Ni nak pegi Melaka 3 orang naik sang kancil je. Bukan 3 orang je, nak kena bawak barang-barang lagi. Hoooo…. Kesian Sang Kancil merah saya.

Bercerita mengenai Waja, semalam dah pegi kedai proton dan sudah menyerahkan segala dokumen-dokumen yang diperlukan. Harap-harap segalanya okay supaya dapat berkereta Waja.

Ini adalah rupa waja yang saya mahu miliki. Semalam sewaktu saya ke kedai dan melihatnya memang hati ni teruja.




Waja itu sebenarnya adalah untuk saya dari incik Nizam. Hooaahhh. Bes?! Sebab itulah saya sangat berharap agar semuanya okay supaya saya dapat menjadi pemilik Waja. Nanti sang kancil ini saya bagi Nizam je pakai. Kesian nizam hari-hari naik motor. Pasni kalo dapat waja, nizam pakai la kancil ye.

Saya teruja. Saya suka. Sekarang ini saya semakin bersemangat untuk menghadapi hari-hari yang akan datang. Tiap-tiap hari ada benda yang mengujakan. Tiap-tiap hari ada benda benda baru dan membuatkan saya gembira.

Walaupun kadang-kadang ada benda-benda yang kurang menyenangkan, tapi kebanyakkan benda yang berlaku adalah benda benda yang menggembirakan hati. Saya suka.

Oh, Cik Teh, saya juga merindui anda. Saya berharap agar kita bisa diketemukan. Nanti bila-bila bolehkah saya ke Cyberjaya dan menmpang tidur di rumah anda barang sehari dua? Saya memang merindui kamu semua, Sudahlah semasa Ju mengajaki saya ke rumah untuk makan-makan itu saya tidak dapat menghadirkan diri kerana sibuk bekerja. Next time ya !

Khamis, Julai 13, 2006

. h . e . c . t . i . c .

Dalam masa sebulan dua kali pegi Penang. Sekali pegi dengan nizam. Skali lagi pegi dengan Puan boss. Dengan puan boss, waktu balik dari Penang dapat naik business class MAS. Whooaahhhh….. rasa yang sangat hebat. Aku yang ala-ala jakun ( memang sangat jakun) rasa bangga plak bila setiap kali dia nak Tanya dia akan sebut nama, “miss nurul shahinaz, bla… bla…bla…”

Ya, saya teruja + jakun sket !

Last Sunday pegi Bangi. Aku sebenarnya memang merancang nak ke rumah Jurina. Tapi apakan daya, kena bekerja yang sengal itu. Sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Bangi tu aku membebel pada si Emile bahawa aku mempersia-siakan hari ahad. I hate it when I have to work on Sunday. Walaupun boleh cuti pada hari lain, tapi tade hari yang macam Sunday.

Macamana pun, this week aku kena jugak balik Ipoh. Abah mintak tolong tengokkan laptopnya. Ada benda yang nak dibincangkan sket dengan abah jugak.

Oh, mak abah nizam akan datang ke Ipoh pada 18 Ogos. Aku harap semuanya akan berjalan lancar. Mak nizam insist untuk bawak cincin. Aku pk waktu merisik ni tapayah bawak cincin. Aku ingatkan masa tunang ngan kawen je kena ada cincin. Aku pk waktu merisik ni boleh datang berlenggang je.

Rupanya mak nizam ada rancangan sendiri. 1 cincin untuk merisik. 1 cincin untuk bertunang dan rantai atau gelang tangan untuk kawen. Hooooo…. Macamtu rupanya.

Nizam yang tahape-hape tu bleh plak pk yang mak dia nak datang pada ogos ni untuk bertunang. Semua orang tau mak dia akan datang untuk hantar tanda. Dia pandai2 kata tunang.

Dan aku yang super bz ni sangat-sangat berharap agar aku tak perlu bekerja pada 18 Ogos nanti. Nanti macamana nak pakai cincin kalau tuan punya badan tade di lokasi kejadian? Tapi memang, macamana pun, apa pun yang berlaku, kalau diorang suruh jugak aku kerja pada 18 Ogos tu, aku akan mengamuk . Aku lagi suka kawen dari bekerja. (!)

Menceritakan perihal busy ini, aku kena ke Melaka pada 22 dan 23 Julai ini. Bersama-sama puan Boss. Puan boss kata hari Jumaat dah nak berada di Melaka. Haiihhh…. Puan boss kata nak makan durian, nak shopping. Ahhahahha… masih ada hati nak bershopping tu. Masa kat Penang tu pun aku asyik stopkan dia dari bershopping. Dalam aku kontrol2 pun, dia tetap berbelanja sebanyak RM1500++ pada hari tu.

Puan Boss beli produk kecantikan kulit Estee Lauder. Hahahhaha… Dan puan boss cakap, dia selalu selang seli dalam menggunakan produk. Kalau sekarang ni dia pakai yang mahal, bila yang mahal ni habis, dia akan pakai pulak produk yang murah2 macam BODY SHOP. Sebab kalau sentiasa pakai yang sama, nanti kulit dia immune lantas tidak akan berkesan.

Dalam hati aku berpk, alahai puan boss. Aku pun tak beli BODY SHOP tu sebab pada aku it’s quite expensive. In fact aku tade langsung produk kecantikan kulit. Aku tak cuci muka pun. Even alat mekap pun produk bercampur-campur. Ikut mana yang aku suka. Aku tak stick pada satu-satu jenis alat mekap sebab aku suka mascara maybelline, bedak silky girl, eye shadow wet n wild, lipstic Revlon.

Berbalik pada kerja pada 22 dan 23 July. Susah la macam ni kerana aku tidak dapat berjumpa dengan incik nizam selama 3 hari. Hoohhh…. Lamanya. Saya tidak suka

Ya, saya suka berncinta dan saya obsess pada incik Nizam !

Oohhhh…. Aku dan nizam sudah mula membeli barang untuk persiapan the big day itu. Kitorang dah beli tuala Hush Puppies. Oohhh… Sukanya! Aku beli warna purple dan nizam beli warna biru. Nizam nak warna koko, tapi tade. Ingat nak beli hand towel jugak, tapi tak sempat. Lain kali la. Dan aku berpesan pada incik Nizam, aku nak theme color warna lovely lace. Crème and maroon.

Aku kata, orang sekarang dah tak pakai dah satu theme color. Nizam Tanya kenapa. Aku kata sebab orang sekarang suka membazir. Membeli dua warna riben. Dua warna bunga dan dua warna untuk setiap hiasan. Make sense right? Membazir. Tapi dari masa yong kawen lagi aku dah cakap aku nak 2 warna.

Ya, saya berpandangan jauh!

Nizam belum decide warna apa yang mahu digunakan. Aku sudah berpesan, aku tidak mahu kotak-kotak plastik sebagai hantaran. Kerana orang sekarang sudah menggunakan kotak buluh. Kotak yang berkayu, kotak-kotak cantik. Tiada lagi kotak plastik dan letak renda di kelilingnya macam skirt. beropol.

Ya, saya demand!

Saya demand pada benda yang saya tahu kami mampu. Saya tidak meminta alat solek berjenama estee lauder. Saya tidak meminta kereta Waja sebagai hantaran. ( akan diceritakan perihal waja ini kemudian) Oh, dan saya tidak meminta cincin untuk merisik nanti, tapi dah mak nizam nak bagi, takkan nak tolak. Tak baik menolak pemberian orang.

Saya mahukan kad kahwin berbentuk square. Aku sudah muak dengan kad kahwin berbentuk segi empat panjang. Berbau wangi. Bordernya berukir cantik. Oh. Terlalu cliché.

Saya mahu kad berbentuk square dan nizam cakap nak kad bentuk bulat. Nanti kita tengok ye Nizam. Kalau ada orang yang boleh terima tempahan kad berbentuk bulat, kita tempah. Dan aku tak mahu kad yang ada gambar bride n groom. Aku mahu kad yang simple dan kontemporari.


Ya. Aku suka bercerita perihal kawen ini !


Sudah cukup panjang untuk kali ini.