Isnin, Julai 05, 2010

manusia memang tak pernah cukup

kan dah beli barang barang untuk bilik
dan konon konon berfeeling feeling bilik baru sebab semuanya baru
pastu mula la kehendak tu bertambah

thinking back
semua benda benda yang mr husband belikan tu kehendak
bukan satu keperluan

nak aircond dalam bilik
yang mana sebenarnya boleh je pakai kipas
cuma kalau pakai kipas, mula la tak boleh tidur lena

pastu nak lcd tivi
tivi dalam bilik bukanlah satu keperluan
sebab dekat living hall pun dah ada tivi
pastu bukan juga satu keperluan untuk nak juga juga tivi lcd
for a second tivi, tv kotak pun dah cukup kot
tapi sebab mengada ngada konon kononnya dah biasa pakai lcd tivi
pastu tengok tv kotak adalah tak syok
tu yang nak jugak jugak lcd tv

dah ada tivi dalam bilik
mula la hati menggedik gedik nak pasang another astro
macam tak cukup satu astro

dan katil
i rasa katil tu keperluan la kot
rumah bujang je orang dok tido atas tilam
dan zaman pun dah berubah
orang dah tak pakai katil yang ada papan untuk lapik tilam
memang la ada dijual lagi
dan murah
tapi ianya outdated
plus, katil macam tu la yang asyik patah
mr husband i kan besau
so kita kena la beli katil yang lebih kukuh

bila dah beli katil
i dah terasa macam nak beli katil untuk cik zara pulak
sampai bila zara nak berkongsi tilam dengan mama n abah dia
adik nanti boleh tidur dalam katil baby zara
dan zara dah big enuff untuk ada katil sendiri
dia pun dah pandai sekarang untuk tidur di tilam lain
takmoh share dengan parents dia
memang la sebelu tido dia akan berkepit
pastu bila dia nak tido sangat
dia sendiri bangun untuk tido tempat lain
my little baby dah besau

pastu dah mula rasa nak ada langsir baru untuk bilik
langsir tingkap, langsir untuk tutup entrance bilik
langsir untuk tutup dinding bilik air yang bercermin separa lutsinar tu

dah ada langsir bilik
mula la rasa nak pasang satu lagi langsir / penghadang untuk entrance living hall
supaya aircond tak lari ke belakang

tengok
semakin banyak yang dalam wishlist dah tercapai
semakin bertambah la wishlist tu
manusia memang tak pernah cukup, kan

apa pun
i am soooooo very thankful to mr husband sebab dah menyempurnakan impian dan kehendak i
walaupun dia sentiasa cakap dia sayang zara daripada sayang i
dan walaupun dia akan kata dia setup bilik tu supaya zara n adik selesa
tapi sebenarnya i tau
dia buat tu semua supaya i selesa lepas bersalinkan adik nanti
dan i tau sebenarnya
dia sayangkan i
sebab tu la dia nak menyempurnakan semua kehendak dan impian i
(betul tak mr husband?)

sama la macam masa laptop i kena panah petir aritu
lepas daripada tu i dok merengek rengek pada mr husband
mr husband keep on insisting me to repair the laptop
which dia akan tanggung all the expenses
tapi i yang tak sampai hati
dan tadaaaaaaaaaaa
mr husband belikan laptop baru for me

sebab konon kononnya i cakap yang ada projek yang i nak buat
dan i perlukan laptop
tapi bila dah dapat laptop
sibuk nak download game sajos

(mr husband, fyi, i dah start dengan i punya projek tu. cuma at the same time, i kena study juga supaya projek i tu tak tersasar)

ok la
i nak spend quality time dengan my daughter plak
dia ada few days je (tah tah few hours) untuk jadik the only child
nak buat art n craft with zara
toodles

1 ulasan:

pizet berkata...

moga dipermudahkan bersalin nanti yerr....