1 . After 2 years, malam semalam kitorang pegi ke lost world hot spring. affan tak pernah pergi. before affan lahir dan selepas bambang sihat, almost every week pegi lost world. lepas tu affan baby, macamana nak bawak dia. lama lama dah lupa langusng pasal hot spring.
2 . Internet kat ofis ni adalah sangat slow. hari hari menyakitkan hati. gila kedekut nak invest pakai internet yang berkapasiti tinggi. masa i kerja di sentral dulu, yang pakai internet daily cuma 3 orang. tapi company ambik internet yang bayar rm400 monthly. memang bes la laju.
3 . Kadang kadang, orang yang meniaga makanan ni tak malu. masak tak sedap, pastu berani nak jual. kita dah beli, terpaksa telan je la, sambil maki berbakul bakul. kadang kadang makan sesuap dan terus buang. I masak sendiri jugak yang sedap. tak lama lagi boleh celen the chicken rice shop. nasik ayam ayamas memang i dah kalahkan sebab nasik dia tasteless. ayam memang ok. tapi i pun dah pandai masak ayam sedap dah. hahahhaha
4 . Hari hari bukak facebook. kenapa tah. addicted?
5 . i rasa work is my therapy. i duduk rumah busy gile. di tempat kerja, sepanjang semester ni satu hari cuma ada satu kelas. dan friday tade kelas. lepas kelas i boleh duduk depan pc sambil buat apa apa yang i suka. contohnya main fesbuk dan buka belog. kerja kerja separa suka adalah buat research dalam internet. (research la sangat kan)
6 . I rasa seru nak sambung belajar tu dah makin sampai. hati i dah makin menggeletek nak sambung belajar.
7 . kena buat jadual untuk zara, kalau tak setiap hari dia nak habiskan satu buku. nanti boleh tulis, tapi tade input.
8 . kena bayar yuran kelas muzik zara n affan. jangan lupa.
9 . buat appointment untuk pegi enopi.
10 . saja nak cukupka sepuluh
Isnin, September 03, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Setuju untuk yang no.3...especially masa bulan pose baru-baru ni..jual kat bazaar ramadhan tapi rasa cam hampeh..tawarla..tak cukup rasala..pastu tak masak elokla..jual macam nak taknak je..ada sekali tu kami beli nasi lemak..balik umah nak berbuka makan nasi tu dah berlendir basi...eeee...memang tak berkat langsungla orang yang jual tu..dahla bulan pose...
wah..boleh lah pergi makan nasi ayam teacher inaz ;)
zuris,
boleeeeh. datang le. nak datang cakap awal2. kalau tak, minum air melo n beskut kosong je.
ps: tapi rasanya kitorang yang patut pegi terjah rumah baru yang cantik tu. bila nak buat openhouse? nak datang melawat. hehehhe
Catat Ulasan