Isnin, September 19, 2011

emptiness

malam tadi start pukul 1
i terjaga
terus meluru pegi toilet
dah ceriberi dan muntah berselang seli
duaploh menit lepas tu ceriberi dan muntah lagi
lepas dah gosok gigi
pagi dapur carik kot ada ubat arang ke, tapi jumpa ubat diarhea mr husband
dalam pukul 4 pun ceriberi dan muntah lagi
pukul lima lagi skali dan pukul 6 lagi sekali
pukul 6 tu memang dah rasa tak larat
muntah pun tade keluar apa
keluar gas je

zara call pagi pagi pun tak lalu nak angkat
pukul 7.50 baru terjaga
tu pun sebab affan bangun

i bangun terus bawak affan pegi pintu depan
sebab nak tutup lampu luar dan nak bukak pintu
masa bukak pintu, affan terus pegang grill dan panggil "abaaaahh... abaaaaah"
semalam pun sama
tengah makan makan dengan affan, tiba tiba dia bangun dan meluru ke pintu sambil sebut abah

lepas mandi
sambil pakaikan baju affan
dia membebel bebel
tiba tiba dia jerit "YAYA!!!!"
Pastu dia berdiri dan panggil abah..... yaya

hati i sedih tau
sedih sebab zara dok panggil panggil abah n kakak dia
i sedih sebab i sakit sorang sorang
i berjalan pun rasa macam nak tumbang
tu yang kat tempat kerja
pukul 12 sharp dah terus turun makan
dah makan, minum air limau baru la perut rasa lega

harap harap lepas ni tade ceriberi dah
i kena jaga affan

i rasa macam ni la kot perasaan orang yang berpisah dengan suami
mesti rasa life tu kosong je

macam affan yang baby tu
mesti tersiksa jiwa dia bila kakak n abah dia tade
sebab dia keep on calling abah n yaya je
sian la affan

tadi mr husband cakap
harini aktiviti yaya dengan nenek ialah masak sayur sawi
seronok la zara boleh masak dengan nenek
mesti dia hepi

4 ulasan:

.:knizamk:. berkata...

main masak2 je rupanya..
tp still pakai sawi betul.

. i . n . a . z . berkata...

ooohhhhhhh.... takpe. asalkan dia hepi

nqr berkata...

aduh... ceriberi mmg letih beb.. punggung pun pedih..

. i . n . a . z . berkata...

bukan punggung pedih je.... melecet sampai harini... hahahahahahahaha