Isnin, Mac 31, 2008

Tired. Exhausted. Sleepy. Lazy.
That's describe me.

It so happen, this morning, a single mother of 4 came to see me. Yada.... Yada... I've got myself a helper and she got herself a better job. The only problem is that i have to wait. It may take up to a month to resign. At least, i know that i already have someone to help me out with the increasing numbers of kids.

Dengan hire lg sorang, my responsibility menjadi lebih besar. Ada 2 staf yg perlu dijaga. Harap2 semuanya akan berjalan lancar. Harap2 i can be a good employer.

Sampai ipoh semalam pukul 8 lebih. Tired. Tp nasib baik ada mr husband. He drove us back to ipoh. Thanks yummy! U are so dear~ pagi ni pukul 5 pagi dia dh naik bas balik kl. Sob..Sob....

Petang semalam pegi ampang point. Yong kata ada sale maternity dress. Well, walaupn perut tak besar, tp i cant resist sale. Masa nk keluar, mak mertua nk folo. Dan mak mertua belikan sepasang baju maternity. Sweet~ hahaha.

Did i mention that i cant resist sale? Walaupn orang2 tua tak bagi beli barang baby awal2. Tp mcmana nk pejam mata lg bila tengok barang baby yang super murah. Moms care punya sale memang dahsyat. Jumper 5 helai for rm15 je. Newborn sock 3 pasang for rm10. Kalau beli sepasang rm6.90. See.... Dahsyat tau sale. Memang nk baby sock. Supaya baby nanti pakai sock. Kalau sarung kaki mcm besar sangat utk baby baru lahir. Lg beli bib monday to sunday cuma rm15 je. Tiap2 hari nanti baby bole tukar bib. Tp tu kena tgu baby dh bole makan. Dan paling bes dapat beli set botol susu avent cuma rm111 je. What a bargain. 4 botol susu, 2 ekstra puting, 1 puting, dan berus. Seronok. Tapi lepas ni tanak beli brg baby dah. Tgu baby nk lahir baru beli. Mak kata barang2 baby yg dh beli tu kena terus simpan dan jangan tengok2 dah.

Tp mr husband and i beli barang2 yang odd color. Tade yg betul2 blue or pink.

Still, blom scan lg baby. Bila tah nk pg scan. Haritu nk pg klinik tutup. Ada je halangan.

Baby ni pemalu sangat sampai tanak say hello to mummy dengan daddy ye?

Hr khamis ni mr husband ada interview. Harap2 dia tak gugup. Harap2 dia konfiden. Dan harap2 dia dapat. Go mr husband!

Rabu, Mac 26, 2008

Pagi semalam isi borang. Pagi yang sama jugak submit ke jabatan belia n sukan negeri perak. Terus di interview. Mudah2an dapat. Boleh berjalan2 ke fukuoka dengan baby. Tu pun, harap2 kalau dapat, masih larat dan dibenarkan naik plane.

Sabtu, Mac 22, 2008

macam2

Mr Husband sampai sekarang tak habis habis lagi bercakap pasal politik. Marah betul dia dengan orang orang melayu yang kata DEB tak membawa apa apa kesan kepada mereka, orang melayu.

Dah laaa…. Enuff bout politik.

Baby ni agaknya memang sangat pemalu. Sampai sekarang tak boleh nak scan. Memang ada je penghalangnya.
Klinik 1 “doctor pukul 5 baru ada”
Klinik 2 “saya doctor ganti je. Tatau pakai mesin scan kat sini”
Klinik 3 “kat sini memang kita tak buat scan”
Klinik 4 “ Sekarang doctor tade. Nanti baru ada” padahal dalam klinik tu penuh orang
Klinik kesihatan “biasa memang boleh scan, tapi harini juruscan cuti”

Tu la mr husband kata, tak payah la nak paksa paksa untuk scan dah. Memang dia tanak orang scan dia. Well, mummy dia ni cuma nak pastikan dia betul betul ada dan dia sihat.

Sebelum ni kalau cakap dengan baby, ( walaupun baby belum boleh dengar lagi) biasanya cakap kat baby yang this is mummy and mr husband is the daddy. Tapi semalam mr husband nak ubah title. Mr husband nak jadi babah.

Haritu masa school holiday yang kitorang pegi Terengganu, overall, the trip was okay. Hotel pun boleh tahan. Nasib baik duduk Primula. Kalau hotel lain mebbe teruk. Bangun pagi pagi Mr Husband and i Berjalan tepi pantai. Tangkap tangkap gambar. Mostly, me picas la sebab mr husband tak suka bergambar. Angin sangat sejuk. Sangat bes. Cuma tak sempat nak mandi swimming pool je sebab sejuk.

Kenduri yang kitorang pegi tu is a very simple wedding. Makan buffet without table. Cuma disediakan kerusi je. But the food boleh kata yummy la. Kalau tengok dari jauh macam tatau pun yang kat rumah tu ada wedding. Masa pengantin sampai pun tade kompang. Orang datang pun berlenggang je. Mcam tade la nak bagi pitih ke, bawak prezen ke. Tade orang jaga pulak tu. Jadik mr husband and i pegi duduk kat depan rumah, greet orang yang baru sampai.

Bila tengok orang punya wedding, ada few wedding yang i went after my own wedding. I am so thankful to my parents, to my in-laws, and to all my relatives, siblings and mr husband sebab menjadikan my wedding tu a dream comes true. Doorgift tu my mother and meself pegi sampai ke Kelantan sebab nak beli. Dan for me, doorgift tu agak menarik. Tak tipikal sangat la kot. Even kenduri kat kl pun, dalam paperbag tu kitorang letak a little frame gambar.

Pastu untuk baju kenduri kat ipoh, memang i am the one yang pilih kain, pilih design. Untuk kenduri kat kl pulak, mula mula nak ambik baju dari mak andam, pastu kansel mak andam sebab baju tak cantik and my beloved mr husband terpasa bersusah payah menghabiskan duit sebab the stubborn wife nak jugak jugak beli baju. Dan lepas pakai sekali, baju pun simpan dalam almari. Sampai sekarang masih kena peril dengan mr husband. Oh, sebab kensel mak andam jugak la, masa wedding day kat kl tu, pagi pagi buta aku pegi ampang point untuk make-up kat bodyshop. Tapi memang gila puas hati dengan wedding sendirik.

Rasa macam nak kawen lagi skali degan mr husband. Bole??
Harini mr husband pegi kebun dengan abah. Nak menebas. Kalau tak nak ikut tapi masa bangun pagi tadi mr husband kata tak payah ikut. Aku ape lagik. Yippeeee. Bole sambung tido.

Semalam masa nak tido, mr husband kata “muka inas dah makin bulat” ceeeeh sempat mengata aku lagik nih. Memang la bulat. Sebab si inaz ni makin kuat makan. Kalau tengok dalam poket baju dia, misti akan jumpa macam macam jenis junk food. Adik aku kata, misti baby tu lemas bila tengok kiri ada sotong, tengok kana nada asam. Renung mana mana pun ada makanan je.

Cakap pasal makan ni, hari khamis haritu masa sampai rumah tengok tengok asam dah habis kena kebas. Pengebasnya misti la twit. Pastu aku pun mengamok la sebab tak dapat nak makan asam. Esoknya, bila tiwit balik dari sekolah, dia bawak satu papan asam. Hahhahahahah. Gila la nak tunjuk perasaan. Dah la dia siap cerita lagik kat orang kedai tu kenapa dia beli satu papan.

Well, baby yang nak!!!!

Sabtu, Mac 15, 2008

1 . Saya sedih kerana Parti yang saya sokong selama ini sudah jadi pembangkang
2 . Saya sedih kerana negeri tempat saya tinggal sudah menjadi negeri bekas pembangkang
3 . Saya sedih kerana negeri tempat suami saya tinggal juga sudah menjadi negeri bekas pembangkang.
4 . Saya tak tahu di mana mahu melahirkan anak kerana saya tidak mahu anak saya menjadi anak negeri bekas pembangkang

5 . Sebagai rakyat Malaysia, saya sepatutnya lebih lebih lagi kecewa. Dan saya sepatutnya tidak langsung menyokong parti berwarna latar biru itu. Atas apa yang telah mereka lakukan kepada saya. Saya pernah mewarwarkan bahawa saya sudah lose faith dengan kerajaan. Kenapa??

Fakta 1 :
Sewaktu saya mula mula mahu menceburkan diri dalam bdang perniagaan, dengan semangat yang berkobar kobar serta janji janji manis yang diberi, saya memberi notis berhenti kerja kerana saya sudah nekad dan bulat tekad. Selepas beberapa bulan, saya terpaksa kembali mencari kerja kerana saya terpaksa menangguhkan cita cita saya itu. Dan akhirnya setelah mengharungi semuanya, dan saya telah membuka perniagaan sendiri, janji janji manis itu tetap tidak ditunaikan. PNS, MECD semuanya tidak boleh diharap. Mereka tidak membantu langsung, malah menekan orang orang ’kecil’ macam saya kerana saya tiada kroni, saya tiada sesiapa dan saya bukanlah sesiapa. Dan, sampai sekarang pun, saya menjalankan perniagaan dengan titik peluh saya, bentuan ibu bapa yang sangat tidak ternilai dan juga Mr Husband. Dan saya yakin saya boleh berjaya.

Fakta 2 :
Sewaktu saya belajar dan baru masuk Universiti, adalah sangat susah untuk saya memohon PTPTN. Ibu bapa saya terpaksa berurusan dengan PTPTN banyak banyak kali. Dan akhirnya, atas pertolongan Datuk Husni Hanadzlah,( waktu itu pengerusi PTPTN) akhirnya permohonan pinjaman saya diluluskan. Lihat, kalau saya tidak menggunakan sesiapa, pasti sampai ke sudah saya tidak akan mendapat PTPTN itu. Dan sekarang saya terpaksa membayar PTPTN yang super mahal interestnya mengalahkan pinjam dari along kerana interest sahaja sudah mencapai RM30K lebih dan belum dicampur dengan kos pentdbiran yang setiap bulan semakin meningkat.

Sepatutnya memang saya tidak menyokong parti berlambang dacing, TETAPI saya setia pada cogankata ”dulu, kini dan selamanya”. Saya juga tidak mahu men-jeopardize-kan masa depan, negara, dan bangsa saya sendiri. Bukan mahu mengatakan mereka yang terbaik tetapi tiada pilihan lain. Dan mereka juga sudah lama memerintah dan saya yakin mereka mahir dalam hal pemerintahan ini. Sekurang kurangnya bersama mereka, sudah pasti pemimpinnya adalah dari bangsa saya sendiri. Kalaupun saya tidak mendapat benefit dari pimpinan mereka, sekurang kurangnya kaum dan bangsa saya ada jugak yang akan mendapat manfaat.

Jika bukan si biru tua yang mentadbir, menerajui, mungkin bangsa lain yang akan menerajui dan lihat sahaja di sebuah negeri di utara di mana secara tiba tiba DEB yang telah lama digunapakai dihapuskan.

Apa sahaja yang tinggal pada bangsa saya yang sememangnya sudah terpinggir di negeri sendiri di negeri tersebut?

1 . Saya mengucapkan padan muka kepada mereka yang mengelabah bila terjadi perebutan kuasa ini.
2 . Tahniah kerana telah mengundi dengan mengikut perasaan. Anda berjaya menjeopardizekan masa depan.
3 . Padan muka juga pada pemimpin parti berlatar belakang biru tua. Terlalu berusaha kononnya nak menakluki Kelantan dan tidak berusaha langsung untuk mempertahankan negeri yang sudah dikuasai. Dan semoga ketua pemimpin itu sedar, rakyat sudah tidak mempercayainya lagi. Tapi saya tahu dia gila kuasa dan dia Cuma memikirkan periuk nasinya sendiri- dan menantunya. Tetapi mereka beruntung kerana mempunyai pengundi seperti saya. Tapi saya cuma memikirkan mengenai bangsa saya. Saya tidak mahu menang sorak, kampung tergadai

Jumaat, Mac 07, 2008

. b . a . b . y .

Ok. This is totally exciting. Totally amazing. And of course, I’m overjoyed. It’s going to be a big step for mr husband and i. It’s really something that I’ve been waiting for, though sometimes, i have doubt on it. But fret’ not, it’s happening and I am proud to announce to the whole world that Mr Husband and I are going to be parent.
Seriously.
I am more than 6-week pregnant.
Macam tak percaya ada baby sedang terbentuk in my tummy. Doktor kata insyaAllah baby due bulan Oktober nanti. Harap harap semuanya akan ok. Harap harap sepanjang mengandungkan baby ni, tak berlaku apa apa perkara buruk. Harap harap baby ni akan sihat.
Hari hari kena makan asid folik. Selain tu doctor suruh minum susu enfamama. Tapi minum susu tu memang mengantukkan. Of course tak boleh minum pagi pagi sebab akan rasa mengantuk yang teramat sangat. Minum malam sesuai la sebab macam 10 minit epas minum, misti dah mengantuk. No wonder babies boleh tidur lepas minum susu. Mebbe ada ubat tidur dalam susu.
Dokter kata jugak, tak boleh makan asam, tak boleh makan benda yang ada banyak preservative. Sebelum ni memang la tade rasa langsung nak makan asam, tapi bila dokter dah cakap macam tu, setiap kali Nampak asam, misti macam ada euphoria. Nak sangat sangat. Air liur macam nak meleleh. Tapi memikirkan nak baby tu sihat kena simpan je rasa tu. Mr Husband kata takpe kot kalau makan sikit sikit. Jangan sampai lebih lebih.
Cuti sekolah ni, sebagai school operator, Me myself pun cuti jugak. Seronok. Cakap pasal school ni, banyak benda yang nak diceritakan. Tapi malas sket nak taip panjang panjang. Next time.

Esok nak mengundi. Of course saya penyolong tetap heheheheh…. Not going to tell. Undi adalah rahsia. Lepas mengundi, petang tu nak pegi kl. Bawak baby jumpa daddy dia. And on Sunday, nak pegi Terengganu. Ada cousin nizam punya wedding. And we are going to stay at Primula Beach. Seronoknya bila nak bergembira dan ada baby sekali. Misti baby pun happy.

Dah. Till then.