Sabtu, Julai 31, 2010

astro yang menyakitkan hati

baby dah 21 hari
membesar bagai johan
mebbe dulu i patut bagi nama johan pada baby
sangat tak nampak macam newborn
kalu kata dah 2 months pun orang percaya

semalam i baringkan dia
memula dia mengiring sendiri
pastu dai berbunyi bunyi macam susah payah
rupanya dia macam nak meniarap
haaaiihhh... rilek la baby
baby kecik sangat lagi

zara pandai nangis tipu
pastu makin kuat nangis

rambut i dah jadi macam dawai
it's time untuk buat rebonding balik
las skali buat adalah dalam bulan 5 last year

i geram dengan promoter astro
i nak pasang another astro
kalau tak boleh astro biasa, beyond pun takpe
dia kata kena baya installation fee rm80
i dah kata ok
pastu dia banyak bunyi plak
nak soh i tuka my existing astro to beyond la
hape lagi merepek repek
so i fedap
terus i cakap takmoh

nanti i carik promoter astro lain le
i bukan nak tuka
i nak tambah
ape yang derang susah sangat
i nak register untuk satu set astro/astro beyond
tak bole ke?
bengong la derang ne
tak suka

sudah
tengah malam sudah
sok pagi kena bangun awal
nak urut
(dah 20 hari ++ baru nak urut. tahape hape kan)



Khamis, Julai 29, 2010

down memory lane - part 3

my memory is fading
dah banyak benda yang i lupa
ini pun jenuh nak ingat balik
tat's why i buat entry down memory lane nih
(reason kecik adalah saje nak bagi ingat sket... we declare ourselves as an item on july 29th 2000)

dengan dah beranak dua
orang kata kalau beranak anak perempuan putus satu urat
beranak lelaki putus dua urat
maknanya i dah putus 3 urat?

10 tahun itu lama
banyak benda yang berlaku
tapi i dah hampir lupa semua tu
kenapa ye?
i dah hilang keremajaan ke?
( goshh.... misti la.. umur pun dah 28.. tua sudah.. remaja apekenamanya? )

dulu dulu i penah buat entry macamana first time i jumpa mr husband
ni i nak buat entry macamana i jumpa dengan mr husband untuk kali keduanya

sebab first time jumpa mr husband adalah masa i nak balik ipoh
so second time adalah masa i nak balik ke cyberjaya
sebab cuti mid sem pun sudah habis

lepas jumpa mr husband for the first time tu
everyday pun kita akan beremail
(penggunaan telefon selular adalah tidak meluas back then)

dia keep on cakap nak jemput dari pudu
tapi sampai saturday night, kita tade set apa apa pun
macam nak jumpa kat mana, pukul berapa
so saturday night tu i pun memberanikan diri la call rumah si mr husband
dan dan la mr husband cakap dia memang baru nak call
ceeeeeeeh..... kalau i tau dia nak call, tade la i cam orang terhegeh hegeh nak call

so i pun bitau la naik bas pukul brape
agak agak sampai pukul berapa
pastu nak jumpa kat platform berapa
nak je i tanya dia nak pakai baju kaler ape
truth is..... i adalah tak berapa ingat macamana rupa mr husband

tapi bila i sampai je pudu
i nampak je mr husband
terus i cam

dari puduraya
mr husband bawak i pegi klcc
jalan jalan dan jalan
tengok movie
the perfect storm
then jalan jalan lagi
and i took the last bus back to cyberjaya
bas terakhir adalah pukul 10 malam
and we promised to meet again the following week
(dulu kan, dari kl ke cyberjaya tu ambil masa almost 2 hours tau)

so throughout the week tu kita pun beremail
konon konon diskas nanti weekend nak jumpa kat mana
nak pegi mana
boleh ke si globe silk store tu pun masuk list
hahahhahaha

tapi weekend tu kita jumpa kat mines
bersemangat la i naik bas pukul 8 pagi
skali dah sampai ktm serdang
mr husband cakap dia kena jaga adik dia
dia keluar lambat sket
kol 11 sengah baru beliau dan kawan kawan dia sampai

kita makan nasik ayam dan minum air freeze kat foodcourt mines
(kalau sekarang sekarang ni... jangan harap la mr husband nak makan kat foodcourt)

tengok kawan kawan mr husband mencuba cuba main ice-skating
sambil kita borak borak
sebab i tak reti main ice skating dan tak berani nak cuba pun
jalan jalan pusing mines
masa jalan jalan tu
i nampak kaset mariah carey
pastu i point kan satu lagu
i cakap pada mr husband
i dedicated kan lagu tu kepada dia

dan i took the last ride back to cyberjaya
apa yang i bawak balik?
shirt yang mr husband pakai..
yang jadi selimut i throughout the week
shirt ijau.. (mana tah baju tu sekarang)
dan i dah tertinggalkan hati i pada mr husband
he took away my heart and never return it back to me...

*the date was 29th July 2000
*song title "thank god i found you - mariah carey"
*perjumpaan seterusnya dengan mr husband i dah tak ingat dah apa yang berlaku, apa yang i makan... sebab as mentioned earlier.. i sudah kehilangan memori. i akan cuba ingat apa saja yang i boleh ingat... so that i can store all my sweet memories here. supaya bila i lupa, i boleh ingat balik.

nak muntah biru plak?
silakan

Rabu, Julai 28, 2010

down memory lane - part 2

dari mula i kenal mr husband
dia bukan la romantik tak tentu pasal
dia bukan jenis yang nak show affection depan depan orang
dia bukan jenis yang nak bagi flower ke prezen ke

tapi
i cam teringin jugak nak dapat flower dari bofren
jadi i pun cakap la pada si bofren yang i teringin nak flower
tapi i tanak red roses
i nak blue rose

mr husband pun beria ia la explain panjang lebar yang he's not a romantic type
and flowers???? it's just not him
macam taboleh nak letak khairul nizam and flower in one sentence
it just don't mix

ok la
i terpaksa terima
setakat bunga je
its no big deal pun

satu hari masa i baru sampai kl dari ipoh
macam biasa si bofren akan tunggu i kat puduraya
pastu macam biasa sebelum balik cyberjaya, kita dating dating dulu
(hahahaha... macam korang tak penah dating)
mr husband bawak i ke klcc

tengah jalan jalan tu
mr husband kata dia nak pegi gents kejap
masa tu i dalam kedai giordano kat level bawah sekali
tak lama lepas tu mr husband datang
dan hulur kat i a huge bouquet of dozen blue roses

waaaaaaah
i terpana
gile terkejut
so unexpected
and the bouquet tu macam bigger than myself
agak kelakar i bawa roses tu kehulu kehilir around klcc

misti he uses all his guts untuk pegi tempah roses tu
dia kan ala ala macho-bukan-mat-bunga
sebab bila i tengok resit tu
dia tempah a day before i jumpa dia
maknanya dia dah susah payah pegi klcc untuk tempah

masa tu i rasa hepi gile
sebab i dapat bukan 1 blue rose
tapi a dozen
and it was from the person i love so much
dan knowing dia bukan mat bunga type
i rasa macam nak korek hati i dan crave nama si bofren tu dalam hati

sweet?
yeah
sila muntah hijau

down memory lane

zara n baby apan dah tidow
mr husband n i happy
hahhahaha
sebab jarang diorang tidow awal
so kitorang boleh buat hal sendiri
apa yang kitorang buat?
dua dua ngadap laptop

mr husband sibuk dengar lagu lagu zaman kitorang muda muda dulu
i sibuk mengoggle car seat
nak carik car seat untuk baby apan
mr husband dok gelak gelakkan i
dia cakap kat zara... nanti dia belikan baby seat ferrari kat zara
pastu ejek ejek i cakap nanti i misti beli sweet cherry untuk baby apan

ejek la i
jangan tekejut kalau i beli recaro untuk baby
tapi tengok quinny zap & maxi cosi cabrio travel system pun cam bes
tapi buat apa nak stroller
sebab i nak pinjam yong punya double decker stroller
tapi mebbe i shud have one of my own
sebab memang rasanya i akan selalu je bejalan dengan my babies tu without mr husband
mr husband kan asyik keroje je

mr husband ni dengar lagu lagu jiwang sajos

tapi tadi dia dengar lagu x-factor
dan i teringat satu masa dulu

year : 2000
time : around 8 pm
location : me - hostel hb4, mmu cyberjaya . mr husband - dalam bas, on the way ke kolej

(matrik mr husband aneh sebab student dia kena paksa pegi prep malam. hehehhehe)

i tengah buat apa pun tatau
tapi tetiba mr husband (back then... si boyfren terchenta la) called
dia dalam bas.. dan dalam bas, biasa la
bising gile
dia soh i dengar background song
sebab bas tu pasang radio
dan radio tu keluar lagu sehingga ke akhir hayat
tu yang dia soh i dengar

so sweet kan
sebab sebelum tu mr husband belikan i kaset ( zaman tu penggunaan cd/mp3 tak meluas) x-factor
sweet sebab dalam bising bising bas yang penuh budak budak kolej dia
dia boleh nyanyi sket untuk i
sweet sebab bila dengar lagu tu dia teringatkan i

sweet tak?
ada sesape nak muntah hijau?

Isnin, Julai 26, 2010

16 days and baby is already 4.2kg
cepat betul budak ni membesar
totally different dengan kakak zara dia
kalau orang tengok pun
orang akan kata baby macam dah sebulan
kadang kadang i meniarapkan dia
dia rilek rilek je angkat kepala

tu la i cakap pada mr husband
baby ni tak sampai pun 20 hari lahir
tapi dia sangat kuat dan tegap

ada yang tanya
i terpengaruh dengan aisya n ashraf sinclair ke
sebab bagi nama anak aisya n asyraf
oh, tidak
itu cuma kebetulan sahaja
dah memang tertulis nama anak anak i macamtu

kalau orang tanya macamana i berpantang
i akan kata...
i tak berpantang sangat

i bertungku kurang dari seminggu
pastu bila dah balik rumah sendiri
rumah i cuma ada dapur letrik
jadi tak boleh nak bakar tungku

i makan semua makanan yang ada
mak kata boleh makan, tapi berpada pada
tak boleh la macam nak makan udang, sotong atau apa apa benda yang gatal gatal tu sampai semangkuk penuh

the day baby was born, mr husband dah belikan i air milo kotak yang sejuk
i pun bantai dengan sedapnya
tapi lepastu i tade la minum ais
tapi.....
ituhari zara beli mcD
i cam teringin betul tengok air coke yang sejuk tu
skali i ambik satu sedutan
badan terus rasa lemah
okeh... tobat tanak minum air sejuk
i minum air kosong sajos
(mungkin faktor ketuaan.... badan dah tak larat)

after 15 days baru la i berurut
tu pun sebab pinggang dah sakit sangat
ikutkan malas je nak berurut

orang kata
kalau dalam pantang
jangan tidur dekat suami
sebab badan dalam proses healing
nanti jadik kembang
nanti lambat nak baik
tapi kadang kadang i selamba je tido sekatil dengan mr husband
tapi series la
bukannya ada rasa nak menggedik gedik pun
tade perasaan pun
badan pun dah penat menguruskan anak anak

semalam zara demam
dokter kata sebab dia moody
dia asyik nangis nak abah je
dia macam tak boleh terima abah dia kena keje
pastu bila abah dia balik keje
dia akan melekat je macam magnet
mana abah pegi, dia misti nak ikut

dokter suggest supaya dia mingle dengan i n adik juga
ini adalah faktor dia tengok adik asyik dengan i je
dokter suruh ajak zara buat chores sama sama
thing is.... zara tanak kalau i ajak buat apa apa
kalau mintak tolong ambikkan apa apa pun
nanti dia akan pura pura cuba buat
tapi dia akan pura pura macam benda tu susah sangat
end up, dia takkan buat
anak i adalah pelakon hebat
sape nak ambik dia jadik pelakon??

ok la
sudah habis

Sabtu, Julai 24, 2010

good news


ini adalah good news dari mr husband

tahukah apa dia?
hehehehhehehe
tau takpe
tatau pun takpe
yang penting i happy


Rabu, Julai 21, 2010

good things come together

Alhamdulillah
Syukur

harini dapat 2 berita yang gembira

tadi di klinik
jaundice zharfan dah turun banyak
yesterday was 14.3 and today is 12.2
bacaan yang terendah sejak dia kena kuning

i am indeed happy
that is one good news
semalam i memang asyik berdoa supaya kuning zharfan kurang
sedih tau tengok hari hari kena cucuk tumit untuk ambil darah

tapi still
mr husband kata, esok nak bagi zharfan pegi fototerapi for 3,4 hours
sebab the day after tomorrow kena ambil darah lagi

zara tak berapa nak kawan i sangat sekarang
mebbe dia tengok i selalu menyusukan adik dia je
sekarang dia memang tak boleh berenggang langsung dengan abah dia
hari isnin haritu
lepas seminggu mr husband cuti
zara menangis hampir setengah hari nak kan abah dia
i duduk tadika sebab tade orang di rumah
tengok gate ditutup laaaagi la zara menjerit jerit
mebbe dia takut abah dia tak boleh masuk kalau gate tutup
dia pun tidur dengan mr husband
cuma kalau tengah malam terjaga
dia akan carik i

she's a good sister
dia sangat sayangkan adik dia
kadang kadang dia geram mula la dia nak tidur atas adik
sebab dia nak cium je adik tu
dia gigit rambut adik

the other good news is
............. takmoh reveal lagi
tunggu masanya baru boleh reveal
enough said that it makes me really happy

anyway
i'm waiting for another good news from mr husband plak
ececececehhh
apekah???
bilakah???
well, harap harap it's going to be a good news la


Isnin, Julai 19, 2010

pikces

nah la tengok gamba si asyraf zharfan
since i bukan artis
taperlu la buat PC nak memperkenalkan baby

bole la tok mama yang ada kat japang tu tengok gambau cucu
dengan ucapan "jangan lupa belikan ole ole untuk kitorang"


mama yong yang jadi bidan terjun. senang i. tapayah susah susah mandikan baby. tapi yong dah balik kl, i kena belajar mandikan baby sendiri. yong... cepat balik sini tau!!!

baby was warded for jaundice. syian anak i. mengelupas kulit dia buat fototerapi nih


on the way home from hospital. A day after hew was born.


baby's first morning. rise n shine~


few hours after delivery. weLcome to the world dear

Sabtu, Julai 17, 2010

Asyraf Zharfan

ramai pun yang dah tau
i dah bersalin
n it's a baby boy
we named him
Asyraf Zharfan
yang bermaksud mulia, yang cerdik, yang pintar

little one was born on sunday, july 11th
mr husband kata seben eleben

he was actually past due
his edd was actually July 9th
i waited anxiously throughout the day but no sign of little one
on saturday morning , my parents took zara for picnic
after zara left, mr husband n i went to clinic to check baby's heartbeat
then we went for breakfast n headed home
konon nak tengok movie la ape la
tapi we ended up duduk je rumah sambil pesan one large pizza each

lepas zara balik dari picnic
ambik zara di rumah atok dia
balik rumah
tunggu orang datang untuk wall-mounted kan lcd dalam bilik
(whoaaaaa..... sudah rasa macam bilik hotel plak)
still..... no sign from baby

tapi sepanjang malam tu memang i tido tak berapa lena
sebelum tidur i baca al-mathurat, tapi tak habis pun
i risaukan baby
i cuma boleh harap supaya baby selamat n healthy
sunday morning patutnya kena pegi klinik lagi untuk ambik heartbeat
tapi i malas
bangun pun lambat, pukul 8 sengah
dalam pukul 9 pagi
masa bancuh susu zara
i nampak air zamzam
tiba tiba plak tergerak hati nak minum
sambil minum tu i berniat supaya i cepat bersalin dan semoga dipermudahkan urusan bersalin

bagi zara minum susu sambil golek golek dengan zara
dan i keep on pegi toilet macam biasa
dalam pukul 10 lebih rasa sakit pinggang
i masuk bilik, baring baring sambil baca novel aA+bB
sambil kadang kadang rasa sakit
tapi sebab dah biasa sakit macam tu, i ignore je la
tapi at one time memang i sampai nangis nangis sakit
bila rasa ok
i pegi ke hall
baring dekat mr husband sambil mengadu sakit
mr husband ajak pegi hospital
tapi i tanak
i tatau tu tanda nak bersalin ke atau sakit yang temporary

tapi tiba tiba mr husband kata
"itu contraction"
sebab macam kejap kejap i okay
pastu i akan sakit sangat sangat
lepas mr husband cakap
barulah it hit moi
so i pun siap siap
kita hantar zara pegi rumah atok
dalam kereta tu zara peluk i
sebab i kan sakit
so sweet la baby girl i tuh

on the way to hospital
mr husband tolong kirakan waktu i contraction
sampai hospital
mr husband kena carik wheelchair sebab i tak boleh nak jalan dah
terus bitau kat registration i punya contraction every four minutes
dokter check dan kata dah buka 9cm
diorang lari lari tolak i ke labour room
dah rasa kelakar plak

dalam labour room tu i pun cepat cepat salin baju
dan mula la proses bersalin
i tanya nurse bila husband boleh masuk
nurse kata tunggu dokter check dulu

tapi
tak sempat dokter datang cek
i bersalin sudah
dengan nurse je

bila mr husband masuk dengan hensemnya pakai baju putih
tengok tegnok baby pun dah tade
hahahahhahaha
terkujut dia tengok i dah bersalin

rupanya dia baru abis setelkan registration
i ingat bawak kad pmcare je dah cukup
tapi kena ada gl
so mr husband mintak 1st class dan mr husband bayau je
(thanks mr husband)

tu yang bila abis register terus masuk labour room
tengok, i dah bersalin
mr husband pegi tengok baby plak

oh
masa lahirkan baby
baju for baby pun tade
sebab semuanya ada pada mr husband

lepas bersalin, jahit
tunggu dalam sejam
dan diorang bawak pegi wad

dan tak habis habis nurse yang sorong katil i tu cakap kat kawan kawan dia yang i ni paying customer
tapi series la
mebbe sebab "paying customer",
layanan adalah sangat baik
masa kat labour room yang waktu nak tunggu masuk wad
nurse nurse yang lalu tak habis habis cakap "nanti kejap ye, kejap lagi kami hantar ke bilik"

dan mr husband memang purposely request 1 bilik sorang
bes.... bes....
kalau pegi private, mebbe amount yang kita bayar tu cuma dapat bed biasa
8 katil atau 6 katil sebilik
berbaloi la juga pegi hospital kerajaan nih
cumanya, zara tak boleh masuk
walaupun mr husband boleh tidur skali dengan i

on monday afternoon
dah boleh keluar dah
baby sihat
i pun sihat

seriously
bersalin kali ini adalah sangat mudah
sebelum bersalin tu, dalam labour room
i cakap dengan baby
"baby help mama okay"
lepas tu n after few attempt to push
baby pun keluar

thanks baby

baby adalah macam muka kakak dia
i malas nak letak gambar
baby besar 3.6kg
( kira zara versi besar dan versi boy)

hari khamis sampai jumaat baby n i tido hospital sebab baby jaundice
luckily i memang dah totally sembuh
tade la macam masa zara kena jaundice dulu
i memang tak berdaya dan menangis je sepanjang masa

ok
for this and throughout my delivering process
i nak thanks my parents, my siblings, parent-in-laws, in-laws, family and friends yang mengambil berat dan mendoakan yang baik baik untuk baby n i

yang paling paling i nak berterima kasih adalah pada
my beloved little zara yang terpaksa berpisah deengan i selama dua hari
mr husband yang sentiasa ada bersama i
dan memenuhi semua kehendak i
and baby, for being my cool son

"Terima kasih ya Allah kerana menambahkan rezeki kami sekeluarga
memberi kami anak yang sihat
lindungi lah kami sekeluarga ya Allah
jadikanlah anak kami, anak anak soleh dan solehah yang beriman
semoga Zara dan Zharfan membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang bijak, yang mendengar kata, cemerlang dalam pelajaran dan berjaya dalam hidup
semoga kehidupan kami sekalurga diberkati dan diredhai oleh-Mu"

Khamis, Julai 08, 2010

acih & tiyu

i ni kan
sungguh la patheticnya
nak bayau bil telepon pun kena mintak sedekah kat mr husband

poyo poyo la anta emel bersubject "Ni Kesayangan"
bukannya berayat jiwang jiwang
tapi nak mintak bayaukan bil telepon
hikhikhik

Nasib la mr husband dapat isteri yang selalu menyusahkan poket dia

dulu dulu kan
masa i mengandungkan zara
dalam entry ini
i pernah cakap pasal language

mr husband yang suka sangat cakap melayu

semalam zara cakap kat i
"nak twit" -- maksudnya nak sweet , sambil tunjuk tin gula gula
so i pun bagi sweet kat zara
pastu zara cakap "tiyu yaya" sambil senyum senyum dan pejam pejam mata
comel sangat la tu konon kononnya
so i corrected her
zara kena cakap "thank you mama"
so dia pun ulang la balik "tiyu mama" sambil senyum senyum dan pejam pejam mata

lepas tu zara main main
tengah main main tu
i dengar dia cakap sorang sorang "tiyu yaya"
hikhikhik
ape tah yang dia tengah pk

pastu malam tu
dia dok main main dengan mr husband
pastu i tak ingat mr husband bagi dia apa
dia cakap " acih abah" --- maksudnya terima kasih abah

my daughter memang so suweet

on the other hand
penantian emangnya satu penyiksaan
i am still healthy, alive n kicking
nak suruh i berlari lari anak keliling tadika ni pun boleh lagi

bila nak bersalin pun tatau
sok pagi ada checkup

Rabu, Julai 07, 2010

i heart

okeh
semalam i pegi klinik kan
darah alwiz tak cukup
pastu ada la lagi
so dokter sudah bising

harini kena ambik darah lagi
dan hairannya
darah tiba tiba dah naik ke paras yang mencukupi
padahal semalam lepas balik klinik sampai la waktu ambik darah pagi tadi
i cuma makan eskrem mat kool icy grape separuh
sosej ramly lima ketul
dan eskrem tiramisu brownies vienetta
and lots of plain water

agaknya combination of those three boleh menambahkan darah kot
boleh la hari hari i tibai makan itu saje
sebab benda benda itu memang favorit

adik
bila adik nak keluar ni
pagi tadi mr husband kata mebbe adik akan keluar a day before or after his due date
kalau before or after
tak dapat la sama dengan atok ampang n cousin rania
kena exact date baru sama

nama adik pun mr husband dah pilih
i tak pasti la dia sudah finalize ataupun tak
sebab perjanjiannya dulu
baby girl i yang pilih nama
dan baby boy mr husband yang bagi nama

so apa lagi adik
mari lah melihat dunia

Selasa, Julai 06, 2010

penantian

semalam dengan rasminya kita dah tido dalam bilik
dasat tak dasat
dah dekat setaun tak tidow dalam bilik tu
tapi once in a while i masuk la juga bilik tu
kang berantu plak

zara pun tido dalam katil baby
oohhh... pasni ada adik, zara nak tidow mana?

cakap pasal adik
tah tah adik ni nak tunggu untuk keluar supaya sama sama birthday dengan atok ampang n cousin rania dia
hari hari i tertunggu tunggu sign untuk adik keluar
tapi dia tak bagi sign langsung

weekend haritu dah siap sakit lantai pelvik sampai tak boleh nak bergerak
tapi tak jugak nak bersalin

adik,
bila nak keluar ni?
bilik dah siap
cuma adik punya tilam dan bantal je mama belum beli cover
tapi tu pun kakak zara dah siap merasmikan tilam adik
lena sepanjang malam kakak zara tido
selesa kot tido atas tilam latex

zara pun satu hal juga
sekarang ni asal nak tido je dia akan mengamok dulu
i pun tatau kenapa
yang sedihnya
semalam dia lebih lebih meragam
sampai kena marah dengan mr husband
terus dia merajuk
terus peluk i
dan dia paksa diri dia tido
sampai i kena cakap pada zara yang abah tade
mr husband terus pegi tido kat tilam bawah je
tersentap zara bila abah dia marah

ye laaaa
all these while, mama je yang dok marah dia
abah tade marah marah
abah dok ikut je apa yang dia nak
even nak pegi fridge malam malam buta pun abah bawak
sekali kena marah
patah hati terus

cakap pasal i yang menunggu nunggu bila nak bersalin ni
i kan pegi cek kat klinik kesihatan kerajaan je
pastu few weeks ago i dah malas nak pegi
so i pegi ke klinik biasa untuk cek instead
kira dah dekat 3 minggu la i tak pegi kk
so kejap tadi klinik dah called
dia tanya dah bersalin atau belum
i cakap belum
dan dia tanya kenapa tak datang
i pun bagi la jawapan yang paling boleh diterima akal
dan dia soh datang untuk checkup petang ni

see
betapa berdedikasinya pekerja klinik kerajaan ni
sebab tu la dari masa zara lagi i pegi klinik kerajaan je

dengan itu
i nak siap siap pegi klinik sudah

toodles

Isnin, Julai 05, 2010

manusia memang tak pernah cukup

kan dah beli barang barang untuk bilik
dan konon konon berfeeling feeling bilik baru sebab semuanya baru
pastu mula la kehendak tu bertambah

thinking back
semua benda benda yang mr husband belikan tu kehendak
bukan satu keperluan

nak aircond dalam bilik
yang mana sebenarnya boleh je pakai kipas
cuma kalau pakai kipas, mula la tak boleh tidur lena

pastu nak lcd tivi
tivi dalam bilik bukanlah satu keperluan
sebab dekat living hall pun dah ada tivi
pastu bukan juga satu keperluan untuk nak juga juga tivi lcd
for a second tivi, tv kotak pun dah cukup kot
tapi sebab mengada ngada konon kononnya dah biasa pakai lcd tivi
pastu tengok tv kotak adalah tak syok
tu yang nak jugak jugak lcd tv

dah ada tivi dalam bilik
mula la hati menggedik gedik nak pasang another astro
macam tak cukup satu astro

dan katil
i rasa katil tu keperluan la kot
rumah bujang je orang dok tido atas tilam
dan zaman pun dah berubah
orang dah tak pakai katil yang ada papan untuk lapik tilam
memang la ada dijual lagi
dan murah
tapi ianya outdated
plus, katil macam tu la yang asyik patah
mr husband i kan besau
so kita kena la beli katil yang lebih kukuh

bila dah beli katil
i dah terasa macam nak beli katil untuk cik zara pulak
sampai bila zara nak berkongsi tilam dengan mama n abah dia
adik nanti boleh tidur dalam katil baby zara
dan zara dah big enuff untuk ada katil sendiri
dia pun dah pandai sekarang untuk tidur di tilam lain
takmoh share dengan parents dia
memang la sebelu tido dia akan berkepit
pastu bila dia nak tido sangat
dia sendiri bangun untuk tido tempat lain
my little baby dah besau

pastu dah mula rasa nak ada langsir baru untuk bilik
langsir tingkap, langsir untuk tutup entrance bilik
langsir untuk tutup dinding bilik air yang bercermin separa lutsinar tu

dah ada langsir bilik
mula la rasa nak pasang satu lagi langsir / penghadang untuk entrance living hall
supaya aircond tak lari ke belakang

tengok
semakin banyak yang dalam wishlist dah tercapai
semakin bertambah la wishlist tu
manusia memang tak pernah cukup, kan

apa pun
i am soooooo very thankful to mr husband sebab dah menyempurnakan impian dan kehendak i
walaupun dia sentiasa cakap dia sayang zara daripada sayang i
dan walaupun dia akan kata dia setup bilik tu supaya zara n adik selesa
tapi sebenarnya i tau
dia buat tu semua supaya i selesa lepas bersalinkan adik nanti
dan i tau sebenarnya
dia sayangkan i
sebab tu la dia nak menyempurnakan semua kehendak dan impian i
(betul tak mr husband?)

sama la macam masa laptop i kena panah petir aritu
lepas daripada tu i dok merengek rengek pada mr husband
mr husband keep on insisting me to repair the laptop
which dia akan tanggung all the expenses
tapi i yang tak sampai hati
dan tadaaaaaaaaaaa
mr husband belikan laptop baru for me

sebab konon kononnya i cakap yang ada projek yang i nak buat
dan i perlukan laptop
tapi bila dah dapat laptop
sibuk nak download game sajos

(mr husband, fyi, i dah start dengan i punya projek tu. cuma at the same time, i kena study juga supaya projek i tu tak tersasar)

ok la
i nak spend quality time dengan my daughter plak
dia ada few days je (tah tah few hours) untuk jadik the only child
nak buat art n craft with zara
toodles

Ahad, Julai 04, 2010

my dearest santa claus

seronok tau ada santa claus nih
walaupun krismas lambat lagi
raya pun lambat lagi
tapi i dah dapat macam macam prezen dari santa claus i

thank you mr husband

agaknya adik belum nak keluar sebab nama dia belum ada
ataupun sebab bilik untuk confinement belum siap

sabar ye dik
katil sampai esok
tivi sampai tulat
ekon je yang dah siap pasang

tu la kelebihan beli barang di kedai elektrik biasa
semalam beli ekon
semalam jugak derang pasang
akhirnya merasa jugak barang elektrik electrolux
dari i mula duduk rumah sendiri i dah berangan nak barang elektrik electrolux nih
tapi tu laaaa.....
mahai benau

tivi pun beli semalam juga
walaupun kita bayar full
tapi dia still kata akan hantar on wednesday
tu la leceh beli barang kat courts
tu juga buat i sedikit rasa geram
lain la kalau kita beli secara installment kan
dia nak proses itu ini
sekarang ni, barang kita dah bayar, tapi cuma akan dapat lagi tiga hari
leceeeeh

dah la tu
kalau nak pasang bracket kat dinding pun derang nak cas mahal
luckily masa pegi kedai ekon tu diorang bagi harga murah kalau nak pasang bracket untuk tivi

semalam masa nak pasang ekon
mr husband tolak katil ke tepi
skali katil patah
benci betul dengan katil cavenzi tu
sebab tu harini kita keluar untuk "bed-frame hunting"
dan faham la sebab harini kan hari ahad
so delivery adalah esok

nampaknya sat lagi i nak kena berkemas
nak get rid of all the things yang ada bawah katil
sebab bed frame baru nih tak boleh letak barang bawah katil

so adik sayang
bila bilik dah siap
adik keluar la ye
mama pun dah tak larat sangat dah ni menanggung penat

ps: sebenarnya i pun dah tak sabar nak duduk di bilik yang serba baru tuh
hikhikhikhik

Khamis, Julai 01, 2010

keterujaan melampau

waaaaaaaaaaaa
i rasa macam nak melompat ke awan
dapat email yg super bes dari mr husband

mr husband ni macam santa claus tau
i sukaaaaaaaa
that's one of the reason why i love mr husband so much
mengambil tindakan serta merta

by that time
adik pun dah 2 months

here goes the email

Just read your blog…

Hope zara seronok.

Adik duaronok.

Inas beronok-ronok..

...............................................................

-----Original Message-----
From: reservations.penang@hardrockhotels.net [mailto:reservations.penang@hardrockhotels.net]
Sent: Thursday, July 01, 2010 3:52 PM
To: Khairul Nizam Bin Kamaruddin
Subject: Booking Confirmation for Hard Rock Hotel Penang

Hotel: Hard Rock Hotel Penang

Confirmation: Niz245807

Mr. Nizam Khairul

Bgn TM Jelapang, Jalan Jelapang

Ipoh, Perak 30020

Malaysia

Company: Telekom Malaysia Bhd

e-mail: khairulnizam.kamaruddin@tm.com.my

Tel/Fax: 013-3699447/05-5278789

Hotel: Hard Rock Hotel Penang,

Code: Niz245807

code to modify or cancel your reservation

Hard Rock Hotel Penang

Batu Ferringhi Beach,

Batu Ferringhi, Penang 11100

Malaysia

Tel: +604-881-1711

Fax: +604-881-2155

e-mail: reservations.penang@hardrockhotels.net,rachel.tan@hardrockhotels.net

Reservation Information

Number of rooms: 1

Total Price: 631.35 MYR

Taxes and service fees (15% ) : 82.35 MYR

Price: Subject to taxes/service charge

Breakfast included in price

ROOM 1

Room Type: Family-Room-3-Single-beds

Type of bed: Single x 3

Number of adults: 2

Arrival Date: September 25, 2010, 2 pm

Departure Date: September 26, 2010

Stay: 1 Night

non smoking room

Number of children with parents: 2

Pricing per night

1 Night: 549 MYR

Thank you and have a nice stay


ps: i kena melawat website hard rock neh. sebab mr husband kata tu family room. ada playground. weeeeeeeee..... gila la teruja

kehendak yang menyusahkan

dear mr husband,

i sangat sangat nak berholiday
i nak naik plane
nak berehat rehat
nak room service hantar food
nak pegi spa
nak buat facial

mr husband,
nanti lepas i dah bersalin, u bawak i pegi holiday ye
tapi nanti tak tahan plak baby naik plane

mr husband
i cam ada hati nak pegi nexus karambunai
ataupun four seasons langkawi
hard rock penang pun boleh
tak pun avilion atau legend pd

semua tu dekat dengan laut
tatau kenapa i sangat nak pegi laut
boleh ke mr husband?
boleh ke awak bawa i pegi salah satu dari tempat tempat tu?

ke i yang banyak songeh?
banyak sangat kehendak
u pening kepala dengan i tak?
ke awak runsing dengan kehendak i yang melampau lampau ni

well
mebbe kehendak ni sementara je kot
tah tah lepas bersalin nanti rasa ni semua hilang