Jumaat, Ogos 26, 2011

about raya

dulu masa berchenta dengan mr husband
ni masa dia dah keje la
ada skali tu dia bagi je i duit
soh beli baju raya sendiri
i pun parking kereta kat lrt
naik lrt pegi alpha angle
pastu pegi klcc
pastu pecgi sogo
pastu patah balik klcc
and patah balik alpha angle
first round adalah untuk tengok tengok
second round adalah untuk beli
mebbe itu sebab dia momo ikut

masa i dah bertunang dengan mr husband
masa tu macam lagi sikit je nak kawen
ada satu hari lepas i balik keje
dia terus bawak i pegi sogo
dan suruh i beli baju raya
apa je yang i nak
fully sponsored
heheheheheheh
pun i suka

lepas kawen pun
masa tu i tengah mengandungkan zara
before mr husband pegi keje
dia bagi i duit
soh shopping baju raya
i pun pegi la sorang sorang dengan perut yang besar

the year after i tak dapat allowance baju raya
sebab both mr husband n i sibuk nak beli baju raya zara je

last year mr husband belikan i sepasang baju kurung je
yang lelain i beli sendiri

this year i dapat henbeg raya
mr husband belikan kain baju kurung
dan dapat sehelai blouse

kita tengok tahun depan dapat apa plak
tapi kena beringat la jugak kan
anak anak dah semakin besar
expenses dah semakin tinggi
takkan nak berebut dengan anak anak kot

mr husband
terima kasih sebab jaga i selama ni
i luv u lots

Khamis, Ogos 25, 2011

resignation

harini dapat call lagi from that place
sebab dah call banyak kali
i rasa
maybe this is the calling
mungkin ini sebenarnya yang terbaik for me
dan i rasa it's time for me to move on

apa pun
i tunggu final say from mr husband

Rabu, Ogos 24, 2011

Terima Kasih !!!

Terima kasih sbb buat perangai..
Mmg aku suka repair ko time2 nk raya ni..
Nak manja la tu..
yaya dgn affan pon tak manja mcm ko.

bongok punya sonata!

Jumaat, Ogos 19, 2011

dugaan puasa

eh, ramadhan kali ni banyak betul la cabaran
maybe in a way sebenarnya nak menguji dan nak menunjukkan kepada diri i sendiri
tahap mana keimanan i

ye la kan
selama ni i rasa i punya foundation of faith kuat
walaupun i tahu ada lompong sana sini
macam konon konon nak kata iman i kuat la
tapi rupanya
belum cukup kuat
dan itu menyedarkan i yang sebenarnya
i kena lebih banyak beribadat
untuk menguuhkan iman i

eh mr husband
haritu awak ada cakap pasal akidah kan
please remind me again,
i macam samar samar apa yang awak cakap

pastu these few days banyak baca pasal ketabahan dan jasa seorang ibu kepada anak anaknya
banyak la link yang membawa i pergi ke stories stories macam tu
yang menyebabkan i nangis sorang sorang depan komputer ni

dan benda benda ni jugak menyedarkan i yang life is too short
apa yang kita ada
Allah boleh tarik balik sekelip mata
menyebabkan i rasa sangat takut
i nak tengok anak anak i membesar
i nak tengok anak anak i berjaya dalam hidup diorang
i nak mr husband n i bersama sampai kita mati

tapi still
dalam takut takut tu
selalu je buat buat lupa apa yang dituntut
seronok sangat dengan kehidupan dunia kot

dah


Selasa, Ogos 16, 2011

berjalan jalan dan si pemalas

dah masuk minggu ketiga puasa
kejap je kan

semalam i gedik gedik ikut mr husband pegi penang
dia ada meeting kat butterworth
sepanjang dia meeting i jalan jalan kat sunway carnival mall
sebab haritu pegi dengan budak budak dan kena laju laju
kali ni i slow slow carik baju
dan dapat shirt esprit untuk zara n i
dapat skirt n pants poney untuk affan
bila mr husband samapi dia carik pumpkin patch
mana ada... kalau pegi parkson gurney plaza ada la

susah betul la nak carik baju yang cantik untuk budak kecik 2 orang tu
baju banyak, tapi tak berkenan di hati

harini kerja
waktu lunch i pegi econsave di seberang jalan
niat di hati harini nak masak kerabu sotong for myself
nak buat coney dog untuk mr husband
dan hotdog untuk anak anak

dah masuk minggu ke 3 puasa
i selalu je rasa nak masak
tapi pemalas
tengok la harini
ada hasil ke tade

kadang kadang i ni berangan je lebih
sampai rumah terus malas nak buat apa apa

nanti kalau jadi masak i war waran
hahahahhahaha

Selasa, Ogos 09, 2011

PERVERT ??

kejadian ni masa tengah beratur nk bayar kt cashier.
affan tengah main sorang2, sambil buat muka comel..

tiba2 dia pg kt pompuan cina (pakai hot pants) yg tengah bayar brg.
elok je dia pg usap paha org tu.

terus menjerit pompuan tu..

isk.. isk.. isk..

abg.. abg..
nasib baik muka hensem!

baju raya , perihal puasa dan hal raya lagi

dah shopping baju raya secara besar besaran di penang last weekend
tapi tak habis lagi

sebab anak anak dapat kasut clarks
mama pun nak jugak
dapat la sebijik henbeg clarks
daripada tak dapat apa apa langsung

baju affan adalah paling susah nak carik
masuk esprit dapat beli baju zara je
pegi baby poney pun dapat baju zara yang banyak
seb baik dah beli baju trudy n teddy awal awal untuk affan
kalau tak, sian anak lelaki i tu
dah ada jeans n skirt untuk zara
baju tidur zara n affan
socks n shoes untuk dua dua budak tu
jeans affan ada sehelai je
nak kena cari lagi ni
pants biasa ke, short pants ke three quarter ke

semalam pegi parkson nampak shoes Zang Toi
i terus berpinar pinar mata tengok kasut kasut tu
mr husband pun kata "ambik la. bila lagi nak merasa"
tapi kasut yang i berkenan adalah takde saiz
sampai nak balik mr husband tanya lagi nak ke tanak
i masih belum buat keputusan
tapi i nak jugak beli
bila lagi nak merasa ala ala setaraf artis hollywood pakai designer's shoes kan

sebab semalam ambik el
petang tu pegi buat rebonding
sebab rambut dah jadi macam singa

tahun ni akan jadi tahun pertama kitorang raya di ipoh
hahahahahhaha
maknanya memang akan beraya kat rumah mak la
pastu i ada terfikir
i ada kena masak apa apa ke?
padaha i dah cakap at mr husband
i tanak beli balang kuih
tanak beli kuih raya
sebab komfem tade sape datang raya
i nak pegi raya rumah orang je

tapi ada rasa macam nak bawak makanan pegi rumah mak
sebab adik beradik mak semua beraya kat rumah mak tahun ni

nak masak apa tah?

Khamis, Ogos 04, 2011

Asyraf Zharfan's 1st Birthday Bash








yay!!!hari sabtu haritu dah sambut birthday affan

thanks to friends n families yang datang
yang bagi present bes bes pada affan
dan presents pada cik zara jugak
untung la zara, birthday adik, dia pun dapat jugak

terima kasih sebab sudi datang menjayakan birthday affan
i dengar ramai yang siap tapau bawak balik makanan
alhamdulillah
bagus la kalau semua cukup makan
kek pun kitorang malas bawak balik
semua dapat bawak balik sikit portion kek tu
dan semua sweets, goodies memang i suruh semua bawak balik bagi habiskan
malas nak bawak balik rumah
kitorang siap dah sediakan bekas untuk sape sape yang nak bawak balik apa apa foods or treats

thanks to pn Sya kerana sponsor design dan buatkan benda benda comel untuk birthday affan
tu semua chocolate wrapper, bottle wrapper, triangle flag, benda cucuk2 yang tulis yummy yang i tatau apa namanya tu, thank you tags, tu semua dibuat oleh pn Sya
boleh jugak tengok facebook beliau di sini
nanti untuk birthday zara, komfem i akan order lagi dari u

affan pun macam tau je orang sambut birthday dia
tak cranky langsung
mebbe jugak sebab makcik Ha dah tidurkan dia pagi tu

masa bukak rpesent
zara n i yang eksaited
affan sibuk main meow yang tiew bagi present kat dia

i tade banyak gambar
sebab masa party tu i sibuk jalan sana sini
hahahhahahahahah



ipoh buffet price list

dah masuk hari ke 4 puasa
dah 3 hari berbuka
hari pertama berpuasa , berbuka di rumah mak
bila nak balik rumah
konon konon nak cari sate
pegi serai tutup
pegi medan gopeng pun tutup
berjalan jalan ke sungai rokam kot kot ada kat medan selera pun tutup jugak
even nak beli otai burger pun tutup
agaknya semua orang berebut nak perbanyakkan amal di bulan ramadhan ni kot

las las balik rumah
terus tido

hari kedua puasa kitorang berbuka di tower regency
i rasa macam harga tak padan dengan food yang ditawarkan
tapi
TAPI
bagusnya orang sangat tak ramai
jadi zara dan affan boleh berlari lari dalam cafe tu
i suka la suasana macam tu
anak i bebas
oh dan kitorang dah siap siap bawah plastic plate n utensils untuk budak dua orang tu
kalau tak keletung keletang dioang main pinggan dan sudu

dan nak ikut entry mr husband tu
bawak affan adalah sangat menguntungkan
dia sentiasa makan tak henti henti
bila habis je terus jerit jerit cakap "naaaaaaaaaaaaak... "naaaaaaaaaaaak"
kalau makanan lambat sampai kat dia menjerit la dia

zara banyak main je
bagi food, dia makan sikit lepas tu main main
pastu merengek suruh mr husband teman dia main
bila adik dah kenyang baru adik nak main dengan zara
baru la mr husband n i boleh makan sampai pecah perut

hari ketiga try heritage pulak
harga dan food adalah sangat berpatutan
tapi nothing new
sama je macam tahun lepas dan tahun tahun lepas
tapi memang bes la
terlalu banyak pilihan
memang bes

ok
ni untuk sape sape yang tinggal di ipoh especially mamanoa
i ada sikit price list untuk buffet buka puasa di sekitar ipoh ni

Impiana Hotel - coffee house - RM62
Impiana Hotel - Kinta room - RM52
Heritage Hotel - RM42
Tower Regency Hotel - RM39
Excelsior Hotel - RM38
Seri Malaysia Hotel - RM33
Hillcity hotel - RM32
Ritz Garden Hotel - RM28
Lan's catering buffet ( dekat2 padang polo) - RM19.90

Kalau ada anak kecik macam i memang elok la pegi on the first week ni
sebab orang belum ramai
company belum ada function
selesa la sikit
tak perlu nak berebut2 beratur amik food
end of second week sampai la fourth week memang akan penuh sepanjang masa



Rabu, Ogos 03, 2011

Berbuka Puasa

kalau pergi hotel utk berbuka puasa...

Bawak yaya adalah sangat merugikan - makan ciput je.

Bawak affan sangat menguntungkan - makan tak berhenti-henti..