Isnin, Januari 31, 2011

si affan somel somel

affan sekarang makan banyak betul
pagi pagi sebelum pegi school affan akan makan bubur nasi
tengah hari affan akan makan bubur nasi lagi
in between dia makan baby bites
petang makan nestum+susu
malam makan bubur nasi lagi
dan baby bites
dan menyusu

affan biasanya akan menyusu betul betul waktu malam dan pagi je
kat school dia tanak minum susu
yang bagi nestum+susu tu pun suap dengan sudu

baby gumok i tu pantang tengok food
haritu i makan ice cream
sibuk dia datang
nak makan
pastu esoknya batuk
selagi i tak bagi dia akan bising bising

pastu dah pandai nak memanjat i
tak reti duduk diam
dah pandai nak angkat bontot
dah nak merangkak kot
lagipun dia dah nak masuk 7 bulan

muka dia lagi lebar dari zara
walaupun tak banyak baby fat
dai adalah lebar
jadi orang ingat dia dah besar
padahal dia adalah little baby
my suweet little baby

kalau marah marah dia
nanti dia akan jebik macam nak nangis
kalau marah banyak banyak dia akan jebik jebik
pastu nangis

nanti zara akan cakap "cebiiiik... cebiiik"
zara memang suka menyakat adik dia

dulu affan akan nangis kalau i buat buat nangis
sekarang dia buat bodo je
misti dia tau i tipu

pastu dah susah nak pakai baju
mebbe kene beli mamypoko pants pulak
mebbe tak payah pakai baju jugak
hikhikhik
bila pakai baju dia pusing pusing
pastu nangis sebab lama sangat nak pakai baju

pastu suka geram geram kat i
bila dia geram
nanti dia akan makan muka i
nakai betul budak affan nih

suka berebut dengan zara juga
kalau mr husband dukung zara
dia pun akan sibuk la nak mr husband dukung dia jugak
kalau tak... dia tak heran pun denan mr husband

dia akan mengelabah bila mr husband pakai baju
sebab dia tau
bila abah dia pakai baju
maknanya abah dia nak keluar

dia tak keruan bila tengok i pakai tudung
sebab dia tau kalau i pakai tudung
maknanya i nak keluar

si affan yang somel somel

my sweet little zara

my little daughter yang sangat manja tu dah nampak semakin membesar
sebab dia duduk kat school tiap tiap hari
i nampak yang pemikiran dia semakin berkembang
tambah plak sebab dia kawan kawan dengan budak besar
dia pandai nak lastik lastik pakai jari la
macam macam lagi la benda yang dia buat yang i rasa amazed

semalam i belikan zara drawing block dengan oil pastel
saja beli oil pastel gemok yang ada 36 colors
supaya ada variety of colors

pastu semalam i lukis lukis dengan zara
i suruh dia draw giraffe
while i'm drawing the giraffe
dia pun sebut jiraf sambil buat garis garis

pastu tukar page lain
tukar kaler lain
i suruh dia draw cirlce
rupanya zara dah pandai draw circle
pastu kitorang draw lines
pastu trace tapak tangan dan tapak kaki

pastu rupanya juga dia dah recognize some colors
dia tau juga warna green
pink
blue yang mana dia sebut "be-nu"

sementara i draw dengan zara
affan pun sibuk sibuk
dia nak kejar oil pastel tu
ingatkan dia nak draw jugak
tapi being a baby
bila bagi kaler kat dia
dia terus bawak masuk mulut

bila i alihkan kaler tu
dia akan kejar
zara pulak banyak banyak kali alih tempat
konon takmo adik dia kacau

pagi tadi sebelum pegi school
zara bawak keluar kaler stabilo gemok dia
pastu dia ambik buku
dia lukis lukis
pastu dia pegi kat mr husband
dia soh mr husband tulis A
pastu dia bagi tangan dia
soh mr husband guide dia tulis A
soh mr husband guide dia tulis N

mungkin orang akan kata
"macam bagus sangat anak dia. Anak haku dah pandai a sampai z tade kecoh pun"
takpe la
tu anak orang
i tetap bangga dengan apa sahaja pencapaian anak i
lagipun dia baru 2 tahun 4 bulan
not even 3 years old
belum pun dua tahun setengah

mungkin itu kelebihan sebab zara minum susu ibu sampai 2 tahun
tapayah susah susah beli susu ber-gangliosida
sebab susu ibu pun ada lebih banyak gangliosida

i suka bila mr husband tanya zara tricky question
dan zara boleh terus jawap
macam mr husband tanya

mana abah zara?
mana abah adik?
mana adik zara?
mana mama adik?

mr husband tanya laju laju dan zara boleh jawap dengan betul

i rasa
mana mana parents pun akan sangat hepi bila anak diorang makin cerdik
i pun camtuh la

ok
pasnih nak baut entry affan plak

Jumaat, Januari 28, 2011

lawatan ke LPPKN

apa si Inaz buat pada waktu lunch break tadi
dia pegi LPPKN

hehehehhe
malu malu meow tau nak masuk LPPKN
tapi nasib baik nurse yang incharge tu adalah sangat baik dan kita rasa sangat selesa

i cadang nak buat Implan

Implan tu apa???
Implan tu satu kaedah perancangan keluarga
ianya dipasang di bawah lengan
kira sekali pakai tak payah nak risau dah kot kot termengandung ke
sebab InsyaAllah tak

nak tau lebih lanjut
sila google sendiri

i pemalas nak makan pil
misti miss punya la
even masa pregnant dulu pun ubat yang klinik bagi tak pernah habis

nak pakai kondom??
hehehheheheh
nak beli pun malas
kalau beli pun belum tentu guna

nak buat iucd?
ooooooh
i tak berani
macam ngeri sket nak masuk masuk kuprum la ape la dalam rahim
big no no

nurse tu cakap tadi
kalau pakai implanon ni
period mungkin jadi tak tetap
mebbe akan ada few months tak period langsung

dan juga
kaedah implanon ni agak mahal berbanding yang lain
kos dia rm320 kalau buat kat LPPKN
untuk bukak kena cas rm100
kalau buat kat klinik, ada yang sampai RM500

(sebab tu la i pegi LPPKN)

tapi malangnya
i tak boleh la nak buat harini ataupun next week
sebab kena buat masa tengah period
kena tunggu next month la

sebab kena tunggu next month
nurse tu suruh i beli kondom dulu
eeeeeew
malu taw
nurse kata "prevention is better than cure okeh"
diorang jual satu dozen rm4

kena beli satu dozen la
tak boleh la beli sekeping

tapi tadi i dah bukak buku la
yang bes nya
berat i adalah 45.6kg saje
hikhkhikhik
i liiiike
ini pakai digital scale
so adalah accurate
last time i timbang adalah 48 kg
seronok berat turun
walaupun makan adalah macam singa kelaparan

mebbe faktor menyusukan affan
faktor kerja
faktor menjaga anak
menyebabkan berat badan berkurangan

TAPI
walaupun berat badan berkurangan
perut adalah masih gemok
lemak tepu berkumpul takmo hilang

(mr husband tanak belanja i pegi marie france ke? ke?)

ok la
nanti next month bila i dah buat implan
i akan tulis dalam belog
supaya sape sape yang nak buat
boleh jadikan sebagai panduan

toodles
selamat berhujung minggu
i'm counting minutes to go home nih
(walaupun ada lagi satu jam)


Khamis, Januari 27, 2011

random update II

wohooooo

1 . office work

keje banyak
tapi managable
siap satu task
ada satu lagi task
kena submit b4 CNY
sebab nak submit to MQA

2 . kindergarten

one of my worker suddenly quit
worker yang jaga budak plak tuh
i sakit hati
sebab harini call dan cakap esok nak berenti
macam nak pengsan i carik orang ganti sampai pukul 11 setengah malam
but
what do you expect
dah pukul 11 malam
orang pun tido sudaaa

seb baik dah hari khamis
esok dah jumaat
next week cuma buka 2 hari pastu cuti CNY

tadi sebelum pukul 7 i dah sampai tadika
sebelum i pegi kerja
i dah tidurkan affan n baby wana
supaya teacher amy n teacher oda tak susah

tengah hari lepas kelas i pegi tadika tengok semuanya berjalan lancar
i memang salute la dengan amy, angah n kak ha
diorang ni cekap bekerja
hati i pun tak gundah gulana

harap harap after CNY i dapat la pengganti
kesian kat mereka bertiga
tu pun si angah dah offer untuk keje sampai petang
tengs~ dear
(waaaahhh.... macam la diorang baca belog i)

haaaaaaa.... sape nak keje jaga budak sila angkat tangan !!!!!


3 . zara

hari isnin pagi zara nangis nangis tanak pegi school
so i pegi keje bawak zara
pukul 11 dia dah merengek rengek
i hantar dia ke school

hari selasa zara tanak pegi school lagi
pagi pagi buta i bawak zara n affan pegi breakfast kat mcD
pukul tujuh sengah orang sibuk sibuk nak pegi keje
i pegi mcD
pukul 8.20 hantar zara pegi school n i pegi keje

hari rabu
still zara nangis nangis
terpaksa janji dengan dia untuk bawak dia makan mcD bila i balik keje
kebetulan mr husband pun balik awal
boleh duduk mcD lama lama

haritu kalau tanya zara kat school belajar apa
dia akan cakap belajar EF
sekarang dia dah belajar EN ( sambil lidah terelir keluar)
pastu haritu dia duduk dekat i
pastu dia baca
a ba ta sa ja
suweeeeet

pastu dia dah pandai baca doa makan
walaupun pelat pelat
tapi bunyi dah ada
(ke i pernah cakap dah sebelum ni?)

tersentuh hati i bila tengok zara dah makin bijak
haritu i marah dia dan dia cakap
"mama janganla buat saye"

dia suka betul membahasakan diri dia sebagai "saya"
pastu dia ingat semua family dia nama aisya

sebab bila i sebut "aisya yaya"
dia akan sebut
"aisya mama"
"aisya abah"
tapi untuk adik, dia akan sebut "asyaf affan"

sweet

4 . affan

affan nak masuk 7 months
dia dah tanak makan bubur yang di-blend
dia nak makan bubur yang kita lenyek sendiri
sebab dia nak kunyah kunyah
dia sangat suka makan baby bites

affan suka makan fries
affan tak suka minum milo
tapi affan suka minum juices

dia dah pandai nak main apa yang kakak dia main
haritu atok belikan basikal kuda untuk yaya
atok kena belikan satu lagi juga untuk affan

apa je yang yaya pegang
affan akan nak juga
hatta botol air sekalipun
kalau zara pegang
nanti affan nak rebut

tapi diorang sayang menyayangi antara satu sama lain
kalau tidur malam
diorang akan tidur dekat dekat
sebab dua dua suka tidur ada orang pegang/peluk
jadi diorang tidur berdua

sweet eh?

ada lagi
tapi nanti
i banyak keje
(konon)



follow me?

jenama syampoo kah?
mr husband suka pakai follow me
i pun heran
macam orang zaman dulu kaler
zaman tv masih hitam putih
pakai follow me kaler kelabu plak tuh
tak ikut peredaran masa langsung!!!


ok back to topic

i don't simply follow people's blog
i am no stalker
tapayah nak suruh i folow your blog pastu baru u nak follow my blog
i'm not looking for popularity here
i just want to be me
i want to write about my family, myself and what happen around me
or anything that sparks me

BUT
if you follow me or you linked me
i will surely do the same to you
and i will surely read your blog
no worries
and you will definately be my friend

most of the people i linked is people i've met physically
ada la few yang i've never met
tapi walaupun we've never met
i befriend with them
macam i put comments dalam blog diorang
n lama lama kita jadik friend

tu je nak cakap

Selasa, Januari 25, 2011

happy birthday


happy birthday mr husband
u are old
but i love u nevertheless

Ni,
semoga awak sentiasa sihat
semoga awak sentiasa cemerlang
semoga awak terus menjadi suami dan abah yang baik
semoga awak menjadi anak yang taat
semoga awak sentiasa dapat markah tinggi masa performance review

semoga tahun ni kita dapat pegi melben
hikhikhik

nak birthday prezen apa?
nanti i pecah tabung
pastu i kutip semua syiling kat rumah
tengok samada cukup duit ke tak nak beli blackberry ye!

mebbe awak boleh jugak cakap camnih
"takpe la inaz, saya momo blackberry. u giv me unconditional love je dah cukup"




Jumaat, Januari 21, 2011

work and study

dah start kena buat kerja yang banyak
yang kena guna otak
kena betul betul fokus
(eh.. fokes ke kalau dok tulis belog??)
tak boleh main bantai ikut suka
tapi rasanya
once i get the rhytm
semuanya akan senang la

sekarang ni masih kena selak selak kertas lagi
dengan banyak term baru nak kena belajar
nak sesuaikan diri dengan benda baru memang takes time
tapi macam biasa
i kena challenge diri sendiri

tadi i sembang sembang dengan boss
pastu i ada cakap nak sambung Masters
kan dah lama i nak sambung belajar tapi tangguh tangguh
tapi sekarang dengan work environment yang macam ni
i dah nampak rational untuk i sambung belajar
kalau tak selama ni i rasa i nak sambung belajar
for the sake of having the certificate

mr husband macam biasa
apa je yang i nak buat
dia akan support
cuma haritu dia macam aneh aneh bila i kata
tah tah i nak buat masters in animation
itu memang merepek la kan
i belum cukup capable

tapi i rasa i macam dah nampak kos ape yang i nak buat
mebbe nak ambik pengurusan pendidikan
ada kaitan dengan kerja i sekarang
dan pada masa yang sama boleh apply untuk tadika i tuh

ok
cakap cakap dengan bos tadi
bos soh i keje lagi tiga bulan untuk confirm
pastu apply buat master
dan college akan sponsor my study
gile la bes
kan!!!
lepas tu i'll be bound untuk lima tahun
bos kata kalau tanak kerja untuk lima tahun pun boleh
tapi kena bayar balik la
well
its no biggie kan
kalau kerja tu kita suka
dan kita senang dengan keje tu
dan paling penting
kalau dapat orang sponsor untuk sambung belajar adalah benda yang paling bes sekali kan
sebab bukan senang orang macam i nak mintak scholar
i bukannya dapat first class degree

nak apply ptptn pun
hutang i dengan ptptn je boleh dapat sebijik inspira
sampai mati pun hutang takkan habis sebab kos pentadbiran yang keep on naik
hmmphhhh

oleh sebab itu
untuk masa terdekat nih
i kena aim untuk itu dulu

semoga semua urusan i dipermudahkan
semoga i berjaya mencapai cita cita nak dapat sekeping sijil master

lucky



to my everdearest mr husband
i woorve you

terpengaruh tengok iklan glee la nih

Selasa, Januari 18, 2011

rumah

mr husband sangat berminat nak beli rumah sekarang nih
bila itu menjadi interest mr husband
itu juga menjadi interest i

pastu mesti la kalau berangan nak beli rumah
kalau boleh nak rumah sebuah ke
tak pun corner ke
supaya ada halaman sket
boleh buat swimming pool

(berangan tak kalah beb)

i nak tunggu announcement dari Cagamas
ni semua sebab our PM dah announce skim rumah pertamaku

dia kata nak family income lesser than rm3k
tapi agak agak, boleh tak kalau sorang je?
kalau combine, rasanya tak dapek la kot
tapi sebenarnya
family income more than 3k pun nak jugak beli rumah
huwaaaaaaaaaaaaa
i nak beli rumah !!!!!!

apa pun
i nak tengok dan tunggu dulu

eh... boleh jugak tengok website ni horlic.com

rumah

mr husband sangat berminat nak beli rumah sekarang nih
bila itu menjadi interest mr husband
itu juga menjadi interest i

pastu mesti la kalau berangan nak beli rumah
kalau boleh nak rumah sebuah ke
tak pun corner ke
supaya ada halaman sket
boleh buat swimming pool

(berangan tak kalah beb)

i nak tunggu announcement dari Cagamas
ni semua sebab our PM dah announce skim rumah pertamaku

dia kata nak family income lesser than rm3k
tapi agak agak, boleh tak kalau sorang je?
macam pakai nama mr husband sorang , atau pakai nama i sorang

apa pun
i nak tengok dan tunggu dulu

eh... boleh jugak tengok website ni horlic.com

astro first, air asia, zara and affan

fuh..... fuh.....
tiup habuk lama tak update

1 .

zara makin pandai cakap
dia suka membahasakan diri saya
penangan pegi sekolah kot
sikit sikit "saya nak itu... saya nak ini.... ini saya punya"

ayat paling dia suka cakap ialah
"mama.... tite nak pedi mane?"
dulu kalau dia nak pegi mana mana
dia akan cakap "nak jom"
sekarang tade dah
tengah duduk duduk
tiba tiba dia akan tanya nak pegi mana
kalau kita cakap tade pegi mana mana
dia sendiri akan cakap
"tite nak pedi tok mama"
maknanya dia nak pegi rumah tok mama la

dia sendiri akan cakap mana dia nak pegi

atok dah start ajar zara Iqra
atok suruh zara sebut aa
zara momo sebut

dia memang suka macam tu

zara dah pandai baca doa makan
walaupun masih pelat pelat
tapi dengar la bunyi tu
siap dengan bismillahhirrahmanirahhim pulak tu

kalau i suruh kira dia misti takmo sebut
tapi kalau main sorng sorang
dia akan kira satu dua tiga empat lima enamtujuh lapan sembilan

semalam i suruh dia pakai shoes
dia tengok slipper dia dan cakap
"tunen tonon"
(kuning konon)
memang slipper dia warna kuning pn

haritu zara ajak mr husband pegi kedai buku

zara : abah... nak pegi shop
mr husband : buat apa pegi shop
zara : sebab.... sebab abah comel

i dengan mr husband terus gelak
punya la bodek si zara nih

dia suka kata "adik comel macam dibo"
kadang kadang kalau nak bodek mr husband
dia akan cakap "abah comel macam dibo"
tapi i tengah ajar zara cakap "abah gemok macam oso"

*dibo dan oso ni character dalam phdc 613

2 .

sabtu haritu kitorang bersemangat subscribe astro first
beli la cerita ngankung
tak bes pun
sound pun tak sedap didengari
cerita macam tergantung
overall tak bes

mr husband cakap
kenapa la tade english movies
tapi kalau ada jawapnya sedap subscribe la
nanti dapat bil terkejut
betul?

still
it would be cheaper than us spending rm80++ for two couple seat + 2 sets of popcorns
keluarga kan besar
ada 4 orang
pastu rugi sebab tak dapat tengok movie sampai habis

3 .

affan batuk batuk yang agak teruk
kena makan ubat ikut time
lambat sikit makin teruk batuk
esok ada appointment 6 bulan
kena chochok la si budak affan tuh

affan masih menangis pagi pagi waktu i tinggalkan dia di tadika
haaaihhhhh menyusahkan hati i sahaja budak affan itu

4 .

kan every friday air asia buat sale
last week i almost komfem beli return ticket ke kuching
which tiket zara, mr husband n i adalah murah
tiket affan je mahal
sebab infant adalah flat rate no discount

skali mr husband hantar email
mr husband soh simpan duit dulu
untuk beli tix ke melbourne
hoooooohhhh
melbourne tu

kena la bayau ptptn tiap tiap bulan
supaya tak kena tahan kat imigresen
hikhikhikhikhik

kan i punya cita cita adalah untuk set aside 1k of my salary every month
supaya by end of the year i ada dalam 11k to splurge on shopping/holiday-ing
tengok la.... samada i boleh hold on to my target atau sekadar angan angan mat jenin je

kenapa tanak meyimpan untuk hari tua?
ada epf... tapayah menyimpan untuk hari tua.... hikhikhik
tanak menyimpan untuk waktu sakit?
pmcare kan ada........ kan?!
(tapi waktu bersalin haritu, tak pakai pun pmcare)
tanak menyimpan untuk waktu susah???
asb ada la serdak serdak... boleh la kot. (sambil jeling jeling kat mr husband sebab lagi sikit bulan mr husband punya loan asb setel pastu dia jadi pakcik kayooooo)
tanak menabung untuk pendidikan anak anak?
zara n affan.... nanti belajar rajin rajin tau. nanti boleh apply scholar.

its 4.43 am
tadi affan muntah atas i
sian baby boy i tuh
tapi dia dah buat mama dia tak boleh tidow
kang mula la dah pukul 6 ke, 6 sengah ke... i ngantuk macam nak mati mata tak boleh bukak kena gam

dah la
nak tengok tivi la camnih
(sambil basuh kain)


Rabu, Januari 12, 2011

on yesterday

bangun pagi
mata tak boleh bukak
mulut bengkak
satu muka swollen

pegi klinik
dapat mc
tak balik rumah pun
duduk kat tadika
seronok la zara n affan
mama diorang cuti

tapi memang sepanjang pagi mata tak boleh bukak
kalau nak bukak pun kena force
sampai sakit

mebbe sebab dah makan ubat
tengah hari dah ok

kan ada buy1 free 1 at KR
tengah hari tu tiew, zara, affan n i head off to KR
tiew cakap sian mr husband tak ikut i pegi makan
hohohoho
tiew ingat mr husband suka ke makan makan free nih
dia malu
lagipun semalam dia miting kat teluk intan

tapi
tak rugi pun mr husband takde
ayam adalah sangat dry
i mintak extra gravy pun tanak bagi
ceeeeeeh

lepas makan macam biasa
zara akan naik menatang depan KR tu
pastu kena bawak pulak naik kereta little tikes kat level 1
dia memang dah hafal benda benda tu
tak bawak kang ngamok ngamok plak

malam semalam i cakap kat mr husband yang i pegi KR
mr husband cakap
i patutnya kena duduk rumah, tak boleh keluar jalan jalan sebab mc
ek?
macamtu ke

eh
sudah la
kelas dah nak start
later later i sambung balik

ps : rupanya pn apash ada nampak i kat KR. hehehhe. awat tak tegur. I kalau nak makan memang dah tak pandang kiri kanan dah. tak pedulik orang keliling.tu yang tak perasan sape sape


Selasa, Januari 11, 2011

makan makan @ ipoh

hear ye ! hear ye!

kepada semua
sesiapa sahaja yang suka makan
especially orang ipoh

esok ada 2 event makan makan yang tak boleh dilepaskan

1 . Kenny rogers- Roasters healthy Eating day
Sila pakai apa apa yang berwarna merah untuk mendapatkan promosi ini
be it your lipstick, handbag, shirt, pants, aaaaaaanything
(jangan plak nak flash pakaian dalaman... kang jadi scene plak)
bila lagi nak dapat weh
buy 1 kenny quarter meal
free 1 kenny quarter meal
maknanya
u only need to pay the price of 1 to get two
ooohhhh
besssssss


2 . Dominos Gunung Rapat Ipoh




free personal pizza for every first 50th walk-in customer every 50 minutes of the hour
ada banyak aktiviti lain sempena grand opening of Dominos Pizza Gunung Rapat
50% off for all pizza, all day long
50 sen for 1 regular pizza for every 1 regular pizza purchase

more info, visit Dominos official website

bes??
bes kan!!!!


Khamis, Januari 06, 2011

7 perkara menarik

1 .

harini first day i mengajar. so basic animation. nak bagi assignment buat flipbook dulu. next week baru masuk flash. luckily rupaya i belum lupa flash. semalam try buat simple bouncing ball ok je. macam konfiden la sikit.tapi still waiting for the students. gile la berdedikasi si inaz ni. i yang tunggu students.

i adalah cikgu yang baik sebab i suka kasik free marks to the students. assignment 1 yang i bagi diorang adalah sangat senang. i cakap senang senang je diorang boleh dapat 10% in hands. pastu attendance pun 10%. gile senang nak dapat, kan!!!

(si inaz ni lupa yang dia dulu suka sangat ponteng kelas sebab nak jumpa (takmo pakai term dating) mr husband)

2 .

pagi tadi ada budak datang tadika nangis nangis. bila i tanya, dia kata dia nak cawan. papa dia belum beli. sekarang kat tadika, lepas break diorang akan gosok gigi beramai ramai. so i cakap kat dia nanti i call mama dia suruh beli cawan. baru dia diam. well..... kids will be kids.... lagipun dia tengok orang lain ada cawan dan dia tade. misti la susah hati. langsung takmoh pegi sekolah.


3 .

keadaan tadika dah semakin terkawal. tak macam first day of school yang mana budak budak tak terkawal sebab masing masing tatau nak buat apa. sekarang dah makin calm. see, it will take only about a week before everybody settle down.

4 .

yaya dan affan pun dah semakin menyesuaikan diri di tadika.

first day di tadika zara tidur sambil minum botol the whole morning
affan pulak meragam je
first time mama tade

second day i dah start bagi affan puting sebab makcik kata affan dok hisap bucu bantal
my son tu memang pandai bagi orang kesian kan dia tau

third day i letak affan dalam walker
dan dia ok je
tadi pun sampai school
i main main dengan affan
pastu letak dia dalam walker
ok je tak nangis

harap harap affan dah tak banyak menangis la
i sedih bila ambil affan dan suara dia serak
i tau la yang dia menangis
tapi takpe la
lama lama ok la tu

all these while pun
i jaga budak budak
diorang ambik seminggu dua juga sebelum betul betul boleh menyesuaikan diri

zara dah ok
walaupun pagi pagi kat rumah dia merengek rengek nak sentiasa melekat dengan mr husband or i
tapi sampai school dia akan terus main
ok laaaa

setakat ni i masih sediakan bekal untuk zara tiap tiap hari
my mom cakap
goreng la cucur ke
asik bagi western food je
dah tu je yang paling cepat dan senang
sambil sausages/fries atas api
i boleh pegi mandi atau buat benda benda lain

hooohhh... nak goreng cucur takes time
nanti la i beli cucur adabi
instant

5 .

i dah janji dengan zara nak bawa zara naik bas this saturday
sebab zara sangat suka tengok bas
keretapi zara dah naik banyak kali
so weekend ni nak bawak zara naik bas pulak
mebbe nak naik bas ipoh-kampar ke
nanti mr husband ambik kat kampar


6 .

i juga janji dengan zara nak bawak zara pegi sekolah tok mama yang baru
sebab zara tak habis habis nak pegi school depan tadika tu
dia ingat tok mama dia masih school di situ
i cakap kat zara, tok mama dah tukar school
zara tanya kat mana
i cakap jauh, tapi nanti mama bawak zara pegi school tok mama on saturday bila tok mama ada school
mak cakap sabtu ni mak ada sekolah
mebbe kalau sempat
nak bawak zara pegi school tok mama dia

waaaaahhh
banyak aktiviti di hari sabtu nanti

7 .

i pun ada few things to do this coming weekend
tak sabarnya nak tunggu friday
sebab friday night dah boleh berjimba

berjimba???
kena bayar hutang 1k dulu kat mr husband
pastu baru boleh berjimba
hikhikhikhikhik

(ke mr husband nak halal kan je 1k tuh?) *wink* *wink*

Rabu, Januari 05, 2011

siapa boleh teka???


siapa boleh jawap dengan betul
i kasik prezen

gambar ini serupa macam siapa???

ngehngehngeh


dan jawapan tepat dan jitu adalah dimenangi oleh mrs.lune

* affan tengah main puting sambil mulut mengomel sorang sorang

jangan lupa part angkat kaki yang gumok tuuuu
hahahahahahahahhaha

Selasa, Januari 04, 2011

inaz dan nyawanya

second day of work
i baru siapkan 2 topics
nampaknya lepas ni i akan jadi si penterror flash
(gelakkan diri sendiri.... sudeey la)

pagi tadi tadika masih kelam kabut
tapi nampaknya masing masing masih menyesuaikan diri
alhamdulillah
tadika nampak meriah pagi pagi ni
tengah hari i belum dapat tengok lagi
nanti hari khamis ada kelas 9.30 - 12.30 kat jalan kampar
bole la pastu i lari tengok tadika before balik pttc

i pun belum review berapa total students this year
weekend nih la nak kena kira
semoga cukup untuk cover semuanya
tak payah usik gaji i
boleh simpan gaji untuk melancong (eheeeemmmm)

tengah hari tadi lunch dengan mr husband
pastu kebetulan kita sama sama pakai baju blue
oohhhh dan rasa aneh aneh sket sebab makan dua orang without the kids

pagi tadi masa i tinggalkan affan
dia tengah main main puting
sebab dia suka menangis nangis masa i tade
i saje kasik puting
kot la dia bole diam sikit

zara plak
masa i tinggalkan dia pagi tadi
diorang baru start pj
cikgu diorang tengah ajar lompat bintang
dia pun panggil panggil i soh tengok dia melompat bintang
sweet
i suka betul tengok budak budak ramai ramai ni

sepanjang hari i cuba untuk tak memikirkan zara dan affan sangat
sebab i rasa
kalau i terlalu ingatkan diorang
diorang laaaaagi akan ingatkan i
lagi diorang akan meragam
(faham dok?)

dalam pukul 4.50
mr husband called
dia cakap yang dia nak balik
nak ambik zara dan affan
nak bawak ke pttc
pukul 5.40 kot diorang dah sampai
hati i dah meronta ronta nak turun dah
tapi nak tunggu punch kad pukul 6
pukul 6 i cepat cepat punch kad
cepat cepat naik lif
sampai foyer dah nampak mr husband, zara n affan
bila i duung je affan
terus dia merengek rengek
nak nenen la tu
tak menyempat nyempat nak nenen
sementara tunggu mr husband pegi ambik kereta
i rilek rilek je bagi affan nenen

dalam kereta pun affan menyusu lagi
pastu muntaaaaah
haaaihhh la anak

i rasa
everyday
i kena ada tenaga banyak
supaya bila balik keje i boleh layan anak anak
macam semalam
dari i balik keje saaaaaaaaaampai la tidur malam
i dukung je affan
kecuali la waktu dia tidur dan waktu i mandi dan makan

zara pulak
masa nak tidur semalam
dia nak tidur dekat lengan i
biasanya dia akan tidur dengan mr husband
agaknya dia rindu i kot
dah biasa ada mama dengan dia tiap tiap hari kan
dah dua tahun lebih dia bersama i

malam semalam the quartet ni pegi ipoh parade
tujuannya i nak carik thumbdrive dan breast pump
kak ha cadangkan supaya i pump je sebab affan tak berapa nak minum botol

bes sebab mr husband belanja i thumbdrive 8 gig
pastu mr husband belanja breast pump
pastu mr husband belanja baju tidur jalan untuk affan dan yaya
lagi mr husband belikan school shoes warna warna black ada gambar smiley untuk zara
dan red boot yang sangat comel untuk zara
dan mr husband belanja merry brown

hahahhahahahahah
selalunya pun macam tu
kalau keluar dengan mr husband
semuaaaaaanye la dia yang bayar

i woooorve mr husband
(bukan sebab awak jadi banker)
i memang worve mr husband banyak banyak dari dulu
tapi zara dan affan adalah nyawa i
i rasa
without zara, affan dan mr husband misti i tak boleh hidup
(aawwwwwww... tetiba nak feeling plak)

malam semalam i asyik cakap kat zara dan affan
yang i saaaaaaayang sangat diorang
yang diorang adalah nyawa i

satgi i amek gambar zara dengan red boot dia

Isnin, Januari 03, 2011

inaz @ tadika and new workplace

hola

happy new year everybody
i'm online-ing from pttc
woooaaaah
nampak hiway kat tingkap nih
nampak gunung, bukit bukit
lawoooo

pagi tadi sebelum pukul 7 dah terpacak kat tadika
zara n affan pun belum mandi
kat tadika baru mandi

agak bizi di tadika
dengan new registration la
dengan budak budak baru nak nangis nangis dulu
dengan budak nakal nakal
dengan affan tanak orang lain

pukul lapan sengah i tinggalkan yaya dan affan dengan hati yang sebak
yoya dah kesat kesat mata masa i cakap "mama nak work"
masa tinggalkan affan, memang dia dah nangis dah
haaaaiiihhh la anaks

tadika plak masa i tinggalkan memang tengah super bizi

tengah hari i balik pun tengah kelam kabut juga
memang sangat susah hati meninggalkan tadika oke

oh pasal kerja i
i kena ajar Digital Animation
hahahhahahahha
si inaz ni pandai ke ajar?

yang dahsyatnya
cuma ada topics on what area to cover throughput the semester
dan i kena buat all the teaching slides
nak kena prepare apa yang nak buat assignments ape and everything
hari isnin dan khamis ada kelas 9.30 - 12.30

oh
selain lecturer
keje i adalah program co-ordinator
sebab tu la i cuma ada satu sabjek sahaja untuk di ajar
tapi.... animation?????!!!!
wth