Selasa, Januari 04, 2011

inaz dan nyawanya

second day of work
i baru siapkan 2 topics
nampaknya lepas ni i akan jadi si penterror flash
(gelakkan diri sendiri.... sudeey la)

pagi tadi tadika masih kelam kabut
tapi nampaknya masing masing masih menyesuaikan diri
alhamdulillah
tadika nampak meriah pagi pagi ni
tengah hari i belum dapat tengok lagi
nanti hari khamis ada kelas 9.30 - 12.30 kat jalan kampar
bole la pastu i lari tengok tadika before balik pttc

i pun belum review berapa total students this year
weekend nih la nak kena kira
semoga cukup untuk cover semuanya
tak payah usik gaji i
boleh simpan gaji untuk melancong (eheeeemmmm)

tengah hari tadi lunch dengan mr husband
pastu kebetulan kita sama sama pakai baju blue
oohhhh dan rasa aneh aneh sket sebab makan dua orang without the kids

pagi tadi masa i tinggalkan affan
dia tengah main main puting
sebab dia suka menangis nangis masa i tade
i saje kasik puting
kot la dia bole diam sikit

zara plak
masa i tinggalkan dia pagi tadi
diorang baru start pj
cikgu diorang tengah ajar lompat bintang
dia pun panggil panggil i soh tengok dia melompat bintang
sweet
i suka betul tengok budak budak ramai ramai ni

sepanjang hari i cuba untuk tak memikirkan zara dan affan sangat
sebab i rasa
kalau i terlalu ingatkan diorang
diorang laaaaagi akan ingatkan i
lagi diorang akan meragam
(faham dok?)

dalam pukul 4.50
mr husband called
dia cakap yang dia nak balik
nak ambik zara dan affan
nak bawak ke pttc
pukul 5.40 kot diorang dah sampai
hati i dah meronta ronta nak turun dah
tapi nak tunggu punch kad pukul 6
pukul 6 i cepat cepat punch kad
cepat cepat naik lif
sampai foyer dah nampak mr husband, zara n affan
bila i duung je affan
terus dia merengek rengek
nak nenen la tu
tak menyempat nyempat nak nenen
sementara tunggu mr husband pegi ambik kereta
i rilek rilek je bagi affan nenen

dalam kereta pun affan menyusu lagi
pastu muntaaaaah
haaaihhh la anak

i rasa
everyday
i kena ada tenaga banyak
supaya bila balik keje i boleh layan anak anak
macam semalam
dari i balik keje saaaaaaaaaampai la tidur malam
i dukung je affan
kecuali la waktu dia tidur dan waktu i mandi dan makan

zara pulak
masa nak tidur semalam
dia nak tidur dekat lengan i
biasanya dia akan tidur dengan mr husband
agaknya dia rindu i kot
dah biasa ada mama dengan dia tiap tiap hari kan
dah dua tahun lebih dia bersama i

malam semalam the quartet ni pegi ipoh parade
tujuannya i nak carik thumbdrive dan breast pump
kak ha cadangkan supaya i pump je sebab affan tak berapa nak minum botol

bes sebab mr husband belanja i thumbdrive 8 gig
pastu mr husband belanja breast pump
pastu mr husband belanja baju tidur jalan untuk affan dan yaya
lagi mr husband belikan school shoes warna warna black ada gambar smiley untuk zara
dan red boot yang sangat comel untuk zara
dan mr husband belanja merry brown

hahahhahahahahah
selalunya pun macam tu
kalau keluar dengan mr husband
semuaaaaaanye la dia yang bayar

i woooorve mr husband
(bukan sebab awak jadi banker)
i memang worve mr husband banyak banyak dari dulu
tapi zara dan affan adalah nyawa i
i rasa
without zara, affan dan mr husband misti i tak boleh hidup
(aawwwwwww... tetiba nak feeling plak)

malam semalam i asyik cakap kat zara dan affan
yang i saaaaaaayang sangat diorang
yang diorang adalah nyawa i

satgi i amek gambar zara dengan red boot dia

Tiada ulasan: