Jumaat, Jun 23, 2006

. p . e . n . a . n . g .

Cerita Penang dah basi, tapi masih tak apdet. Biar lama lama kang lupa plak. Seronok betul dok otel 5 bintang ne. Kalau tau tapayah bawak berus gigi, baju tido, semua dah disediakan. Seronok berendam dalam bath tub. Walopon aku malas mandi pagi, sebab ada air panas dan bath tub yang lazat tu, jadi pagi-pagi lagi aku dah berendam dengan nyamannya.

Incik Nizam yang tahape-hape tu makan brekfes pun sikit. Ape tah. Aku berualng lebih 10 kali ke tempat hidangan tu. Macm-macam jenis makanan ada. Makanan melayu, makanan jepun, omputih, cina, pendek kata semua la ada. Bes.

Walopon pegi atas urusan kerja, tapi besnya sebab ada jugak masa untuk berjalan-jalan. Kawan incik nizam iaitu boy sangat bermurah hati untuk meluangkan masa dengan kitorang selama dua hari dan juga membawa aku dan incik nizam berjalan-jalan di sekitar Bandar Pulau Pinang tu. Juga membawa kitorang ke karoke yang mana menyebabkan pada hari ahad aku dan incik Nizam sudah kehilangan sedikit suara. Haiyoohhhh….

Sebelum pegi Penang, abah sudah menelepon incik Nizam dan berpesan kepadanya supaya tidak membuat apa-apa yang boleh mendatangkan syak. Ahahhahha. Dan aku memang salute pada incik Nizam yang mengotakan janjinya pada abah. Even masa aku ke bilik dia dan dalam bilik dia ada boy pun dia bukak pintu. Incik Nizam kata dia buat itu sebab dia sudah berjanji pada abah.

Dari Penang kitorang naik flight pukul 10 sengah ke KL. Sampai pukul 11. Naik bas ke sentral. Kereta memang dah parking kat sentral. Inilah kelebihannya bekerja di Sentral di mana ada access card dan boleh parking selama mana yang dihajati dan parking ini dibuka 24 jam. Boleh keluar masuk bila-bila masa yang disukai. I likeeeeeeee.

Sampai rumah dekat kol 2 la jugak. Gile penat badan ni. Dan aku perlukan banyak hari untuk regain my energy. Untuk kembali seperti biasa.

Aku dah kata kat incik Nizam, taun depan masa pegi Sabah, nak dok hotel je. Tanak pegi jalan-jalan. Tapi ank dok hotel lima bintang. Ahahhahahah…. ( macam mampu je. Nak dok 5 hari plak tu )

Sangat berterima kasih kepada kampeni sebab menaja penginapan dan kapal terbang untuk aku dan incik Nizam.
Terima kasih daun keladi. Lain kali bole la sponsor lagi.

Tiada ulasan: