Rabu, Januari 04, 2012

my little baby boy

dah buat entry pasal zara
nak buat entry pasal affan pula

affan nak masuk setahun enam bulan
pada i, affan adalah seorang bayi yang sangat cerdik

dia pandai cakap
haritu dia tengok zara buat something dan dia cakap "rajinnyaaaaaaaa"

affan ada habit macam i
iaitu pakai socks dalam rumah
tak kira pagi petang atau malam

affan sangat cepat belajar
dia pandai menyanyi
dia suka buli kakak
dia suka pakai heels i
dia suka pakai kasut zara yang berlampu
dan dia pakai kasuut tak terbalik
sangat berbeza dengan zara yang sentiasa pakai kasut terbalik

affan adalah bayi yang peramah
kalau bawa dia jalan jalan
nanti semua orang dia akan tegur dan angkat tangan
macam dia kenal sangat dengan orang orang tu

kalau tanya nak makan apa
nanti dia akan cakap nak makan nasik lemak
atau nak makan aiskrim

dia sangat suka minum air gen (vitagen)
kalau dia tengok air kosong, dia akan kata air abah
sebab abah dia selalu minum air kosong

vocabulary affan untuk budak berumur setahun enam bulan adalah sangat amazing
dia pandai kira satu sampai sepuluh
sebab dia rajin mengira
pantang naik tangga, dia akan kira
kalau dia nak terjun pun dia akan kira juga

affan pandai ambil hati
dia suka cakap "saaayang mama"
dan i akan cakap "saaaayang affan"
mr husband kata
affan pandai buat supaya kita rasa macam kita sangat diperlukan
macam kalau tanpa kita, dia tak bleh hidup
tu la baby boy i

affan dah pandai kedekut
dulu kalau dia makan
kita boleh je mintak
sekarang dia akan cakap "affan punya"
dan dia tanak bagi

kadang kadang dia bahasakan diri dia adik
kadang kadang dia bahasakan diri dia atan
sebab makcik ha selalu panggil dia atan (as in jantan)
tapi paling selalu dia bahasakan diri dia affan

dia pandai tanak ikut i balik rumah
kalau kat tadika tu
sibuk nak ikut makcik ha dia balik
dia akan cakap "nak ikut acik"
sebab makcik ha naik motor
atas motor dia akan buat bunyi vroom vroom

affan takut zombie
takut vacuum
dulu dia takut monyet yang dia panggil nyet
kalau i cakap "zombie... ambik affan"
dia akan terus peluk i kuat kuat n cakap "takuuut...takuut jombee"
vacuum pulak affan takut bunyinya

affan ni
punya la berbotol botol tommee tippee yang abah dia beli
tapi botol murah looney tunes yang mama beli jugak dia suka
kena beli lagi sebab ada satu botol je
itulah botol untuk tadika
itulah juga botol untuk rumah

affan, mama sayang affan
semoga affan membesar jadi budak yang cerdik





on first day of school

Dah masuk tahun baru 2012

nak masuk tahun baru dengan penuh jerih perit
i rasa macam merangkak nak masuk ke tahun baru
tapi bila dah masuk 2012
semuanya falls into place
nicely

zara dah masuk tadika
first time masuk tadika i n mr husband yang eksaited
zara pun mesti la eksaited
ini kali pertama dia keluar dari sarangnya
sebelumni duduk senyap senyap di tadika mama je
dari dalam perut sampau berumur 3 tahun 2 bulan

for a start i hantar zara tadika kemas
kat balai polis gunung rapat
sebab ada makcik ha
makcik kesayangan zara
nak bagi zara menyesuaikan diri
bagi dia happy

tengok la berama lama dia akan di sana
sebab i ada juga plan nak hantar zara ke mariaville

pagi tadi masa mr husband n i datang bayar yuran
zara tunjuk dia lukis bulat bulat
eh, nasib baik i dah ajar zara draw bulat bulat
draw garis garis
nasib baik jugak malam tadi i belikan jugak oil pastel banyak warna untuk zara

sebelum pegi sekolah zara insist jugak nak bawak bekal nasi goreng
sampai tadika pun, diorang diberi makan koko krunch
tapi zara tanak
dia nak makan nasi goreng
dasar budak melayu, nasi jugak yang dia cari

mr husband ambik day off harini
i masuk kerja lambat
affan pun sama hantar kakak zara ke tadika

semoga zara rajin rajin belajar menjadi seorang yang cerdik

bila anak dah masuk sekolah
even tadika pun
i rasa macam dah tua
~ sebenarnya memang dah tua pun



Selasa, Disember 06, 2011

family picture


lama dah tak letak family picture
sebab susah sangat nak ambik gambar satu family

here goes
anak anak pun dah besar
bapak anak pun dah besar
mak anak pun dah bsar jugak

Sabtu, Disember 03, 2011

pilihan

dua tiga hari ni sangat malas nak bekerja
last week sibuk dengan preparation untuk lawatan jpk
lepas jpk datang hari selasa haritu
mood kerja jatuh merundum

sekarang rasa macam underpaid
boleh?
sebab tu malas buat kerja
lagi satu sebab i kan si rajin
i dah siap kerja i awal awal
i dah bagi marks to student awal awal
tapi tiba tiba ada amendment
haaaiihhh
terus tade mood
sebab kena buat balik semula
dah la yang kena buat balik semula ni kelasnya ramai student dan banyak assignment
19 students x 8 assignments
nak kena tulis markah secara rubrik satu satu untuk setiap sorang

sape nak ambik i keje?
i komfem bagi komitmen 120%

workwise
i masih dalam dilema
i ada option untuk handle jpk ataupun i nak jaga diploma programme
sebab sekarang kalau ikut formaliti
tugas i adalah coordinator untuk dip in multimedia
dan jpk jugak
sebab each course ni banyak kerja
so i kena pilih satu
dan i tengah tatau nak yang mana satu
i suka je kalau dapat pegang dua dua
i kan gila kose sket

rephrase
i bukan gila kose
i suka buat kerja
i suka buat something yang challenging
baru la thrill
baru la ada rasa adrenaline rush
kalau lama lama duduk di satu satu tempat dan buat benda yang sama tiap tiap hari i yang rasa tak bes
tapi biar la apa yang i buat tu berbaloi dengan apa yang i dapat
baru la seronok
ni kalau kerja banyak tapi pendapatan tak cukup untuk makan sebulan
tak seronok juga

kalau i ambik jpk nih
i akan terikat dengan kolej ni untuk satu jangkamasa yang agak lama
mungkin 3-5 tahun
tapi
prospek untuk kerja di luar adalah cerah
tambah pulak kalau i ada vto
cuma kat kolej ni student jpk tak ramai

kalau i stick dengan diploma
kerja internal akan banyak
tapi i akan banyak jumpa student
i akan tambah i punya skills

tapi
i masih belum tahu apa yang patut i buat
should i stick to what i've been doing
ataupun ambik benda baru
atau
aku harus lari ke hutan
belok ke pantai

ah sudaaaaaaaaaaaah
masuk puisi aadc plak

atau
patut je i benti keje
tinggalkan semua nih
duduk tadika
goyang kaki



Khamis, November 24, 2011

zara dan belajar

tahun ni zara tadika main main
walaupun dia main main
tapi exam dapat 83 markah

tulis abc pun tak pandai

tahun depan zara masuk 4 tahun
dan zara akan masuk tadika betul betul
oleh sebab itu
i dah start kelas intensif dengan zara

semalam dah belikan zara books
buku petak
buku color
stationary set dan color

padahal kat rumah belambak je pensel dan kaler
tapi nak bagi semangat punya pasal
i beli baru semuanya

malam tadi start belajar dengan zara
belum start buku abc lagi
baru guna buku petak
i suruh dia buat bulat
dah siap satu page
i suruh dia buat garis

nak ajar grip pensel dengan betul
nak ajar zara menuls dengan cara yang betul

i gunakan pensel stabilo yang segitiga tu
sebab besar dan senang nak grip

mula mula dia buat bulat betul betul
dia dah malas sikit
dia angkat tangan dari meja
dia buat bulat besar besar
masa buat coloring pun sama
bila dia dah malas malas nak kaler elok elok
dia akan kaler tanpa tangan betul atas meja
tangan macam hanging je
(paham dak apa yang i nak cakap nih)

pastu tengah zara colour
i tengok dia dah mengantuk
dah gsok gosok mata
i suruh stop
dia punya la berkeras takmo stop
dia kata nak belajar

i paksa dia untuk simpan semua buku dan kaler dalam beg
pastu zara ke depan bawak beg
dia keluarkan semua balik
dia nak buat
i berkeras jugak cakap takpayah
sampai nangis zara

i tau dia eksaited nak belajar
dia suka sebab i akan duduk dengan dia dan guide dia
tapi
dia kena la tau limit
bila dah penat kena berhenti

pagi tadi
lepas mandi terus dia duduk atas meja studi dan nak sambung color
tapi dia baru buat dan tcer oda dia sampai
lupa dah semuanya
terus keluar dengan tcer oda

malam satgi nak kena sambung belajar dengan zara
budak affan tu mesti akan menyibuk jugak
menyibuk nak duduk kat meja yang sama
menyibuk nak main dengan kaler
pastu suruh i move from his chair
sebab mr husband cuma beli 2 chairs for that study table
i la yang kena cari kerusi lain

kalau rajin malam nanti i ambik gamba zara yang tengah study

harap harap i tak penat
balik ni nak masak koayteow
semalam beria ia je i dah siap sedia perencah
pastu keluar pegi billion sebab nak beli barang barang
lepas pegi billion mr husband pulak nak pegi std ctd baya cc
lepas pegi std ctd pegi mcD plak
kat mcD affan makan fries n nugget tak henti henti
zara pulak main tak henti henti
sampai naik kereta pun affan still minum

sampai rumah mr husband kata takpayah masak koayteow
i ajar zara
pastu tengok tivi dan tidur