Khamis, Julai 26, 2012

on puasa and Ipoh buffet price list

dah 6 hari puasa
Alhamdulillah
i diberikan kesihatan yang baik sepanjang 6 hari ni
cuma bila dah petang petang
mula la rasa nak termuntah
mebbe sebab perut dah mula lapar

dan
sejak sejak sedar diri dah tua
i dah mula bangun untuk bersahur
be it 5 am ke, 3am ke
mesti kena bersahur
kalau tak lembik la
kelmarin konon konon kuat
cuba la minum air je untuk bersahur
rupanya
bila sampai petang
i memang lembik

mungkin jugak sebab semalam kabinet dapur sampai
so tengah hari tu balik kejap busy kemas dapur
pastu pegi keje
balik keje tengok mr husband dah nak siap kemas balik dapur yang dah letak almari tu

buka puasa sepanjang 5 hari ni pun
i cuma makan separuh pinggan nasi dengan lauk
dalam seketul dua kuih
tapi i minum almost 2 litre air dari berbuka sampai sahur

semoga raya ni i jadi lebih kurus
sebab dah more than 2 months i gemok macam orang pregnant

makan kat rumah boleh la kan
makan sepinggan je
ce kalau gedik nak pegi makan buffet
mesti makan kenyang kenyang macam ular sawa

nyway
sebab tiap tiap tahun pun i buat
ni pun i nak keluarkan list buffet berbuka di sekitar ipoh
kita start dengan yang murah ke yang paling mahal la ye

1 . d'polo cafe (lan's katering) - rm24.90
2 . Restoran Simpang Tiga      - rm26
3 . Dubliners Cafe                  - rm27
4 . Syuen Hotel                      - rm29.99
5 . Ritz Garden Hotel             - rm32
5 . Tower Regency Hotel       - rm35
6 . Clearwater sanctuary         - rm35
7 . Excelsior Hotel                  - rm35.99
8 . Heritage Hotel                   - rm43
9 . Impiana Hotel                   - rm53
10 . Kinta Riverfront Hotel     - rm55
11 . Impiana Hotel                 - rm63


ni je la yang i dapat kumpul
ada lagi few others yang i tak sempat nak cek harga

still
kat ipoh ni
harga buffet berbuka masih murah compared to other states

hotels yang i letak kat atas tu ada sijil halal dari JAKIM/JAIN/MAIN
except for kinta riverfront
mebbe sebab tu hotel baru kot
mebbe diorang dalam proses apply
ada jugak yang sijil halal dah tamat tempoh
tapi tak sure pulak yang mana
boleh la cek pada laman web jakim ye

pokok pangkalnya
tepuk dada
tanya selera
berbuka satgi nak makan apa






Isnin, Julai 23, 2012

that i love

i can listen to

1 . ray mak
2 . ThePianoGuys
3 . and all versions of pachebel canon in d

all day long

Isnin, Julai 16, 2012

persiapan untuk hari raya

Baju raya zara n i dah tempah
akak yang jahitkan baju tu kata kalau kain cotton i tu ada lebih, dia akan batkan juga baju zara sebab kain tu bidang 60
baju affan pun dah tempah hari sabtu haritu
baju mr husband je belum tempah

pagi tadi i tanya mr husband
"bila nak tempah baju awak? seminggu sebelum raya?"
hahahahahahahha

tahun ni memang i tanak jadi macam tahun lepas
tempah baju seminggu sebelum raya
hasilnya
i dapat baju raya a day before raya haji
mr husband n affan punya baju pulak tempah dengan harga rm500++
tak ke membazir

tahun lepas
malam raya tu la mr husband n i gigih berjalan area greentown cari baju raya yang sepasang untuk zara n i
its not easy nak cari baju yang sepasang dengan saiz zara yang sangat kecil dan i yang agak agak gemok ni
dengan nak cari baju
dengan nak ambik sate
dengan nak ambik cheese tart
memang busy gile la a night before raya tahun lepas
belum kira dari pagi i dah sibuk
pegi pasar beli ayam 3 ekor
(eh, last year i buat rendang tak untuk mr husband?)
nasib baik zara n affan pegi rumah acikHa
pastu hantar plak diorang ke rumah mak
nak kena iron baju raya lagi
sebab keda dobi semua dah tanak ambik untuk iron

jadi tahun ni i jadi orang yang berhemah
sebelum puasa lagi i dah paksa mr husband pegi jakel
supaya i boleh pegi tempah baju cepat cepat
supaya boleh dapat cepat cepat
supaya boleh hantar iron cepat cepat

tapi
raya tahun ni i balik kl
jadi i tak perlu nak busy busy masak
tapi biasanya kalau raya
mesti la anak anak bagi kuih raya kat parents kan
i belum tempah apa apa kuih lagi
i baru tempah cheesetart untuk bagi mak n mak mertua

haaaaa
sebab i kan orang yang berhemah
tahun ni i dapat tempah baju dengan kadar yang sangat sangat murah
baju i tempah dua pasang cuma rm55
baju zara rm10 sepasang
baju affan rm15 sepasang
murah sangat sangat.

Rabu, Julai 11, 2012

happy 2nd birthday Asyraf Zharfan

it's my son's birthday today
he's already 2 years young
he was born at 12.30 pm on Sunday, July 11th 2010

Affan adalah seorang yang cepat besar
even when he was 21 days, he looks like he's already 2 months
2 days after mom n dad shaved his hair bald
kepala dia dah hitam balik dengan rambut


Affan serang yang cepat belajar juga
my dad keep on saying "kalau ajar zara, affan pun akan tahu juga"
sebab dia akan ikut apa yang kakak dia buat
dia akan nyanyi lagu lagu yang kakak dia nyanyi
dia akan ulang balik segala apa yang kita cakap

affan mula berjalan when he was 10 months
When he reached a year old, he can run, he can speak simple words
semua yang jumpa affan akan cakap affan pandai bercakap

masa raya tahun lepas
masa tu affan baru dalam setahun sebulan atau dua bulan
tok mama was very impressed sebab bila tok mama tanya affan mana tok mama punya shoes
affan boleh bagi kat tok mama
even sepasang kasut tu letak jauh between each other
affan boleh bagi dan hand it over to tok mama

affan suka kiss kiss orang yang dia sayang
dia selalu kiss i
selalu kiss kakak yaya
tapi affan suka gaduh dengan abah dia

mebbe affan rasa dia adalah si "protector" dan bukan abah dia
tapi kalau takut dia nak abah

affan adalah sweet talker juga

tapi affan pemalas
sangat berat tulang
jangan harap la dia nak tolong kemas even kalau dia buat sepah
selalunya kakak yaya je kena buat/kemas

kalau suruh dia tolong nanti dia akan kata dia penat la
ataupun dia akan suruh kita buat sendiri

oooh
haritu dia ada nampak awek awek masa nak beli kuih
pastu dia jerit kat awek awek tu "hi, affan ada duit syiling"
sambil tunjuk duit syiling dia
dia faham konsep yang nak tekel awek kena ada duit
hahhahahahahha

dan affan
affan cuma nak pada girl yang cantik
biasanya kalau awek awek cantik
dia bagi la dukung dia
awek seksi ke
memang budak lelaki affan ni

ok la
happy birthday affan
malam ni lepas kelas muzik kakak
kita pegi rumah atok
atok nak ceebate birthday affan


Sabtu, Julai 07, 2012

me and the dilemma

i tengok ramai kawan kawan i sedang pregnant
baru bersalin

i nak tambah anak pun nak pk sejuta kali
i know
anak tu rezeki
tapi
cukup ke masa nak bagi kasih sayang pada anak anak tu semuanya
masa tu cukup ke untuk anak anak
i ni balik kerja pun macam dah nak pengsan
nak buat kerja rumah lagi
bila masa nak layan anak lagi

tu anak belum sekolah
baru pergi kindergarten
pun i dah sakit sakit
tengah hari nak ambil zara balik dari tadika
dalam keadaan panas terik
dari ofis sejuk aircond
masuk kereta panas macam 100 degrees
memang masak la
hari hari sakit kepala

dengan music lesson diorang lagi
zara hari rabu dan affan hari khamis
berkejar kejar
tu pun sekarang zara tengah stop pegi ballet
sebab dia asyik cakap dia tanak buat kalau i tak masuk kelas dia
eeeey
mana ada parent yang masuk skali dalam kelas
padahal zara pandai je ikut instructions
dan dia memang boleh menari ballet
tapi mesti nak i ada sekali dalam kelas

belum lagi nak hantar diorang pegi mengaji
nanti nak hantar diorang pegi enopi ke
semua tu consume time + energy

balik kerja nak kena pergi tadika
biasanya budak budak tu tanak ikut i balik
diorang suka ikut acikHa
tapi bila diorang balik rumah malam malam
nak bagi diorang makan
nak kemas tempat makan
nak kemas sepah sepah
nak bancuh susu
nak tidurkan diorang


diorang bukannya robot yang apa je kita cakap diorang akan ikut
diorang tu manusia
ada kehendak sendiri
nanti nak ber-tantrum la
nak tengok shinchan debelum tidur
nak muntah dulu lepas makan


and i don't know if i can manage to handle another kid


i want the best for my kids
i want them to be raised with love and care
i tanak diorang rasa terbiar
i nak ada untuk diorang

tapi
some people
they just don't understand
i was being selfish?
no. i'm not
i know what i want for my kids

memang ada je orang boleh beranak ramai ramai
tapi are they sure that takde anak yang rasa terpinggir
diorang pasti ke anak anak diorang dapat cukup kasih sayang
are they able to be there for their kids sepanjang masa
kalau dari 3 bulan sampai habis sekolah rendah duduk kat nursery apa maknanya
u r only seing your kids waktu diorang nak tidur
r u being fair to your kids?

ataupun u let your maid handle your kids
alasannya u work
u need to get lots of monies for your family
eeey
budak budak ni bukannya nak tengok duit berkepuk kepuk
memang la diorang nak macam macam
nak permainan mahal mahal
nak beli macam macam
tapi diorang lagi suka kalau dapat spend time dengan their parents

i belum cukup masa nak spend dengan my kids
kadang kadang hari sabtu i tersangat penat
i nak tidur
dan i marah bila kiddos bising bising nak main
i know i'm not being fair to them
macam tu nak tambah anak lagi?

tak payah nak bagi syarahan panjang lebar pada i kalau
1 . your parents are taking care of your kids
2 . your maid are taking care of your kids
3 . you send your kids to nursery/babysitter from morning to evening
4 . you are a stay at home mom

tapi
u can give me a long talk (and i will listen) if u are
1 . the one who fetch your kids daily to and from school, where u used up your lunch time to fetch your kid from school (sebab u can't find any other transportation for your kids)
2 . you have 2 jobs + kids
3 . you don't have maid to help you with chores

nak beranak memang senang
tapi nak make sure anak yang dilahirkan tu mendapat kasih sayang yang cukup
dan to spend quality time with them is not easy
to give good education is also not easy and not cheap
nak hantar little one ke nursery/babysitter pun adalah sangat mengguris hati

then how?

I'm already in my 30's
I am easily exhausted
I don't have much energy
I'm not rich but I try to give the best for my kids
Untuk mereka membesar dalam kasih sayang
Untuk memenuhi kehendak dan keperluan mereka

I do love little baby
But I don't know if i can afford to have one

I already have zara n affan
and I am already more than happy and thankful to be blessed with two
energetic, clever and beautiful kids



Isnin, Julai 02, 2012

entry berlagak

Hari sabtu patutnya pegi beli monthly groceries 
tapi mr husband kata kiddos dah banyak aktiviti on saturday
so nak pegi on sunday instead

aktiviti apenye tah
i balik keje tengok kiddos ada dalam bilik
mula mula i pun lepak dalam bilik dengan diorang
pastu diorang dah main koyak koyak kertas atas katil
i pegi depan dan tido
pastu affan datang n tido sekali dengan i

i bangun tido
yaya n abah dia still dalam bilik tengah tido
dah bangun semuanya mr husband mandikan diorang dekat luar
budak budak ni memang tunggu hari cuti sebab nanti abahnya akan pasangkan pool 

lepas mandi
diorang makan nasi
lepas makan nasi, makan jajan plak
lepas maghrib acikHa diorang datang
bawak diorang balik rumah

mula mula mr husband n i lepak kat rumah
pastu i dah bising2 lapar
sampai rasa nak muntah
i hampir hampir order pizza
pastu mr husband kata nak makan tomyam plak

kluar carik kedai makan
kawasan gunung rapat dan sekitarnya adalah tempat tak bes nak cari makan
kedai ada je
tapi tak sedap

mula mula kitorang pegi kedai de palma
dah duduk lama tade orang ambik order
bila mr husband panggil pun dia ak datang
mr husband pegi kat pakcik kat kaunter tu
cakap nak order
i nampak la pakcik tu angguk2
tapi still tak ambik order
dan i terus ajak mr husband pegi

kalau ko tanak amek order kitorang
kitorang pun tak teringin nak makan kat kedai ko

eeeey
diorang ni tau tak
mr husband n i
kalau makan bukan stakat mintak air sirap 2 dan nasik goreng 2
koman2 kitorang akan mintak nasik, tomyam, siakap 3 rasa ke
even kalau tak makan tomyam pun, mesti kitorang akan mintak 2 jenis makanan sorang
memang tak rugi la ambik order dari kitorang yang bermurah hati nak sedekah duit banyak banyak kat orang kedai 
i memang fedap betul dengan orang kedai yang sombong
komfem la i takkan pegi kedai tu lagi

so kitorang pegi kedai sebelahnya
seb baik pelayan tu senyum senyum je
mr husband yang memula order nasik goreng ayam terus tukar siakap 3 rasa
hahahahahhahaha

dah makan kenyang kenyang
ambik kiddos kat rumah acikHa
acikHa cakap
afan tengah main, tiba tiba terus menangis panggil mama
mesti dia dah ngantuk dan teringatkan mama

tu la
i dah cakap dah
budak dua orang tu
kalau tido
mesti nak dengan mama n abah dia
kalau tak
takkan la i atau mr husband pergi kursus
kitorang sanggup balik hari
ulang alik ipoh-kl
semata mata nak tido dengan kiddos

sat gi sambung entry kedua pulak