Jumaat, Februari 26, 2010

hari cuti yang menarik

hari khamis malam
zara sudah mengamok
lantas bawa ke tesco
bawa makan chicken rice shop
sambil tunggu mr husband sampai

lepas makan mr husband bawa zara balik
i berjalan jalan di dalam tesco
konon nak beli bahan nak masak lasagna n cheese kekapis
tapi bahan tade
lantas tak beli

hari jumaat yang cuti adalah sangat bes
pagi pagi zara dah bangun
minum susu, poo poo
dan kitorang bawa zara mandi swimming pool
mula mula masuk kolam kanak kanak
dah lama lama dia tanak pakai pelampung
bawa ke kolam bayi
zara sangat seronok sebab boleh lari lari

i pun tak sabar nak tunggu zara besar sikit
boleh hantar ke swimming class

mr husband, nanti kita boleh la pegi swimming pool tu lagi ye, bawak zara

on the way back
mr husband dapat call dari ofis
so kita detour ke ofis mr husband plak

pukul 12 balik rumah
singgah beli lunch dulu
lepas makan tidow macam hari malam
walaupun cuaca panas dan tak pasang aircond
tapi adalah sangat seronok tidur bersama keluarga

lepas maghrib bersiap sebab nak dinner bersama parents
lepas dinner terus ke rumah parents sebab nak tidur di "kampung"

esok sabtu
seronoknya
masih ada 2 hari untuk bercuti
masih belum ada agenda untuk esok
mebi nak pegi tm point sebab mr husband nak daftar streamyx untuk rumah

Khamis, Februari 25, 2010

si zara, si mama zara, si abah zara dan bebelan merepek repek

mr husband pun sudah balik

i cakap kat mr husband
esok atau lusa i nak bawa zara mandi pool
mr husband tanya plak air kotor ke bersih
sah sah la air bersih
takkan la air kotor kan
tapi i nak pegi pagi
misti tak ramai sangat orang
dan tahap kebersihan adalah sangat boleh dipercayai di waktu pagi

sekarang ni cuaca panas betul
tengah tengah hari i pakaikan zara rompers je
sebab semalam i pakai shirt
mr husband kata, nanti jahit shirt tu kat bahagian bawah
letak button
boleh jadi rompers macam baju zara

petang pun zara dah tak perlu mandi air panas
i boleh mandikan dia pakai air paip je
oh, walaupun zara sudah setahun 4 bulan
dia masih mandi air panas
dia kan baby i

mr husband komplen
sebab sunway seberang perai adalah sangat tak bes
tade hospitality macam sunway georgetown
tade swimming pool lagi
dan bilik adalah kecil
amenities ok
tu pun sebab ambik executive room
mr husband mandi pagi pukul 5 sengah pagi
tade air panas
i bitau mr husband
nanti i hantar surat komplen

zara's first walking shoes ialah clarks shoes
sangat comfortable la i rasa
haritu kat jusco i belikan zara kasut bubblegum
kelmarin i tengok kaki zara luka
tapi zara suka kasut bbg tu
sebab ada bunyi
i dah macam berat hati nak bagi zara pakai
patut la mr husband sangat against pada kasut yang selain clarks untuk zara

zara sekarang ni lepas buat apa je nak basuh tangan
kadang kadang dia tarik i bawak ke sinki sebab nak basuh tangan
agaknya dia terpengaruh dengan iklan wahs your hands tu kot
bagus la
pembersih anak i tu
tapi yang lecehnya
bila pegi padang
kalau tangan kena rumput
terus dia suruh lap

channel tv kesukaan zara misti la playhouse disney
dan dia suka ikut apa yang kartun kartun tu buat
i think its a good learning process la
dia boleh belajar perkataan baru
macam bila dia tengok tigger n pooh tu
bila diorang cakap think.. think.. think.. sambil pegang kepala
zara pun akan ikut dan cakap think.. think..
kalau tengok little einstein pun
dia akan follow dari mula pat pat sampai la blast off
kalau ada iklan yang wave
dia pun akan wave juga
kalau tengok mr bean menari
dia pun akan menari juga

sekarang ni
pagi pagi i kena buka website disney dulu
lepas zara dah puas hati tengok video clip
dengar story
baru dia nak main

i rasa sebab zara banyak exposed pada playing n learning
so far dia dah pandai a,b,c, d
kalau number plak dia dah tau 1,2 n 3
a good start for zara

ada juga ajar zara spell sikit sikit
kalau i spell
m a .. ma, m a ... ma
zara akan sebut mama
kalau i spell
a ..a , b a h .. bah
zara akan sebut abah
kalau i spell
a ... a, t o k ... tok
zara akan sebut atok
nampaknya dia recognise n ingat bunyi yang di-spell

harini ada checkup
eksaited nak tengok adik zara masa scan nanti
i harap darah i cukup supaya dokter tak bising

mr husband pun ada checkup harini
harap harap ada peningkatan dalam kesihatannya

baca blog zuris, katanya dah ada ayam penyet di ipoh
i berkobar kobar ajak mr husband pegi semalam
tapi b4 maghrib zara dah tido
since esok cuti, i nak ajak mr husband pegi malam ni

dekat belog my sil plak ada mentioned pasal pencegah kehamilan
dulu lepas bersalinkan zara berkobar kobar la nak guna implan
tapi sebab zara menyusu i tangguh dulu
konon nak tunggu sampai zara berhenti menyusu la
sekali cempedak jadi nangka
nasib la kan
sebab mr husband i hensem
can't resist
ahahahahahah

cakap pasal adik zara
dah start rasa baby bergerak
rasa euphoria sama macam masa first time rasa zara bergerak dulu

ok i sudah merapik rapik dah ni
esok cuti
bes
lusa cuti
double bes
tulat cuti
triple bes




Rabu, Februari 24, 2010

an open letter to mr husband

mr husband
u baru pegi sehari
but you are missing a lot

zara pandai sebut beg
bila dia nak schoolbag, bila dia nak handbag
she even called her water bottle yang bertali tu beg
i rasa dia fikir semua yang bertali tu bag

masa baring baring semalam
tiba tiba dia tepuk diri sendiri
dan sebut kakak "tatak"
i rasa dia dah tau yang dia akan jadi kakak
banyak kali dia cakap kakak

mr husband
masa upin ipin start
macam biasa zara akan renung i
sambil senyum senyum
tapi this time dia renung lama lama
pastu sambil senyum dia cakap "babah"
sebab biasanya kan dia akan renung abah dia juga
tapi this time, no abah

banyak kali jugak bila dia dengar bunyi kereta
dia akan terus bangun dan cakap abah

malam semalam sebab tatau nak buat apa
i bawak zara shopping
suka suka hati je dia ambik macam-macam
banyak kena letak balik
ye laaaaa
nak buat apa highliter banyak banyak
pastu pegi kat tempat babies
dia ada nampak promo drypantz
instead of dalam beg biasa
drypantz ni dalam box yang berbentuk schoolbus
jadi zara sangat suka
tambah pulak ada tali
dia sangkut atas bahu
kejap kejap dia duduk atas kotak

pastu dia nampak water bottle barney
ada macam macam warna
dia nak jugak
dan i kena suruh dia pilih satu

harini dia sangat eksaited nak pakai water bottle baru
sampai susu pun i bancuh je dalam water bottle
tak pakai botol susu

even me myself
sebab awak tade
nak buang sampah pun i malas
nak buat apa apa pun malas
hehehehehhehehehhe

anyway
we managed to sleep alone without you
first time la zara n i tido berdua di rumah
tade la scary rupanya

dah la
u just called
u said u are coming home maybe in the afternoon
see u later alligator

Isnin, Februari 22, 2010

keinginan yang sangat banyak

hampir hujung bulan
i dah menghitung macam macam benda yang nak dibeli
tapi bila fikir balik
i rasa macam ridikeles
macam penting sangat ke benda benda itu?

mula mula i nak chocolate fountain
nak buat apa pun tatau
saja suka
sebab dari taun lepas lagi i nak chocolate fountain tu
konon konon nak makan stoberi cicah coklet la
tapi i lagi suka stoberi cicah sweetened whipped cream

yang paling bes
sebab i tak pegi kl kan
taun ni pun baru sekali je balik kl
tu pun duduk rumah pil je
tade jalan ke mana mana
jadi jangan harap nak jumpa kedai dkny
kan i sangat sangat nak dkny cozy tu

tapi last week
i found a substitue for dkny cozy
tengok gamba macam sebijik
dan waaaaaaaay much cheaper
rm40 je
cuma tatau la kualiti cemane kan
tapi bole la try
so itu pun i nak beli
memandangkan perut semakin besar
dan cardigan itu adalah sesuai kerana ia boleh memnesar dan mengecil mengikut keadaan

i nak makan lasagna
tapi i dah jemu makan seafood lasagna pizzahut
dan ipoh adalah tak bes dan susah carik makanan sedemikian
jadi i kena buat sendiri
yang i adalah sangat malas

tapi i nak juga buat lasagna
supaya boleh buat tebal tebal
boleh buat seafood campur chicken
sebab i tak suka tomato
i bole buat white sauce
boleh letak cheese sesuka hati banyaknya

pastu i nak makan cheese new zealand kekapis
hahahhaha
kekapis???
cara pembuatannya adalah sangat mudah
rebus kekapis
letak garam sket
lebih elok kalau skali dengan kulit
pastu bila dah rebus
letak la cheese kesukaan
boleh campur campur juga
i suka letak mozarella n cheddar
tambah pepper dan oregano kalau suka
masuk dalam microwave
dan taraaaaaaaaaaa
cheese kekapis yang melimpah limpah dan yummy

las skali i nak sotong katak
dulu kan
masa skolah menengah
kalau hari jumaat kot, menu makan tengah hari ialah lauk sotong katak
sampai jadik my favourite la

tapi i nak sotong katak masak kacang buncis
juga sangat senang pembuatannya
tumbuk bawang putih n udang kering
masuk dalam kuali yang dah dipanaskan minyak
goreng sampai naik bau
masukkan sotong katak
masuk kacang buncis
pecahkan telur dan kacau
taraaaaaaaaa
siap dan sangat menyelerakan


ok
dah
mr husband dah call
kena jadik seketari dia la plak
nak kena book hotel
dia kena pegi penang sok


Khamis, Februari 18, 2010

perancangan reunion

my batch masa sekolah ada ura ura nak buat reunion
this is not going to be easy
sebab budak budak batch i tak bersatu

i suggest buat kat pd
macam ramai yang setuju
bagusla

tapi yang beratnya
diorang ni awal awal je berkobar kobar
semua la kata ok

in the end
berapa kerat je yang betul betul bagi komitmen
macam masa pegi cameron dulu la

tapi i rasa cameron tu was a good start
at least cam ada wakil from every class, except from class M kot
nampak la muka muka yang betul betul bagi komitmen

i cuma harap this time it's going to be a success
dapat kumpul lebih ramai
dapat buat lebih banyak aktiviti bersama

tapi
kalu buat bulan 7 ke
bulan 8 ke
i tak rasa i boleh attend la


percutian 5 hari

wah
dah hari khamis
happy sebab cuma perlu bekerja 2 hari untuk minggu ini
dan next week ada cuti on friday
sempena Maulidur Rasul

Banyak betul benda yang rasanya perlu disimpan dalam belog ni
sebab banyak benda yang berlaku sepanjang cuti
kang lama lama i lupa plak

1 . Sunway Hotel, Penang

Check in hari sabtu
sampai je dah kena menapak turun tangga dari parking ke lobby
sampai je lobby
mr husband tanya
"tade lif ke?"
dengan mr husband yang penuh bawa beg, pegang tongkat lagi
diorang pun soh parking depan pintu masuk hotel
waaauuuuuu
konon konon cam naik camry la
dapat vip parking
diorang la yang bawak kereta ke depan

lepas check in
i bawak zara pegi mandi swimming pool
swimming pool tade la mesra bayi sangat
tapi zara happy
dan dia rasa dia dah besar lantas tanak pakai pelampung
sebab cuaca panas
adalah lebih seronok mandi kolam lama lama

mr husband sangat suka berjalan di penang waktu malam haritu kerana jalan sangat lengang
ingat nak makan kat padang kota tapi macam kurang bes
lantas menghala ke bayan lepas
ada kedai seafood
apa je yang waiter/waitress tu suggest kita ambik
dengan tomyam pok tek, sotong goreng tepung, ikan 3 rasa, kerang bakar, laicikang 1 jag, dan tu semua mr husband makan dengan i dua orang
tapi of koz la tak habis
tom yam pok tek tu penuh dengan ikan, ketam, udang dan sotong

sambil kitorang makan
zara seronok main motorbike
seronok la i sebab tak terganggu makan

patut semua tempat makan kena ada toys for kids
or at least a place where kids can play
baru la senang parents nak makan
hikhikhik

hari ahad pagi mula mula zara n i je yang pegi breakfast
pastu was joined by mr husband
food was ok
tade la bes sangat
lepas makan, bawa zara mandi pool lagi
kali ni sebab mandi pagi pagi
jadi zara mandi sampai biru

2 . boy's wedding

lepas checkout
ingat nak jalan jalan pusing pulau
ataupun pegi batu feringghi
sebab ingat nak pegi kenduri kawen pukul 2 petang
tapi sebab jalan sangat leceh
terus ke rumah pengantin je

sebab pegi awal
pengantin pun tak sampai lagi
mar husband kata, kalau zara mengamok, balik je la
tak payah tunggu pengantin
i insist mr husband untuk tunggu
sebab itu kawan dia dari masa matrik lagi
dan boy tu masa kawen kitorang dia banyak tolong
so
lepas jumpa pengantin
naik feri dan balik ipoh


3 . kenduri di rumah opah

hari isnin ada kenduri doa selamat di rumah opah di kuala kangsar
makanan adalah sedap
ada sambal tumis udang petai
n disebabkan opah orang kuala
haruslah ada laksa kuala dan cendol
tapi i tak sempat makan cendol

rumah opah sudah menjadi hijau
atas bawah
luar dalam semuanya berbagai shades of green
opah kan penyokong kuat parti politik yang backgroundnya warna hijau


4 . parents in law

hari isnin petangnya
my parents in law datang dari kl
menerima kedatangan dari parents adalah seronok
sebab apa?
tak payah siap makan
diorang dah siap bawak
skali dengan nasi pun dibawa
bukan tu je
pakej lengkap dengan toto skali
padahal petang tu
mr husband n i dah jalan jalan carik tilam
tapi apakan daya
kedai tutup sempena tahun baru cina
seb baik parents bawa toto


5 . johnnys

tengah hari selasa ibu dan bapa mertua pun meneruskan perjalanan ke sauk
untuk hantar mr husband's little sister ke kem plkn
lepas mereka pulang
i bawak zara n tiew ke jusco
hati meronta ronta nak makan johnnys
mau makan pun kena beratur
i sudah hampir pengsan depan pintu masuk johnnys itu

pukul 6 petang baru balik
itu pun tinggalkan zara dengan tiew
i balik rumah sebab nak mengubati mr husband
malam baru ambil zara dari rumah mak


6 . corby

hari rabu tiew ajak cari handphone
lantas zara, tiew, my father n i pegi ke parade untuk mencari handphone
tiew menyambar sebiji samsung corby

patutnya lepas beli handphone
i terus balik untuk teman mr husband
tapi orang jabatan pelajaran plak call
nak melawat tadika
so instead of menemani mr husband ke hospital
i ke tadika

petang mr husband n i pegi beli groceries
malam baru ambil zara

ok habis sudah cerita cuti selama 5 hari





Khamis, Februari 11, 2010

menjawap tag

1)First time jumpa your hubby bila dan kat mana?
I’ve already blogged about this and here goes


2)Love at first sight?
Tak kot.


3) Who is he when the first time you met him?
dia masih lagi seorang budak matrik. Dan dia belagak sebab nombo matrik dia kecil berbanding I yang nombo matrik ten thousand plus. Kononnya dia terer la. I tak heran sebab masa tu I dah masuk unibesti. Hahahahhahaha. Apa pun, I want to thank mr husband’s x schoolmate yang merangkap kawan sematrik n kawan seunibesti I sebab I rasa dia yang sebenarnya menyebabkan mr husband n I berkawan.


4) How long it takes for him to ask you out for a date?
kita kenal lama sebelum kita jumpa. Banyak sangat halangan menyebabkan takboleh nak jumpa.


5) First place dating?
dating betul betul adalah seperti my sil juga. Kita pegi mines. Dan I kena tunggu dia 2 jam. Dia kata dia tak boleh nak keluar awal sebab kena jaga adik dia sementelah parents dia keluar. Dan pegi mines itu adalah something yang sangat suweet and while typing, baru la I teringat balik apa yang berlaku. Memang sangat suweet and im not spilling it out. (kang I malu plak dengan yong, kak ana, ain and tiew… sebab derang baca belok I ni)


6) How he proposed?
he never did proposed properly. propos nak bencinta, tak penah. Sebab macam it just happen. Pastu masa nak betunang pun tade popos. It’s just about time to get engaged anyway. Then masa betunang, masa both of us ke ipoh nak carik rumah, sebab dah penat, we stopped at marrybrown to have lunch. Masa tu mr husband ada cakap macam marry him and lets spend the rest of our lives together . walaupun masa tu I dalam keadaan belengas sebab panas, pastu I rasa tudung dah senget benget, tapi I rasa sangat sangat hepi. Im jumping over the clouds.


7) Special date with your hubby?
ada banyak date but I can’t remember all the dates. Tapi there are few events/occasion/happenings yang I tak boleh lupa. Date mula mula jumpa, date yang both of us pilih untuk jadikan anniversary masa berchenta,date when he said he loves me, date break-up, date berchenta balik. It was less then 2 days pun. Date I terjun moto sebab nak tunjuk perasaan dan lepas tu tangan dan kaki I cedera dan esoknya I exam. Satu hari di mana masa I baru sampai kl and he bought me a bouquet of dozen blue roses, A date when he met my parents, a date when he called my father, asking his permission to go to penang, to malacca alone with me, a date when we engaged, date masa nikah, date masa kenduri, date masa kenduri kat kl, date masa I was really really sad sebab mr husband dapat kerja kat cyberjaya instead of Ipoh, masa tu memang I dok nangis je sepanjang masa. I blamed everybody except us. i was at my lowest point and being pregnant just make it worse. But mr husband was very resolute. In 24 hrs, he went back and forth kl-ipoh 3,4 kali, just to make sure he got transferred to ipoh, and of course he got it. Again, im all over the clouds. A date when he patiently waited for more than 26 hours in the hospital praying for my safety.


3)Changes that he asked you to do?
ntah. Tapi I rasa we just love each other presence, we click and we talked rubbish that other people might think we’re insane. But, it’s a language only both of us understand.


9) What is about him that you love so much?
Apa yah.


10) What is about him that you wish he would change?
sebab sekarang mr husband sakit, saya mendoakan supaya dia boleh sembuh seperti sediakala.


11) You will lose your mind and crack your head when he..
Buat bodow


12) You will smile through your eyes for the whole day when he..
kembali sihat.


13) Complete below sentences, "My love towards my hubby is as big as..
My heart as I love him whole-heartedly

Selasa, Februari 09, 2010

orange n black

hari jumaat ni kampeni telepon tempat mr husband keje ada buat family day
(family day la sangat)
sebab cuma husband n wife je boleh attend
anak anak tak dijemput

my first impression masa mr husband cakap pasal benda ni ialah
"anak kita bukannya makan pun"

event dari 4.30 pm - 11 pm
katanya ada persembahan teater la
i tot minum petang je
tapi mr husband kata buffet dinner
pukul berapa dinner pun tatau
themenya ialah black+orange
nak kena carik baru black orange la plak
i ada ke duit tah nak beli baju
tapi i cam dah dapat tau baju macamana yang i nak
pastu setelah ditimbangtara
campuar hari sabtu tu nak pegi penang
i rasa cam nak beli kain
sebab i nak buat kain pareo
dan nak carik baju
i harap kalau hantar kat tailor
sempat la nak buat kain
pakai hari jumaat ni

ok
i nak buat entry lain plak
nak menjawap tag dari my sil

Jumaat, Februari 05, 2010

republik - hanya ingin kau tahu




i love this song
tade kena mengena dengan diri pun
saje suka sebab lagu ni slow
sesuai la dengan i yang dah semakin tua

Rabu, Februari 03, 2010

zara dan handbag guess nya

Lately, zara sangat temper. She throws tantrum, cries her lungs out, and worst, she hurt herself. Dia jatuh, hantuk. I pun tatau kenapa. Tapi i rasa dia penat, dia tak cukup tido dan dia dah boring duduk kat school.

Tadi lepas checkup zara, (zara memang kena checkup every month sebab dia tak cukup berat badan). I bawa zara pegi parade. Masuk je parkson, zara terus sibuk nak pegang macam macam. Sampai kat tempat handbag, lagi la zara excited. Dia terus capai one guess hndbag. Wah wah, anak i ni, brand lain tak pandang dah. Capai guess je. I pun tak penah ada beg guess as i don't do guess. Dia pun bawak la beg tu kehulu kehilir. Jangn tatau, dia sangat pandai sangkut handbag kat bahu. Tapi i tengok handbag tu macam orang tua.

I called mr husband, mr husband cakap beli je. So i pilih la yang agk comel n sesuai untuk zara. Ada pun beg yang kecil n macam muat muat sangkut atas bahu zara. Masa salesgirl tu nk tulis, zara menangis nangis, mengamuk sebab dia ingat orang tu nak ambik handbag dia.

Nanti i letak gamba zara n handbag. We all pun tk sempat nak jalan sebab atok zara call n ajak zara pegi batang berjuntai. So skrg i sorang je dok rumah sambil tunggu mr husband balik. Mr husbnd kata he's on the way back home. Nanti misti kitorang boring tatau buat apa sebb zara mebbe sampai tengah malam nanti atupun dia tdo terus kt rumah tok mama dia.

mr husband yang kesakitan

mr husband ni makin lama makin banyak penyakit
i malas nak cakap panjang panjang pasal sakit mr husband
cuma i harap dia boleh sihat macam biasa

sebab?
sebab we have to raise zara
and the "yet-to-arrive"
takkan la sepanjang anak anak membesar dia cuma boleh tengok tanpa involve sepanjang proses pembesaran anak anak tu

memang la walaupun dia tak boleh involve
dia akan cuba supaya zara n i happy
macam weekend lepas masa dia bawa we all ke heritage
tapi its not enough

tatau la kan kalau what im asking for is too much
nanti ada plak yang kata i ni tatau bersyukur
i memang bersyukur dengan rezeki yang ada
i bersyukur dengan segala rahmat yang tuhan bagi

tapi i pun nak mra husband sihat
supaya zara boleh main dengan abha dia
ni manjang sakit tak boleh bergerak je

mr husband
semoga awak cepat sihat ye

Isnin, Februari 01, 2010

dia sudah ketagihan untuk bervacation

i tengah gila nak bervacation

since nanti 8-17th March mr husband ada course kat kl
i ingat masa weekend 13 mac tu i nak ajak mr husband bercuti di Legend Water Chalet PD
Tengok gambar adalah sangat menarik
dan baca review juga adalah macam bes

lagipun nanti bulan 7 insyaAllah our little family dah jadi 4 orang
dah tak boleh jadi the three musketeers
nanti pasni i akan panggil the quartet plak

itu pun haritu i berbincang dengan mr husband
nanti nampaknya bulan puasa tahun ni tak merasa la nak berbuka kat hotel ke
nak berbuka kat luar ke
sebab zara dah semakin nakal
suka suka hati dia je nak campak campak makanan
nak duduk atas lantai

ok
jadi i harap comment yang tanya checkup untuk apa
diharap dapat jawapan dari post ini ye

kegiatan bermoral di waktu weekend

hari sabtu pagi zara n i bangun awal awal pagi
kejutkan mar husband
tapi kita tade pegi mana mana pun
tak pegi breakfast pun
sebab apa
sebab i masak bubur nasi untuk zara
pastu for myself plak i panaskan koay teow goreng yang i masak malam sebelumnya

tengah makan
tekak i sendiri yang kembang sebab i sebenarnya macam agak geli nak makan makanan semalam
las las i buang semuanya
pastu zara n i tidow

tengah hari i masih kelaparan
goreng 2 ketul mushroom sausage
boleh la nak alas perut

mr husband soh check in hotel
katanya dia memang tak boleh nak ke mana mana
at least kalau dok hotel
zara n i boleh jalan jalan
boleh mandi swimming pool

mula mula i rasa cam malas
tapi dalam pukul 3 dah start rasa boring
i pun call hotels around ipoh ni
wooaaahhh
lupa la plak kan
thaipusam
public holiday
jadi harga adalah mencanak canak tinggi

las las i decided untuk book heritage
dalam pukul 5 sampai heritage
i mati mati ingat kat heritage ada swimming pool
rupanya tade
jadi la mandi dalam bath tub je

ape pun
bilik adalah spacious
ye la
sebab amek superior kan
jadi zara sentiasa berlari dan terjatuh

malam ada theme buffet
i sangat eksaited la sebab sabtu malam tu theme nya bbq
i cam terbayang ada segala grilled fish, chicken
tapi rupanya nadaaaaa
luckily kita cuma bayar RM20 for 2 person
harga asalnya ialah RM28/pax
kalau kenba bayar RM28 sorang, memang i mengamok la

pukul 4 pagi zara dah bangun
nak tengok tivi la
nak main main la
sudahnya
pukul 5 lebih zara tidow balik
mr husband n i yang terkebil kebil mengadap siling
sembang sembang sampai pukul 7
turun pergi breakfast
breakfast adalah best
i sukaaaaaa

lepas breakfast
naik bilik dan semuanya tidow sampai pukul 11
pukul 11 bawa zara mandi dalam bath tub
siap siap untuk pegi kenduri
tapi las las tak jadi pegi kenduri upe
sebab zara mengamok

balik rumah
basuh kain dan
tido lagi

ahahahahah
kita memang kuat tidow

oh
thank you mr husband
sebab bawa zara n i tido hotel
len kali kita pegi lagi ye
eh lagi 2 minggu kan kita memang nak pegi sunway penang
hikhikhikhik
i likeeeyy