Jumaat, Januari 20, 2012

on zara and her ballet class

during her ballet class yesterday
she really behaves
she did most of what teacher said
dia boleh buat point toes and flat toes
walaupun dia suka lembik lembikkan badan
bila cikgu dia cakap "zara... sit straight"
dia terus straightkan badan

sebab dia dah janji dengan i dia akan clap kalau cikgu suruh clap
dia akan jump kalau kena jump
dan dia buat semuanya
walaupun i kena ada sekali dalam kelas

ok
ada improvement
baru la i suka
bila habis kelas i tanya zara
"zara suka tak kelas?"
dan dia laju je jawap "tak"
ciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiis

lepas kelas
i bawak zara pegi parade
sebab siangnya tu i ada hantar pen nak engrave
masa ambik pen tu i mintak jugak individual paper bag for each box
hahahahahah
baru la seronok

dah ambik pen
pegi merrybrown
zara nak makan situ
tapi i cakap kat dia abah n affan tunggu kat rumah
tapi bila kitorang sampai rumah
abah n affan pun belum sampai

eh
malas pulak dah nak cakap
tapi main pointnya ialah
zara dah semakin ok dalam kelas ballet
dan dia pun dah rajun masuk kelas tadika
tade la dari pagi sampai balik duduk kitchen je




Isnin, Januari 16, 2012

pening kepala

these few days
i memang susah hati
susah hati banyak banyak

reason being adalah sebab cik zara
cik zara takmo pegi school
memang tujuan i hantar zara ke tadika kemas adalah untuk dia biasakan diri dengan orang lain
sebelum zara masuk sekolah yang kena betul betul belajar

tapi
zara tetap jadi budak yang cengeng
first few days dia seronok la nak pegi sekolah
lepastu
dia dah takmo
kalau di sekolah
dia akan duduk dapur dengan acik ha
dia tanak pegi belajar

cikgu zara kata bila dia tanak
dia akan buat keras
memang macam tu la perangai zara

masa ballet class pun sama
kan i berkejar kejar nak balik untuk hantar zara ke ballet class
sebab i tak sempat
mr husband pun terpaksa berkejar kejar
tapi dalam kelas
zara tanak buat apa pun
clap hands pun tanak
sampai cikgu kena pegang tangan dia
bila cikgu lepas
dia pun letak tangan tanak clap

cikgu panggil i masuk class untuk duduk dengan zara
still zara tanak buat apa apa
semua benda tu dia boleh buat
tapi she chooses not to
i pun tak faham
i yang jadi upset

sekarang sebab zara tanak pegi school
i kena hantar zara pegi school lain
i tak boleh hantar zara pegi ke tempat yang ada orang dia kenal

pagi tadi zara tanak pegi school
mr husband hantar zara ke tadika i
bila i sampai
zara nangis, dia cakap nak pegi school
tengah hari tadi i nak ambil zara
rupanya dia dah balik
sebab dia nangis nangis tanak duduk school
macamana
macamana lagi i nak buat

cikgu tadika kata
zara tanak berkawan
itu i tahu
zara adalah jenis yang kalau dia nak kawan
dia akan pilih
macam... bukan semua orang boleh jadi kawan dia
berbeza dengan affan..
affan adalah seorang budak yang charming
semua orang dia tegur
semua orang dia angkat tangan

browse internet for kindergarten schools kat ipoh ni pun macam tak banyak membantu
haaaaaiihhhhh la


on togetherness

Weekend macam biasa
sabtu kena keje
sangat tak bes

pagi pagi buta mak dah ambik zara n affan
nak bawa balik kampung
lepas diorang pegi
ingat nak siap pegi keje
tapi lepak lepak dulu dengan mr husband
pastu beli breakfast dan mr husband balik rumah
i kena hantar diri sendiri pegi keje

balik keje mr husband tengah tido
suka la tu boleh tidur puas puas
i tengok movie, lipat kain
pukul 3 baru dia bangun tido
ada hati nak ajak i makan kat hillcity
memang la perancangan asalnya
lepas i balik keje
kitorang nak makan kat hillcity
tapi dah dia tido je
pukul 3 dah petang
takdenye lunch dah

so sebab mr husband lapar
kitorang pegi hi tea kat tower regency
macam biasa
food tak banyak
dah la mesin abc rosak
tapi
macam biasa jugak
ambiance was good
orang adalah sangat sikit
kiranya kita bayar untuk dapat suasana nyaman macamtu

lepas makan
pegi ofis mr husband sebab ada few things yang dia nak ambil
sebelum balik, ambil budak budak di rumah mak
ingat nak senang,
nak tunggu la dinner
tapi dua dua budak dah melalak
bawak balik rumah
masak nasik
buat nasi goreng

petang semalam
bawak zara n affan main boling
mula mula pegi parade
tapi sangat penuh
so pegi greentown
sangat la comfy sebab sangat sikit orang
tapi zara dan affan cepat boring
diorang nak duduk cafe la
nak duduk atas kerusi urut la

zara pulak sekarang ni semua dia yang nak belanja
dia ada dompet kecil
naik kerusi urut semalam dia belanja mr husband n i

lepas main boling
makan merrybrown
balik rumah ingat budak budak tu dah penat
tapi diorang sangat bertenaga
buat aktiviti keluarga dengan mencabut rumput depan rumah
pun diorang tak ngantuk
dua dua budak tu dah dekat pukul 12 baru tidur

haaaaaaaaaaaih
tapi
apepun
i had a very good weekend
satu hari i boleh spent dengan mr husband
satu hari lagi boleh spent bersama keluarga
i looike

tengok la gambar nih



affan suka sangat bear ni. satu masa, masa dia pegi dia nak bawa. dia ingat bear ni kawan dia kot. dia boleh tidur atas riba bear, boleh main, boleh pijak. pegi tadika pun nak bawa. nasib baik acik ha bagi dia bear yang sesuai untuk dia. itu la yang menjadi kesayangan dia sekarang.



ni anak manja abah ni. haaaaaaaaaaaaaaih la yoya. selalu buat mama pening kepala. tapi nanti di akan cakap "mama niiiii..... pening kepala kakak" . padahal i yang pening dengan karenah dia.

Rabu, Januari 11, 2012

roaster eating day


yay!!!!!!!!!!
dah datang dah roaster eating day
last year dah berjaya pergi
this year pun nak pegi jugak!!!!!!!!!!!!

Isnin, Januari 09, 2012

sunday

semalam pagi pagi atok bawak zara n affan pegi chepor
mula mula mr husband n i siap jugak
incase budak2 tu tetiba nangis nak mama n abah
tapi diorang naik je van atok
terus lalalallala babai mama.. babai abah je

so, we went out for breakfast instead
masa nak bayar tu orang kedai tanya "mana anak anak"
mr husband cakap diorang pegi berkelah dengan gramps
lepas makan balik rumah
baca suratkhabar
tengok himym7 satu dua episod dan tidur
bangun dah pukul 1 setengah tengah hari
mr husband baru nak start tido
duduk hall sorang sorang tengok tv yang tade cerita bes
pastu tengok 411 - "remember me" yang agak bes

dalam pukul 4 i dah bising bising lapar
(macam la tak boleh masak kan)
ajak mr husband keluar ambil the kids dan makan
i macam nak makan pizza for dinner

sampai rumah mak
zara n affan baru bangun tidur
suap diorang makan pulut
pastu atok cakap nak bawak diorang pegi shopping
mandikan diorangpastu macam pagi tadi jugak
laju je diorang naik van
tak peduli pun mama dan abah

memula mr husband n i ingat nak balik rumah
tapi rasa macam nak pegi karoke pulak
balik rumah, salin baju
sebab masa tu i pakai shirt n jeans
boleh plak mr husband tanya"pakai camtu?"
dah la masa pegi breakfast mr husband kata rupa i macam orang baru bangun tido
so i pakai la baju yang "konon cantik" makeup sket sket
(gedik kan)
ye laaaa... kata nak pegi dating

pegi Parade, tengok rate karoke adalah rm55 utk 2 orang n 2.5 hours
idok le nak nyanyi sampai dua jam setengah kot
pegi ke gsc, ada mi4 tapi dah start 30 minutes earlier
jadi kitorang pegi main boling
siap siap ambik 2 game
lepas main boling balik

on the way balik
singgah pasar malam
masa beli char koay teow pun orang tu tanya mana anak anak
eyh
agaknya kitorang ni dah selalu sangat jadik the quartet
so bile orang tengok mr husband n i je
orang akan pelik

anyway
i had a good time yesterday
rupanya
duduk berdua je dah cukup
takpayah pegi memana pun takpe
asalkan boleh cakap cakap
tapi kalau memasing tido tade maknanye la
but still
i suka je main boling dengan mr husband
nanti lenkali kita bawak budak budak tu main boling jugak
haritu kan zara suka main boling

i rasa mebbe macma once in a month, we should spend time together, mr husband. just the two of us.

Sabtu, Januari 07, 2012

random

1 . Dah beli dvd cerita ini season 7 part 1 . Tapi belum tengok. konon konon nak tengok bila anak anak dah tidur tapi endup i pun tidur sekali. Mr husband je tengok sorang sorang. Jahat!!!


2 . Mr husband kata kita macam Marshall n lily. And i said kita kena la selalu high-five.

3 . We've registered zara to City Ballet Ipoh . Luckily zara has already owned a pair of ballet dress. Semalam masa pegi ballet class tu, the smallest size leotard adalah sedikit besar untuk zara. so for time being, zara will wear her pink ballet dress and white thigh socks while waiting for the xs-size-leopard to arrive . Dancing shoes apatah lagi. i boleh muat my thumb inside. I don't know if i can a small size ballet shoes or i can alter the shoes. ~sigh~. Takkan nak bagi dia menari dengan shoes yang tak selesa.

4 . I told mr husband i need some time alone with him. Pegi karoke ke . It's not that i dont want the kids to come along. But it's been a really long month for us. (my husband n i) and i think i need some space to be alone with mr husband. tak payah pegi jauh jauh. just a simple activity together pun dah cukup. tengok movie pun boleh jugak. Mungkin jugak dah lama sangat i didn't go out for lunch with him. so takde langsung space for only the two of us. semua pun mesti ada the two mischievous kid tagging along. walaupun i happy dengan diorang tapi penat tau.

5 . Which actually it reminds me of last week when the two kids went to makcik ha's, n we both spent time together with sleeping. i was reading a book and mr husband was with his laptop (as usual) dan kita dedua tertidur. Bila bangun dah petang, budak budak pun balik rumah.

Rabu, Januari 04, 2012

my little baby boy

dah buat entry pasal zara
nak buat entry pasal affan pula

affan nak masuk setahun enam bulan
pada i, affan adalah seorang bayi yang sangat cerdik

dia pandai cakap
haritu dia tengok zara buat something dan dia cakap "rajinnyaaaaaaaa"

affan ada habit macam i
iaitu pakai socks dalam rumah
tak kira pagi petang atau malam

affan sangat cepat belajar
dia pandai menyanyi
dia suka buli kakak
dia suka pakai heels i
dia suka pakai kasut zara yang berlampu
dan dia pakai kasuut tak terbalik
sangat berbeza dengan zara yang sentiasa pakai kasut terbalik

affan adalah bayi yang peramah
kalau bawa dia jalan jalan
nanti semua orang dia akan tegur dan angkat tangan
macam dia kenal sangat dengan orang orang tu

kalau tanya nak makan apa
nanti dia akan cakap nak makan nasik lemak
atau nak makan aiskrim

dia sangat suka minum air gen (vitagen)
kalau dia tengok air kosong, dia akan kata air abah
sebab abah dia selalu minum air kosong

vocabulary affan untuk budak berumur setahun enam bulan adalah sangat amazing
dia pandai kira satu sampai sepuluh
sebab dia rajin mengira
pantang naik tangga, dia akan kira
kalau dia nak terjun pun dia akan kira juga

affan pandai ambil hati
dia suka cakap "saaayang mama"
dan i akan cakap "saaaayang affan"
mr husband kata
affan pandai buat supaya kita rasa macam kita sangat diperlukan
macam kalau tanpa kita, dia tak bleh hidup
tu la baby boy i

affan dah pandai kedekut
dulu kalau dia makan
kita boleh je mintak
sekarang dia akan cakap "affan punya"
dan dia tanak bagi

kadang kadang dia bahasakan diri dia adik
kadang kadang dia bahasakan diri dia atan
sebab makcik ha selalu panggil dia atan (as in jantan)
tapi paling selalu dia bahasakan diri dia affan

dia pandai tanak ikut i balik rumah
kalau kat tadika tu
sibuk nak ikut makcik ha dia balik
dia akan cakap "nak ikut acik"
sebab makcik ha naik motor
atas motor dia akan buat bunyi vroom vroom

affan takut zombie
takut vacuum
dulu dia takut monyet yang dia panggil nyet
kalau i cakap "zombie... ambik affan"
dia akan terus peluk i kuat kuat n cakap "takuuut...takuut jombee"
vacuum pulak affan takut bunyinya

affan ni
punya la berbotol botol tommee tippee yang abah dia beli
tapi botol murah looney tunes yang mama beli jugak dia suka
kena beli lagi sebab ada satu botol je
itulah botol untuk tadika
itulah juga botol untuk rumah

affan, mama sayang affan
semoga affan membesar jadi budak yang cerdik





on first day of school

Dah masuk tahun baru 2012

nak masuk tahun baru dengan penuh jerih perit
i rasa macam merangkak nak masuk ke tahun baru
tapi bila dah masuk 2012
semuanya falls into place
nicely

zara dah masuk tadika
first time masuk tadika i n mr husband yang eksaited
zara pun mesti la eksaited
ini kali pertama dia keluar dari sarangnya
sebelumni duduk senyap senyap di tadika mama je
dari dalam perut sampau berumur 3 tahun 2 bulan

for a start i hantar zara tadika kemas
kat balai polis gunung rapat
sebab ada makcik ha
makcik kesayangan zara
nak bagi zara menyesuaikan diri
bagi dia happy

tengok la berama lama dia akan di sana
sebab i ada juga plan nak hantar zara ke mariaville

pagi tadi masa mr husband n i datang bayar yuran
zara tunjuk dia lukis bulat bulat
eh, nasib baik i dah ajar zara draw bulat bulat
draw garis garis
nasib baik jugak malam tadi i belikan jugak oil pastel banyak warna untuk zara

sebelum pegi sekolah zara insist jugak nak bawak bekal nasi goreng
sampai tadika pun, diorang diberi makan koko krunch
tapi zara tanak
dia nak makan nasi goreng
dasar budak melayu, nasi jugak yang dia cari

mr husband ambik day off harini
i masuk kerja lambat
affan pun sama hantar kakak zara ke tadika

semoga zara rajin rajin belajar menjadi seorang yang cerdik

bila anak dah masuk sekolah
even tadika pun
i rasa macam dah tua
~ sebenarnya memang dah tua pun