Selasa, Julai 06, 2010

penantian

semalam dengan rasminya kita dah tido dalam bilik
dasat tak dasat
dah dekat setaun tak tidow dalam bilik tu
tapi once in a while i masuk la juga bilik tu
kang berantu plak

zara pun tido dalam katil baby
oohhh... pasni ada adik, zara nak tidow mana?

cakap pasal adik
tah tah adik ni nak tunggu untuk keluar supaya sama sama birthday dengan atok ampang n cousin rania dia
hari hari i tertunggu tunggu sign untuk adik keluar
tapi dia tak bagi sign langsung

weekend haritu dah siap sakit lantai pelvik sampai tak boleh nak bergerak
tapi tak jugak nak bersalin

adik,
bila nak keluar ni?
bilik dah siap
cuma adik punya tilam dan bantal je mama belum beli cover
tapi tu pun kakak zara dah siap merasmikan tilam adik
lena sepanjang malam kakak zara tido
selesa kot tido atas tilam latex

zara pun satu hal juga
sekarang ni asal nak tido je dia akan mengamok dulu
i pun tatau kenapa
yang sedihnya
semalam dia lebih lebih meragam
sampai kena marah dengan mr husband
terus dia merajuk
terus peluk i
dan dia paksa diri dia tido
sampai i kena cakap pada zara yang abah tade
mr husband terus pegi tido kat tilam bawah je
tersentap zara bila abah dia marah

ye laaaa
all these while, mama je yang dok marah dia
abah tade marah marah
abah dok ikut je apa yang dia nak
even nak pegi fridge malam malam buta pun abah bawak
sekali kena marah
patah hati terus

cakap pasal i yang menunggu nunggu bila nak bersalin ni
i kan pegi cek kat klinik kesihatan kerajaan je
pastu few weeks ago i dah malas nak pegi
so i pegi ke klinik biasa untuk cek instead
kira dah dekat 3 minggu la i tak pegi kk
so kejap tadi klinik dah called
dia tanya dah bersalin atau belum
i cakap belum
dan dia tanya kenapa tak datang
i pun bagi la jawapan yang paling boleh diterima akal
dan dia soh datang untuk checkup petang ni

see
betapa berdedikasinya pekerja klinik kerajaan ni
sebab tu la dari masa zara lagi i pegi klinik kerajaan je

dengan itu
i nak siap siap pegi klinik sudah

toodles

2 ulasan:

JUE berkata...

kalau adik lahir sama ngn besday atok ngn rania pn ok! :)

gadis jumaat berkata...

Rasa macam baruuu je u cakap pregnant, ni tengah tunggu masa dah ye inaz! Bagus klinik kerajaan ek? I bayangkan dorang selalu kasar-kasar ishk2. Semoga slamat sumernye nanti ye inazzz! :)))