i'm in love
eh... lagu ape tu yeh
lupa dah
harini adalah sangat tak produktif
nak produktif macamana kalau dah pegi keje pun pakai jeans
macam sangat kasual
tadi masa lalu kat cermin
sempat i belek diri sendiri
tengok ok ke tak penampilan
mr husband bising kalau i pakai tak semenggah pegi keje
nanti dia kata tak pandai dress-up la hape la
baca la nih
i terus rasa sebak tau masa baca
kasihnya seorang ibu pada anak dia
dia tau ajal dia dah dekat
dan dia nak anak dia dapat merasa susu terakhir dia
thanks to ummi aleesya
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.
Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.
Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.
Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.
Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...
--------------------------------------------------------------------------------------------------
nak letak la gamba my everdearest nih
zara dan affan yang sangat sangat disayangi
masa ni kita pegi cameron highland
pagi sebelum pegi cameron tu lepak lepak kat padang polo
i rasa gamba i adalah buruk gile disebabkan i sangat cengkung masa tu. tangan pun nampak tulang. macam zombie pun ada...
zara yang tamak dan kuat makan walaupun tade baby fat. semua makanan kena longgok depan dia. semuanya dia nak. tamak betul anak i sorang tu. tapi sekarang dia dah pandai baca doa makan. pasnih gemok la tu. tade dah setan setan boleh share makan dengan dia.
ni affan somey somey. the date was november and he was 5 months old back then. mama dia selamba je bagi dia pakai rompers tak pakai seluar kat cameron. dia pun rilek rilek je.
ok
sudah
1 ulasan:
zara and affan yg cute..
btw, sedih baca cerita tu, apapun, boleh dijadikan pengajaran dan taulaan supaya menghargai ibu bapa ketika masih mereka hidup bukan meratapi ketika mereka sudah tiada:'(
Catat Ulasan