1 . Saya sedih kerana Parti yang saya sokong selama ini sudah jadi pembangkang
2 . Saya sedih kerana negeri tempat saya tinggal sudah menjadi negeri bekas pembangkang
3 . Saya sedih kerana negeri tempat suami saya tinggal juga sudah menjadi negeri bekas pembangkang.
4 . Saya tak tahu di mana mahu melahirkan anak kerana saya tidak mahu anak saya menjadi anak negeri bekas pembangkang
5 . Sebagai rakyat Malaysia, saya sepatutnya lebih lebih lagi kecewa. Dan saya sepatutnya tidak langsung menyokong parti berwarna latar biru itu. Atas apa yang telah mereka lakukan kepada saya. Saya pernah mewarwarkan bahawa saya sudah lose faith dengan kerajaan. Kenapa??
Fakta 1 :
Sewaktu saya mula mula mahu menceburkan diri dalam bdang perniagaan, dengan semangat yang berkobar kobar serta janji janji manis yang diberi, saya memberi notis berhenti kerja kerana saya sudah nekad dan bulat tekad. Selepas beberapa bulan, saya terpaksa kembali mencari kerja kerana saya terpaksa menangguhkan cita cita saya itu. Dan akhirnya setelah mengharungi semuanya, dan saya telah membuka perniagaan sendiri, janji janji manis itu tetap tidak ditunaikan. PNS, MECD semuanya tidak boleh diharap. Mereka tidak membantu langsung, malah menekan orang orang ’kecil’ macam saya kerana saya tiada kroni, saya tiada sesiapa dan saya bukanlah sesiapa. Dan, sampai sekarang pun, saya menjalankan perniagaan dengan titik peluh saya, bentuan ibu bapa yang sangat tidak ternilai dan juga Mr Husband. Dan saya yakin saya boleh berjaya.
Fakta 2 :
Sewaktu saya belajar dan baru masuk Universiti, adalah sangat susah untuk saya memohon PTPTN. Ibu bapa saya terpaksa berurusan dengan PTPTN banyak banyak kali. Dan akhirnya, atas pertolongan Datuk Husni Hanadzlah,( waktu itu pengerusi PTPTN) akhirnya permohonan pinjaman saya diluluskan. Lihat, kalau saya tidak menggunakan sesiapa, pasti sampai ke sudah saya tidak akan mendapat PTPTN itu. Dan sekarang saya terpaksa membayar PTPTN yang super mahal interestnya mengalahkan pinjam dari along kerana interest sahaja sudah mencapai RM30K lebih dan belum dicampur dengan kos pentdbiran yang setiap bulan semakin meningkat.
Sepatutnya memang saya tidak menyokong parti berlambang dacing, TETAPI saya setia pada cogankata ”dulu, kini dan selamanya”. Saya juga tidak mahu men-jeopardize-kan masa depan, negara, dan bangsa saya sendiri. Bukan mahu mengatakan mereka yang terbaik tetapi tiada pilihan lain. Dan mereka juga sudah lama memerintah dan saya yakin mereka mahir dalam hal pemerintahan ini. Sekurang kurangnya bersama mereka, sudah pasti pemimpinnya adalah dari bangsa saya sendiri. Kalaupun saya tidak mendapat benefit dari pimpinan mereka, sekurang kurangnya kaum dan bangsa saya ada jugak yang akan mendapat manfaat.
Jika bukan si biru tua yang mentadbir, menerajui, mungkin bangsa lain yang akan menerajui dan lihat sahaja di sebuah negeri di utara di mana secara tiba tiba DEB yang telah lama digunapakai dihapuskan.
Apa sahaja yang tinggal pada bangsa saya yang sememangnya sudah terpinggir di negeri sendiri di negeri tersebut?
1 . Saya mengucapkan padan muka kepada mereka yang mengelabah bila terjadi perebutan kuasa ini.
2 . Tahniah kerana telah mengundi dengan mengikut perasaan. Anda berjaya menjeopardizekan masa depan.
3 . Padan muka juga pada pemimpin parti berlatar belakang biru tua. Terlalu berusaha kononnya nak menakluki Kelantan dan tidak berusaha langsung untuk mempertahankan negeri yang sudah dikuasai. Dan semoga ketua pemimpin itu sedar, rakyat sudah tidak mempercayainya lagi. Tapi saya tahu dia gila kuasa dan dia Cuma memikirkan periuk nasinya sendiri- dan menantunya. Tetapi mereka beruntung kerana mempunyai pengundi seperti saya. Tapi saya cuma memikirkan mengenai bangsa saya. Saya tidak mahu menang sorak, kampung tergadai
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan