Sabtu, Mac 22, 2008

macam2

Mr Husband sampai sekarang tak habis habis lagi bercakap pasal politik. Marah betul dia dengan orang orang melayu yang kata DEB tak membawa apa apa kesan kepada mereka, orang melayu.

Dah laaa…. Enuff bout politik.

Baby ni agaknya memang sangat pemalu. Sampai sekarang tak boleh nak scan. Memang ada je penghalangnya.
Klinik 1 “doctor pukul 5 baru ada”
Klinik 2 “saya doctor ganti je. Tatau pakai mesin scan kat sini”
Klinik 3 “kat sini memang kita tak buat scan”
Klinik 4 “ Sekarang doctor tade. Nanti baru ada” padahal dalam klinik tu penuh orang
Klinik kesihatan “biasa memang boleh scan, tapi harini juruscan cuti”

Tu la mr husband kata, tak payah la nak paksa paksa untuk scan dah. Memang dia tanak orang scan dia. Well, mummy dia ni cuma nak pastikan dia betul betul ada dan dia sihat.

Sebelum ni kalau cakap dengan baby, ( walaupun baby belum boleh dengar lagi) biasanya cakap kat baby yang this is mummy and mr husband is the daddy. Tapi semalam mr husband nak ubah title. Mr husband nak jadi babah.

Haritu masa school holiday yang kitorang pegi Terengganu, overall, the trip was okay. Hotel pun boleh tahan. Nasib baik duduk Primula. Kalau hotel lain mebbe teruk. Bangun pagi pagi Mr Husband and i Berjalan tepi pantai. Tangkap tangkap gambar. Mostly, me picas la sebab mr husband tak suka bergambar. Angin sangat sejuk. Sangat bes. Cuma tak sempat nak mandi swimming pool je sebab sejuk.

Kenduri yang kitorang pegi tu is a very simple wedding. Makan buffet without table. Cuma disediakan kerusi je. But the food boleh kata yummy la. Kalau tengok dari jauh macam tatau pun yang kat rumah tu ada wedding. Masa pengantin sampai pun tade kompang. Orang datang pun berlenggang je. Mcam tade la nak bagi pitih ke, bawak prezen ke. Tade orang jaga pulak tu. Jadik mr husband and i pegi duduk kat depan rumah, greet orang yang baru sampai.

Bila tengok orang punya wedding, ada few wedding yang i went after my own wedding. I am so thankful to my parents, to my in-laws, and to all my relatives, siblings and mr husband sebab menjadikan my wedding tu a dream comes true. Doorgift tu my mother and meself pegi sampai ke Kelantan sebab nak beli. Dan for me, doorgift tu agak menarik. Tak tipikal sangat la kot. Even kenduri kat kl pun, dalam paperbag tu kitorang letak a little frame gambar.

Pastu untuk baju kenduri kat ipoh, memang i am the one yang pilih kain, pilih design. Untuk kenduri kat kl pulak, mula mula nak ambik baju dari mak andam, pastu kansel mak andam sebab baju tak cantik and my beloved mr husband terpasa bersusah payah menghabiskan duit sebab the stubborn wife nak jugak jugak beli baju. Dan lepas pakai sekali, baju pun simpan dalam almari. Sampai sekarang masih kena peril dengan mr husband. Oh, sebab kensel mak andam jugak la, masa wedding day kat kl tu, pagi pagi buta aku pegi ampang point untuk make-up kat bodyshop. Tapi memang gila puas hati dengan wedding sendirik.

Rasa macam nak kawen lagi skali degan mr husband. Bole??
Harini mr husband pegi kebun dengan abah. Nak menebas. Kalau tak nak ikut tapi masa bangun pagi tadi mr husband kata tak payah ikut. Aku ape lagik. Yippeeee. Bole sambung tido.

Semalam masa nak tido, mr husband kata “muka inas dah makin bulat” ceeeeh sempat mengata aku lagik nih. Memang la bulat. Sebab si inaz ni makin kuat makan. Kalau tengok dalam poket baju dia, misti akan jumpa macam macam jenis junk food. Adik aku kata, misti baby tu lemas bila tengok kiri ada sotong, tengok kana nada asam. Renung mana mana pun ada makanan je.

Cakap pasal makan ni, hari khamis haritu masa sampai rumah tengok tengok asam dah habis kena kebas. Pengebasnya misti la twit. Pastu aku pun mengamok la sebab tak dapat nak makan asam. Esoknya, bila tiwit balik dari sekolah, dia bawak satu papan asam. Hahhahahahah. Gila la nak tunjuk perasaan. Dah la dia siap cerita lagik kat orang kedai tu kenapa dia beli satu papan.

Well, baby yang nak!!!!

1 ulasan:

N.Q.R berkata...

my kazen kawen buat simple tuh sbb dia takde ayah yg nak sponsor dia... :) buat setakat yg termampu.. yg penting ijab dan kabul kan?