Isnin, Februari 22, 2010

keinginan yang sangat banyak

hampir hujung bulan
i dah menghitung macam macam benda yang nak dibeli
tapi bila fikir balik
i rasa macam ridikeles
macam penting sangat ke benda benda itu?

mula mula i nak chocolate fountain
nak buat apa pun tatau
saja suka
sebab dari taun lepas lagi i nak chocolate fountain tu
konon konon nak makan stoberi cicah coklet la
tapi i lagi suka stoberi cicah sweetened whipped cream

yang paling bes
sebab i tak pegi kl kan
taun ni pun baru sekali je balik kl
tu pun duduk rumah pil je
tade jalan ke mana mana
jadi jangan harap nak jumpa kedai dkny
kan i sangat sangat nak dkny cozy tu

tapi last week
i found a substitue for dkny cozy
tengok gamba macam sebijik
dan waaaaaaaay much cheaper
rm40 je
cuma tatau la kualiti cemane kan
tapi bole la try
so itu pun i nak beli
memandangkan perut semakin besar
dan cardigan itu adalah sesuai kerana ia boleh memnesar dan mengecil mengikut keadaan

i nak makan lasagna
tapi i dah jemu makan seafood lasagna pizzahut
dan ipoh adalah tak bes dan susah carik makanan sedemikian
jadi i kena buat sendiri
yang i adalah sangat malas

tapi i nak juga buat lasagna
supaya boleh buat tebal tebal
boleh buat seafood campur chicken
sebab i tak suka tomato
i bole buat white sauce
boleh letak cheese sesuka hati banyaknya

pastu i nak makan cheese new zealand kekapis
hahahhaha
kekapis???
cara pembuatannya adalah sangat mudah
rebus kekapis
letak garam sket
lebih elok kalau skali dengan kulit
pastu bila dah rebus
letak la cheese kesukaan
boleh campur campur juga
i suka letak mozarella n cheddar
tambah pepper dan oregano kalau suka
masuk dalam microwave
dan taraaaaaaaaaaa
cheese kekapis yang melimpah limpah dan yummy

las skali i nak sotong katak
dulu kan
masa skolah menengah
kalau hari jumaat kot, menu makan tengah hari ialah lauk sotong katak
sampai jadik my favourite la

tapi i nak sotong katak masak kacang buncis
juga sangat senang pembuatannya
tumbuk bawang putih n udang kering
masuk dalam kuali yang dah dipanaskan minyak
goreng sampai naik bau
masukkan sotong katak
masuk kacang buncis
pecahkan telur dan kacau
taraaaaaaaaa
siap dan sangat menyelerakan


ok
dah
mr husband dah call
kena jadik seketari dia la plak
nak kena book hotel
dia kena pegi penang sok


8 ulasan:

JUE berkata...

ish..ish...mcm2 nk yer? xpe2..org mengidam. ;)

asik gi penang jer...next time kita pakat2 gi nk? nk gi sendiri xtau jln! K.ana dah lama x jln2 kt penang. abg wan pn mmg xcited klu nk gi - dia nk naik bukit bendera! heheh...

Unknown berkata...

kekapis tu apa?
nak wat lasagnia tu, bendalah tu kena lembutkn dulu ke sblm susun lapis2?
pas tu sotong katak tu aku igt dewan makan punya version cam mana. ala2 kuah kaler kuning. tu la 1st time aku kenal sotong katak.

~daRLee ZuRiS~ berkata...

amboii...banyaknye keinginan preggy mommy nih.
lasagna,kek lapis,sotong katak? rajin kau ek nk membuat suma tu

. i . n . a . z . berkata...

to kak ana..
oh itu pg penang tu nizam pegi sorang. dia ada odit.

haaaa... nnt bole la kita beramai2 pegi penang.

to noi...

lapisan tu kalau nak lembut boleh rebus dulu. kalau takut lembik sangat, boleh letak dalam air panas je.

to zuris....

ha. itulah. rajin belakang kira. yang penting napsu makan tu adalah memuncak muncak.bila nak buat pun tatau.

saje je letak resipi kat situ, kot kot ada yang baik hati tolong masakkan dan hantar. hehehhehe

Emy Amir berkata...

inaz...banyak benor mende makanan yg nak tuh!tuh kan semua kacangggg je tuh!pi dapur n masak pi! dapatla semua..then, mana yg nak kene beli like chocolate fountain tuh..ha!kat sunway pyramid ader semurah 199..cantik gak..medium saiz..!

. i . n . a . z . berkata...

to yong...

ooowww... really? nanti i pk panjang panjang. kalau betul betul nak beli i gif money, i pesan kat yong ye. hehehehhe

Queenin Murni berkata...

sotong katak faverite mu? hhehehe!

aku igt lagi menu itu.. sambal tumis sotong katak, ikan goreng, n sayur bayam/sawi benyek kalau tak salah. heheheh!

R berkata...

inaz pregnant????
ok aku taktau, padan aku arituh cam eh kor pi checkup untuk apa..ok tahniah yg teramat lambat (krn aku dapat rasakan benda nih dah lama)

p/s : noi getek