Rabu, Mac 30, 2011

affanboy sayang

tadi tiew cakap
affan merangkak laju laju nak pergi ke tiew masa tiew datang ambil zara
masa merangkak tu affan tergolek
alaaaaaaaaaa
syiannye anak i tu

dan dia dah pandai nak ikut orang berjalan
mesti dia hairan kenapa tiew ambil kakak je
kenapa tak ambil affan

affanboy sayang,
affan baby lagi
affan akan nangis tak kira masa
nanti susah ticu nak jaga affan
bila affan besar, mesti ticu akan bawak affan berjalan
oke!

semalam sebelum tidur
affan main main merangkak sana sini
pastu zara nangis
dan agaknya sebab ada genetik nakal dalam affan
sambil merangkak tu
dia mengajuk zara nangis
dia betul betul buat suara nangis
mungkin dalam hati dia cakap
"ngengade la kakak ni nanges. affan tak nanges pun"

affanboy dah nak masuk 9 months
dia suka kalau kita pimpin dua tangan dia untuk dia berjalan
dia suka naik basikal
eh
i nak beli la twin tricycle untuk affan

Isnin, Mac 28, 2011

jalan jalan

Affanboy sangat eksaited tengok fish. tapi sayang sebab kitorang tak bawak makanan ikan

masa nak amek gamba nih kan, mr husband cakap "kempiskan perut". nampak sangat la si inaz ni perutnya besar gile kan. sekarang zara akan cakap "pewot mama boncit". dia tatau sebab dia dan adik la perut amma dia buncit *tanak ngaku diri sendiri malas berpantang dan selambadak teguk air ais hari hari

affanboy syomel syomel

cik zara pun seronok tengok fish

agaknya kalau mr husband tak pegang, affan akan suka hati terjun dalam kolam ikan


ini namanya entry bertangguh

this visit to gua kek look tong was on 13th March
saje bawak anak anak pegi tengok fish

(plural for fish is also fish tau)
unless we are talking about different species of fish
then it will be fishes




Sabtu, Mac 26, 2011

saturday


sila tengok gambar cik zara n affanboy tidur
dan abaikan cik zara yang tido terbongkang
dan adik tidur dengan penuh sopan

kena kerja on saturday adalah benda yang paling tak bes
me no likey
dah la the whole night tak boleh tidur
start pukul 3 affanboy dah nangis nangis
every hour nangis
pukul 6 bawak masuk bilik

sepanjang malam tidur kat hall
sebab sebelum tidur
affanboy muntah banyak gile

subuh subuh tu i tukar lapik cadar
tukar cadar baru
basuh cadar yang dah kena muntah
bawak affanboy n cik zara masuk bilik
baru la lena balik tidur
i pun tidur lena jugak
sampai la mr husband kejut kata dah pukul 7.45 pagi
keje kan masuk pukul 8 sengah

angkut affanboy yang tengah tido masuk kereta
diorang hantar i pegi keje harinih

dah la every coming saturday untuk bulan 4 nih schedule busy
terpaksa ambik AL untuk next saturday
orang kat ofis cakap rugi ambik saturday leave
sebab saturday kan kerja half day je

speaking on half day
sekarang dah pukul sebelas
ada lagi sejam setengah

kerja on staurday nih macam susah sket nak dapat momentum
pukul 9 sengah baru i nak start kerja
sebelum tu jalan sana sini
browse internet

ok
nak sambung kerja sementara masih ada mood



Jumaat, Mac 25, 2011

cik zara n affanboy at the park






semalam sampai rumah mak dalam pukul 6 lebih
zara was riding the tricycle
dia nampak je i
terus dia cakap
"mama... nak pegi taman"

waktu tengah hari
masa zara tengah nangis nangis
i cakap kat zara
"jangan nangis... nanti petang lepas mama work, kita pegi taman, pastu makan aiskrim"

tu yang bila i sampai petang tu dia tuntut

kan dah cakap
jangan pandai pandai berjanji dengan zara
kalau janji
make sure kita buat

lagipun kena nurture baik baik
kena tunjuk good example
kena ajar yang kalau berjanji kena tepati

walaupun i penat
walaupun i sakit kepala
tapi still kena bawak pegi taman
dan lepas tu kena belikan aiskrim

semalam masa nak balik
zara cakap kat i
"pegi beli aiskrim, pastu main balik"

i cakap
"tak.... beli aiskrim dan balik"

zara cakap
"beli aiskrim. esok pegi taman lagi"

i diam
sebab i tanak janji apa apa lagi
kot i tak boleh tunaikan

pagi tadi bila zara bangun
dia cakap
"nanti pegi taman"

i cakap
"kalau tak hujan baru pegi"

i tak tahu dia faham ke tak
sebab dia keep on cakap nak pegi taman

Rabu, Mac 23, 2011

cik zara berouting



ohhhh
bukan senang nak dapat momen macam ni tau
ni masa nak pegi lumut
zara dah siap siap pakai swimming suit dari ipoh

dekat dekat lunch tadi i called tiew
saja nak tau dia kat mana
dia baru keluar dari GM nak ke jusco
dengan cik zara n ujey

seronok la cik zara tu berjalan dengan kakak kakak remaja
mesti dia rasa macam sangat hype dan kool

i pun nak ke jusco
sebab nak hantar duit
cik zara tu kalau namanya dah berjalan ke shoping complex
kehendaknya macam macam
dia paling suka masuk kedai buku sebab ada stationeries
dan dia paling suka sketch book/coloring book dan kaler

masa jumpa diorang tu
zara tengah tido
(ape la cik zara.... remaja mana ada tido dalam mall)
bila i dukung
terus dia bangun
pastu merengek rengek nak kat tiew n ujey
even i offer air pun dia tanak
misti dia rasa camnih
"mama dah tua.tak hype jalan dengan mama"
pastu si n tiew pun bergilir la dukung zara

rupanya dari kat GM lagi zara berdukung
sebab zara tade kasut

so i bawak diorang ke bata
beli selipar
(itu je yang terbayang dalam kepala i untuk carik kasut budak.. takkan nak masuk vincci kot)

lepas beli selipar zara dah babai babai i
i masuk popular
zara n tiew pun ikut
tengah i belek belek barang
i dengar suara zara jerit "mama....mama"
dia carik i sebab apa tau
dia nak barang
dia nak kaler dan buku

budak ni la kan
bila perlukan duit
pandai je carik i
kalau tak... dia nangis nangis taknak kan i

bila i bagi sketch book
zara cakap "ini dah ada"
i tunjuk buku kaler mickey mouse dengan pooh
zara cakap "ini dah ada"

budak zara ni kan
dia memang pengingat tau
dia ingat semua barang dia
dia tau apa yang dia ada
apa yang dia tade
pastu jangan pandai nak berjanji dengan dia
sebab dia akan tuntut

macam haritu dia main my mom's watch
pastu i cakap "zara... takmo main jam tok mama. bagi balik. karang pegi giant mama beli jam untuk zara"

lepas beli barang kat giant
zara cakap kat i "mama... nak jam"
hoooooooooooh..... terpaksa la beli jam untuk dia

tadi masa i tinggalkan zara
i tengok dia hepi je dengan tiew
lagipun dia dah pegang kaler luna n sketch book

nanti nak tengok apa yang zara shoppingkan


cik zara n affanboy

affanboy n skin problem



i read about my friend's daughter
sedih la
sebab baby comel tu ada eczema yang teruk
habis muka dia merah merah

affanboy pun masa bayi dulu mengalami gatal yang teruk
i sedih betul tengok badan dan muka dia
especially tempat yang berpelipat
macam belakang lutut, ketiak, leher,
kat bird dia laaaaagi la
muka pun sama

bila pegi klinik pun tak jalan
mr husband suggest untuk pegi dermatologist
So kita pun pegi jumpa pakar derma nih
nama dia Dr Agnes


Dr Agnes nih previously adalah pakar kat Hospital Ipoh
and mr husband was her patient back then
pastu dia quit dan bukak practice sendiri
she's one of Dermatologists recognised by the National Specialist Register and the Ministry of Health
dan kat perak nih cuma ada 5 je dermatologist yang di-recognised by MOH n NSR tuh

boleh refer kat sini http://www.dermatology.org.my/iframes/iframe_dermatologists.htm

i memang sedih sangat tau tengok affan yang macam tu
tergaru garu
pastu kejap je naik merah kulit
nangis nangis la

bila jumpa dr Agnes
doktor pun ada bagi few cream untuk Affan
dan doktor tak bagi affan selalu pakai pampers
sementara nak tunggu skin dia heal

Selain tu affan tak boleh mandi dengan sabun
Affan tak boleh pakai bedak biasa
dia cuma boleh pakai cornstarch

untuk mandi
doktor suruh affan pakai qv kids wash ni
dan bedak, Affan pakai bedak pureen cornstarch




ambik masa jugak tau nak heal kan kulit affan nih
mebbe dalam dua bulan lebih
lama lama kulit affan semakin elok

bila i start keje bulan 1
kulit affan betul betul dah ok
baru la senang hati lepaskan affan untuk orang jaga

sekarang, kulit affan maintain ok je
i rasa salah satu sebabnya adalah kerana sekarang hari hari affan makan sayur
setiap kali masak bubur nasi affan
i akan letakkan satu jenis sayur yang berlainan
tak boleh rasa dan sayur yang sama hari hari
sebab affan takkan makan kalau dua hari makan bubur yang rasa sama
biasanya i rotate lobak, bayam, ubi, brokoli dan sekali sekala kubis

dan bubur nasi affan tak boleh ada telur atau ayam
itu dua benda yang i rasa affan allergic
kalau dia makan dia akan start garu garu

jadi biasanya resepi bubur affan i akan rotate jugak
between 1/4 stok ikan bilis
atau a few dash of sedap rasa maggi
atau 1/3 packet of campbell mushroom in cup
atau udang kertas dalam 10 ekor (tak payah bubuh garam pun rasa dah sedap)

setakat ni affan ok je dengan bubur tu
tapi affan tak suka bubur mcD
so not like zara
sebab masa zara baby dulu i dok bagi dia bubur mcD je
lagipun masa tu i pemalas
untuk affan ni
tiap tiap pagi i akan masak bubur

dulu masa affan mengalami gatal gatal kulit
i yang sedih sangat
my parents pun selalu bising
i asyik kena ulang cakap yang "kulit affan dalam proses healing. it takes some times"
mesti la kan
takkan la harini jumpa dokter, esok terus baik

so sekarang affan tak perlu jumpa dokter
i pun dah tau kalau gatal gatal dia naik ubat apa yang diperlukan
tapi affan still mandi tak bersabun
dan affan tade bau bedak baby sebab pureen cornstarch tu tade bau
cuma affan akan bau baby kalau i syampookan dia dengan jnj no more tears syampoo
dan kena keep on pakai cream di setiap pelipat
kalau sehari dua tak pakai ok lagi
kalau sampai tiga hari tak pakai, mula la naik merah balik

sebab tu i sangat particular pasal pampers affan
sebab tu jugak i cuma pakaikan anak anak dengan mamypoko
kena pakai pampers yang boleh breathe
sedangkan zara yang tade skin problem pun boleh naik merah kalau pakai pampers jenama lain
ini kan pulak affan

oh
sila tengok gambar affan syomel syomel



ok la
i nak buat entry pasal benda lain plak

Isnin, Mac 21, 2011

pachebel (canon) meet U2 (with or without u)



oh
please
please
please listen to this

damn
i'm so in love with jon schmidt music
dulu i pernah letak lagu yang dia remixkan
viva la vida meet love story

this is even better
seriously
it can bring tears tau (i la)
and i boleh biarkan muzik ni main non stop for the whole day
tak jemu beb

Ahad, Mac 20, 2011

work

sebelum start membebel pasal work
nak bitau yang malam semalam my parents buat bbq
gile beeeeees
dan ayam seekor adalah tak cukup untuk makan lima orang dewasa!!!!

dan semalam kita pegi tesco extra
i nampak mamypoko M66 harga RM46.90
so i cakap kat mr husband
"lucky kita beli kat st 18 haritu sebab M72 harga sama"

tapi
masa jalan kat bahagaian pampers baby
i ternampak M72
bila cek harga adalah sama macam M66 - rm46.90
OOOOOOOOH
ini tak boleh dilepaskan
so we bought another pack
memang komfem
sampai habis bulan 4 tak payah beli mamypoko dah

bila sampai rumah
mr husband perli i
"jual pampers ke?"
i cakap.. "tak. anak kuat makan pampers"

start monday dah kena shifted to jalan kampar
tade dah ke jelapang
start keje pun awal
8.30 am
tapi balik keje awal
4.30 pm
yang tak besnya
kena work on saturday
nasib baik sampai 12.30 je

tapi i still rasa macam nak pegi lunch everyday dengan mr husband jugak
kalau tak i nak lunch dengan sape?

oh
sebab kena kerja hari sabtu
so kena mintak cuti awal awal untuk 2nd April
for mil's farewell
untuk 9th april tak payah mintak cuti
sebab boleh gerak after work

on a good side
i can go home earlier
tade la zara n affan penat tunggu mama/abah/tok mama sampai lewat petang
mr husband kata elok la macam tu
kerja hari sabtu tu kejap je

takpe
i will try to addpt myself dengan kerja hari sabtu

new sem will start on 28th March
untuk next sem ada 4 subjects yang kena ajar

digital animation - ok sebab previous sem pun ajar benda nih
bila dah ada experience, jadi senang la nak ajar
two other subjects yang i rasa tade la susah sangat - typography n art n design fundamental
tapi the last subject nih - visual communication - i have no idea what this is all about
walaupun i dah tengok course outline, syllibus, still macam tak faham apa sebenarnya

tapi takpe
ada seminggu lagi untuk i study

Jumaat, Mac 18, 2011

on vacation and shopping

baru berkira kira nak book impiana for next month
sebab my daughter tu bising bising setiap kali lalu tepi impiana

tapi boleh kensel
sebab semalam mr husband cakap ofis dia nak buat family day kat marina cove lumut on April 9th
yay!!!
zara suka laut
affan je la problem
sebab dia tak tahan cuaca tepi laut
dan tak tahan air laut

kena sedia bawak sabun dettol
kena sedia sunblock
kena sedia aqua cream
kena sedia krim gatal affan jugak

oh
bukan tu je
nak kena beli swimming attire untuk affan
dengan bath robe jugak
tapi
zara punya bath robe pun dah pendek

tapi priority kena bel swimmint suit untuk affan
dan paling penting
huggies little swimmer



semalam kita pegi tesco
walaupun macam tengah tengah bulan
tapi nak beli stok untuk sebulan
kalau boleh tahan sampai end of next month adalah sangat bagus

macam aneh sket sebab biasa mamypoko jumbo saiz m adalah M66
tapi semalam jumbo adalah M72
biasa kalau jumbo 72 ni untuk saiz S
kot la dia silap print
takkan i nak kira satu satu kot

oh.. baru tau yang M72 ialah super jumbo



tapi adalah sangat murah oke
sebab 72 untuk RM46.90
so sebab nak pakai sebulan
beli 2 packs untuk affan

untuk zara belikan dia pants
sebab dia dah suka nak pakai sendiri
itu pun murah jugak
rm35.90 untuk M34
itu pun beli 2 packs


walaupun dah beli konon kononnya stok untuk sebulan semalam
tapi still tak cukup
pagi tadi i buat muka tak malu
mintak duit kat mr husband
sebab tengah hari sat gi nak pegi econsave
nak beli baby bites berkotak kotak untuk affan
dan mamypoko value pants untuk zara pakai kat tadika

kat tadika kena pakai value pants je
sebab diorang ni suka tukarkan pampers
kalau i bagi 5 keping sehari
5 keping la diorang bagi habis
kejap kejap tukar

updated :

deeeeeeeem..... dah rasa nak beli shoes untuk zara n affan jugak
sebab gap shoes affan dah kecik
dan tengok ada converse shoes for babies n toddlers yang sangat cantek
i want!!!!!! i want!!!!!!

(sambil kira duit syiling yang bersepah dalam henbeg)

kenapa la gaji lambat lagi?????

Khamis, Mac 17, 2011

on affanboy birthday n progress

birthday affan lagi 3 bulan lebih
tapi i dah start cari cari bahan untuk birthday party affan
it's his first birthday kan

macam cik zara dulu
masa first birthday
ramai yang ambik gamba dengan birthday cake dia
sebab birthday cake adalah super duper besar

so untuk affan pun nak buat satu yang remarkable
both mr husband n i ingat nak buat ball theme
so nak carik kek bentuk ball
sebab affan suka main ball

mr husband, kalau tak dapat ball
kita boleh carik tricycle jugak kot
sebab affan kan suka naik tricycle
dan dia dah pandai berdiri bila naik tricycle tuh
dahsyat la si affan nih

zara dulu naik tricycle masa dah setahun lebih
affan baru 7 bulan dah naik tricycle

birthday plan ni memang kena start awal awal
sebab kalau nak buat semuanya sekali harung
pening la
ye laaaa
yang i perasan
setiap kali birthday zara
walaupun kecik je birthday party
tapi kos mesti lebih dari 600
tak pernah kurang la
so buat pelan pelan
beli sikit sikit
tade la terasa sangat kan

pastu i ingat nak ada pinata bentuk ball satu
walaupun affan tak tau apa tu pinata
tapi boleh la budak budak main ketuk ketuk pinata

eh
dah la
i nak pegi lunch dengan mr husband

toodles

Rabu, Mac 16, 2011

kalaulah

kalau lah
kalaulah seorang ibu bapa tu tahu yang anaknya sayangkan dia
tegar ke hatinya untuk membiarkan anaknya
ternanti nantikannya setiap hari

kalau lah
kalaulah seorang bapa tu tahu anaknya sayangkan dia
tegar kah hatinya untuk curang?
tegarkah hatinya untuk meninggalkan isteri dan anak anaknya
untuk memuaskan nafsu gilanya
tega kah dirinya balik ke rumah sekadar seminggu sekali konon kononnya nak tengok anak
cukup kah kasih sayang yang diberikan kepada anak anak sekadar seminggu sekali
padahal waktu lain sibuk mengulit perempuan lain
tega?

budak budak kecik nih
tak kira la
apa pun yang kita sebagai parent buat kat diorang
yang diorang tahu
kita(parent) adalah nyawa mereka
kita lah yang mereka paling sayang dalam dunia nih

i'm no saint either
tapi both mr husbad n i cuba untuk tak biarkan anak anak duduk di tadika lebih dari pukul 6 petang
kalau hari hari yang i balik pukul 6
mr husband akan ambil yaya n affan
ataupun my mom akan ambilkan yaya n affan
macamana pun
kita akan cuba supaya yaya n affan tak jadi orang terkhir balik
i rasa pukul 6 tu dah cukup lambat

i tahu perasaan budak yang balik lambat ni
selalu je ada budak yang balik lambat dari tadika i
kadang kadang parent datang ambil pukul 7 setengah malam
yang sedihnya sebab setiap kali dengar bunyi kereta
budak tu akan berlari ke pintu
kot kot ibu/bapa dia datang

sebagai suami isteri
sanggup ke biar anak lama lama dengan orang?
kalau si isteri kena ot
suami tolong la untuk ambil anak
kalau si suami kena ot
isteri tak payah la nak gedik gedik ot jugak
gilir gilir la

tegar kah?
biarkan anak ternanti nanti?

tu belum kira parent yang saje ambil cuti untuk bermalas malasan di rumah
padahal
anak tetap di hantar ke taska
kenapa?
rasa anak tu menyusahkan ke?
tak tahu ke nanti bila kita dah mati
anak tu yang akan mendoakan kita?
doa anak yang soleh
lupa?

dan
anak yang soleh
didikan asasnya adalah dari rumah
dengan ibubapa
jangan pula nak lepas tangan harapkan cikgu sekolah ajar
pada i
biar nakal
tapi jangan sekali kali kurang ajar
i memang cukup pantang dengan orang kurang ajar

sudah la
emo pulak inaz ni

Selasa, Mac 15, 2011

bambang

i nak panggil mr husband bambang la
kan i dok panggil mr husband as "NI''
cik zara tu dah pandai tiru dah

pasnih i nak panggil bambang
elok la
mr husband .. bambang
affan ... dedek

i looike

HAK KERAJAAN KHAIRUL NIZAM - 3


bes... bes...

dah ada season pass (2011) utk 2 org..

grandstand lagi !!!


(tengkiu mr. zulkalai & mr. aziz yeop)

zara kesayangan

hobi baru cik zara ialah mengeja
walaupun dia akan eja merepek repek
still
dia menunjukkan effort untuk mengeja
contohnya macam ni
m-e- me, m-e- me.... beelum
maknanya
dia eja m-e me
tapi las las dia sebut belum

haritu balik sekolah
i tanya dia
zara belajar apa kat skul?
dia jawap
"P", p-a pa

tetiba i rasa dia sangat grown up
(inaz ni emo saje lebih... anak baru boleh spell dua huruf dah rasa anak dia besar sangat)
terus i rasa macam dah dekat sangat nak kena daftar dia pegi primary one

tapi dua hari cuti sekolah ni
dia dok nangis nangis sebab tanak pegi school
nak ikut abah werk
dia tanak ikut i sebab dia kata "bos mama garang"
sebab tu, dia akan cakap "mama jangan la werk"
dan jawapan i
"mama kena werk, nak cari duit. ada duit baru boleh tidur hotel"

semalam masa lalu impiana dia eksaited sangat
tunjuk tunjuk
cakap nak pegi situ
cakap kat situ ada tidur, ada pool, ada mamam

zara sayang, nanti hujung bulan dapat gaji, mama bawak pegi impiana lagi ye

malam ni nak tengok ball
perak lawan apa tatau
football is not my thing
tapi mr husband dah beli pass grandstand untuk satu season kot
(correct me if i'm wrong ye mr husband)
so nak bawak budak budak pegi
lagipun zara sangat suka tengok football match
(sebab masa i mengandungkan zara mr husband gila main fifa kat ps2)

Isnin, Mac 14, 2011

anak buah baru

ain dah bersalin
tapi i belum tengok lagi
semalam nak pegi kl tapi mak kata tak payah

tengok la kalau weekend ni dia belum balik terengganu
boleh la pegi kl tengok baby dia

tengok dalam videocall semalam
baby adalah gebu gebu
cute

tak sabar nak pegang baby

Khamis, Mac 10, 2011

gambar gambar

need to send some photos for mil's farewell
dan masalahnya
gamba kawen ada dalam laptop dell yang meletup
and sadly
i have no pictures of the kids with their nenek n atok
sad huh?

which
i blame mr husband
BIG time
kenapa tak pernah nak take pictures masa kat kl?

gambar masa raya tade
gamba masa kat bukit gambang ada sekeping je

i blame mr husband
sebab tak pernah nak pegi bercuti bersama keluarga
which
i dah banyak kali cakap suruh buat
at least kalau pegi bercuti
sah sah la mesti akan tangkap gambar bersama sama

padahal
zara n affan ada zillions pictures with tok mama n atok
thanks for the endless holiday-ing and jalan jalan

this week
atok n nenek datang ipoh
mr husband mesti kena bawak mak n abah pegi jalan jalan
naik bot ke
tengok fish ke
mesti kena pegi mana mana
so we can take loads of pictures

sape request gamba affan?
nah tengok
nih pictures masa kat tower regency
and yang pakai baju sekolah tu gamba zara n friends pegi lawatan semalam



Rabu, Mac 09, 2011

care

if u don't care about me
i won't care about u either

Selasa, Mac 08, 2011

HAK KERAJAAN KHAIRUL NIZAM - 2

Dah beberapa hari sentiasa marah yaya teruk2...
Mesti kena berubah !!!

mystory2



Isnin, Mac 07, 2011

shopping laju laju

tengah hari tadi i bersemangat pegi econsave
tengok dalam pamplet yang dia hantar kat rumah
mamypoko macam murah
lunch tadi beria ia i keluar
walaupun lebih kurang macam seberang jalan je dari kolej ni
bila naik kereta
kena u turn campur sesat jalan
terus rasa jauh

mamypoko saiz m yilek
i don laik u knoe

bila dah satu benda tade
mula la rasa malas malas nak beli barang lain
tapi tengok susu murah gile
beli jugak susu, nestum n baby bites

nak beli beras tapi pemalas
hantar sms bitau mr husband yang malam karang nak pegi billion megopleks
nak beli beras dan mamypoko banyak banyak
eh...
nak beli breeze jugak
telur jugak
syampoo follow me feberet mr husband jugak
ais krim jugak
aaaaaah.... sudah
cam banyak pulak
(tu belum sampai sana dan ambik benda merepek repek)
belum kira zara yang suka mintak itu ini

eh
i nak carik red velvet cake la
kat ipoh ni kat mana nak carik ye?
kot kot la ada macaroon jugak
teringin nak rasa
macaroon kan macam in-thing sekarang

haaaaaaaiiihhh
masalah duduk ipoh nih

Sabtu, Mac 05, 2011

live from tower regency

kitorang kat tower regency
tengah hari tadi lunch kat rumah mak
ada masak lemak ketam yang yummy
i makan seekor nak dekat sejam

dah tengah hari
kitorang gerak ke tower regency
sampai je, mr husband dah tak syok
sebab sampai sampai tade orang greet n tade bell boy nak bawak naik beg
kitorang dah lama masuk bilik
beg tak sampai sampai
las las kitorang turun bawah
rupanya diorang baru nak bawak naik

pastu pegi cafe
makan hi tea
masa nak bayar tu i cam terkejut bila dia sebut harga
murah la dia punya hi tea
rm16 per person
lebih kurang je harga macam hi tea kat hillcity hotel
tapi makanan lagi banyak pilihan

pastu sempat plak i tanya harga buffet untuk dinner
pastu kot la ada theme ke

kalau heritage hotel, everynight ada different theme
yang bes kat heritage ialah kalau kita stay kat hotel tu
harga buffet dinner adalah sangat cheap
instead of rm39 per person, as a hotel guest, dia cuma charge rm20 per person

back to tonight's buffet
malam ni grilled food
i macam suka
dan harga dia rm34 per person
tapi masa tengah makan hi tea tadi
cik zara cakap
"nak makan kat atas (dalam bilik)'

budak tu memang suka ambik room service tau
so tadi mr husband dah janji ngan zara yang dinner nanti ambik room service

oke la
cik zara n mr husband dah balik dari bershopping kat mart
cik zara nih
kejenye kalau pegi hotel memang suka ngabihkan duit
ajak pegi sana sini
ajak pegi makan
ajak pegi mart
ajak beli kek la

sape nak kawen dengan zara nanti make sure dia bakal mempunya masa depan yang cerah sebab anak i ni suka berbelanja

Jumaat, Mac 04, 2011

hahahha

akhirnya i dah booked tower regency
ada dua option sebenarnya
sebab impiana ada kosong
dan boleh dapat corporate rate
tower regency tade corporate rate
tapi mr husband kata nak duduk tower regency
sebab tak pernah lagi duduk situ
asyik dok mengulang ke impiana je
skali skale dua kali dua kaler nak la berubah angin

pagi tadi mr husband cakap
why not check-in dulu
pastu baru ambik budak budak
(ada sedikit aneh di ayat itu)
ada somethin fishy ke mr husband?
ngehngehngeh


Rabu, Mac 02, 2011

quickie

pagi tadi
mr husband dah kemas rumah
dah basuh periuk nasik
dah siap nak bancuh susu zara
dah sidai kain
( dia dengar ke semalam i bercerita kat mak?)

pastu dia mintak dari i lima ringgit
sebab dia dah kemas rumah
tapi akhirnya tengah hari tadi dia jugak yang kena belanja i makan ciken cop
hahahahhahahahah
suka~

semalam i masak la ikan siakap la hape semua
tapi... tak sedap
sebab masak tergesa gesa
ikan pun tak cukup masak
tomyam pun tak kick

sian mr husband
nasib baik malam semalam mak ada bagi pulut ngan rendang

malam karang nak bawak yoyapopan pegi mcDonalds
supaya diorang boleh main kat playroom
penat dah tiga hari school

dan
i belum lagi book hotel untuk coming weekend
zara dah eksaited dah nak pegi hotel


Selasa, Mac 01, 2011

semalam


semalam akhirnya i masak megi je untuk mr husband
beria la shopping dari pukul 7 sampai 10
seb baik affan adalah sangat adorable
tu yang mama dia lupa masa tu
ok
tak
sebenarnya lama lama sebab i tunggu mr husband sampai
zara nak rocking elephant
macamana nak bawak kalau i dok mengendong zara dan affan
dengan groceries lagi
rugi tak beli dua sebab zara tanak share dengan affan dan si affan plak kalau naik akan senyum dan gelak gelak.. sian affan


bersemangat beli groceries
tapi akhirnya masak megi

ape pun
malam ni komfem nak masak
siakap tiga rasa
tomyam
lokan szechuan
ayam masak pedas
kalau rajin masak sayur

tengah hari satgi boleh balik sat untuk keluarkan ayam ikan semua
eh.. bukan la saja saja nak balik
cek dah clear
pagi tadi i dah anta emel kat cimb
so tengah hari nak bagi gaji kat pekerja

i kan dah berazam nak masak dinner hari hari
bila masak
tade la keluar
bila tak keluar
boleh la anak anak tidur awal
bila tidur awal
diorang akan bangun awal
dan tak mengamuk

semalam i janji dengan zara yang weekend ni nak tido hotel
seronok la cik zara tu
terus bersemangat pegi sekolah
bila i tanya
"apa ada kat hotel?''
zara jawap
-mamam
-pool
-mandi

mandi tu misti dia teringat nak mandi dalam bath tub

semalam i nak book impiana tapi dah fully booked
mebbe nak tengok tower regency
saje nak carik yang dekat dekat
kang pegi jejauh makin bertambah plak kos

cheque yang float tak jumpa tebing

hoooihh
hangen la neh

hari jumaat i masuk cheque
pastu malam tu i pun hepi hepi la tengok float 1 day
hari sabtu float 1 day
hari ahad float 1 day
i masih ok ok lagi
sebab konon konon cuti la kan
so boleh la terima

monday pun tengok float sehari
takpe... takpe.... it's 1 working day la nih
skali tuesday pun masih float 1 day
apekejadahnya nih
ini suda lebeeeeeeey

kalau nak float tak jumpa tebing berhari hari
cakap je la float lima hari
jangan la bagi harapan palsu kata float sehari

dah la dah masuk 1 mac
dah masuk bulan mac oke
i masuk cek 25 feb

kan dah sangkut nak bayar gaji pekerja
bongek punya bank
kang pekerja i lari
i saman bank sebab pegang duit i lama sangat

bodo betul