Isnin, Februari 14, 2011

mana i tak bising

mr husband : esok nak gerak dalam 6 sengah kot
i : oh. awal. alaaa... nanti i miss u
mr husband : eleeeh. kalau ada awak asyik cerca
i : gelak gelak.... cerca???

kenapa mr husband guna perkataan cerca? dia selalu terasa ke kalau i ngamok ngamok?
sebab memang kalau i ngamok ngamok tu nak tujukan kepada dia pun
hehehhe

sebab apa i ngamok
meh sini i listkan

1 . semua pun i kena buat sendiri
2 . kain baju nak basuh, nak sidai, nak lipat, nak simpan dalam almari
3 . bila balik kerja, nak bawak keluar beg berbondong bondong (beg i, zara n affan)
4 . beg beg tu nak dikeluarkan barang barang. nak basuh bottles dan tupperware dari beg
5 . nak isi baju untuk zara n affan dalam beg
6 . sediakan susu, botol susu, bekal dalam beg
7 . baju baju yang dah dikeluarkan tu nak basuh
8 . nak mandikan zara dan affan
9 . suap affan makan malam
10 . isi air dalam botol dan simpan dalam peti sejuk
11 . letak catorade dalam peti ais untuk mr husband
12 . sedia letak susu dalam botol untuk zara
13 . kemas kemas rumah
14 . sapu sikit kalau dah bersepah sangat
15 . pagi pagi nak mandikan zara/affan
16 . masak bubur nasi untuk affan
17 . masukkan beg berbondong bondong dalam kereta

mana la i tak bising
mr husband tak tolong pun i hal kain kain ni
even baju kerja dia pun i yang dok hantar dan ambil kat dobi
kalau i tak hantar iron
kalau i letak baju tu dalam kereta dia
sampai seminggu la baju tu masih dalam kereta dan dia tak hantar ke kedai dobi

dia tak pk macamana i hantar dan amabik dobi dengan dua orang budak kecik tagging along?

mana i tak bising
kalau dia pandai minum air
pastu tak reti nak isi air
sampai habis semua air dalam peti ais
kot ye pun letak la botol botol kosong tu atas meja dapur
senang la i nak refill
ni biar je botol bersepah sepah kat hall la, dalam bilik la

mana i tak bising
kalau dia sapu halfway je
kalau sapu kat hall
sampai hujung hall je
pastu tinggalkan sampah tepi dinding
kalau sapu bilik
tinggalkan sampah kat entrance bilik
i ke yang kena habiskan menyapu tu?
semua pun i kena buat

i cakap toilet i rosak
tak boleh pam
tade pun dia nak tolong repairkan
pili air kat luar rumah tu dah nak masuk 4 bulan tak boleh tutup air
tade pun dia nak carik plumber
i jugak ke kena carik?

semalam i cakap affan takut kucing mainan tu
mr husband kata
mana ada.... adik dok kejar kucing tu
pagi tadi dia bagi lagi kucing kat affan
start dari tu affan nangis je
dah kata dah affan takutkan kucing
sampai affan tanak lepas dari i
nak berdukung je
ingat senang?
i nak kena masukkan bubur dalam bekas
nak siapkan zara
nak bawak beg masuk kete
nak kunci gate, nak kunci pintu

karang kalau i letak anak anak dalam kereta dan lepastu baru nak angkat barang barang
nanti kata i tak pkkan keselamatan anak anak
semua la campak kat i
semua pun nanti i yang bersalah

pagi tadi sebab i dalam mode kegeraman sebab affan tanak letak
i call mr husband
i mengamok ngamok sebab bagi affan kucing
sampai tadika zara pulak ngamok ngamok tanak pegi school
i bawak zara pegi kerja
pastu padan muka kena marah dengan bos
tu la balasan sebab marahkan suami
hahahhahahahhaha

tapi still
i tak kira
i marah jugak kat mr husband
tolong la i buat kerja rumah
kalau sapu tu, sapu la bagi habis
kalau tengok i sidai kain
tolong la jemurkan kain tu
kalau dah ambil air dari peti ais
isi la balik, kalau tanak isi pun
letak atas meja dapur pun takpe
jangan biar sepah sepah

mr husband
kesian kan la i
i pun sama je macam awak
i pun pagi pagi pegi keje
petang baru balik

bila balik i sibuk nak uruskan anak anak
nak uruskan diri sendiri
nak uruskan hal rumah
kenapa awak takmo tolong
memang la bila i sibuk sibuk awak akan tengokkan anak anak
tapi apa la salahnya kalau while tengok tu
awak suapkan affan makan ke
kurang satu kerja i

kadang kadang i rasa
sebenarnya perempuan ni lagi bertenaga dari lelaki
perempuan ni kasih sayang dia lagi banyak dari lelaki
perempuan ni lagi bertanggungjawab dari lelaki
sebab kasih sayang dia la
dan atas dasar tanggungjawab la
dia sanggup buat macam macam untuk keluarga dia
tinggalkan segala rasa penat

macam mr husband
dia sendiri pernah cakap
dia tau tu semua
tapi he chooses not to do it
sebab apa?
malas
sibuk nak melayan malas je


ape pun
i sayang jugak mr husband
dan i harap dia akan rajin rajin tolong i buat chores
walaupun hati i selalu sebal
tapi i akan jadi sedih kalau dia tade

4 ulasan:

pizet berkata...

orang lelaki memang x suka buat housework kot...sape yang dapat husband yang rajin tolong buat keja rumah tu memang sgt lucky

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ berkata...

hihihi
agak agak lepas mr husband awak tu baca dia berubah tak????

kalau my mr alek, dia takkan tolong sbb mak dia dah biasakan dan manjakan dia. memandangkan saya duduk dgn mak mertua and bapak mertua, so, semua kerja2 kat rumah akan dia buat oleh my mil. untung tak untung tak??? hehehehe dari segi tu untunglaaaaaaaaaaaaa

C-I-K-I-N-T-O berkata...

hahahah....siannya akak. takpe sabar yer...sama lebih kurang je laki kita. tapi laki kin rajin sket bab kain baju :) untung disitu la..

tapi ktorang xde anak. so keja tak banyak sangat la...akak mmg sangat kuat :D

Tanpa Nama berkata...

huhu...lebih kurang la kita inaz. as a wife, kita kerja 24-7. dah malas nak bebel-bebel.