Isnin, Julai 16, 2012

persiapan untuk hari raya

Baju raya zara n i dah tempah
akak yang jahitkan baju tu kata kalau kain cotton i tu ada lebih, dia akan batkan juga baju zara sebab kain tu bidang 60
baju affan pun dah tempah hari sabtu haritu
baju mr husband je belum tempah

pagi tadi i tanya mr husband
"bila nak tempah baju awak? seminggu sebelum raya?"
hahahahahahahha

tahun ni memang i tanak jadi macam tahun lepas
tempah baju seminggu sebelum raya
hasilnya
i dapat baju raya a day before raya haji
mr husband n affan punya baju pulak tempah dengan harga rm500++
tak ke membazir

tahun lepas
malam raya tu la mr husband n i gigih berjalan area greentown cari baju raya yang sepasang untuk zara n i
its not easy nak cari baju yang sepasang dengan saiz zara yang sangat kecil dan i yang agak agak gemok ni
dengan nak cari baju
dengan nak ambik sate
dengan nak ambik cheese tart
memang busy gile la a night before raya tahun lepas
belum kira dari pagi i dah sibuk
pegi pasar beli ayam 3 ekor
(eh, last year i buat rendang tak untuk mr husband?)
nasib baik zara n affan pegi rumah acikHa
pastu hantar plak diorang ke rumah mak
nak kena iron baju raya lagi
sebab keda dobi semua dah tanak ambik untuk iron

jadi tahun ni i jadi orang yang berhemah
sebelum puasa lagi i dah paksa mr husband pegi jakel
supaya i boleh pegi tempah baju cepat cepat
supaya boleh dapat cepat cepat
supaya boleh hantar iron cepat cepat

tapi
raya tahun ni i balik kl
jadi i tak perlu nak busy busy masak
tapi biasanya kalau raya
mesti la anak anak bagi kuih raya kat parents kan
i belum tempah apa apa kuih lagi
i baru tempah cheesetart untuk bagi mak n mak mertua

haaaaa
sebab i kan orang yang berhemah
tahun ni i dapat tempah baju dengan kadar yang sangat sangat murah
baju i tempah dua pasang cuma rm55
baju zara rm10 sepasang
baju affan rm15 sepasang
murah sangat sangat.

Tiada ulasan: