Jumaat, Februari 10, 2012

rutin seharian

banyak benda nak tulis
kalau i kat rumah sambil sambil doing the house chores tu
banyak je benda yang i fikir nak tuis dalam blog
sampai ofis, bukak blog dah tade idea

kalau kat rumah pun macamtu
bukak laptop/phone ingat nak tulis blog
tapi tertengok tivi la, terlipat kain la, terbuat susu la
lama lama lupa terus

kerja rumah sentiasa banyak tak habis habis
tapi haritu i baca satu buku ni
dan i try untuk praktikkan
at least pagi pagi tak busy sangat
sebab pagi, kita tak tahu apa yang akan jadi
kadang kadang bangun lambat
kadang kadang anak meragam

biasanya
lepas balik kerja
sebelum ambil budak budak di tadika
i akan singgah rumah
samada sediakan benda benda yang nak masak for dinner
atau terus masak/sediakan makanan for the kids bila diorang balik rumah
pastu pukul 5 atau paling lewat 5.10 baru ambil diorang kat tadika
(my working hours adalah dari 8.30 - 4.30 daily dan i biasanya ambil dalam 10 minutes untuk sampai rumah)
sampai tadika i akan duduk duduk di situ
check apa yang patut
tunggu budak budak main
pukul 6 - 6.20 balik rumah

sampai rumah
i akan bagi zara n affan makan
tak kisah la makanan ringan atau berat
zara n affan suka makan mushroom soup, sweet corn (yg macam corn in cup tu), ataupun leftover food yang di re-heat
ini adalah untuk mengisi perut
kalau mushroom soup tu i dah siap siap masak sebelum ambik diorang kat tadika
supaya bila diorang balik
sup dah sejuk
kalau tak jenuh juga nak tiup bagi suam
sama jugak dengan corn
i steam awal awal, jadi bila diorang balik i cuma perlu gaul dengan magerine, susu, garam n gula je
kadang kadang diorang suka je makan telur rebus
tak pun fries n chicken fingers

kalau i tak sempat nak masak apa apa
ataupun tade makanan yang boleh dimasak
diorang akan makan yoghurt / calsiyum
affan boleh makan 4 bekas calsiyum in one go

sementara diorang makan
i akan kemas beg tadika diorang
masuk baju kotor dalam bakul
refill baju / pampers / susu
kalau baju dah 3/4 bakul, then basuh baju
dan i akan prepare untuk masak dinner

kalau budak budak tu dah kenyang
i akan masak dinner untuk mr husband n i je
tapi kalau dioang makan light petang tu
i masak la dinner untuk diorang jugak
kalau nak senang i masak nasi goreng je
cara nak masak nasi goreng diorang lain dengan masakan untuk mr husband n i
diorang punya totally no chillies sebab afan sangat tak tahan makan pedas
biasanya i letak ayam, fishball and mix vege banyak banyak je

untuk mr husband n i pulak
biasanya i masak bihun, mee, koayteow goreng ke
ataupun nasik lemak / nasi goreng
tapi 2 malam sudah i masak chicken chop
dan sangat seronok sebab i dah pandai buat mushroom sauce
sebelum ni tak pandai so i pakai mushroom soup je
sekarang saya sudah pandai
hehehehehhehe

lepas budak budak tu makan i akan mandi dengan diorang
lepas mandi diorang akan duduk depan tivi tengok PHDC
masa ni samada i akan masak atau i dah habis masak
sambil tengok tivi tu diorang akan main main
kadang kadang main basikal di halaman rumah
mr husband biasa akan sampai rumah dalam pukul 8.30 - 9 pm
kadang kadang bila mr husband mandi, budak budak ni pun sibuk nak mandi jugak
kalau diorang mandi dengan mr husband, i akan makan malam
lepas diorang mandi diorang akan sambung main sambil menyepahkan rumah
waktu ni biasanya i akan siap letak kain yang dah dibasuh on hanger
supaya pagi esoknya senang nak bawak keluar rumah

sekarang mr husband dah pandai basuh kuali kalau dia orang terakhir makan
dan dah pandai letak leftover dalam tupperware dan letak dalam peti ais
kalau tak sebelum ni i yang kena buat semuanya

beg beg budak dan beg i pun dah siap siap letak berbaris depan pintu supaya senang esok pagi nak letak dalam kereta
mr husband pun dah pandai letak beg kerja dia sekali dengan beg kitorang
sebelum tidur siap siap baju zara n affan untuk pagi esoknya
bancuh susu dan bawak budak budak tidur

pendek kata
bila balik rumah
macam tade masa nak berehat langsung
sebab tu la i dah pandai tidur awal
lagipun letak je kepala atas bantal
memang tak lama lepas tu terus tidur

kadang kadang tengok tv kat ruang tamu pun boleh tertidur
kalau tengok tv dalam bilik memang tak payah cakap la
5 minit je kot, pastu tivi yang tengok i



Tiada ulasan: