Rabu, Januari 04, 2012

my little baby boy

dah buat entry pasal zara
nak buat entry pasal affan pula

affan nak masuk setahun enam bulan
pada i, affan adalah seorang bayi yang sangat cerdik

dia pandai cakap
haritu dia tengok zara buat something dan dia cakap "rajinnyaaaaaaaa"

affan ada habit macam i
iaitu pakai socks dalam rumah
tak kira pagi petang atau malam

affan sangat cepat belajar
dia pandai menyanyi
dia suka buli kakak
dia suka pakai heels i
dia suka pakai kasut zara yang berlampu
dan dia pakai kasuut tak terbalik
sangat berbeza dengan zara yang sentiasa pakai kasut terbalik

affan adalah bayi yang peramah
kalau bawa dia jalan jalan
nanti semua orang dia akan tegur dan angkat tangan
macam dia kenal sangat dengan orang orang tu

kalau tanya nak makan apa
nanti dia akan cakap nak makan nasik lemak
atau nak makan aiskrim

dia sangat suka minum air gen (vitagen)
kalau dia tengok air kosong, dia akan kata air abah
sebab abah dia selalu minum air kosong

vocabulary affan untuk budak berumur setahun enam bulan adalah sangat amazing
dia pandai kira satu sampai sepuluh
sebab dia rajin mengira
pantang naik tangga, dia akan kira
kalau dia nak terjun pun dia akan kira juga

affan pandai ambil hati
dia suka cakap "saaayang mama"
dan i akan cakap "saaaayang affan"
mr husband kata
affan pandai buat supaya kita rasa macam kita sangat diperlukan
macam kalau tanpa kita, dia tak bleh hidup
tu la baby boy i

affan dah pandai kedekut
dulu kalau dia makan
kita boleh je mintak
sekarang dia akan cakap "affan punya"
dan dia tanak bagi

kadang kadang dia bahasakan diri dia adik
kadang kadang dia bahasakan diri dia atan
sebab makcik ha selalu panggil dia atan (as in jantan)
tapi paling selalu dia bahasakan diri dia affan

dia pandai tanak ikut i balik rumah
kalau kat tadika tu
sibuk nak ikut makcik ha dia balik
dia akan cakap "nak ikut acik"
sebab makcik ha naik motor
atas motor dia akan buat bunyi vroom vroom

affan takut zombie
takut vacuum
dulu dia takut monyet yang dia panggil nyet
kalau i cakap "zombie... ambik affan"
dia akan terus peluk i kuat kuat n cakap "takuuut...takuut jombee"
vacuum pulak affan takut bunyinya

affan ni
punya la berbotol botol tommee tippee yang abah dia beli
tapi botol murah looney tunes yang mama beli jugak dia suka
kena beli lagi sebab ada satu botol je
itulah botol untuk tadika
itulah juga botol untuk rumah

affan, mama sayang affan
semoga affan membesar jadi budak yang cerdik





1 ulasan:

.:knizamk:. berkata...

affan comel sgt...

hari yg dia guling2 mengamuk, abah buat tak tau je..

kalau bdk lain mesti sambung je nanges..

tp dia dtg kt abah, pastu ckp.. "abah... affan sakittt!!!"

halaaaaaa siannyaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!