haritu cik zara, mr husband n affan datang office i
pastu masa nak keluar dari building ni
zara cakap
"bubbye ofis mama.... nanti zara datang lagi"
cute tak?
sape kata tak cute pegi terjun lombong
hari yang sama jugak
ada sebijik kereta depan kitorang
pastu zara cakap
äbah... sha-meeeeeee'
i macam hairan sama apa?
zara kata 'sama kereta ni'
hebat tak? tengok bontot kereta pun dia kenal sama macam kereta dia
zara kalau bab bab kereta ni dia memang sangat cam
haritu dia tengok side kereta waja
dan dia cakap
"sha-meee macam kereta tok mama''
tapi bab bontot kereta mr husband nih
seriesly
i pun tak cam
kelmarin pulak zara tengok upin ipin
sebelum start tu ada iklan TM
dan zara cakap
"abah... sha-meeee.... werk abah'
semalam masa i bawak zara n affan pegi kedai nak beli pampers
zara terus pegi kat tempat mamypoko
dia dah tau dah pampers dia
dan dia juga tau saiz apa yang dia pakai
sape kata anak i tak bijak pegi terjun lombong
tapi jugak
semalam zara gigit pipi budak kat tadika
pastu dia cakap kat orang
äffan gigit
ceh.... sejak bila la affan ada gigi
sampai malam pun dia tetap kata affan gigit
dia dah pandai nak menyalahkan orang lain atas kesalahan dia. cheeky betul budak nih
zara,
mama doakan zara jadi anak yang bijak, jadi anak solehah, jadi kakak yang baik,
mama akan cuba bagi zara dan adik membesar dengan penuh kasih sayang, mama akan cuba bagi apa sahaja yang terbaik untuk zara dan adik. semoga zara membesar jadi seorang yang berjaya dalam hidup
love, mama
2 ulasan:
comel sangattttt.....nak terjun kolam renangggg :)
cute little miss zara=)
Catat Ulasan