Rabu, Februari 29, 2012

on schedule and kids

Harini affan akan start his music lesson at MusikGarten
i ni kan asyik bertangguh je nak pegi hantar affan music lesson kan

after two months of sending zara to ballet
i rasa i boleh cope dengan schedule
so might as well i add up another activity for the kids

lagipun haritu masa mr husband duduk dengan affan kat luar kelas ballet zara
affan akan buat apa yang cikgu tu tunjuk
sampaikan mr husband soh i tanya cikgu ballet tu kalau affan boleh join the class

sah sah la tak boleh kan sebab diorang cuma ambil budak yang minima lahir tahun 2008
katanya tulang belum keras
lagipun mr husband tengok one of the assistant teacher is a guy
yang sangat nampak kelelakian walaupun ajar ballet

ape tah bambang nih
kata nak hantar affan kelas jujitsu
tak match langsung dengan ballet

oleh sebab affan suka ikut kakak yaya dia
so i enroll dia dalam musikgarten
afterall, the activity lebih kurang je
banyak movement

so schedule affan adalah on wednesday 8.30pm
zara pulak ada ballet class every thursday at 6 - 7pm
dan sambung dengan music class at 8-8.45

i rasa thursday adalah hari yang akan jadi busy
sebab pukul 9 mr husband ada futsal
i kata lepas zara kelas, boleh la i pegi tengok dia main
boleh plak dia kata i yang seronok nak tengok
bukan budak budak yang seronok

i rasa budak budak tu suka je kalau beraktiviti di luar rumah
tapi kalau diorang penat, tade la i bawak diorang pegi tengok abah diorang main bola

tu pasal schedule and the kids

pasal lain pulak

my mom dah pandai pegi port mr husband n i main boling
semalam i called my mother
she said she went for bowling at GM
hoooiiihhhh
pandai pulak mak aku nih nak main boling

last sunday mr husband n i pegi boling
dan kalini nasib i adalah baik sebab kurang masuk longkang
hahahahhahahaha
tu la i cakap
kalau i pakai baju yang salah
i akan keep on masuk longkang
tapi kalau i pakai baju yang betul
i akan strike dengan jayanya

so that pink shirt akan jadi my lucky shirt
hahahahahahhahahahahha

Khamis, Februari 16, 2012

Published with Blogger-droid v2.0.4

Me

Kalau dh balik pun after 9, takboleh la kot nak mencabar kredebiliti i sbg mak. Tak perlu la jugak dah balik keje baru nak tanya khabar anak. Kalau ambil berat sangat, awal awal lagi dah tanya , tanya jugak macamana I nak uruskan affan while zara dalam ballet class. Tapi zara tak pegi pun sbb dia tertidur masa nak pegi kelas


Penat tau bila i hav to do everything on my own. I tot urusan rumah n anak2 tanggungjawab bersama, tapi kalau i dah mandikan anak n u pun mandikan anak lagi, sampai anak jatuh dalam bilik air buat apa. Cari penyakit namanya tu


I took my lunch break to bring my son to the clinic, did i ask fr your help? Takde kan. I buat je sendiri.


I wont Ask bcos it's not worth asking. I just want u to appreciate. Help me keep the house running. Help me to raise the kids , not spoilt them.


Dah


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat, Februari 10, 2012

rutin seharian

banyak benda nak tulis
kalau i kat rumah sambil sambil doing the house chores tu
banyak je benda yang i fikir nak tuis dalam blog
sampai ofis, bukak blog dah tade idea

kalau kat rumah pun macamtu
bukak laptop/phone ingat nak tulis blog
tapi tertengok tivi la, terlipat kain la, terbuat susu la
lama lama lupa terus

kerja rumah sentiasa banyak tak habis habis
tapi haritu i baca satu buku ni
dan i try untuk praktikkan
at least pagi pagi tak busy sangat
sebab pagi, kita tak tahu apa yang akan jadi
kadang kadang bangun lambat
kadang kadang anak meragam

biasanya
lepas balik kerja
sebelum ambil budak budak di tadika
i akan singgah rumah
samada sediakan benda benda yang nak masak for dinner
atau terus masak/sediakan makanan for the kids bila diorang balik rumah
pastu pukul 5 atau paling lewat 5.10 baru ambil diorang kat tadika
(my working hours adalah dari 8.30 - 4.30 daily dan i biasanya ambil dalam 10 minutes untuk sampai rumah)
sampai tadika i akan duduk duduk di situ
check apa yang patut
tunggu budak budak main
pukul 6 - 6.20 balik rumah

sampai rumah
i akan bagi zara n affan makan
tak kisah la makanan ringan atau berat
zara n affan suka makan mushroom soup, sweet corn (yg macam corn in cup tu), ataupun leftover food yang di re-heat
ini adalah untuk mengisi perut
kalau mushroom soup tu i dah siap siap masak sebelum ambik diorang kat tadika
supaya bila diorang balik
sup dah sejuk
kalau tak jenuh juga nak tiup bagi suam
sama jugak dengan corn
i steam awal awal, jadi bila diorang balik i cuma perlu gaul dengan magerine, susu, garam n gula je
kadang kadang diorang suka je makan telur rebus
tak pun fries n chicken fingers

kalau i tak sempat nak masak apa apa
ataupun tade makanan yang boleh dimasak
diorang akan makan yoghurt / calsiyum
affan boleh makan 4 bekas calsiyum in one go

sementara diorang makan
i akan kemas beg tadika diorang
masuk baju kotor dalam bakul
refill baju / pampers / susu
kalau baju dah 3/4 bakul, then basuh baju
dan i akan prepare untuk masak dinner

kalau budak budak tu dah kenyang
i akan masak dinner untuk mr husband n i je
tapi kalau dioang makan light petang tu
i masak la dinner untuk diorang jugak
kalau nak senang i masak nasi goreng je
cara nak masak nasi goreng diorang lain dengan masakan untuk mr husband n i
diorang punya totally no chillies sebab afan sangat tak tahan makan pedas
biasanya i letak ayam, fishball and mix vege banyak banyak je

untuk mr husband n i pulak
biasanya i masak bihun, mee, koayteow goreng ke
ataupun nasik lemak / nasi goreng
tapi 2 malam sudah i masak chicken chop
dan sangat seronok sebab i dah pandai buat mushroom sauce
sebelum ni tak pandai so i pakai mushroom soup je
sekarang saya sudah pandai
hehehehehhehe

lepas budak budak tu makan i akan mandi dengan diorang
lepas mandi diorang akan duduk depan tivi tengok PHDC
masa ni samada i akan masak atau i dah habis masak
sambil tengok tivi tu diorang akan main main
kadang kadang main basikal di halaman rumah
mr husband biasa akan sampai rumah dalam pukul 8.30 - 9 pm
kadang kadang bila mr husband mandi, budak budak ni pun sibuk nak mandi jugak
kalau diorang mandi dengan mr husband, i akan makan malam
lepas diorang mandi diorang akan sambung main sambil menyepahkan rumah
waktu ni biasanya i akan siap letak kain yang dah dibasuh on hanger
supaya pagi esoknya senang nak bawak keluar rumah

sekarang mr husband dah pandai basuh kuali kalau dia orang terakhir makan
dan dah pandai letak leftover dalam tupperware dan letak dalam peti ais
kalau tak sebelum ni i yang kena buat semuanya

beg beg budak dan beg i pun dah siap siap letak berbaris depan pintu supaya senang esok pagi nak letak dalam kereta
mr husband pun dah pandai letak beg kerja dia sekali dengan beg kitorang
sebelum tidur siap siap baju zara n affan untuk pagi esoknya
bancuh susu dan bawak budak budak tidur

pendek kata
bila balik rumah
macam tade masa nak berehat langsung
sebab tu la i dah pandai tidur awal
lagipun letak je kepala atas bantal
memang tak lama lepas tu terus tidur

kadang kadang tengok tv kat ruang tamu pun boleh tertidur
kalau tengok tv dalam bilik memang tak payah cakap la
5 minit je kot, pastu tivi yang tengok i



Jumaat, Februari 03, 2012

clone war

mr husband kata makin hari affan semakin jadi zara
macam clone

semalam lepas mandi
dah siap pakai baju
affan asyik cakap
"nak jalan... nak jalan.... nak jalan"
tanpa henti
sampai la kitorang semua keluar rumah baru dia diam

sebabnya
masa dia mandi i cakap lepas ni nak pegi jalan
tu yang dia tuntut

masa kat rumah mak last 2 weeks pun sama
lepas makan i pun cakap la "lepasni nak balik"
affan dengar je keyword nak balik tu
terus dia cakap "nak balik"
bila i buat tak peduli
dia melalak
saaaaaaampai la i keluar dari rumah mak untuk balik baru dia diam

malam kelmarin zara nak tidur dengan i
sebelum tidur dia nak i tepukkan dan peluk dia
dan affan
menjerit jerit sambil suruh yaya tepi
dia keep on cakap "yaya tepi.. yaya tepi... yaya tido abah, affan tido mama"
padahal sebelah i satu lagi kosong je
dia tetap tak bagi zara tdo sebelah i

semalam jugak
masa mr husband balik keje
masa mr husband masih dalam kereta
i saje je la pegi kat mr husband
i kiss mr husband
masa tu zara n affan kat luar tengah main basikal
bila affan tengok i kiss mr husband
dia terus cakap "mama sayang affan"
dan i kena kiss affan n yaya jugak
pastu i kiss mr husband lagi sekali
affan pun cakap lagi "mama sayang affan"
dia dah pandai jeles dengan abah dia rupanya
macam zara dulu dulu
eh bukan
zara sampai sekarang pun jeles
haritu i polok mr husband
zara suruh i pegi
dia tak bagi i polok abah dia

zara dah semakin pandai behave
dia dah kurang meragam kalau pegi sekolah
kat sekolah pun dah tak nangis nangis

dalam kelas ballet semalam
walaupun mula mula dia asyik nak berkepit
tapi bila dah nak habis kelas
dia smakin ok

eh
sebenarnya i nak cakap pasal my new daily routine for this week
next entry la