Selasa, Mac 07, 2017

2017

agaknya setahun satu post je kot

anyway
last  sunday sukan sekolah yaya
my little athlete tu dapat 2 gold untuk 100m dan 4 x 25 m
dan satu silver untuk lompat jauh

last 3 weeks,
mak mertua meninggal
i masih terkesan dengan pemergian arwah
sampai semalam
knk masih belum breakdown
i nampak dia macam ok
i tak tahu hati dia macamana
dia cuma cakap, dia tak cry sebab mak dia bukan orang yang macamtu
sikit2 nak cry

minggu ni affan exam
monday to thursday
next week yaya exam
tuesday to thursday

on friday
we are going to medan
sabtu yaya dan affan ada taekwondo tournament
doakan mereka berjaya ya!!!


Khamis, Mac 10, 2016

emily2u freebie giveaway

it's almost school holiday
i ran out of ideas on where to bring my kids
nak jalan jauh jauh.... mungkin tidak la kan
this month, kita dah penuhkan kuota berjalan

earlier this month yaya ada taekwondo tournament
its the 11th koko krunch junior taekwondo chanpionship
di kepala batas
yaya menang pingat perak untuk kategori fin
big YAY!!!!!!!

Dari kepala batas, kita stay satu malam di tm resort sebelum balik ipoh

so, kisahnya
budget berjalan dah habis
hahahahhahaha

i memang cari cari apa aktiviti yang boleh dibuat dengan kids cuti ni
so i stumbled at Emily2u page
ada giveaway for 2 tix to circus
mesti kids suka
so here i am
trying my luck untuk dapatkan tix

chuolls yang nak cuba nasib
boleh juga ke link ini

good luck to me.....
and all of u

Khamis, September 03, 2015

recap of 1st quarter 2015eh

kononnya nak tulis lebih banyak pada tahun ini
nampaknya
janji tinggal janji je la

lagi suka update kat fb sebab boleh terus upload guna handphone kot

nak recap apa yang berlaku sepanjang tahun?

lets see

januari

yaya dan affan masuk sekolah
sekolah tanggu by a week sebab banjir besar
sian anak anak dah tak sabar nak kesekolah

yaya masuk tahun 1 di SK Convent, Ipoh
Waktu peperiksaan untuk tentukan kelas, yaya dapat nombor 2 dari 70++ murid
i mesti lah happy sangat sangat
seronok tengok yaya membesar dengan cerdik

Affan masuk prasekolah di SK Rapat Setia
masuk kelas taat. untuk murid lima tahun

anak anak dah sekolah
dah semakin membesar
mak bapak masih rasa muda lagi
auuuwwwww

birthday knk
tapi i is pokai
hence no celebration
beli kek je
itu pun sebab kids yang nak sangat sangat

febuari

ada cuti panjang sikit
dan lama sikit kita balik ke ampang
sebab lama sikit tu
kita bawa kids pergi petrosains dan pusat sains
berjalan sambil menambah ilmu kekdahnya

yaya dan affan start kelas taekwondo
plan asalnya nak bagi affan je join tkd
waktu register tu
yaya pun kata dia nak
so terus register dua orang

mac

first time menghadapi anak periksa
yaya periksa 3 papers dan dapat 3a

knk jadi ajk pibg sekolah yaiy
dan juga knk jadi ahli pra sekolah affan



penat
nanti sambung
(nanti tu ntah bila kan)


Isnin, Disember 08, 2014

berbulan bulan dalam satu post

eh dah berapa lama tah tak berupdate blog ni

banyak sangat benda
tapi suka tulis pendek pendek
jadinya jadi bahan di facebook je

to recap of semua benda yang dah jadi these few months
las skali i tulis blog pada bulan mac

April

umur i naik satu lagi angka

May

Annual trip to legoland and hello kitty
tapi kali ni bawa kereta sendiri
dan seronoknya sebab dapat beli tix yang harga murah dan berbaloi baloi
balik dari jb, singgah melakan satu malam
tapi rasanya dah cukup dah pergi legoland n hello kitty ni
next year mungkin dah tak pergi
dah jemu (kot)

konvokesyen Farhana di Sri Iskandar


June

Weekend trip to Bukit Merah and Taiping
yaya n affan mandi sampai hitam kena sunburn
yaya first time naik kuda juga

July

Birthday affan ke 4
Bulan puasa
Sonata start nak merosak sejak balik dari JB
sampai satu tahap, aircond pun rosak
dan weolls gigih juga pergi mydin pukul 4 petang di bulan ramadhan meredah panas lapar dan dahaga
jadi kita decide untuk beli kereta baru
jadi kita say hello to wa3859j
dapatnya dua hari sebelum raya
memang hari terakhir kerja
nasib baik sempat keluar dan urusan bank sangat cepat
hari ahad pergi kedai kereta
pilih kereta
isnin, salesman tu hantar borang ke bank
selasa dah approved
khamis sign agreement
jumaat petang dapat dah kereta
sabtu dah ke kl nak sambut raya

August

eh
takde apa apa la bulan ogos ni selain raya

September

Parents-in-law melawat ke ipoh
i looike

Oktober

Hari Raya Haji
Birthday yaya ke 6
yaya jadi Tokoh murid waktu hari konvokesyen perdana pra sekolah
yaya ni sangat membanggakan i dengan bambang
seronok sangat weolls tau

November

Family day TM di kampar
bambang dapat cabutan bertuah dapat oven
pastu bambang n i juara pertandingan makan tembikai
hahahhahahha
i bawa yaya n affan naik ets balik ipoh dari kampar

End November, mak masuk hospital sebab denggi
5 hari juga berkampung di hospital
sampai hari ini (8 dec) mak masih belum recover sepenuhnya

Beli tv super besar 58 inci
hahahahha
balas dendam sebab dah bertahun tahun pakai tv 32 inci
dan setiap kali beli tv pun, 32 inci juga sampai ada 3 biji tv saiz sama

December

Sibuk dengan urusan nak masuk sekolah yaya dan affan

ok
ini recap untuk berbulan bulan ni

lepas ni i akan cuba rajin rajin post
kalau tak semua benda pun lupa
Bu

Khamis, Mac 20, 2014

pilot

walaupun ada tragedi berlaku dalam bidang aviation
tapi
hari berlakunya tragedi tu
i terangkan pada yaya dan affan mengenai apa yang berlaku
di penghujung penerangan i
i tanya affan

bila besar, affan nak jadi apa

dan affan jawab

pilot

aaaaamin
itu juga yang i doakan
supaya affan tak rasa gentar

mama sentiasa akan doakan affan berjaya menjadi seorang pilot
dan mama lagi suka kalau affan jadi fighter pilot

haritu affan kata
kalau dia jadi pilot
dia nak bawak mama, abah n yaya naik plane yang dia bawa

mama harap itu akan jadi satu kenyataan

Khamis, Januari 23, 2014

role baru

Nampaknya tahun 2014 ni menunjukkan peningkatan dari segi kerjaya
Nampaknya jodoh i dengan kolej ni makin panjang

Sebenarnya macam agak terkejut bila bos cakap nak jumpa haritu
Siap waktu masuk bilik bos, beliau tutup pintu
Memula bos tanya pasal updates kerja
Pastu bos cakap pasal projection dia utk this and coming year
Pastu benda yang dia cakap lagi ada membuatkan hati i melompat ke bintang
Dan at the same time i sedih sbb nanti kena berpisah dengan my baby

Diploma in multimedia tu ialah baby i
Dari i mula masuk kerja i buat dari scratch
Sampai dapat approval MQA
Sampai program start
Sampai sekarang dah ada third batch
Proud tau tengok program yang kita desingn berjaya

Tapi sedih sbb lepasni i kena lepaskan dip mm nih

Sebabnya
Sebab bos nak i ambil tugas yang lebih besar
Lebih berat

Kalau sebelum ni i cuma perlu coordinate utk dip mm ni
Student n lecturer
Tugas baru ni
Akan lebih mencabar

Tapi i eksaited
Nampak mencabar
Dan nampak macam i kena buat macam masa buat dip mm dulu
Buat dari mula
Scratch
I tak sabar nak tengok ianya membangun

Oh
Bos kata prospek adalah lebih baik dari dip mm
I harap betul
Dan i harap i boleh buat sehabis baik
Dan i harap salary adalah lebih baik
Supaya sehebat nama jawatannya



Khamis, Disember 19, 2013

break

i need a break
a break of everything
makin sampai ke penghujung
makin sesak kepala


Isnin, Disember 16, 2013

ke-sweet-an bambang

bambang i yang sweet
2 hari lepas
waktu tidur
i tidur atas toto
tengah tengah malam tu i terjaga sebab terasa ada orang angkat i
rupanya bambang yang sweet angkat i letak atas tilam
mesti sebab beliau tau i tak bleh tidur atas toto
mesti akan sakit belakang

bambang i memang sangat sangat sweet



Isnin, September 09, 2013

affan dan h1n1

hari rabu lepas
i dapat satu sms dari tadika
sms tu berbunyi
badan affan panas sangat. n affan cakap affan dah tak larat dan terus terbaring

i terus keluar dari ofis dan masuk kereta
dalam kereta i call mr husband
i btau mr husband
kalau i tengok affan panas sangat
i akan bawa affan ke hospital
mr husband tanya, nak dia pegi sekali ke
of course la kan

so sampai tadika
memang affan tengah tidur
i terus bawa affan n yaya balik rumah
siapkan beg

bila mr husband sampai
kita terus pergi pantai

sampai pantai
kita direfer terus ke emergency
bila diorang cek temperature affan
memang sangat sangat tinggi
40 degrees
terus diorang ambil kain dan lap
buka baju dan diapers
sian affan

sepanjang dalam ER
affan cuma nak abah
affan kalau takut/sedih
memang nak abah je

lepastu doktor datang untuk buat saringan H1N1
tak lama lepastu
i start dengar nurse kat ER ni dok carik single room sebab patient positif influenza A
i dah cuak dah
bila dokter datang
memang komfem
affan la yang kena H1N1 tu
memang kena duduk isolated room

kitorang sampai pukul 1++
pukul 6 baru dapat masuk bilik
sebab tade bilik single yang kosong

naik je tingkat 3
tengok kat pintu bilik tu dah sedia ada meja
atas meja tu ada apron, mask n sarung tangan
sape2 yang nak masuk kena pakai la 3 benda tu

i nak p miting
satg i sambung

Rabu, Julai 17, 2013

journey to the south - pt2

we decided untuk pegi hello kitty and legoland
takkan pergi johor dan tak pergi 2 tempat tu kan

nak carik hotel yang ada packages untuk 4 orang bukan senang
banyak je hotel di johor yang baut pakej keluarga untuk melawat ke legoland / hello kitty
boleh je browse the net dan carik packages yang paling menarik

bila naik flight
kita akan mengharap pada pakej yang ada sekali dengan transportation

tapi bila dah ditimbang tara
dan cari packages
price comparison dan macam macam lagi
we decided untuk beli asing asing

so mr husband book kereta sewa
memula nak ambil savvy je
untuk 24 jam / 2 hari
sebab most of the time kita bukan duduk dalam kereta
so ok la kereta kecil pun
dan sebab membayangkan kereta kecil
i tau kitorang tak boleh bawa luggage besar
tambahan dengan 2 stroller lagi
tapi hari nak pergi johor tu
orang kereta tu cakap savvy tak available dan dia bagi iswara
ok la
sebab cheaper by rm10
so sewa kereta 2 hari rm180 rasanya
ada deposit juga tapi tak ingat

mr husband cari tiket untuk legoland dan hello kitty
carik travel agent dalam net
mr husband jumpa package yang murah di mudah.my

sebab affan tak perlu bayar
kita cuma perlukan 2 tiket dewasa dan 1 tiket kanak kanak
entrance fee ke legoland ialah rm120 untuk adult dan rm90 untuk kids
ini dengan mykad ye
dan entrance ke hello kitty ialah rm55,
little big club pun rm55
tapi kalau beli sekali hello kitty n little big club ialah rm85
jadi, sepatutnya harga tiket untuk 2 adult n 1 kid ialah rm585

tapi dengan agent yang kami beli
harganya adult tix for hello kitty + little big club + legoland = rm165
harga kid tix for hello kitty + little big club + legoland = rm145

Total price ialah rm480 sekali dengan rm5 courier untuk post tix
tickets ni dibeli dengan EazyTravel

I pula kena cari hotel
dah shortlistkan hotel
dan weolls pilih M Suites untuk first night dan Pariss Hotel untuk second night
reason being
tade la menyesal duduk satu hotel je
dan kalau tak suka hotel tu
at least ada chance untuk duduk hotel lain juga

tapi kedua dua hotel yang weolls pilih adalah superb
especially M Suites

ok itu sambung nanti
dah nak balik


Isnin, Jun 03, 2013

pagagnini

kesukaan selain thepianoguys

Isnin, Mei 27, 2013

journey to the south - pt 1

ok
nak buat banyak part sebab nak cerita banyak banyak dan detail pasal journey ke johor

plan dibuat sebulan setengah sebelum pergi
ada offer from airasia
jadi might as well grab the chances
lagipun nak bagi yaya n affan merasa naik plane

bayaran naik kapal terbang adalah super murah untuk 4 orang


harga cuma rm232 untuk round trip kl-johor
dan sebab kita pergi sekeluarga dengan 2 toddlers
i pilih seat awal awal
senang
supaya tak terpisah

harga seat adalah rm6 seorang sehala
bila round trip times 4 pax, jadilah rm48
siap siap order makanan untuk yaya n affan
so total adalah rm304

few days later i tambah lagi makanan n baggage 20kg dan sum up to rm388

masih lagi berjimat

bila dah beli flight ticket
mula la nak fikir pasal perjalanan di sana, tempat yang nak dilawati, transportation, accomodation

so first thing first
mula mula mr husband cadangkan tempat yang nak dipergi

of kos kita akan pergi legoland n hello kittyland

so i start carik packages accomodation + ticket to those places
nak carik yang paling berbaloi baloi

banyak je hotel yang buat package dengan legoland n hello kitty nih

selain dari list out hotels with packages, i juga list out accomodation sahaja
hotels dan juga budget hotels
supaya senang nak baut calculation

sebab ada banyak masa kan
boleh la buat macamtu

untuk cari hotels tu
memula i carik hotel di jb dari agoda.com
bila dah tengok list of hotels di agoda
i bukak website hotel tu satu persatu
i buka juga booking.com , cuticuti.my , sota.travel
untuk tengok harga yang paling menjimatkan

sementara tu
i carik stroller untuk dua orang budak tu

pasal stroller ni ada i tulis dalam entri sebelum nih

sambil tu juga mencari cari macamana nak parking di lcct
nak carik yang murah juga

eh
nanti i sambung


Selasa, April 30, 2013

persiapan untuk bercuti

hahahahh
tajuk tak boleh kalah

ni benda yang menyebabkan i bersemangat nak menjalani hari hari
selalu pergi holiday dekat dekat je
naik kereta sejam dua dah sampai
kalini sebab nak naik kapal terbang
jadi
eksaited adalah terlebih

dan dengan membawa dua orang budak kecil
dan tiada transport
memang akan mendatangkan migrain

preparation mesti kena tip top
supaya perjalanan lancar

trip ini adalah untuk ke johor
boleh cuba pergi dekat dekat dulu
sebelum pergi jauh jauh kan
masa nak beli tiket tu i dah tengok juga tix ke kk, kuching, jakarta pun i tengok
hehehehhehehe

tapi bambang ( i tanak dah panggil mr husband, sebab in real life pun i selalu panggil beliau bambang)
kata nak pergi johor
sebab nak perg legoland n little big club + hello kitty
nak bagi fair sebab yaya dah pegi last year

so start lepas beli tiket
mula la nak carik hotel, packages yang berbaloi baloi
memula dah booked silka hotel untuk 3d2n package
tapi cancelled sebab walaupun murah, dia cuma bagi legoland n hello kitty je, bukan legoland + hello kitty + little big club

pastu mula la rasa baju nak berjalan pun tade
so what we did last sunday was shopping baju macam nak raya
dan yang paling bes
i ada baju yang sama macam yaya
nanti boleh pakai sama sama

dah beli baju
nak beli stroller pulak
i memang ada satu stroller
yang baru few times pakai
tapi
dah lama sangat tak pakai dan warna pun faded
dan ada satu je pun
anak i kan dua orang
dan yaya dan affan memang suka berdukung
masak la nak dukung sepanjang perjalanan

mula mula carik twin stroller
i dah hampir hampir beli cosatto twin bro n sis stroller
sangat sangat comel
tapi out of stock
ada jugak plan nak beli joovy caboose
beli direct from manufacturer
murah. sangat murah
tapi bambang macam tak yakin
lagipun macam nak yang lightweight dan senang bawa

so akhirnya kita beli my dear buggy je
murah pun murah
sangat murah sebenarnya
rm109.90
dua baru 219.80 dan juga free delivery
ini beli terus dari website mydear
penjimatan berganda ganda tau dari bajet asal




sebab dah jimat banyak kan
mula la hati menggeletek nak beli macam macam lagi
nak beli rain cover for each stroller la
bambang macam biasa la, bila i tanya boleh beli atau tak
dia akan kata sukati

tapi itu masih pending
i tatau perlu beli atau tak
macam la akan berjalan di waktu hujan kan
hopefully waktu pegi legoland hari tak hujan
kalau tak mesti i menyesal

bila dah beli stroller
dah i rasa kena carik stroller bag
ngengada kan
tapi carik carik
dan i rasa tak perlu sebab
i dah cek dengan askairasia
kita boleh bawa stroller sampai tangga naik kapal terbang
dan lepas tu baru fold dan bagi pada staf untuk simpan
masa turun kapal terbang nanti dia bagi la stroller tu

bagus la kalau macamtu
dan harapnya semua akan smooth

masa beli tiket haritu
i siap siap order  meal set untuk dimakan dalam flight
sebab i know
my 2 kiddos tu mesti nak makan punya

semalam
sebab i tambah baggage
i pun tunjuk gambar makanan kat diorang
diorang pun nak tambah lagi meal

semalam juga
bambang dah setelkan tickets untuk all parks
tengah nak tunggu tix tu sampai je

affan tak payah beli tiket
sebab i dah email both legoland n hello kitty
i tanya pasal affan yang tahun ni 3 tahun, tapi birthday adalah pada bulan 7
should i or should i not buy entrance ticket for him

ini jawapan dari puteri harbour (hello kitty & little big club)


Hi! Nurul Shahinaz Amiruddin,

Thank you for contacting Puteri Harbour Family Theme Park. We are glad on your interest to visit us.

With reference to your enquiry, we attempted to contact you but regrettably, the call was unanswered.

Kindly note that the entrance fee applies for 3 years old and above. If your son has not reached her third year birthday on the visit date, it is free admission for him.

With this, we have included the fee structure for your easy reference.

Attraction
Ticket Type
Without MyKad
With MyKad
Hello Kitty Town
Adults / Children
RM 75.00
RM 55.00
The Little Big Club
Adults / Children
RM 75.00
RM 55.00
2 Park Pass
Adults / Children
RM 110.00
RM 85.00
Notes :
* MyKad refers to Malaysian identity cardholders
* Free Admission for kids under 3 years old.
We look forward to your visit and have a nice day!

Thank you!
Puteri Harbour Family Theme Park

i suka tau jawapan dari puteri harbour 
sebab email dia adalah personal
bukan macam sekali hantar kepada ramai ramai
(walaupun dia pakai tempelate, tapi nampak personal)
csr yang bagus

compared to legoland
i hantar email dia tanak reply tau
tapi sebab bambang hantar email pakai email company
cepat je dia jawap
dan jawapan dia tak bes

Dear Sir,

Thank you so much for your interest in LEGOLAND parks.

Kid below 3 is FREE.

Hope this information helps.

itu je
tak cakap pun dari siapa ke ape ke
cis
CSR yang tak bagus

so
masih lagi pasal tickets
carik punya carik punya carik
i jumpa satu deal yang sangat sangat menarik hati

sebab price for  hotel + parks package adalah xtremely high compared to the one yang i jumpa
sebab tu i cuba cari satu satu

i dapat package all parks, legoland + hello kitty + little big club dengan harga cuma rm165 per adult and rm145 per kid
murah kan
sebab tiket masuk legoland biasa je dari rm110-140 n puteri harbour 2 parks rm85
dapat harga macamni adalah sangat berbaloi
so we bought 2 adult n 1 kid cuma rm475

we get this deal from eazytravels.com
walaupun published rate dalam tu adalah rm179 for adult and rm162 for kids, 
tapi bila kita contact and ask for rate/invoice
dia akan bagi 165 n 145
so big savings there

for hotels pula
bambang ada kata nak duduk 2 hotels
first night tu nak duduk di hotel dalam jb town
yang second night tu nak duduk kat le grandeur sebab dekat dengan airport
tapi i rasa macam tak berbaloi la plak
le grandeur without breakfast adalah super cheap
tapi bila add on breakfast, adalah extremely expensive
tapi takpe
i nak tunggu hari jumaat ni sebelum book
sebab
agoda ada sale every friday
dan juga boleh check dengan latestays

ok
ini dulu untuk hari ini
nanti ada tambahan
i sambung




Selasa, April 16, 2013

on sickness, birthday and present

weekend was awful. we started our friday night by yaya n affan vomiting non-stop. mr husband patutnya ada tournament bowling, tapi terpaksa tak pegi sebab yaya n affan sakit.so i had a sleepless night sebab affan kena diarrhea jugak. kejap kejap salin pampers, menadah muntah.

tengah malam, sebab i kan tak tidur, bila dah sampai 13 april, mr husband datang bagi birthday present pada i. i terkejut. birthday present adalah sangat menarik. sangat berharga. even ipad / s3 pun tak dapat menandinginya. hikhikhik

macam tak pernah dapat present mahal kan? padahal, handphone, notebook,pun semua mr husband yang belikan. i cuma perlu merengek rengek cakap i tade gajet tu, nanti mr husband mesti akan beli. tapi itu diberi pada hari hari biasa. tapi ini birthday. waktu birthday i tak pernah (ye ke?) dapat present yang sangat precious macam nih. even rantai tangan yang i dapat masa kawen pun tak semahal benda itu.  (a)

pagi sabtu pergi kerja . mr husband bawa yaya n affan pegi klinik. balik kerja, plannya nak pegi kenduri, tapi terpaksa cancel sebab yaya n affan masih muntah muntah. so we stayed at home. malam pergi rumah mak sebab nak sambut birthday.

mak n abah bagi i present (b) . mula mula i tengok iklan dalam surat khabar. masa baca sothabar tu i was at mom's place. pastu i ada la cakap yang i teringin nak beli. terus mak i cakap nanti dia belikan as a birthday present. waaaaaaaaaaaah. i sukaaaaaaaa

since itu adalah sambutan birthday i, siap mak n abah beli kek. i pun bagi present (c) juga pada mak n abah. itu bukan benda berharga, tapi ada semtimental value yang sangat tinggi. mak happy. memula ingat nak bagi masa birthday abah, which is on may 10th. tapi waktu tu papa i pergi umrah. nak tunggu birthday mak atau anniversary mereka adalah sangat lambat.

presentnya itu melalui perjalanan yang sangat jauh. susah payah nak mendapatkannya. lagipun kalau i sorang, mesti takkan dapat bendanya. tapi dengan pertolongan rakan sekerja.ianya menjadi mudah.

cukup untuk hari ini. gammbar malas nak letak. later later la.


a . gold bar
b . pemanggang ajaib
c . buku anak itik hodoh : kumpulan cerita pari pari

Jumaat, April 12, 2013

kyoto protocol

Selasa, Mac 26, 2013

with a few good friend

oke la
lagu tak berapa nak lama
dah lama nak cari
tapi don't bother nak cari

today
while watching little black book
ada keluar penyanyi ni
carly simon
which makes me remember of this song



With a few good friends
And a stick or two
A house is built at a corner called Pooh
With a friend and a stick
Or three or four
A house is built where it wasn't before
With a window here
And there a door
And a nail and peg
For the coat of Eeyore
With a few good friends
And a stick or two
A house is built at a corner called Pooh
With a friend and a stick
Or three or four
A house is built where it wasn't before
Dress it down
Or dress it up
Invite Tigger for tea
And Owl for supper
With a few good friends
And a stick or two
A house is built at a corner called Pooh
With a friend and a stick
Or three or four
A house is built where it wasn't before
With a few good friends...

Sabtu, Mac 23, 2013

on i merajuk, cik zara operate kaki, n mr husband yang sweet

last few days i merajuk dengan bambang
sebab apa eh?
oh
sebab dia selalu kerja malam

nak kerja malam is fine
tapi
bila dah memudaratkan diri
sampai every night pun kerja malam
pukul 9.30 malam pegi keje
pukul 5.30 atau 6 pagi balik rumah
pastu nak siapkan anak anak
pukul 7.30 pagi pegi keje
pukul 6 balik kerja
pukul 9.30 malam pegi keje lagi

and it's still fine by me
kalau dia nak kerja macamtu
i suka je bila dapat duit banyak

tapi bila dah melibatkan kesihatan
sampai kena pegi hospital pukul 3 pagi
benda ni menyebabkan i jadi takut / marah / risau

kalau kerja malam seminggu sekali atau dua kali cukup la
jangan la hari hari
i risaukan kesihatan dia
dan kalau apa2 berlaku pada dia
apa akan jadi pada kids and i
i belum cukup kuat nak hidup without mr husband

so cerita pasal i merajuk ni
even mr husband belikan i burger pun i tanak makan
pastu bila dah pagi, pedih perut sebab lapar

on friday i cakap nak pegi shabu2
sebab nak bagi cik zara happy
hari sabtu dia nak operate kaki
nak buang ketuat

tapi shabu shabu, macam biasa sentiasa full house
so kitorang pegi parade sebab zara nak makan spygeti
pegi kenny rogers

lepas makan
i singgah popular
sementara tu mr husband bawak anak anak pegi mana tak tau

pagi tadi
lepas zara habis operate
operate kaki zara kejap
dan sebab kena bius
dia tak rasa sakit kot
tapi i yang tengok prosesnya tu rasa sangat ngilu
mula2, kena cucuk (yang ni i tak tengok, takut)
masa cucuk tu zara menangis sakit
start dari situ i pegang dia sampai habis proses

lepas dah bius
mula la proses
ada pakai macam dawai bulat
yang letak kat kaki zara
dan macam membakar daging ketuat tu

(i bercakap sebagai seorang layman yang tiada asas medic, so i don't know the terms or even the name of the 'things')

pastu gunting gunting
lepas gunting tu i takut dah tengok
ngeri
mr husband n affan je tengok
sepanjang masa tu i peluk je zara
i duduk tepi katil n zara baring atas katil
terkebil kebil je zara
nasib la dia tak rasa sakit

lepas dah setel semuanya
mr husband hantar i pegi kerja

sampai kerja
i terus keluarkan laptop dari beg
pastu sebelum simpan beg, i tengok la dalam beg kot ada apa apa lagi nak letak atas meja
tengok2 ada benda berbalut kertas gold
terjerit i
bila bukak
tengok ada benda yang dah lama i nak
its an external hard disk

teruja i tau
sangat sangat teruja

setiap kali ada pc fair kat ipoh (which adalah every month)
i cakap kat mr husband i nak beli external hard disk
tapi tak beli pun

memang seronok la dapat prezen
lagipun
i mana pernah dapat prezen mahal mahal
hikhikhikhik

malam tadi
mr husband tanya
"suka ke dapat hard disk. dah berapa lama nak?"
pastu dia hulur tangan
ingat nak apa
rupanya nak suruh hug
ceeeeeh

ey bambang
thanks a lot
i love my new toy
n thanks
sebab sabar dengan i yang merajuk tak sudah nih




Selasa, Mac 19, 2013

karaoke

okeh
ini lagu yang i nak carik next time pegi karok

shae-sayang
agnes monica - teruskanlah (haritu dah pasang lagu ni, pastu i lupa plak cemane nak nyanyi)
wanna ali - lepaskan
liyana fizi - jatuh (belum pernah jumpa pun lagu ni)
iamneeta -  tuhan tolong aku ( ini pun belum pernah jumpa)
tasha manshahar - be mine
najwa latif - sahabat

nak nyanyi lagu rilek rilek je

the last time we went for k session pun
i nyanyi lagu rilek rilek
tade lagu jerit jerit
tade la suara hilang
siap nyanyi lagu aku suka dia of ainan tasneem
mr husband yang tak pernah dengar lagu tu pun boleh nyanyi jugak
sebab muzik sama dari mula sampai habis
hahahhahahah

eh nak nyanyi lagu judika - aku yang tersakiti jugak lah
teman pengganti? lagu sedap tapi key tinggi. nanti malu sendiri

mr husband kalo pegi k
tak habis nak nyanyi my way
haritu nyanyi surti dan tejo
pastu on the way back, dia kata pasni kalau pegi dia nak nyanyi surti dan tejo ulang ulang banyak kali

eh tired tau
bila penat
i suka fikir nak buat akiviti yang menggembirakan

tapi
am gonna be busy until end of march
semoga i bertabah dan dapat mengharungi hari hari dengan gigih



Ahad, Mac 17, 2013

on wedding stories

went to cousin's wedding yesterday

during the wedding
my cousin ni memperkenalkan i dengan his wife
i pun cakap la yang i cousin dia yang dah tua bangka
so this cousin of mine cakap kat wife dia
"nyanyah pernah bawak masa dia pegi dating "
the wife asked "orang yang sama ke?"
merujuk kepada mr husband yang ada di luar

(my family/cousins panggil i nyanyah)

mesti la orang yang sama kan
dan masa tu jugak i rasa macam
"oo maaaai..... i dah tua sangat rasanya"

masa i bawak diorang tu was like 10/11 years back
diorang kecik kecik lagi masatu
bawak adik2 and my cousins pegi klcc

sayang la
sebab dulu i tade gambar dengan mr husband
tade kamera
dulu ada kamera slr pun
tade pun ambik gamba bersama sama
kenapa tah kan

tapi nak letak gamba jugak. gamba masa muda tade. masa dah nak tua sket baru ada.

1 . ini way back in 2005. i tak habis belajar lagi masa ni. February 2005. I habis belajar dalam bulan empat n konvo bulan 8 2005. masa ni mr husband dah start keje dah sebab dia habis belajar end of 2004.


2 . Ini masa 2007. March 2007. Masa ni kerja pun dah stabil. kitorang gedik gedik pegi melancong ke KK. ni gamba dalam flight.

3 . Ini 2010. Masa wedding ain. Masa ni anak pun dah sorang. ah, affan dalam perut. End of May 2010. Affan lahir pada july 2010. Masa ni mr husband baru baik dari sakit.


4 . ini gambar last month. CNY 2013. anak dah dua orang. dah besar n nakal plak tu.

len kali, lagi 10 tahun i ambil gamba waktu kitorang yang masih menten muda tapi anak dah besau. hehehehhe

Isnin, Mac 11, 2013

keteringinan makanan

1 . selesai dah semuanya

2 . zara n affan demam yang agak teruk. mr husband ambil el harini sebab badan diorang pagi tadi panas sangat. pukul 11 tadi i balik sebab mr husband kata affan dah menggigil gigil. bila sampai klinik, elok je melompat lompat. tapi tanak makan. macam macam kitornag beli nak bagi yaya n affan makan. yaya nak kek. beli kek, siap tiup lilin nyanyi lagu birthday bagai. las las makan icing flower dan chocolate rice je. affan makan beberapa biji grapes je. beli jugak apples n oranges sebab doktor suruh minum juice. nak juice yang sihat dan tanpa perisa dan pengawet tambahan, kena blend sendiri. i kupas kulit je. nanti pandai la mr husband buatkan.

3 . nak makan seafood carbonara. balik nanti nak beli dory fish fillet sebab nak masukkan dalam carbonara. waaaahhh.... macam banyak je masa nak memasak.

4 . tapi sebab google resipi, nampak sambal tuims ikan bilis / udang petai. pun rasa teringin jugak. aiiisshhhh. ini tak boleh jadi