Khamis, Mac 20, 2014

pilot

walaupun ada tragedi berlaku dalam bidang aviation
tapi
hari berlakunya tragedi tu
i terangkan pada yaya dan affan mengenai apa yang berlaku
di penghujung penerangan i
i tanya affan

bila besar, affan nak jadi apa

dan affan jawab

pilot

aaaaamin
itu juga yang i doakan
supaya affan tak rasa gentar

mama sentiasa akan doakan affan berjaya menjadi seorang pilot
dan mama lagi suka kalau affan jadi fighter pilot

haritu affan kata
kalau dia jadi pilot
dia nak bawak mama, abah n yaya naik plane yang dia bawa

mama harap itu akan jadi satu kenyataan

Khamis, Januari 23, 2014

role baru

Nampaknya tahun 2014 ni menunjukkan peningkatan dari segi kerjaya
Nampaknya jodoh i dengan kolej ni makin panjang

Sebenarnya macam agak terkejut bila bos cakap nak jumpa haritu
Siap waktu masuk bilik bos, beliau tutup pintu
Memula bos tanya pasal updates kerja
Pastu bos cakap pasal projection dia utk this and coming year
Pastu benda yang dia cakap lagi ada membuatkan hati i melompat ke bintang
Dan at the same time i sedih sbb nanti kena berpisah dengan my baby

Diploma in multimedia tu ialah baby i
Dari i mula masuk kerja i buat dari scratch
Sampai dapat approval MQA
Sampai program start
Sampai sekarang dah ada third batch
Proud tau tengok program yang kita desingn berjaya

Tapi sedih sbb lepasni i kena lepaskan dip mm nih

Sebabnya
Sebab bos nak i ambil tugas yang lebih besar
Lebih berat

Kalau sebelum ni i cuma perlu coordinate utk dip mm ni
Student n lecturer
Tugas baru ni
Akan lebih mencabar

Tapi i eksaited
Nampak mencabar
Dan nampak macam i kena buat macam masa buat dip mm dulu
Buat dari mula
Scratch
I tak sabar nak tengok ianya membangun

Oh
Bos kata prospek adalah lebih baik dari dip mm
I harap betul
Dan i harap i boleh buat sehabis baik
Dan i harap salary adalah lebih baik
Supaya sehebat nama jawatannya



Khamis, Disember 19, 2013

break

i need a break
a break of everything
makin sampai ke penghujung
makin sesak kepala


Isnin, Disember 16, 2013

ke-sweet-an bambang

bambang i yang sweet
2 hari lepas
waktu tidur
i tidur atas toto
tengah tengah malam tu i terjaga sebab terasa ada orang angkat i
rupanya bambang yang sweet angkat i letak atas tilam
mesti sebab beliau tau i tak bleh tidur atas toto
mesti akan sakit belakang

bambang i memang sangat sangat sweet



Isnin, September 09, 2013

affan dan h1n1

hari rabu lepas
i dapat satu sms dari tadika
sms tu berbunyi
badan affan panas sangat. n affan cakap affan dah tak larat dan terus terbaring

i terus keluar dari ofis dan masuk kereta
dalam kereta i call mr husband
i btau mr husband
kalau i tengok affan panas sangat
i akan bawa affan ke hospital
mr husband tanya, nak dia pegi sekali ke
of course la kan

so sampai tadika
memang affan tengah tidur
i terus bawa affan n yaya balik rumah
siapkan beg

bila mr husband sampai
kita terus pergi pantai

sampai pantai
kita direfer terus ke emergency
bila diorang cek temperature affan
memang sangat sangat tinggi
40 degrees
terus diorang ambil kain dan lap
buka baju dan diapers
sian affan

sepanjang dalam ER
affan cuma nak abah
affan kalau takut/sedih
memang nak abah je

lepastu doktor datang untuk buat saringan H1N1
tak lama lepastu
i start dengar nurse kat ER ni dok carik single room sebab patient positif influenza A
i dah cuak dah
bila dokter datang
memang komfem
affan la yang kena H1N1 tu
memang kena duduk isolated room

kitorang sampai pukul 1++
pukul 6 baru dapat masuk bilik
sebab tade bilik single yang kosong

naik je tingkat 3
tengok kat pintu bilik tu dah sedia ada meja
atas meja tu ada apron, mask n sarung tangan
sape2 yang nak masuk kena pakai la 3 benda tu

i nak p miting
satg i sambung