Jumaat, Februari 11, 2011

cerita sedih dan gambar gambar kesayangan

it's friday
i'm in love

eh... lagu ape tu yeh
lupa dah

harini adalah sangat tak produktif
nak produktif macamana kalau dah pegi keje pun pakai jeans
macam sangat kasual

tadi masa lalu kat cermin
sempat i belek diri sendiri
tengok ok ke tak penampilan

mr husband bising kalau i pakai tak semenggah pegi keje
nanti dia kata tak pandai dress-up la hape la


baca la nih
i terus rasa sebak tau masa baca
kasihnya seorang ibu pada anak dia
dia tau ajal dia dah dekat
dan dia nak anak dia dapat merasa susu terakhir dia

thanks to ummi aleesya


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...


--------------------------------------------------------------------------------------------------

nak letak la gamba my everdearest nih
zara dan affan yang sangat sangat disayangi
masa ni kita pegi cameron highland
pagi sebelum pegi cameron tu lepak lepak kat padang polo


i rasa gamba i adalah buruk gile disebabkan i sangat cengkung masa tu. tangan pun nampak tulang. macam zombie pun ada...

zara yang tamak dan kuat makan walaupun tade baby fat. semua makanan kena longgok depan dia. semuanya dia nak. tamak betul anak i sorang tu. tapi sekarang dia dah pandai baca doa makan. pasnih gemok la tu. tade dah setan setan boleh share makan dengan dia.



ni affan somey somey. the date was november and he was 5 months old back then. mama dia selamba je bagi dia pakai rompers tak pakai seluar kat cameron. dia pun rilek rilek je.

ok
sudah

Rabu, Februari 09, 2011

lelaki jahat

* entry ini mempunyai bahasa yang tidak sesuai untuk kanak kanak bawah 18 tahun. kalau rasa tak sanggup nak baca... sila keluar sekarang

kan i ada cakap pasal someone dear to me
yang kisahnya lebih kurang ahkak aida nih

pagi ni i dapat tau yang si suami someone dear ni dah kawen lain
kawen sehari sebelum birthday anak dia yang ke tiga tahun
betapa kurang ajarnya!!!

tu la orang jantan nih tau
bila hati dah bertuhankan nafsu
apa pun tak ingat
anak bini semua lupa
anak tu jadi tempat melepaskan marah je
tengok anak bini mula la panas bontot
hati rasa panas
anak dia yang kecik tu sampai jadi trauma tengok mak bapak asyik bertekak
baby boy tu tak habis habis bercakap yang "daddy ketuk kepala dia dengan kasyut"

bongok betul la jantan macamnih

i memang hangin
bila i hangin
mula la i nak memaki maki

dasar kapiaq
seronok sangat la tu ambik bangkai
kalau la bini baru tu fresh segar dari ladang ok jugak
worth fighting for bak kata omputih
ni ambik bekas bekas orang
eeuuwwwww

pastu bila orang nasihatkan sebab tak malu malu bersekedudukan sebelum kawen
nak sound orang plak
boleh ke dia cakap
äpa kaitkan agama plak nih?"
kau tu agama apa bingai?
adakah kau penganut mormon?
boleh kawen sampai 200 pompuan
pastu boleh hidup berlandaskan nafsu semata mata

i rasa mana mana lelaki yang dok makan luar nih
pemikiran dia sama je
sebab cerita yang i baca di blog blog ramai orang pasal suami makan luar nih
lebih kurang sama
macam menggunakan modus operandi yang sama
pastu plak
si perampas tu... kebanyakkannya datang dari negeri yang sama
( no offence kepada rakyat negeri tu yang baik budi pekerti )
agaknya lama sangat berpayungkan bulan kot
sampai tak nampak matahari
tu yang dah tatau mana baik mana buruk
dok ambik, goda laki orang tanpa rasa malu
dasar pompuan tak laku

macamana nak laku kalau kau tu bangkai
tu yang dah desperate sangat
main ambik je sesape yang ada depan mata
tambah plak kalau yang ada depan mata tu boleh bagi kemewahan

tak pk ke
kalau lelaki tu boleh tinggal anak bini untuk kawen dengan dia
tak mustahil lelaki tu boleh tinggalkan dia untuk kawen dengan orang lain
its all about karma beb

hooohhh
dah la
i tanak tulis banyak banyak
kang tak jadi keje plak

spoil je mood i pagi pagi yang indah nih

Ahad, Februari 06, 2011

on love

sepanjang cuti ni i khatamkan baca blog sorang ahkak nih
macamana sebelum sebelum ni dia happy, bahagia
tapi masa mengandungkan anak yang ketiga
suami dia makan luar plak

well
nearly the same thing happen to someone dear to me
tang mengandung tu takde la

bila tengok / baca benda benda macam ni
baru la nak rasa takut
baru la rasa nak lebih menghargai

i harap di hadapan mata suami i
i harap pada dia, cuma ada i dan anak anak je
i harap takkan ada orang lain yang nak mengganggu-gugat rumahtangga kitorang

selama ni
i tak pernah doa supaya jodoh mr husband n i kekal sampai akhir hayat
(mebbe i rasa macam di comfort zone...)
i cuma doakan semoga keluarga kami dimurahkan rezeki,
diberi kesihatan yang baik
i doa semoga kami sekeluarga diberkati dan dijauhkan dari perkara perkara yang tak elok,
i memohon agar zara dan affan menjadi anak anak yang soleh dan solehah, cemerlang, berjaya dalam hidup,
i lupa
memang sangat sangat lupa untuk mendokan supaya jodoh mr husband n i kekal

lepas ni
itu akan jadi antara doa terpenting

i tak boleh nampak how it's going to be kalau mr husband tade

ada i pernah cakap yang i beryukur sebab i dah kerja tak?
a good thing bila i dah bekerja
sebabnya
most of the days
i akan lunch dengan mr husband
dulu masa i dok tadika
i cuma jumpa mr husband waktu pagi before dia pegi keje
dan malam, bila dia balik kerja
tu pun sekali with the kids
jangan harap la nak duduk duduk dengan dia berdua ke hape ke

sekarang
i ada masa yang i boleh duduk berdua je dengan mr husband
boleh bercakap tanpa ada gangguan from the kids

i baru perasan yang i dah lama tak spend time berdua dengan mr husband
las skali rasanya masa kitorang pergi cameron
sebab pegi sekali dengan my parents
so
tengah tengah malam tu mr husband ajak i pusing pusing
zara n affan tinggal dengan my parents
jauh juga kita jalan
dari brinchang ke tanah rata
masa tu i rasa aneh jalan dengan mr husband
sebab dah biasa sangat pegi mana mana berempat

pastu masa pegi lunch baru baru ni dengan mr husband
nak ke kedai makan tu kena melangkah longkang
dan i rasa awkward bila mr husband hulur tangan nak tolong i langkah longkang
rasa segan pun ada

tu la masalahnya
lama sangat tak spend quality time together
together tu maksudnya berdua
bukan ber-empat
hooooooo
don't get me wrong oke
i sayang gile kat anak anak i
si jantung hati dan nyawa i tu
tapi i rasa kadang kadang both mr husband n i need some quality time
quality time untuk bersembang tanpa gangguan
quality time untuk bercakap heart to heart (ada ke apa apa nak cakap?)

sebab tu la kot
jadinya kejadian
last monday kitorang balik rumah waktu lunch
both of us desperately need some time alone
hehehhehe
satu benda yang tak pernah kitorang buat sejak sejak kawen

ok
i pun dah tak keep track sudah berapa lama kawen
tapi while typing, baru nak ingat yang i kawen taun 2007
maknanya tahun 2011 ni we are going to celebrate our 4th year wedding anniversary
macam kejap je
zara pun dah sekolah... what do u expect

walaupu nak masuk 4 tahun
i masih sayang mr husband deep deep
macam masa i baru baru berchenta dengan mr husband
dan i masih belum lupa macamana besnya kitorang dating dating kat Mines masa baru baru berchenta
itu antara benda yang i tanak lupa kalau boleh sampai i tua
it was one of the sweetest thing in my life

tapi tu la
i rasa macam kehidupan kitorang dah terlalu serius
tak berapa fun
kalau waktu lunch i sembang dengan mr husband
macam dah habis cerita dah
pastu las las cakap pasal anak anak
cakap pasal gosip gosip ofis
gosip gosip blog

ke semua orang pun macam tu?
apa yang korang sembangkan dengan spouse korang?

i pun dah lupa masa berchenta dulu apa yang i sembang dengan mr husband
sampai boleh jadi monyet bergayut berjam jam
belum kira sms sepanjang masa
kita sembang pasal apa ye mr husband, tolong ingatkan i balik?

tadi i ada cakap pada mr husband
"we shud go for valentine's dinner... sebab kita tak pernah makan candlelite dinner ke.. hape ke.."
well, bukan la nak selebret valentine tu,which i pun tak pernah selebret dari dulu
cuma macam yang i mention kat atas
we need some quiet time alone
to really talk

ni karang kalau i sembang sembang dengan mr husband
mula la cik zara tu suruh diam
pastu bila kitorang eksaited
cakap kuat sket
nanti cik zara cakap "jangan la gadoh gadoh"
hoooiihhh... padahal tak gaduh pun

bila baru nak bercakap
mula la si affan nak melalak

las las tak jadi cakap
pastu being me
i akan lupa terus apa yang nak cakap tu
tunggu la kalau nasib baik boleh ingat lagi dua tiga hari
else... terlupa terus

its 3.08 am
mr husband tengah tido berdengkur dengkur
si affan plak kejap kejap terjaga terus meniarap
pastu kepala sondol sondol carik i
cik zara je tido lena (dia memang penat sebab siang tido kejap sangat)

i je yang terkebil kebil dalam gelap menaip belog

dah la
nak force myself to sleep

hoooop
chooop
las skali nak cakap yang
i sayang mr husband banyak banyak
i harap rasa sayang antara i dengan dia nih akan kekal sampai kitorang jadi tanah

toodles

Khamis, Februari 03, 2011

apan popan






haaaaa
sape yang rekues gamba popan neh

hheheheheheh
si popan ni pun tak kurang ligat
dia ingat dia dah besau
dia suka kalau kita bagi dia berjalan
kalau naik walker tu
jalan ke sana sini

yoya yoyo ii





lama tak letak gamba yoya nih
tengok la anak i neh
nakal sangat neh
mulut pulak pot pet macam mak nenek

ape pun
i love her
infinite