Rabu, Jun 07, 2006

. b . u . k . u .

Lama tak menulis. Tapi tiba-tiba rasa nak menulis dan bercerita mengenai buku cerita.

Aku suka membaca. Masa sekolah rendah aku suka membaca buku enid blyton. Dan memang kalau ke kedai buku, aku akan carik buku enid blyton. Ada juga membeli buku terjemahan seperti malory tower yang diterjemahkan kepada seri melur dan masa tu rasa macam lazatnya kalau bersekolah di boarding school.

Masa sekolah menengah aku gila membaca buku-buku ahadiat akashah, zuraidah othman dan buku-buku yang sewaktu dengannya. Aku juga minat membaca sweet valley high, iaitu kisah si kembar. Masa tu juga aku mula mengenal cerita tulisan Roald Dahl, penulis cerita Charlie and the chocolate factory. Aku suka membaca tulisannya. Paling aku suka cerita Matilda. Baru-baru ni berkesempatan menonton Matilda di kaca televisyen di rumah. Asyik.

Masa aku tergila-gila baca cerita Charlie and the Chocolate Factory, tiba-tiba aku terjumpa gula-gula wonka. Bayangkan, pada tahun 1996, 10 tahun yang lalu di mana masa tu Charlie and the chocolate factory belum terkenal dan aku jumpa gula-gula wonka. Hahahhahaha. Tapi tu la sekali aku jumpa Ipoh.

Bila aku mula menetap di kl pada 2000, kalau pergi 7-11, misti akan jumpa gula-ula wonka. Dan aku akan beli semua jenis gula-gula wonka tu. Lazat. Tiba-tiba gula-gula tu dah tade di pasaran Malaysia. Hairan. Tak lama, aku pergi ke Great Eastern, aku jumpa balik gula-gula tu dan ada 2 jenis. Pegi lagi skali dah tade. Dan sekarang, bila movie tu keluar, langsung dah tade jual gula-gula wonka.

Waktu aku praktikal, aku rajin membeli novel-novel dewasa terbitan alaf 21, creative Enterprise. Cerita mengenai wanita dewasa dan permasalahan hidup. Tapi, makin lama aku rasa macam cerita-cerita tu semakin membosankan. Terlalu fantasi. Mungkin?

Aku benci membaca mengenai perempuan / lelaki muda yang kaya raya. Watak-watak yang mewarisi perniagaan bapa yang menguruskan projek jutaan dan billion ringgit. Perempuan yang hidup susah dan kemudian berkahwin dengan lelaki kaya yang membuat hidupnya menderita. Atau perempuan yang cantik sehinggakan walau di mana saja dia pergi, misti akan ada orang yang mengoratnya. Terlalu cliché.

Aku bukan penulis, tapi aku suka menilai buku-buku yang dibaca. Dan yang aku nampak, semuanya sama. Membosankan.

Aku mahu membaca cerita yang berkisarkan kehidupan seharian. Mengenai orang-orang macam aku. Yang menjalani kehidupan yang biasa. Yang terpaksa bersusah payah bekerja dan membuat dua tiag pekerjaan sekaligus untuk mencari rezeki supaya boleh menampung keperluan barang-barang yang semakin naik harga. Yang hanya mampu memakai kereta kancil kerana harga dan minyaknya murah. Yang limitasi kad kreditnya sedikit. Bukan pemegang kad kredit platinum yang membolehkan membeli belah tanpa perlu mengira budget. Yang kalau berjumpa dengan kawan-kawan, samada berjumpa di warung , gerai-gerai, ataupun kfc dan bukan di coffe house hotel, di lounge atau di mana-mana tempat yang high class. Aku yang hanya mampu melancong di dalam negara dengan menaiki air asia kerana harganaya murah dan bukannya setiap kali cuti, pergi menjejaki kanggaru di negara Australia ataupun menaiki bas dua tingkat di England.


Aku mahu membaca cerita begitu. Pada pandangan aku, pembaca melayu amnya adalah dari golongan sederhana. Aku tak fikir seorang managing director atau presiden syarikat akan membaca novel-novel melayu. Lantas, untuk apa bercerita mengenai mereka. Nak membuatkan pembaca khayal dengan dunia fantasi? Sama la macam cerita-cerita di slot Samarinda yang tak habis-habis menayangkan cerita-cerita dunia korporat. Berapa kerat orang-orang korporat yang menonton Samarinda?? Aku jelik.

Sebab tu, aku sudah berhenti membaca novel melayu yang pada aku sangat fantasi. Aku tercari-cari novel yang menceritakan kisah orang-orang seperti aku dan setakat ni, aku belum berjumpa. ( kalau ada sila khabarkan )

Sekarang, aku masih suka membaca, dan aku sudah beralih pada novel novel bergenre “chick-lit” . Seperti p.s : I love you daripada Cecilia Ahern, Siri shopaholic dari Sophie Kinsella, juga I do (but I don’t) karya Cara Lockwood. Aku juga menggemari filem I do (but I don’t ) itu. Sungguh teruja dengan Mr. Superman, Dean Cain.

Novel-novel ini lebih menunjukkan reality seorang perempuan biasa. Struggle untuk terus menjalani kehidupan. Yang kadang-kadang berbelanja dengan banyak dan kemudian menyesal kerana sebenarnya budget tidak mengizinkan untuk berbelanja sebanyak itu. Yang kadang-kadang ada masalah dengan percintaan tapi bukan sehingga sanggup makan hati dan duduk berdiam diri. Yang tahu macamana boringnya menjalani kehidupan yang biasa dan memenatkan.

Sekarang aku mengintai-intai novel dari Indonesia. Di Indonesia banyak novel yang dialihbahasakan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Indonesia. Aku hairan, kenapa la Malaysia tak baut macamtu. Apapun, aku memang berazam, bila ke Jakarta aku misti akan borong novel banyak-banyak.

Ada sebuah buku yang aku baca di library masa sekolah rendah dan tajuknya totto Chan, gadis kecil di jendela, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka terbitan 1980-an. (tak ingat tahun sebenar). Aku tidak lagi menjumpai buku itu di kedai-kedai buku di Malaysia ini. Ke mana saja aku pergi misti aku akan cari. Even semasa aku di Sabah pun aku tetap mencari buku tu.

Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk mengorder saja buku itu dari Indonesia. Dan memang terujanya rasa bila berjaya mendapatkan buku tu. Di Indonesia tajuknya Totto Chan-gadis cilik di jendela. Memang di Malaysia ada jual buku ersebut dalam Bahasa Inggeris, tapi aku nak membaca dalam bahasa Melayu. Bahasa Indonesia pun mirip kepada Bahasa Melayu juga. Dan aku sangat genbira.

Sekarang, tengah cari buku-buku yang bes di Indonesia sana untuk diorder.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya pun mencari buku totto chan tu...cetakkan pertama ada dlm bhsa melayu...terakhir saya baca pada tahun 1996...mcm mana yea nk dptknnya..photostat tk pe saya byr

. i . n . a . z . berkata...

hi there anonymous,

kalau u nak cari totto chan dalam versi bahasa inggeris, di kinokuniya pun ada juga.

dalam entri saya tu, saya ada mentioned yang i ordered it from Indonesia, hence buku adalah dalam bahasa indo.

neway, if u would like to have the photocopy version of that book, do let me know ya. i can be contacted by email or fb page.

have a nice day ~