Isnin, Februari 28, 2011

hati

bambang
walaupun pagi tadi u anta sms kasar kasar kat i
walaupun i merajuk
walaupun pastu u tak pujuk
i tetap nak cakap yang
malam karang i nak masak makan malam for u

ha
nak makan ape?

i nak masak sambil nangis nangis
sebab nak feeling feeling cinderella

biar
biar
biar je la inaz ni merajuk sorang sorang

syiiiiiaaaaaan inaz


Jumaat, Februari 25, 2011

pretty zara




haritu cik zara, mr husband n affan datang office i
pastu masa nak keluar dari building ni
zara cakap
"bubbye ofis mama.... nanti zara datang lagi"

cute tak?

sape kata tak cute pegi terjun lombong

hari yang sama jugak
ada sebijik kereta depan kitorang
pastu zara cakap
äbah... sha-meeeeeee'
i macam hairan sama apa?
zara kata 'sama kereta ni'

hebat tak? tengok bontot kereta pun dia kenal sama macam kereta dia

zara kalau bab bab kereta ni dia memang sangat cam
haritu dia tengok side kereta waja
dan dia cakap
"sha-meee macam kereta tok mama''

tapi bab bontot kereta mr husband nih
seriesly
i pun tak cam

kelmarin pulak zara tengok upin ipin
sebelum start tu ada iklan TM
dan zara cakap
"abah... sha-meeee.... werk abah'

semalam masa i bawak zara n affan pegi kedai nak beli pampers
zara terus pegi kat tempat mamypoko
dia dah tau dah pampers dia
dan dia juga tau saiz apa yang dia pakai

sape kata anak i tak bijak pegi terjun lombong

tapi jugak
semalam zara gigit pipi budak kat tadika
pastu dia cakap kat orang
äffan gigit
ceh.... sejak bila la affan ada gigi
sampai malam pun dia tetap kata affan gigit

dia dah pandai nak menyalahkan orang lain atas kesalahan dia. cheeky betul budak nih

zara,
mama doakan zara jadi anak yang bijak, jadi anak solehah, jadi kakak yang baik,
mama akan cuba bagi zara dan adik membesar dengan penuh kasih sayang, mama akan cuba bagi apa sahaja yang terbaik untuk zara dan adik. semoga zara membesar jadi seorang yang berjaya dalam hidup

love, mama


Khamis, Februari 24, 2011

badan yang berbentuk bentuk

i baru perasan satu benda

kadang kadang
satu pakaian yang kita rasa selesa
tak semestinya cantik bila kita pakai
ini adalah kerana bentuk tubuh badan yang tak lawa

i baru perasan
jeans favourite adalah buruk kalau i pakai
padahal itu yang paling selesa
tapi dengan memakai jeans itu
akan menampakkan paha yang 5kali paha zara
dan akhirnya menjadikan i jadi sangat hodoh

akhirnya
i kena pakai jeans yang tak berapa favourite
tapi tak menyakitkan mata bila tengok

pagi tadi i cakap benda ni kat mr husband on the way to work
(harini i carpool dengan mr husband)
bila i cakap pasal jeans
mr husband pun tanya
"jeans yang mana?"
i jawap ''jeans yang selalu pakai tu la''
dan mr husband cakap lagi
''yang ada batu tu?''
dan dia cakap lagi "levi's''

ada ke dia kata batu
sangat tak patut
dan dia tatau ke semua jeans i adalah levi's?
nampak sangat tak pernah ambik tau

baru baru ni i agak nak menjaga keterampilan
sebab mr husband ada buat remarks "pompuan kat pttc ni well-dressed"
bila dia dah buat remarks macamtu
i kena la dress-up juga
untuk meet the standard

pastu inbetween hujung bulan satu dan awal bulan dua haritu
i rasa perut adalah super flabby
sampaikan tade baju yang sesuai kecuali baju pregnant
sampai colleague pun tanya "pregnant ke?"
wuddetuuuuuuuuuuuuut

bila orang dah tanya macam tu
mula la i sentap
pastu plak my mom n si ain tu bising bising kata badan i tak elok la
ape la
pastu i pun buat satu perubahan drastik

untuk pertama kalinya
i beli barang barang dalaman yang mahal mahal
biasanya i beli murah murah je... sebab pakai kat dalam kan, bukan ada orang nak tengok
lagipun senang untuk menyusukan affan
tapi kalini i bertukar 360 degrees
i beli mahal mahal
yang elok
pastu i start pakai korset
(alaaaa... i kan baru nak belajar. tau la korang dah lama pakai)

tapi tade la sampai beli PB yang beriban riban tu
i beli yang biasa biasa je
dan hasilnya
lepas pakai straight selama seminggu
(waktu siang je la)
perut adalah sangat ketara hilang flabby
walaupun masih ada kotoran degil

dan pinggang adalah mengecil sikit
rugi tak ukur sebelum pakai korset

hari isnin baru ni masa i bersiap nak pegi keje
mr husband tanya
"tak pakai koset?"
hehehhehehe... i momo pakai dah
nak kasik badan bernapas sket
pasnih baru pakai dengan gigih balik
supaya hilang terus flabby di perut dan pinggang menjadi ramping bak kerengga
hahahahhhaahhahaha

tapi i rasa
i nak beli spanx
bila baca review
ramai yang memuji
dari segi keselesaan la

ps: nampak sangat la dah tua sebab kena guna alat bantuan untuk sentiasa in-shape. tapi takpe... i kan dah beranak dua. wajar la kalau badan sekali sekale out of shape. (ayat penyedap hati)

Rabu, Februari 23, 2011

HAK KERAJAAN KHAIRUL NIZAM - 1

Just in case org masih tak tahu;
dalam kerajaan Khairul Nizam, terdapat 2 kump.
1st team dinamakan team "anje".
dianggotai oleh Presiden Abah dan sidekick; Cik Zara.

team "nade-nade" plak dianggotai Puan Mama bersama
Asyraf 'tedi bey' Zharfan...

terdpt 1 konflik yg presiden tak bleh lupa..

lokasi: dlm bilik tido
masa: malam
situasi: 4 beranak golek2 atas katil super king

PM baring sebelah Presiden sambil tolong garukan soriosis.
secara tetiba, being mischievous mcm anak2,
mama terus panjat atas babah dan memanggil-manggil cik zara.

cik zara dgn furious-nya menjerit-jerit kt mamanya;
"mama pegi... pegi... tu abah yaya!!"

dgn huduhnya, mama menjawab;
"tak... ni abah mama!!"

Cik Zara yg cerdik pandai tu terus pandang kt
adiknya yg sibuk menghisap bucu bantal;
"af-fan... tgk mama"

special agent oso dgn tak semena-mena
terus pandang ke arah mama-nya yg busuk;
"waaarrr!!! nenen... nenen..." sambil menyulur dgn lajunya.

oleh krn tak smpi hati tgk baby comelnya merengek,
Puan Mama dgn nade-nadenya dukung dan memeluk baby af-fan;
... sambil Cik Zara tersenyum puas hati!!

p/s : sedang menyulur nk pegi kt mama dia, baby af-fan sempat mencubit abah.kureng assam punya anak lelaki!

Khamis, Februari 17, 2011

my lovely daughter


my lovely daughter
kalau kita tidur
dia takkan kacau
dia akan cakap pelan pelan
semalma dia dah bangun
dia duduk hujung kaki i
dan dia bisik "mama..... mama"
sweet tak?

kalau orang tidur memang dia tak kacau
tapi kalau kita baru nak tidur
dan dia belum ngantuk
dia takkan bagi tidur

tapi satu pagi tu
dia tengok mr husband dah bangun
dia pun cakap
"tido la abah.... tidola sayangku"

fani tak?
dia suka betul cakap sayangku sekarang nih
misti pengaruh budak budak kat school
dia akan cakap "marila sayangku"

pagi tadi bila dia bangun
dia nak merengek
pastu i panggil dia "hi mama"
(sebab zara tidur pakai shirt i. petang semalam lepas mandi dia terus ambik i punya shirt dan pakai. pastu dia tunjuk diri dia dan cakap "ni mama"
bila i panggil zara mama, dia terus tengok baju dia
dan terus wave kat i dan cakap "hi"

terus tak jadi merengek
nesti dia rasa sangat grown-up

bila dia dah segar
dia bangun lompat lompat atas katil
dia nak tengok affan
tapi affan masih tidur
jadi dia pun cakap pelan pelan
bila affan dah bangun,
terus naik satu octave suara dia

my daughter yang dah besar tu
hari hari i kena cakap kat dia berapa hari kena school
tadi i cakap school lagi dua hari
pastu dia cakap "nak naik but"
awal awal lagi dah mintak nak naik bot
tapi tadi i cakap kat dia
school dua hari pastu cuti
hari cuti mama bawak pegi mandi pool
bawak zara n adik mandi pool

mr husband plak yang risau nak bawak adik mandi pool
sebab haritu pegi laut badan adik gatal gatal
air laut masin
udara laut pun lain
ni pegi pool
air bersih
udara nyaman
takkan la adik nak naik gatal gatal

so weekend nanti i nak bawak anak anak mandi pool kat mbi
lama dah tak pegi
las skali pegi masa baru baru mengandungkan affan
boleh affan pun belajar mandi pool
kalau jumpa instructor
boleh bagi zara masuk kelas renang juga
hehehhehehehe

Selasa, Februari 15, 2011

trip to gunung lang


pagi selasa
public holiday
so i pandai pandai drag the rest of the quartet to Gunung Lang, Ipoh
apa ada kat sana?
boleh naik bot
murah saje
RM3 untuk dewasa
RM1.50 untuk kanak kanak 3 - 12 tahun
RM1 untuk makanan ikan - which mr husband belanja dalam rm5 untuk beli makanan ikan

dulu ajak mr husband pegi
dia momo
katanya
colleague dia kata tempat tu untuk orang berdating
tade pun orang berdating
ramai yang datang tu dengan family

tengah tengah kitorang kat sana
my parents n yong's family pun join skali
laaagi la zara seronok

eh
tempat ni bes
lain kali i datang nak bawak bekal
so that lepas naik bot
masa kat pulau tu boleh berkelah

enjoy the pictures!

hehehehe..... tak senonoh cik zara ni dodok
ini namanya father-son moment~


dapat satu je gamba atas bot sebab i dok pegang affan n mr husband sibuk dok menjawab panggilan telefun

daniel kesayangan pakngah~. mr husband tak habis habis cakap yang affan dah besar nanti rupa macam daniel. masa i mengandungkan affan, mr husband memang soh i selalu tengok daniel. supaya dapat anak muka macam daniel yang cumel tu.


mommy n daddy. (dan ada sorang bibik pegangkan affan) heheheh...
semua tengah sibuk bagi ikan makan

mama yong yang suka babab affan.

zara main see-saw dengan new friend.

terima kasih

i rasa malam tadi mr husband baca belog i
pagi tadi i dengar jugak kelentang kelentung

rupanya mr husband dah kemas rumah
dia dah sidai kain
dia dah repair toilet i

bab sidai kain tu
mana yang i dah sangkut kat hanger
dia jemur la ke luar
mana yang dalam mesin tu
masih lagi dalam mesin

tapi dia dah tolong basuhkan periuk nasi
dia dah bawa sampah keluar

terima kasih mr husband
i lof u

tengah hari tadi
mr husband cakap
dia buat semua tu bukan sebab dia baca belog i
sebab dia rasa nak buat

i cakap

"eleeeeeh.... tapi setiap kali i komplen dalam belog, baru nampak perubahan"

dalam hati i nak cakap

macam pahat dengan penukul
sekali i cakap
sekali tu je la dia buat
esok esok i tak cakap
dia tak buat dah la

mr husband, it's not that i am mad at u tau. biasa la. manusia ni kan selalu terkhilaf. bila i dah overdose penat, mula la i naik angin. mula la i nak ungkit2 benda yang i buat. sebenarnya kalau i larat, i buat je semuanya. i pun laaaaagi la tanak menyusahkan u.


Isnin, Februari 14, 2011

mana i tak bising

mr husband : esok nak gerak dalam 6 sengah kot
i : oh. awal. alaaa... nanti i miss u
mr husband : eleeeh. kalau ada awak asyik cerca
i : gelak gelak.... cerca???

kenapa mr husband guna perkataan cerca? dia selalu terasa ke kalau i ngamok ngamok?
sebab memang kalau i ngamok ngamok tu nak tujukan kepada dia pun
hehehhe

sebab apa i ngamok
meh sini i listkan

1 . semua pun i kena buat sendiri
2 . kain baju nak basuh, nak sidai, nak lipat, nak simpan dalam almari
3 . bila balik kerja, nak bawak keluar beg berbondong bondong (beg i, zara n affan)
4 . beg beg tu nak dikeluarkan barang barang. nak basuh bottles dan tupperware dari beg
5 . nak isi baju untuk zara n affan dalam beg
6 . sediakan susu, botol susu, bekal dalam beg
7 . baju baju yang dah dikeluarkan tu nak basuh
8 . nak mandikan zara dan affan
9 . suap affan makan malam
10 . isi air dalam botol dan simpan dalam peti sejuk
11 . letak catorade dalam peti ais untuk mr husband
12 . sedia letak susu dalam botol untuk zara
13 . kemas kemas rumah
14 . sapu sikit kalau dah bersepah sangat
15 . pagi pagi nak mandikan zara/affan
16 . masak bubur nasi untuk affan
17 . masukkan beg berbondong bondong dalam kereta

mana la i tak bising
mr husband tak tolong pun i hal kain kain ni
even baju kerja dia pun i yang dok hantar dan ambil kat dobi
kalau i tak hantar iron
kalau i letak baju tu dalam kereta dia
sampai seminggu la baju tu masih dalam kereta dan dia tak hantar ke kedai dobi

dia tak pk macamana i hantar dan amabik dobi dengan dua orang budak kecik tagging along?

mana i tak bising
kalau dia pandai minum air
pastu tak reti nak isi air
sampai habis semua air dalam peti ais
kot ye pun letak la botol botol kosong tu atas meja dapur
senang la i nak refill
ni biar je botol bersepah sepah kat hall la, dalam bilik la

mana i tak bising
kalau dia sapu halfway je
kalau sapu kat hall
sampai hujung hall je
pastu tinggalkan sampah tepi dinding
kalau sapu bilik
tinggalkan sampah kat entrance bilik
i ke yang kena habiskan menyapu tu?
semua pun i kena buat

i cakap toilet i rosak
tak boleh pam
tade pun dia nak tolong repairkan
pili air kat luar rumah tu dah nak masuk 4 bulan tak boleh tutup air
tade pun dia nak carik plumber
i jugak ke kena carik?

semalam i cakap affan takut kucing mainan tu
mr husband kata
mana ada.... adik dok kejar kucing tu
pagi tadi dia bagi lagi kucing kat affan
start dari tu affan nangis je
dah kata dah affan takutkan kucing
sampai affan tanak lepas dari i
nak berdukung je
ingat senang?
i nak kena masukkan bubur dalam bekas
nak siapkan zara
nak bawak beg masuk kete
nak kunci gate, nak kunci pintu

karang kalau i letak anak anak dalam kereta dan lepastu baru nak angkat barang barang
nanti kata i tak pkkan keselamatan anak anak
semua la campak kat i
semua pun nanti i yang bersalah

pagi tadi sebab i dalam mode kegeraman sebab affan tanak letak
i call mr husband
i mengamok ngamok sebab bagi affan kucing
sampai tadika zara pulak ngamok ngamok tanak pegi school
i bawak zara pegi kerja
pastu padan muka kena marah dengan bos
tu la balasan sebab marahkan suami
hahahhahahahhaha

tapi still
i tak kira
i marah jugak kat mr husband
tolong la i buat kerja rumah
kalau sapu tu, sapu la bagi habis
kalau tengok i sidai kain
tolong la jemurkan kain tu
kalau dah ambil air dari peti ais
isi la balik, kalau tanak isi pun
letak atas meja dapur pun takpe
jangan biar sepah sepah

mr husband
kesian kan la i
i pun sama je macam awak
i pun pagi pagi pegi keje
petang baru balik

bila balik i sibuk nak uruskan anak anak
nak uruskan diri sendiri
nak uruskan hal rumah
kenapa awak takmo tolong
memang la bila i sibuk sibuk awak akan tengokkan anak anak
tapi apa la salahnya kalau while tengok tu
awak suapkan affan makan ke
kurang satu kerja i

kadang kadang i rasa
sebenarnya perempuan ni lagi bertenaga dari lelaki
perempuan ni kasih sayang dia lagi banyak dari lelaki
perempuan ni lagi bertanggungjawab dari lelaki
sebab kasih sayang dia la
dan atas dasar tanggungjawab la
dia sanggup buat macam macam untuk keluarga dia
tinggalkan segala rasa penat

macam mr husband
dia sendiri pernah cakap
dia tau tu semua
tapi he chooses not to do it
sebab apa?
malas
sibuk nak melayan malas je


ape pun
i sayang jugak mr husband
dan i harap dia akan rajin rajin tolong i buat chores
walaupun hati i selalu sebal
tapi i akan jadi sedih kalau dia tade

Jumaat, Februari 11, 2011

cerita sedih dan gambar gambar kesayangan

it's friday
i'm in love

eh... lagu ape tu yeh
lupa dah

harini adalah sangat tak produktif
nak produktif macamana kalau dah pegi keje pun pakai jeans
macam sangat kasual

tadi masa lalu kat cermin
sempat i belek diri sendiri
tengok ok ke tak penampilan

mr husband bising kalau i pakai tak semenggah pegi keje
nanti dia kata tak pandai dress-up la hape la


baca la nih
i terus rasa sebak tau masa baca
kasihnya seorang ibu pada anak dia
dia tau ajal dia dah dekat
dan dia nak anak dia dapat merasa susu terakhir dia

thanks to ummi aleesya


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...


--------------------------------------------------------------------------------------------------

nak letak la gamba my everdearest nih
zara dan affan yang sangat sangat disayangi
masa ni kita pegi cameron highland
pagi sebelum pegi cameron tu lepak lepak kat padang polo


i rasa gamba i adalah buruk gile disebabkan i sangat cengkung masa tu. tangan pun nampak tulang. macam zombie pun ada...

zara yang tamak dan kuat makan walaupun tade baby fat. semua makanan kena longgok depan dia. semuanya dia nak. tamak betul anak i sorang tu. tapi sekarang dia dah pandai baca doa makan. pasnih gemok la tu. tade dah setan setan boleh share makan dengan dia.



ni affan somey somey. the date was november and he was 5 months old back then. mama dia selamba je bagi dia pakai rompers tak pakai seluar kat cameron. dia pun rilek rilek je.

ok
sudah

Rabu, Februari 09, 2011

lelaki jahat

* entry ini mempunyai bahasa yang tidak sesuai untuk kanak kanak bawah 18 tahun. kalau rasa tak sanggup nak baca... sila keluar sekarang

kan i ada cakap pasal someone dear to me
yang kisahnya lebih kurang ahkak aida nih

pagi ni i dapat tau yang si suami someone dear ni dah kawen lain
kawen sehari sebelum birthday anak dia yang ke tiga tahun
betapa kurang ajarnya!!!

tu la orang jantan nih tau
bila hati dah bertuhankan nafsu
apa pun tak ingat
anak bini semua lupa
anak tu jadi tempat melepaskan marah je
tengok anak bini mula la panas bontot
hati rasa panas
anak dia yang kecik tu sampai jadi trauma tengok mak bapak asyik bertekak
baby boy tu tak habis habis bercakap yang "daddy ketuk kepala dia dengan kasyut"

bongok betul la jantan macamnih

i memang hangin
bila i hangin
mula la i nak memaki maki

dasar kapiaq
seronok sangat la tu ambik bangkai
kalau la bini baru tu fresh segar dari ladang ok jugak
worth fighting for bak kata omputih
ni ambik bekas bekas orang
eeuuwwwww

pastu bila orang nasihatkan sebab tak malu malu bersekedudukan sebelum kawen
nak sound orang plak
boleh ke dia cakap
äpa kaitkan agama plak nih?"
kau tu agama apa bingai?
adakah kau penganut mormon?
boleh kawen sampai 200 pompuan
pastu boleh hidup berlandaskan nafsu semata mata

i rasa mana mana lelaki yang dok makan luar nih
pemikiran dia sama je
sebab cerita yang i baca di blog blog ramai orang pasal suami makan luar nih
lebih kurang sama
macam menggunakan modus operandi yang sama
pastu plak
si perampas tu... kebanyakkannya datang dari negeri yang sama
( no offence kepada rakyat negeri tu yang baik budi pekerti )
agaknya lama sangat berpayungkan bulan kot
sampai tak nampak matahari
tu yang dah tatau mana baik mana buruk
dok ambik, goda laki orang tanpa rasa malu
dasar pompuan tak laku

macamana nak laku kalau kau tu bangkai
tu yang dah desperate sangat
main ambik je sesape yang ada depan mata
tambah plak kalau yang ada depan mata tu boleh bagi kemewahan

tak pk ke
kalau lelaki tu boleh tinggal anak bini untuk kawen dengan dia
tak mustahil lelaki tu boleh tinggalkan dia untuk kawen dengan orang lain
its all about karma beb

hooohhh
dah la
i tanak tulis banyak banyak
kang tak jadi keje plak

spoil je mood i pagi pagi yang indah nih

Ahad, Februari 06, 2011

on love

sepanjang cuti ni i khatamkan baca blog sorang ahkak nih
macamana sebelum sebelum ni dia happy, bahagia
tapi masa mengandungkan anak yang ketiga
suami dia makan luar plak

well
nearly the same thing happen to someone dear to me
tang mengandung tu takde la

bila tengok / baca benda benda macam ni
baru la nak rasa takut
baru la rasa nak lebih menghargai

i harap di hadapan mata suami i
i harap pada dia, cuma ada i dan anak anak je
i harap takkan ada orang lain yang nak mengganggu-gugat rumahtangga kitorang

selama ni
i tak pernah doa supaya jodoh mr husband n i kekal sampai akhir hayat
(mebbe i rasa macam di comfort zone...)
i cuma doakan semoga keluarga kami dimurahkan rezeki,
diberi kesihatan yang baik
i doa semoga kami sekeluarga diberkati dan dijauhkan dari perkara perkara yang tak elok,
i memohon agar zara dan affan menjadi anak anak yang soleh dan solehah, cemerlang, berjaya dalam hidup,
i lupa
memang sangat sangat lupa untuk mendokan supaya jodoh mr husband n i kekal

lepas ni
itu akan jadi antara doa terpenting

i tak boleh nampak how it's going to be kalau mr husband tade

ada i pernah cakap yang i beryukur sebab i dah kerja tak?
a good thing bila i dah bekerja
sebabnya
most of the days
i akan lunch dengan mr husband
dulu masa i dok tadika
i cuma jumpa mr husband waktu pagi before dia pegi keje
dan malam, bila dia balik kerja
tu pun sekali with the kids
jangan harap la nak duduk duduk dengan dia berdua ke hape ke

sekarang
i ada masa yang i boleh duduk berdua je dengan mr husband
boleh bercakap tanpa ada gangguan from the kids

i baru perasan yang i dah lama tak spend time berdua dengan mr husband
las skali rasanya masa kitorang pergi cameron
sebab pegi sekali dengan my parents
so
tengah tengah malam tu mr husband ajak i pusing pusing
zara n affan tinggal dengan my parents
jauh juga kita jalan
dari brinchang ke tanah rata
masa tu i rasa aneh jalan dengan mr husband
sebab dah biasa sangat pegi mana mana berempat

pastu masa pegi lunch baru baru ni dengan mr husband
nak ke kedai makan tu kena melangkah longkang
dan i rasa awkward bila mr husband hulur tangan nak tolong i langkah longkang
rasa segan pun ada

tu la masalahnya
lama sangat tak spend quality time together
together tu maksudnya berdua
bukan ber-empat
hooooooo
don't get me wrong oke
i sayang gile kat anak anak i
si jantung hati dan nyawa i tu
tapi i rasa kadang kadang both mr husband n i need some quality time
quality time untuk bersembang tanpa gangguan
quality time untuk bercakap heart to heart (ada ke apa apa nak cakap?)

sebab tu la kot
jadinya kejadian
last monday kitorang balik rumah waktu lunch
both of us desperately need some time alone
hehehhehe
satu benda yang tak pernah kitorang buat sejak sejak kawen

ok
i pun dah tak keep track sudah berapa lama kawen
tapi while typing, baru nak ingat yang i kawen taun 2007
maknanya tahun 2011 ni we are going to celebrate our 4th year wedding anniversary
macam kejap je
zara pun dah sekolah... what do u expect

walaupu nak masuk 4 tahun
i masih sayang mr husband deep deep
macam masa i baru baru berchenta dengan mr husband
dan i masih belum lupa macamana besnya kitorang dating dating kat Mines masa baru baru berchenta
itu antara benda yang i tanak lupa kalau boleh sampai i tua
it was one of the sweetest thing in my life

tapi tu la
i rasa macam kehidupan kitorang dah terlalu serius
tak berapa fun
kalau waktu lunch i sembang dengan mr husband
macam dah habis cerita dah
pastu las las cakap pasal anak anak
cakap pasal gosip gosip ofis
gosip gosip blog

ke semua orang pun macam tu?
apa yang korang sembangkan dengan spouse korang?

i pun dah lupa masa berchenta dulu apa yang i sembang dengan mr husband
sampai boleh jadi monyet bergayut berjam jam
belum kira sms sepanjang masa
kita sembang pasal apa ye mr husband, tolong ingatkan i balik?

tadi i ada cakap pada mr husband
"we shud go for valentine's dinner... sebab kita tak pernah makan candlelite dinner ke.. hape ke.."
well, bukan la nak selebret valentine tu,which i pun tak pernah selebret dari dulu
cuma macam yang i mention kat atas
we need some quiet time alone
to really talk

ni karang kalau i sembang sembang dengan mr husband
mula la cik zara tu suruh diam
pastu bila kitorang eksaited
cakap kuat sket
nanti cik zara cakap "jangan la gadoh gadoh"
hoooiihhh... padahal tak gaduh pun

bila baru nak bercakap
mula la si affan nak melalak

las las tak jadi cakap
pastu being me
i akan lupa terus apa yang nak cakap tu
tunggu la kalau nasib baik boleh ingat lagi dua tiga hari
else... terlupa terus

its 3.08 am
mr husband tengah tido berdengkur dengkur
si affan plak kejap kejap terjaga terus meniarap
pastu kepala sondol sondol carik i
cik zara je tido lena (dia memang penat sebab siang tido kejap sangat)

i je yang terkebil kebil dalam gelap menaip belog

dah la
nak force myself to sleep

hoooop
chooop
las skali nak cakap yang
i sayang mr husband banyak banyak
i harap rasa sayang antara i dengan dia nih akan kekal sampai kitorang jadi tanah

toodles

Khamis, Februari 03, 2011

apan popan






haaaaa
sape yang rekues gamba popan neh

hheheheheheh
si popan ni pun tak kurang ligat
dia ingat dia dah besau
dia suka kalau kita bagi dia berjalan
kalau naik walker tu
jalan ke sana sini

yoya yoyo ii





lama tak letak gamba yoya nih
tengok la anak i neh
nakal sangat neh
mulut pulak pot pet macam mak nenek

ape pun
i love her
infinite