Khamis, November 09, 2006

. h . a . p . p . y .

Hari ni hari Khamis.
Hari ni nak ke KL balik.
Pukul 3 ada miting dengan kampeni secretary.
Punya la lama tunggu nombor pendaftaran syarikat tu.
Baru dapat semalam.
Ada borang yang perlu ditandatangani.
Patut Nizam boleh je sign.
But I know, nizam misti nak ada aku jugak.
Misti dia rindu. Dah dekat semingu tak jumpa dia.
Ahahahhahaha

Hari jumaat ada miting dengan Mr Z dari Maybank.
Harap-harap Mr Z bole cek business plan aku tu cepat-cepat.
Supaya aku bole submit cepat-cepat.

Semalam dapat sms dari sape tah. Derang soh call pns.
Derang ada mention pasal nak bagi elaun tertunggak sebanyak RM1K.
Hooooo... bagus la.
Aku pun memang dah kering kontang ni.

Last week eksiden. Teruk gak kete.
Aku plak tu yang bersalah.
Kesian tiwit.
Dia la teruk kena
Nak repair body je dah 1500.
Belum lagi untuk tayar yang bergoyang tu.
Adoiilaaaa.
Tableh claim insurance plak tu.

Tapi dalam benda2 tak best u
Ada la jugak cahaya2 yang menggembirakan hati.

Pertamanya sebab nampak pogress kampeni aku ne.
At least bole proceed dengan benda2 lain.
Keduanya sebab aku dah sibuk merancang benda-benda yang nak beli.
Pilih-pilih bekas.
Pilih-pilih bunga.
Seronoknya.

Ni senarai yang aku nak bagi pada nizam.

1 . Sepasang baju melayu dengan butang.
( baju ni nanti abah nak soh nizam datang ipoh utk pilih kain dan tempah kat ipoh. Butang nanti ain beli kat sabah )
2 . Songket samping
3 . Kasut ( nizam nak kasut kanvas. Tak kisah laa... sebab dia bukan pakai kasut kulit pun)
4 . Songkok
5 . Tali pinggang dan wallet. ( dah berapa lama tah dia tak beli wallet. Asyik pakai yang dedi dia punya je )
6 . Set minyak wangi. ( nizam kata nak bau pompuan sebab lembut sket baunya )
7 . Sejadah
8 . Towel ( ni awal-awal lagi kitorang dah beli. Sebab masa tu offer tuala hush puppies)
9 . Jam
10 . Kek ( nizam Cuma makan kek secret recipe je)
11 . Buah2
12 . Coklat

Hohohohoho….
Seronok nak shopping ne.

Khamis, Oktober 05, 2006

. i . t . u .

Pagi-pagi yong telepon tanya kalau boleh pegi kl harini.
Esok batrisyia ada appointment dokter.
Memula nk pegi Hospital Serdang
Pastu nak pegi Assunta
Malam tu balik ipoh balik
Kena Tanya dedi la kalau dedi bagi
Memang dah rindu sangat dengan si Batrisyia

Selain rindu dengan batrisyia
Rindu dengan incik nizam jugak
Sian dia
Dari hari sabtu malam dia nak tengok you me and dupree
Tapi malam tu aku ngantuk sangat2
Ye aaaa... sehari tak tido nak menyiapkan business proposal tu
Hari ahad dah nak balik ipoh
Tak sempat nak tengok movie dgn nizam

Semalam nizam anta sms cakap dia malas nak keluar sorang2 beli ketiak
Lagi dia cakap cite you me and dupree dan keluar kat MBO
Sabo ye incik nizam. Nanti saya ke kl, kite bleh beli ketiak ngan tengok movie.
Lagipun next week memang the whole week saya akan berada di KL.

Oh. Nizam and I dengan rasminya sudah menjadi pengarah syarikat.
Nama syarikat kitorang ialah Gemilang Educare Sdn Bhd.
Sekarang ni tengah tunggu utk dapatkan nombo pendaftaran syarikat
Hohoho.... tak sangka benda ni betul-betul berlaku.
Macam tak percaya betul-betul dah jadi pengarah.
Sendirian Berhad plak tu.
Besss

Kalau ada sesape yang berminat nak bekerja sebagai cikgu tadika bole la menghubungi aku atau nizam. Tapi mestila yang betul-betul berminat bukan stakat nak kerja lompat-lompat. Sebab kitorang akan hantar training yg mana syarikat akan menanggung kos training. Dan satu lagi kena sign kontrak at least setahun.

Ini, semalam masa aku berym dengan nizam
Aku ada soh nizam baca satu blog ni
Nizam malas sebab katanya semua tu tipu je
Bole ke menipu dalam blog
Maksud aku, sama je macam menipu diri sendiri
Aku pk, blog ni tempat meluahkan perasaan
Menceritakan apa yang berlaku pada diri sendiri

Apa maknanya kalau cerita benda yang tak betul?
Sebab nak ditujukan kepada orang-orang yang baca??
Nak tujuk baik?
Nak tunjuk innocent?
Apa maknanya
Aku pun tak paham.

Tapi tak bleh nak kata apa jugak
Mebbe nature dia memang macam tu
Memang suka menipu
Rasa biasa bila menipu dengan diri sendiri
Supaya orang nampak macam diri dia yang teraniaya
Dan orang sentiasa menganiaya dia
Hape dia ingat hidup dia ni soap opera?
Kalau dia illyana macam dalam cite impian illyana tu takpe la
ooooopssssssss... aku pose la
Tabaik mengata orang

Bila la dedi aku nak bangun ne
Nak tanya dia boleh ke tak aku nak ke kl
Perancangan abah nak soh aku pegi Jabatan Alam sekitar harini
Smalam ain telepon soh abah carikkan tpt untuk dia buat prektikel.
Ceeeeeeesss... aku dulu prektikel sendiri yang terkontang kanting carik tempat.
Tade pun soh sape-sape tolong
Tade kabel ke hape ke

Tu la
Macamana nak survive
Kalau semuanya pun nak harapkan orang tolong
Dah la
Nak sidai kain plak
Daaaa~~~~~

Rabu, Ogos 16, 2006

Harini, esok dan lusa. Lagi beberapa hari je. Tapi agak cuak jugak sebabnya aku dah mula ada doubt. Tapi sentiasa meyakinkan diri bahawa segalanya akan jadi okay. Ada sedikit rasa gusar tapi tolak tepi la semua rasa tu. Malas nak simpan dalam poket baju ni. Kang koyak plak poket aku ni, Penuh sangat rasa tu.

Pertama-tamanya sekali, lokasi belum confirm. Memang la aku ngan nizam tak banyak buat homework. Pegang pada satu broker je. Susah kan. Rasanya nanti aku kena la jugak carik broker lain.

Agaknya ini la orang lain rasa bila nak memulakan satu satu perkara tu. Aku dah start tak boleh nak tidur lena. Tidur pun dah tak dihiasi mimpi-mimpi indah.

Kondisi kesihatan yang sangat teruk menyebabkan aku tade mood nak buat apa apa pun. Nak makan pun tak berselera sangat. Makcik cleaner kat ofis ni yang sangat prihatin beria-ia soh pegi klinik. Makan antibiotik. Makcik cleaner kata, makan panadol je tak cukup. Tau ke makcik cleaner bahawa saya telah jatuh mesken? Kalau saya ke klenek macamana saya nak makan?? Nasib baikla tiap-tiap hari ada orang belanja saya makan.

Nak menulis mengenai perkara yang berlaku pada hari ahad lepas.

Pukul 6 setengah dah bangun. Tengok baby. Pewgi dapur. Tengok mak ngan abah dah bz di dapur. Aku pn tak ingat sangat apa yang aku buat tapi yang pastinya hari ahad pagi tu aku dah hilang suara.

Siap itu ini dan pukul 10.30 pagi baru la terhegeh-hegeh pegi kedai nak beli baju. Padahal nizam cakap family dia sampai pukul 12.00 tengah hari. Tu la hari sabtu tanak beli baju. Belagak. Hari ahad baru la sedar yang tade baju cantik.

Kat kedai cuba banyak baju. Nak cari yang sesuai. Susah betul. Sebabnya. Saya gemuk, pendek, dan berbuntut besar.

Las-las ambik sepasang baju kurung berlace. Kain dasar baju tu pink tapi lace depannya bewarna greenish purple, jadi baju tu nampak sweet. Tak over sangat la. Sampai je rumah sama waktu dengan keteibaan rombongan nizam. Hohohoh… kan dah malu. Lari naik atas, mandi, pakai baju, turun. Heheheheh…. Tak salam pun dengan tetamu.

Diorang cakap ringkas je. Abah pun terus straight to the point. Cakap tarikh untuk bertunang, untuk kawen. Oohhh. Fani. Aku tade perasaan pun waktu tu. Pastu mak panggil sebab mak nizam nak pakaikan cincin. Paki cincin dah taraaa…. Sudah la. Derang pun pegi makan.



Aku dengan pakai baju lawa, dengan pakai cincin, basuh pinggan. Tapi tu la, nak harapkan sapa lagi. Orang datang untuk makan je. Bukan untk tolong basuh pinggan. Nasib baik la mak sedara aku yang sorang ni bawak pembantu rumah. Dia yang basuh pinggan sebenarnya. Aku tolong sket-sket je. Pastu aku soh timah ( pembantu rumah mak sedara aku tuh ) makan sementara aku ngan tiwit menyelesaikan pinggan mangkuk tu.

First time aku tengok si tiwit basuh pinggan. Hohohoho. Dah besar adik baby aku tu rupanya.

Sampai harini, jari aku masih berkilat disebabkan manicure haritu. First time buat professional manicure. Biasanya buat sendiri je. Sedap betul masa dia urut-urut tangan aku neh. Rendam ngan air aroma suam-suam. Oohhh… nyaman. Tak terasa pun masa dia potongkan kuku ni. Rasa macam nak buat tiap-tiap bulan.

Rabu, Ogos 09, 2006

. i . n . i .

Mengantuk.
Nak balik
Carik bantal
Carik tilam
Nak tido.

Gara-gara berjumpa kawan-kawan nizam. Dari pukul 11 aku dah cuit-cuit nizam bagi hint nak balik. Las las balik pukul 1 lebih. Sampai rumah pukul 1.45 pagi.

Saya bebi.
Saya kena tido sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
Harini saya dapat tido 5 jam je. Sapa nak ganti balik 3 jam lagi tu?
Harini saya ada kelas tusyen sampai pukul 10. Sah-sah tableh tido awal.
Ni semua salah nizam. Takmo ikut nizam jumpa kawan-kawan dia dah. Takmo. Takmo. Takmo.

Kawan nizam suggest untuk pegi pulau.
Pulau perhentian atau pulau kapas.
Kalau jadi bes jugak.

Saya penat.
Saya perlukan rehat.
Saya dah takde passion
Saya sudah kehilangan rasa
Tapi
Rasa itu akan datang dan akan jadi bermacam-macam rasa kalau ada nizam.
Aura dia ke?

Saya suka bila nizam sudah tidak bekerja di kampeni ini
Nizam punya lebih banyak masa untuk saya
Dan dia cuma perlu bekerja lebih kurang sejam sekarang berbanding terpaksa bekerja ofis hour seharian untuk dapat income yang sama. Kenapa dulu saya memaksa dia bekerja di sini? Kesian nizam.
Sekarang nizam tak perlu tido awal untuk bangun awal-awal untuk travel ke cyberjaya lagi.
Me likey !

Semalam genap setahun saya bekerja di sini.
Ada beberapa hari lagi sebelum officially berhenti.
Can’t wait.

Baru teringat jugak. Semalam baru teringat. Hujung bulan tujuh haritu genap 6 tahun perkenalan aku dengan nizam. Whooaahhh. ( telan air liur jap) Lama jugak tuh. Terikat dan mengikat. Biasanya aku takkan lupa tarikhnya. Tapi last week itu aku terlupa. Sekurang-kurangnya pada tarikh itu, tidak dibazirkan dengan bergaduh.

Lemme recall apa yang kitorang buat pada tarikh itu.

Lupakan waktu sebelum pukul 12 tengah hari.

Keluar pukul 12. Naik moto. Baya hutang. Pegi Jalan TAR. Nizam jumpa boss lama. Repair kompiter. Lama betul. Dekat-dekat pukul 5 pegi Sogo. Makan spageti. Lepas makan, ingat nak balik. Tapi ujan. Masuk sogo, beli eskrem besar, naik fudkot, makan eskrem yang besar gedabak sampai tak larat, beli spageti lagi skali. Kasut putus. Nak beli lain tapi orang sangat ramai. Hujan reda. Balik. Singgah rumah nizam.Pergi Galaxy, nak tengok wayang tapi tade cite bes, lantas pergi berurut. Ooohhh. Saket ne urut tapi bes. Sangat berkesan pada nizam. Nizam hantar balik. Habis. Dan keesokan harinya pergi beli cincin. Hahhahah.

Sangat-sangat terlupa mengenai tarikh itu.
Lain kali saya akan ingat.

Tarikh dua puluh sembilan haribulan tujuh tahun 2000, enam tahun yang lepas..

Belum pukul 7 sudah bangun. Mandi, siap-siap. Pukul 8 sudah menunggu bas. Berjanji untuk berjumpa nizam dia ktm serdang. Masa tu bas dari cyberjaya ke kl adalah setiap dua jam dan perjalan dari cyberjaya ke serdang sahaja sudah mengambil masa satu jam.

Sampai Serdang dalam pukul sembilan lebih. Masa tu memakai telefon Motorola yang besar. Oohhh… bukan semua orang ada telefon bimbit waktu itu. Nizam menelefon mengatakan bahawa dia kena menjaga adiknya kerana ibu bapanya keluar brekfes. Nampak batang hidung nizam pada pukul 11 setengah pagi. Lama menunggu dia. Tapi kerana centah, tade rasa apa langsung.

Berjalan-jalan pusing-pusing mines sampai pukul 10 setengah malam. Bas terakhir ke cyberjaya pada masa itu adalah pada pukul 10 setengah malam. Agaknya kalau ada bas yang lebih lewat, harus balik lebih lambat.

Rasa amat gembira. Bawak balik sehelai t shirt nizam yang dipakainya. Boleh dibuat peneman.

Oh, Sukanya berada dalam keadaan bercinta seperti itu. Waktu tu nizam suka ambik tangan ini, pastu pura-pura kononnya nak kira jari. Halaaa…saje la tu nak pegang tangan. Sekarang ni aku je la yang tergedik-gedik nak pegang dia. Dia dah jadik kaku beku dingin salji stone.

Dah.

Isnin, Ogos 07, 2006

. b . a . b . y .

entri ni khas untuk cik Shazana teh kerana dia telah request untuk gambar nik nur alia batrisyia.


waktu ni aku melawat dia pukul 11 malam. since mummy ngan daddy dia mandi, aku la tukang jaga. Tiba-tiba dia keluarkan tangan plak. Berposing plak anak sedara aku ne. Terus capai henpon dan amek gamba.


waktu yang sama. Baby belum pun 3 hari waktu gamba ni di ambil.



baby baru sangat lahir. Baru beberapa jam.

Sayang sangat la pada si baby ni. Sekarang baby ada kat Ipoh. Suka la semua orang kat rumah Ipoh sebab ada baby. Tiwit yang tak suka baby pun eksaited sebab ada anak sedara. Aku la rindu pada si baby. Nak tengok, jauh sangat. Tapi tunggu la weekend ni aku balik ipoh. Sempena nak majlis akikah baby dan jugak majlis pakai cincin aku.

nizam kata pasni nak letak tanda x kat muka aku. Maknanya dah ada orang cop. ahhahaha. bole?