Sabtu, Disember 01, 2012

on kiddos lagi

selalu kan
kalau i tengah main dengan kiddos
selalu akan ada satu feeling yang macam ni:
"jangan la apa apa yang buruk berlaku pada anak anak i"


sebab i tau
hidup i adalah untuk mereka
i tak dapat bayangkan macamana hidup i kalau diorang tade

memang la waktu cuti ni macam hari hari pun diorang pegi rumah tok mama
dan i memang saja ambil diorang lambat lambat
macam pukul 9 malam baru ambil
reasong being
sebab si affan yang tak fun ni
kalau duduk dengan i
seminit je dah merengek rengek
meragam tak tentu pasal
mengada ngada

mak n abah kata
kalau zara n affan duduk rumah diorang
tade langsung nangis nangis nih
dan diorang pun hepi je duduk rumah atok n tok mama



ini gambar masa pergi gunung lang haritu
diorang punya seat tade bumbung
tu yang zara tunduk tanak angkat kepala
panas katanya


oke la
mr husband pun i sayang jugak
walaupun gemok
i sayang banyak banyak

oh
tadi masa nak pegi keje
i dah berdiri di pintu
mr husband pun kat luar
pastu dia masuk balik
masa nak masuk tu
sempat pegang pinggang i dan cakap "gemok"
eeeeeeeeeerghh
mana bleh kata i gemok kan
so i said "at least i gemok sebab i beranak dua. awak gemok sebab apa? sebab makan banyak kan"

[hey bambang, 7 tahun i berchenta dengan awak, i tak gemok pun, kan! sepanjang 7 tahun tu awak je kot yang membesar bagai juara ]

pastu bila dah masuk kereta
i cakap pada mr husband "stress i. awak tak boleh tau, cakap i gemok"
dan mr husband cakap
"kalau cakap comel bleh?"
ai jawap "comel, boleh"
dan sebab dia nak menyakitkan hati i dia pun cakap "comel" sambil buat tangan quote. 

eeeeeeeeeeeergh



back kepada chenta hati i dua orang ni
pagi tadi tcer oda diorang sms i cakap nak bawak pegi gua kek look tong untuk bagi ikan makan
tok mama pun cakap nak bawak balik kampung
tapi i bagi diorang ikut tcer oda dulu
sebab kejap je



i tatau diorang ni tau atau tak sebenarnya dalam hati i ni
penuh sangat untuk diorang

haritu (hari rabu lepas)
masa i sibuk sibuk siap pegi kerja
i bukak almari dapur dan ambil pringles pizza n letak dalam beg kerja
masa tu affan dok mengekor i
pastu affan cakap
"mama, nak pizza"
i macam, apehal budak ni nak pizza pagi pagi buta nih
i bitau affan, nanti malam baru pegi pizza

i masuk bilik untuk bersiap siap
affan still lagi cakap nak pizza
i pun dok kata, nanti la pegi pizza

bila sampai tadika
affan cakap "nak kopok perpel"
i tengok dalam beg affan tade kopok warna pepel. kopok tamtam ada la
i bitau affan, kopok biru je ada. mana ada kopok pepel.
affan takmau
i korek korek lagi ada kopok lain
pun affan takmau

i pun macam sibuk sibuk nak pegi keje dah
bila dah naik kereta
i macam terfikir nak tengok balik pringles yang i letak dalam beg
rupanya pringles tu perisa pizza
agaknya itu pizza yang affan nak

dan
walaupun i tau i'm going to be late
i tetap patah balik
i nak jugak hantar pringles perisa pizza tu pada affan
i tanak ada rasa kesal

bila i sampai tadika
i bagi affan
n he said "haaaaaaaa....."
dengan nada eksaited
itu rupanya pizza yang affan nak
i tot dia nak makan kat pizzahut ke, dominos ke
rupanya nak pringles perisa pizza je

i sms mr husband
cerita pasal the whole incident
n mr husband cakap "dunia affan kecil je"

memang dunia affan kecil
dalam dunia affan
ada kawan kawan dia je
ada orang orang yang dia kenal je
ada tempat tempat yang dia tahu je

dan
ini juga masanya untuk i lepaskan zara
tok mama nak bawa zara pegi holiday ke johor n terengganu untuk 7 hari
akan jadi masa yang paling lama untuk i berpisah dengan zara
mr husband dah start sedih sedih
berat hati nak lepaskan zara
dia kan rasa zara tu little baby lagi

padahal
tahun depan dah nak kena daftar zara masuk darjah 1
hahahhahah






4 ulasan:

anggun berkata...

Mmg bg kite mak2 ni, anak2 adalah yang paling penting skali...

Wanafzan berkata...

Lil girl always b a lil girl ..

nZaOdonut berkata...

macam tacingg plak entry ni..adehhh :(

Anis Samik berkata...

agak nya macam ni lah mak anis rasa sepanjang besar kan anak-anak dia kan.. tp tak pernah tau sebab nya mak tak pernah cerita.. yang anis tau, mak sanggop bekorban apa je untuk anak-anak dia! macam akak buat kat affan yang x fun tu! :) xpe, harap-harap zara selamat dengan tok mama.. btw, akak "comel"! haha! :P