harini first day i mengajar. so basic animation. nak bagi assignment buat flipbook dulu. next week baru masuk flash. luckily rupaya i belum lupa flash. semalam try buat simple bouncing ball ok je. macam konfiden la sikit.tapi still waiting for the students. gile la berdedikasi si inaz ni. i yang tunggu students.
i adalah cikgu yang baik sebab i suka kasik free marks to the students. assignment 1 yang i bagi diorang adalah sangat senang. i cakap senang senang je diorang boleh dapat 10% in hands. pastu attendance pun 10%. gile senang nak dapat, kan!!!
(si inaz ni lupa yang dia dulu suka sangat ponteng kelas sebab nak jumpa (takmo pakai term dating) mr husband)
2 .
pagi tadi ada budak datang tadika nangis nangis. bila i tanya, dia kata dia nak cawan. papa dia belum beli. sekarang kat tadika, lepas break diorang akan gosok gigi beramai ramai. so i cakap kat dia nanti i call mama dia suruh beli cawan. baru dia diam. well..... kids will be kids.... lagipun dia tengok orang lain ada cawan dan dia tade. misti la susah hati. langsung takmoh pegi sekolah.
3 .
keadaan tadika dah semakin terkawal. tak macam first day of school yang mana budak budak tak terkawal sebab masing masing tatau nak buat apa. sekarang dah makin calm. see, it will take only about a week before everybody settle down.
4 .
yaya dan affan pun dah semakin menyesuaikan diri di tadika.
first day di tadika zara tidur sambil minum botol the whole morning
affan pulak meragam je
first time mama tade
second day i dah start bagi affan puting sebab makcik kata affan dok hisap bucu bantal
my son tu memang pandai bagi orang kesian kan dia tau
third day i letak affan dalam walker
dan dia ok je
tadi pun sampai school
i main main dengan affan
pastu letak dia dalam walker
ok je tak nangis
harap harap affan dah tak banyak menangis la
i sedih bila ambil affan dan suara dia serak
i tau la yang dia menangis
tapi takpe la
lama lama ok la tu
all these while pun
i jaga budak budak
diorang ambik seminggu dua juga sebelum betul betul boleh menyesuaikan diri
zara dah ok
walaupun pagi pagi kat rumah dia merengek rengek nak sentiasa melekat dengan mr husband or i
tapi sampai school dia akan terus main
ok laaaa
setakat ni i masih sediakan bekal untuk zara tiap tiap hari
my mom cakap
goreng la cucur ke
asik bagi western food je
dah tu je yang paling cepat dan senang
sambil sausages/fries atas api
i boleh pegi mandi atau buat benda benda lain
hooohhh... nak goreng cucur takes time
nanti la i beli cucur adabi
instant
5 .
i dah janji dengan zara nak bawa zara naik bas this saturday
sebab zara sangat suka tengok bas
keretapi zara dah naik banyak kali
so weekend ni nak bawak zara naik bas pulak
mebbe nak naik bas ipoh-kampar ke
nanti mr husband ambik kat kampar
6 .
i juga janji dengan zara nak bawak zara pegi sekolah tok mama yang baru
sebab zara tak habis habis nak pegi school depan tadika tu
dia ingat tok mama dia masih school di situ
i cakap kat zara, tok mama dah tukar school
zara tanya kat mana
i cakap jauh, tapi nanti mama bawak zara pegi school tok mama on saturday bila tok mama ada school
mak cakap sabtu ni mak ada sekolah
mebbe kalau sempat
nak bawak zara pegi school tok mama dia
waaaaahhh
banyak aktiviti di hari sabtu nanti
7 .
i pun ada few things to do this coming weekend
tak sabarnya nak tunggu friday
sebab friday night dah boleh berjimba
berjimba???
kena bayar hutang 1k dulu kat mr husband
pastu baru boleh berjimba
hikhikhikhikhik
(ke mr husband nak halal kan je 1k tuh?) *wink* *wink*
2 ulasan:
nak tanya alang2 awak cikgu tadikakan..macam mana nak ajar anak saya belajar menulis..bila sy belikan buku yg kena ikut garisan je..dia memg tak nak ikut..dia suka colour..memang dia dah terror colour..cuma nak ajar dia menulis je..ada tips tak?anak saya tahun ni 4 tahun..
owh seronoknyer dapat lecturer macam tuh! ekekekeke
takper..takper..! pasal si babap apan yg suara serak tuh, ca dgn daniel dulu2 pun selaluuuu sangat suara serak2 basah tatkala diambil dari taska...tapi lama2 okayla..
ingat tau! kiter sebagai ibu mereka, kene sentiasa doa dalam hati supaya anak2 kite selamat di bawah jagaan orang. jangan teringat2 sangat kan anak2 tuh, sebab org2 tua kata, biler kiter nih selalu sangat teringatkan anak2 kiter tuh, nanti depe pun teringat giler kat kite. haaa! time tuh yg asyik nanges tak terhenti2...
paham!?
Catat Ulasan