Isnin, Februari 22, 2010

keinginan yang sangat banyak

hampir hujung bulan
i dah menghitung macam macam benda yang nak dibeli
tapi bila fikir balik
i rasa macam ridikeles
macam penting sangat ke benda benda itu?

mula mula i nak chocolate fountain
nak buat apa pun tatau
saja suka
sebab dari taun lepas lagi i nak chocolate fountain tu
konon konon nak makan stoberi cicah coklet la
tapi i lagi suka stoberi cicah sweetened whipped cream

yang paling bes
sebab i tak pegi kl kan
taun ni pun baru sekali je balik kl
tu pun duduk rumah pil je
tade jalan ke mana mana
jadi jangan harap nak jumpa kedai dkny
kan i sangat sangat nak dkny cozy tu

tapi last week
i found a substitue for dkny cozy
tengok gamba macam sebijik
dan waaaaaaaay much cheaper
rm40 je
cuma tatau la kualiti cemane kan
tapi bole la try
so itu pun i nak beli
memandangkan perut semakin besar
dan cardigan itu adalah sesuai kerana ia boleh memnesar dan mengecil mengikut keadaan

i nak makan lasagna
tapi i dah jemu makan seafood lasagna pizzahut
dan ipoh adalah tak bes dan susah carik makanan sedemikian
jadi i kena buat sendiri
yang i adalah sangat malas

tapi i nak juga buat lasagna
supaya boleh buat tebal tebal
boleh buat seafood campur chicken
sebab i tak suka tomato
i bole buat white sauce
boleh letak cheese sesuka hati banyaknya

pastu i nak makan cheese new zealand kekapis
hahahhaha
kekapis???
cara pembuatannya adalah sangat mudah
rebus kekapis
letak garam sket
lebih elok kalau skali dengan kulit
pastu bila dah rebus
letak la cheese kesukaan
boleh campur campur juga
i suka letak mozarella n cheddar
tambah pepper dan oregano kalau suka
masuk dalam microwave
dan taraaaaaaaaaaa
cheese kekapis yang melimpah limpah dan yummy

las skali i nak sotong katak
dulu kan
masa skolah menengah
kalau hari jumaat kot, menu makan tengah hari ialah lauk sotong katak
sampai jadik my favourite la

tapi i nak sotong katak masak kacang buncis
juga sangat senang pembuatannya
tumbuk bawang putih n udang kering
masuk dalam kuali yang dah dipanaskan minyak
goreng sampai naik bau
masukkan sotong katak
masuk kacang buncis
pecahkan telur dan kacau
taraaaaaaaaa
siap dan sangat menyelerakan


ok
dah
mr husband dah call
kena jadik seketari dia la plak
nak kena book hotel
dia kena pegi penang sok


Khamis, Februari 18, 2010

perancangan reunion

my batch masa sekolah ada ura ura nak buat reunion
this is not going to be easy
sebab budak budak batch i tak bersatu

i suggest buat kat pd
macam ramai yang setuju
bagusla

tapi yang beratnya
diorang ni awal awal je berkobar kobar
semua la kata ok

in the end
berapa kerat je yang betul betul bagi komitmen
macam masa pegi cameron dulu la

tapi i rasa cameron tu was a good start
at least cam ada wakil from every class, except from class M kot
nampak la muka muka yang betul betul bagi komitmen

i cuma harap this time it's going to be a success
dapat kumpul lebih ramai
dapat buat lebih banyak aktiviti bersama

tapi
kalu buat bulan 7 ke
bulan 8 ke
i tak rasa i boleh attend la


percutian 5 hari

wah
dah hari khamis
happy sebab cuma perlu bekerja 2 hari untuk minggu ini
dan next week ada cuti on friday
sempena Maulidur Rasul

Banyak betul benda yang rasanya perlu disimpan dalam belog ni
sebab banyak benda yang berlaku sepanjang cuti
kang lama lama i lupa plak

1 . Sunway Hotel, Penang

Check in hari sabtu
sampai je dah kena menapak turun tangga dari parking ke lobby
sampai je lobby
mr husband tanya
"tade lif ke?"
dengan mr husband yang penuh bawa beg, pegang tongkat lagi
diorang pun soh parking depan pintu masuk hotel
waaauuuuuu
konon konon cam naik camry la
dapat vip parking
diorang la yang bawak kereta ke depan

lepas check in
i bawak zara pegi mandi swimming pool
swimming pool tade la mesra bayi sangat
tapi zara happy
dan dia rasa dia dah besar lantas tanak pakai pelampung
sebab cuaca panas
adalah lebih seronok mandi kolam lama lama

mr husband sangat suka berjalan di penang waktu malam haritu kerana jalan sangat lengang
ingat nak makan kat padang kota tapi macam kurang bes
lantas menghala ke bayan lepas
ada kedai seafood
apa je yang waiter/waitress tu suggest kita ambik
dengan tomyam pok tek, sotong goreng tepung, ikan 3 rasa, kerang bakar, laicikang 1 jag, dan tu semua mr husband makan dengan i dua orang
tapi of koz la tak habis
tom yam pok tek tu penuh dengan ikan, ketam, udang dan sotong

sambil kitorang makan
zara seronok main motorbike
seronok la i sebab tak terganggu makan

patut semua tempat makan kena ada toys for kids
or at least a place where kids can play
baru la senang parents nak makan
hikhikhik

hari ahad pagi mula mula zara n i je yang pegi breakfast
pastu was joined by mr husband
food was ok
tade la bes sangat
lepas makan, bawa zara mandi pool lagi
kali ni sebab mandi pagi pagi
jadi zara mandi sampai biru

2 . boy's wedding

lepas checkout
ingat nak jalan jalan pusing pulau
ataupun pegi batu feringghi
sebab ingat nak pegi kenduri kawen pukul 2 petang
tapi sebab jalan sangat leceh
terus ke rumah pengantin je

sebab pegi awal
pengantin pun tak sampai lagi
mar husband kata, kalau zara mengamok, balik je la
tak payah tunggu pengantin
i insist mr husband untuk tunggu
sebab itu kawan dia dari masa matrik lagi
dan boy tu masa kawen kitorang dia banyak tolong
so
lepas jumpa pengantin
naik feri dan balik ipoh


3 . kenduri di rumah opah

hari isnin ada kenduri doa selamat di rumah opah di kuala kangsar
makanan adalah sedap
ada sambal tumis udang petai
n disebabkan opah orang kuala
haruslah ada laksa kuala dan cendol
tapi i tak sempat makan cendol

rumah opah sudah menjadi hijau
atas bawah
luar dalam semuanya berbagai shades of green
opah kan penyokong kuat parti politik yang backgroundnya warna hijau


4 . parents in law

hari isnin petangnya
my parents in law datang dari kl
menerima kedatangan dari parents adalah seronok
sebab apa?
tak payah siap makan
diorang dah siap bawak
skali dengan nasi pun dibawa
bukan tu je
pakej lengkap dengan toto skali
padahal petang tu
mr husband n i dah jalan jalan carik tilam
tapi apakan daya
kedai tutup sempena tahun baru cina
seb baik parents bawa toto


5 . johnnys

tengah hari selasa ibu dan bapa mertua pun meneruskan perjalanan ke sauk
untuk hantar mr husband's little sister ke kem plkn
lepas mereka pulang
i bawak zara n tiew ke jusco
hati meronta ronta nak makan johnnys
mau makan pun kena beratur
i sudah hampir pengsan depan pintu masuk johnnys itu

pukul 6 petang baru balik
itu pun tinggalkan zara dengan tiew
i balik rumah sebab nak mengubati mr husband
malam baru ambil zara dari rumah mak


6 . corby

hari rabu tiew ajak cari handphone
lantas zara, tiew, my father n i pegi ke parade untuk mencari handphone
tiew menyambar sebiji samsung corby

patutnya lepas beli handphone
i terus balik untuk teman mr husband
tapi orang jabatan pelajaran plak call
nak melawat tadika
so instead of menemani mr husband ke hospital
i ke tadika

petang mr husband n i pegi beli groceries
malam baru ambil zara

ok habis sudah cerita cuti selama 5 hari





Khamis, Februari 11, 2010

menjawap tag

1)First time jumpa your hubby bila dan kat mana?
I’ve already blogged about this and here goes


2)Love at first sight?
Tak kot.


3) Who is he when the first time you met him?
dia masih lagi seorang budak matrik. Dan dia belagak sebab nombo matrik dia kecil berbanding I yang nombo matrik ten thousand plus. Kononnya dia terer la. I tak heran sebab masa tu I dah masuk unibesti. Hahahahhahaha. Apa pun, I want to thank mr husband’s x schoolmate yang merangkap kawan sematrik n kawan seunibesti I sebab I rasa dia yang sebenarnya menyebabkan mr husband n I berkawan.


4) How long it takes for him to ask you out for a date?
kita kenal lama sebelum kita jumpa. Banyak sangat halangan menyebabkan takboleh nak jumpa.


5) First place dating?
dating betul betul adalah seperti my sil juga. Kita pegi mines. Dan I kena tunggu dia 2 jam. Dia kata dia tak boleh nak keluar awal sebab kena jaga adik dia sementelah parents dia keluar. Dan pegi mines itu adalah something yang sangat suweet and while typing, baru la I teringat balik apa yang berlaku. Memang sangat suweet and im not spilling it out. (kang I malu plak dengan yong, kak ana, ain and tiew… sebab derang baca belok I ni)


6) How he proposed?
he never did proposed properly. propos nak bencinta, tak penah. Sebab macam it just happen. Pastu masa nak betunang pun tade popos. It’s just about time to get engaged anyway. Then masa betunang, masa both of us ke ipoh nak carik rumah, sebab dah penat, we stopped at marrybrown to have lunch. Masa tu mr husband ada cakap macam marry him and lets spend the rest of our lives together . walaupun masa tu I dalam keadaan belengas sebab panas, pastu I rasa tudung dah senget benget, tapi I rasa sangat sangat hepi. Im jumping over the clouds.


7) Special date with your hubby?
ada banyak date but I can’t remember all the dates. Tapi there are few events/occasion/happenings yang I tak boleh lupa. Date mula mula jumpa, date yang both of us pilih untuk jadikan anniversary masa berchenta,date when he said he loves me, date break-up, date berchenta balik. It was less then 2 days pun. Date I terjun moto sebab nak tunjuk perasaan dan lepas tu tangan dan kaki I cedera dan esoknya I exam. Satu hari di mana masa I baru sampai kl and he bought me a bouquet of dozen blue roses, A date when he met my parents, a date when he called my father, asking his permission to go to penang, to malacca alone with me, a date when we engaged, date masa nikah, date masa kenduri, date masa kenduri kat kl, date masa I was really really sad sebab mr husband dapat kerja kat cyberjaya instead of Ipoh, masa tu memang I dok nangis je sepanjang masa. I blamed everybody except us. i was at my lowest point and being pregnant just make it worse. But mr husband was very resolute. In 24 hrs, he went back and forth kl-ipoh 3,4 kali, just to make sure he got transferred to ipoh, and of course he got it. Again, im all over the clouds. A date when he patiently waited for more than 26 hours in the hospital praying for my safety.


3)Changes that he asked you to do?
ntah. Tapi I rasa we just love each other presence, we click and we talked rubbish that other people might think we’re insane. But, it’s a language only both of us understand.


9) What is about him that you love so much?
Apa yah.


10) What is about him that you wish he would change?
sebab sekarang mr husband sakit, saya mendoakan supaya dia boleh sembuh seperti sediakala.


11) You will lose your mind and crack your head when he..
Buat bodow


12) You will smile through your eyes for the whole day when he..
kembali sihat.


13) Complete below sentences, "My love towards my hubby is as big as..
My heart as I love him whole-heartedly

Selasa, Februari 09, 2010

orange n black

hari jumaat ni kampeni telepon tempat mr husband keje ada buat family day
(family day la sangat)
sebab cuma husband n wife je boleh attend
anak anak tak dijemput

my first impression masa mr husband cakap pasal benda ni ialah
"anak kita bukannya makan pun"

event dari 4.30 pm - 11 pm
katanya ada persembahan teater la
i tot minum petang je
tapi mr husband kata buffet dinner
pukul berapa dinner pun tatau
themenya ialah black+orange
nak kena carik baru black orange la plak
i ada ke duit tah nak beli baju
tapi i cam dah dapat tau baju macamana yang i nak
pastu setelah ditimbangtara
campuar hari sabtu tu nak pegi penang
i rasa cam nak beli kain
sebab i nak buat kain pareo
dan nak carik baju
i harap kalau hantar kat tailor
sempat la nak buat kain
pakai hari jumaat ni

ok
i nak buat entry lain plak
nak menjawap tag dari my sil